Monday, November 21, 2011



Rakyat di negara ini perlu sentiasa peka kepada setiap inci perjalanan ekonomi melibatkan niaga urus aset negara. Pembayar cukai juga harus mengetahui bahkan berhak pada asasnya membuat teguran jika wang mereka dipergunakan untuk tujuan kepentingan puak dan kroni dalam politik. Kesedaran itu sentiasa ada dalam sanubari rakyat di negara ini. Tujuannya adalah memastikan aset dan kewangan negara di urus dengan amanah dan jujur supaya setiap generasi yang lahir kemudiannya merasa bertuah menghirup udara di negara bertuah ini.

Namun semenjak kebelakang ini rakyat terkejut dengan modal mampu kerajaan , kerana dari laporan yang didedahkan jelas menunjukkan bahawa hutang kerajaan Persekutuan sentiasa meningkat sejak dari tahun 2007 iaitu zaman pemerintahan pak lah lagi. Peningkatan hutang kerajaan ini berterusan pada zaman Najib.

Graf diatas menunjukkan bahawa pada tahun 2007 hutang kerajaan mencecah 266 billion ringgit. Ini meningkat pada tahun berikutnya iaitu 2008 sejumlah 306 billion manakala pada tahun 2011 hutang kerajaan telah mencapai lebih 455 biliion ringgit. Peningkatan hutang ini adalah tidak baik bagi sesebuah negara seperti Malaysia.

Antara faktor yang dikenalpasti kepada wujudnya keadaan ini ialah pengurusan dana awam yang tidak efisien dan banyak berlaku unsur penipuan dan rasuah serta pengurusan yang tidak telus. Kebocoran banyak berlaku, ketirisan menjadi budaya kepada urustadbir negara. Ini diakui oleh laporan audit 2010 yang lepas yang menunjukkan bahawa beberapa kementerian utama telah menggunakan kos perbelanjaan melebihi peruntukan yang disediakan,di samping beberapa projek kerajaan yang gagal memberi manfaat dan tidak menepati sasaran asalnya. Contohnya ialah projek Lembu Daging (NFC) yang menelan perbelanjaan lebih 250 juta dan diberikan kepada kroni menteri tertentu dalam kerajaan, sebaliknya disalahguna dengan pembelian kondominum.

Begitu juga saranan Datuk Idris Jala yang beberapa kali mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan penstrukturan subsidi yang boleh menyebabkan negara mengalami kemuflisan.Semua ini adalah tanda-tanda bahawa urustadbir negara mempunyai banyak kelemahan dan wajar diperbaiki secepat mungkin.

Dalam jangka tempoh PRU 13 yang akan menemui rakyat tidak beberapa lama lagi, rakyat harus sedar bahawa realitinya ialah hutang kerajaan semakin bertambah setiap tahun. Persoalannya ialah siapakah yang membayar hutang ini? kalau bukan rakyat!.

46 ulasan :

Saya Ready said...

sdr KM.. ramai yg x sedar perkara ini atau sngaja pura2 x sedar.. bila kepentingan diri mengatasi segalanya maka, mereka lihat semua itu kabur belaka.. hehe

Anakabah said...

dulu niaga gerai, cuma pnjam rm3000. Alhamdulillah... dgn tmbhn modal dr hutang tu, dapat majukn pniagaan dan pndapatn bertambah. Keupayaan mningkat dan keyakinan phk bank juga mningkat. dapat la buat pinjaman rm15000 buka restoran kecil. hutang bertambah tu. tapi alhamdulillah kecekapan mengurus kewangan, pndapatan pun berganda dan pniagaan bertambah maju. cadang thn depan nak pnjam rm100ribu pula. nak buka cawangan dan kathering.
hakikatnya, dlm kecekapan mngurus kewangan yg paling penting perolehan pulangan pendapatan dan kupayaan kewangan.
dari sudut pemberi pinjam spt bank, smakin yakin pihak bank pada keupayaan peminjam byar balik hutang, semakin tinggi jumlah hutang yg akan diberikn. jd hutang mngkat tidak semestinya bermakna tidak baik. sebaliknya jk dilihat scara global, hutng negara2 maju jauh lebih byk berbnding negara miskin. apa yg pnting kcekpn mngurus dan perolehan pulangan pendapat yg lebih tinggi dan meningkat selari dgn peningkatan hutang serta kmmapun byr balik.
fahami secara dalam selok belok perniagaan sblm bicara soal pniagaan.

Anakabah said...

jgn mudah terpengaruh dan tertipu. jadlah rakyat yg sentiasa berfikir dan mancari pnjelasan sepenuhnya. bebaskn minda kita dari belenggu fahaman politk dan ketaksuban.

Mohd Ishak said...

Kerajaan perlulah berusah melangsaikan hutang negara dengan berkesan supaya hutang tidak bertimbun.

Mohd Ishak said...

Rakyat memang patut tahu hutang negara yang sebenarnya.

jackie said...

JIka cekap menguruskan kewangan, pasti semua akan lebih baik lagi...kerajaan pasti ada perancangan bagi melansaikan hutang2 itu..

jackie said...

Pasti CM kita tau apa yg perlu dibuat..rakyat tidak perlu risau... tapi bagus jg ada pendedahan begini..jd, kita tau dimana wang kita disalurkan...

Anonymous said...

kerajaan perlu ada sistem pengurusan wang yang benar2 teratur dan sistematik. dengan ini, pasti beban ekonomi dpt diselesaikan.

