Thursday, April 25, 2013

Kasatuan pembangkang di Kota Belud hari ini berkecai apabila dikhabarkan Ketua Cabang PKR Kota Belud, En. Saidil Simoi bertindak keluar dari parti itu. Saidil bersama-sama lagi dengan beberapa orang ketua Cabang PKR di beberapa daerah termasuk Sandakan, hari ini mengumumkan untuk menyertai parti UMNO.

Tindakan Saidil Simoi itu dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati kepada pucuk pimpinan parti yang tidak mencalonkan beliau pada PRU 13 ini. Sebagai rekod Saidil adalah calon PKR pada 2008 di parlimen P169 KB menyaksikan pertemuan antara beliau dengan calon UMNO/BN Datuk Abdul Rahman Dahlan. Rahman Dahlan memenangi kerusi tersebut dengan majoriti lebih 3 ribu turun berbanding penyandang asalnya Datuk Salleh Tun Said.

Selain daripada Saidil S., Ansari Abdullah yang juga ketua cabang PKR Tuaran menjadi tumpuan media, kerana digugurkan pada PRU 13 ini. Tindakan anak gadis Ansari bertanding sebagai calon BEBAS di Parlimen Tuaran, juga mengundang banyak persoalan, apakah Parti PKR benar-benar belum bersedia untuk menakluk Sabah bersama PAS dan DAP?

Namun dari pemerhatian hari ini mendapat aktiviti kempen calon-calon PKR di Kota Belud, masih diteruskan.

8 ulasan :

Anonymous said...

Tidak ada kesepaduan langsung. Saidil Simoi ni penting diri sendiri. dia saja yang mau jadi calun. Saidil Simoi now I see ut true colour.Kau ni calun yang kalau terpilih mesti makan rasuah sama duit rakyat. Saya tatap pangkah Munirah.

Anonymous said...

Saya sukung kau. Ini orang bagus la keluar PKR. sama macam itu ansari. mesti ada sebab dia tidak kana pilih. diakan loyer, mesti baynk kali musuh dia atau banyak hati org sabah yang terguris sama dia.

Anonymous said...

Ni lah contoh manusia yang tidak faham apa erti perjuangan..kenapa?tidak dapat dicalonkan terus hilang kepercayaan dengan kepimpinan parti?selama ini percaya sangat ka?come on..think wisely..jangan hanya fikirkan diri sendiri..rakyat kota belud masih jauh ketingglan dari segala segi..fikirkan masalah rakyat..jadi pemimpin ini bukan mudah..di akhirat kelak,akan di tanya amanah yang di pertanggungjawabkan keatas kita..fikir-fikirkan..

anak daif kota belud said...

Untuk pertama kali calon pkr usukan dan parlimen kota belud diwakili calon 'bidan terjun'.... tapi adakah mereka ini akan di tolak??? Apa isu di kota belud? Kpd penganalisa politik jgn tanya saya tp tanya bakal pengundi. Setiap pengundi PKR adalah undi protes kpd BN. Sistem BN... Untuk Datuk Saleh cabaran anda adalah mendapatkan majoriti besar yg meletup letup kerana profail pesaing anda ibarat langit dan bumi... Dan kami akan memastikan majoriti anda spt di jangka... siapa tau mcm keputusan saleh vs misbah dlm umno.. Dan utk munirah, biarlah calon wanita bg mnegajar UMNO siapa wanita..jgn jadi mcm Kamalia di perak.. tp kesimpulannya BN tetap menang.. Cuma MENANG mcmana.. bergaya atau hanya nasib baik.. selamat mengundi...

Anonymous said...

setuju dengan pendapat kamu tuan..cuma agak keliru dengan istilah 'bidan terjun' itu..BN mungkin (60%) boleh menang..tp perubahan pola pengundian itu akan banyak berbeza..sekiranya minda rakyat marhaen khususnya di kota belud ini lebih terbuka dan di beri pencerahan yang bagus tidak mustahil BN agak goyah..bagi saya,biar calon wanita PKR parlimen kota belud ini menang..biar DARD sedar bahawa jangan angkuh dan takabur dengan orang bawahan..jangan layan orang bawahan (golongan berpendapatan rendah)..kalau betul kamu perjuangkan hak rakyat,kenapa tidak sokong turunkan harga minyak?(perkara basic ni),kenapa tiada cadangan untuk tingkatkan harga padi?tapi harga beras naik...hanya mampu cakap BANGKRAP kan?tapi banyak rasuah di peringkat pusat/negeri tidak pula bangkrap..sangat malang..fikirlah untuk masa depan dalam 5 tahun lagi selepas PRU-13 ni..tq..

Anonymous said...

saidil dah pernah di beri peluang jadi calon pada 2008.lain lah kalau langsung tak pernah di beri peluang.sama juga dengan ansar,dah dua kali di bagi peluang jadi calon,bukanya tak pernah langsung.jadi buat apa merajuk lagi,dan tak puas hati.ni kerna pentingkan diri sendiri dan bukan perjuangan.kalau soal dah lama berjuang dalam PR.terlalu ramai lagi orang orang bawahan yang lama berjuang dalam PR tak kira susah senang tapi tak mengharapkan jawatan.tanyalah para aktivis parti PR yang kerdil ni,kita berjuang ikhlas.wang ringgit dan tenaga kita sumbang tapi bukan jawatan YB yang di kejar tapi inikali la TUKAR..

Anonymous said...

setuju dengan pencerahan dan penerangan tuan,ringkas tapi ada mesej untuk diperlihatkan..Insyaalah..jika Allah izinkan,laungan Ini Kalilah TUKAR mampu di realisasikan di sabah khususnya..UBAH,REFORMASI,TAKBIR,INIKALILAH...salam warga SABAHAN!!

Anonymous said...

Ini kali lah . Saya tetap undi PKR . Pangka PKR . Ubah . Ganti2 mentadbir negara . Siapa ckp PKR tidak bersedia kalau diorang tidak bersedia mana dorang mau betanding . Semua org mau negara dia maju bukan mau kasi mundur negara . PKR Pun mampu mentadbir ini negara . Hidup PKR . Satu masa Anwar ibrahim akan jdi PM Juga . By: Anak
sama kota belud . Somo-somo kiti ngubah . INI KALI LAH !