Anonymous said...

setiap perbelanjaan kerajaan kena didedahkan kepada rakyat. rakyat harus tau semua ini.

Kris Jr said...

Pengurusan wang yang sistematik perlu agar ekonomi negara tidak mudah goyang.

Anonymous said...

Jika hutang bertambah banyak, seharus subsidy patut dikawal.

Anonymous said...

It a good idea to let the people know about the country debts.

Anonymous said...

Namun semenjak kebelakang ini rakyat terkejut dengan modal mampu kerajaan , kerana dari laporan yang didedahkan jelas menunjukkan bahawa hutang kerajaan Persekutuan sentiasa meningkat sejak dari tahun 2007 iaitu zaman pemerintahan pak lah lagi. Peningkatan hutang kerajaan ini berterusan pada zaman Najib.

Apakah punca pertambahan hutang negara? Adakah pengurusan kewangan kurang baik dan harus diperbaiki?

Anonymous said...

Dalam jangka tempoh PRU 13 yang akan menemui rakyat tidak beberapa lama lagi, rakyat harus sedar bahawa realitinya ialah hutang kerajaan semakin bertambah setiap tahun. Persoalannya ialah siapakah yang membayar hutang ini? kalau bukan rakyat!.

Clearly that tax payee needed to pay all those debts. Make sure the collection of tax being up-to-date.

Anonymous said...

What is our country strategy to clear up those huge debts incurred?

jackie said...

Pasti kerajaan akan memantau hutang2 yg ada...

jackie said...

Tapi apa punca penambahan hutang ini, adakh disebabkan pengurusan wang yg tidak sempurna...

kamilla said...

Pasti kerajaan ada jalan penyelesaian untuk masalah ini..rakyat tidak perlu risau..

Unknown said...

semoga hutang kerajaan dapat diturunkan di tahun hadapan..

Unknown said...

rakyat berhak teruskan untuk bersuara mengenai isu ini.

Unknown said...

Harap semua parti komponen dan kerajaan kita akan berusaha untuk menangani masalah hutang yang meningkat ini

Unknown said...

pengurusan aliran keluar masuk wang negara harus dikawal oleh pihak kerajaan dengan bijak

Unknown said...

jika kerajaan berkebolehan mengurus wang negara dengan bijak, sudah tentu hutang negara dapat diturunkan

jsiput said...
This comment has been removed by the author.
Logop said...

The debt will continue increase even if the gov change.

Logop said...

The gov seriously need to handle the country finance properly or else malaysia will be in big trouble.

Logop said...

off topic, i think Kelapa Mawar should tone down the use of plugins in this site cause it slows down the loading which i find it rather annoying. Neway, its just a suggestion. =D

No name said...

Hutang ini seharus mencari kaedah yang baikuntuk merancang pembayarannya.

No name said...

Jika hutang semakin bertambah, ini akan menyebabkan mufliks di masa akan datang jika tidak dikawal dengan baik.

No name said...

What is the roots causes for such debts keep increasing? Are they a clear indication the limitation of our financial management.

No name said...

Semoga negara kami tidk menghala ke arah seperti negara Europe sekarang.

No name said...

Subsidy kerajaan harus dikawal. Kini, tambahan pula subdiri 1malaysia store, bertambah lagi beban negara.

Anonymous said...

yang penting pengurusan kewangan dilakukan dengan cekap dan semuanya diuruskan dengan baik.

Anonymous said...

semoga semuanya berada dalam keadaan stabil dan diuruskan dengan cekap.

Anonymous said...

setuju dengan penjelasan Anaksabah.. jumlah hutang itu tidak semestinya menggambarkan Malaysia akan bankrap.. hutang negara2 maju ada yang mencecah angka trillion. saya rasa mustahil jika pembangkang memerintah negara ini, malaysia tidak akan mempunyai hutang..

Smookiekins said...

Sistem pengurusan wang yang bagus akan menberi feedback yang positif.

Anonymous said...

rasanya setiap negara pun pasti ada beban hutang yang terpaksa ditanggung.

Paquin said...

Sebagai rakyat, kita memang perlu tahu keadaan ekonomi negara kita terutamanya soal hutang.

Paquin said...

Kalau tak, alamatnya hancurlah negara kita... Dengan adanya ekonomi yang baik barulah negara dapat berkembang maju tapi kalau dibebani hutang, hmmm sendiri mahu ingatlah apa yang akan berlaku...

Paquin said...

Bagaimanapun saya yakin kerajaan mampu menanggani masalah ini dengan sempurna. Pastikan masalah hutang diselesaikan.

Paquin said...

Sementara itu, tak perlulah perbesarkan hal ini sehingga ke pengetahuan luar. Tak pasal2 ia hanya akan mengeruhkan keadaan sedia ada.

Paquin said...

Apapun, kita tunggu dan lihat sajalh nanti.

Hamdan Hadillah said...

PAstikan hutang negara akan dibayar sedikit demi sedikit.

Hamdan Hadillah said...

PM sebagai Menteri Kewangan Negara perlulah memastikan hutang Negara ini sentiasa dikemaskini. Ini bagi memastikan Negara terus dibebani oleh hutang.

POP said...

Memang telah meningkat dengan cepat. Rakyat harus bersyukur Kerajaan kita telah membuat demikian untuk kebaikan kita.

POP said...

Janganlah kita menuduh kerajaan dengan sia-sia saja.