Sunday, August 2, 2009


G7 SELESAI !!!

Bila saya memulakan menulis artikel panas ini saya memikirkannya berulangkali,kerana saya menjangkakan ia menjadi polemic politik di Kb biarpun pertandingan G7 baru sahaja berakhir. Kerana pandangan ini mungkin membuatkan sesetengah pemimpin UMNO di KB melenting dan tidak berpuas hati selain menuduh saya sebagai pemerhati politik tempatan yang “bias “dan penuh dengan prasangka serta kesukuan yang amat sangat. Dan jika itu realitinya, saya mengambil jalan tengah kerana saya sememangnya pemerhati “atas pagar “yang berdiri secara tegak pada apa yang saya rasa patut disuarakankan. Terpulang kepada para pemimpin di KB untuk mentafsirkannya..tetapi percayalah pandangan ini tidak ada agenda tersembunyi,kerana saya turut tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam apa jua pun sama ada dikait dengan politik atau orang-perseorangan. Ia hanya pandangan yang ikhlas melihat UMNO di KB kembali mendukung prinsip perkongsian jawatan, membawa aspirasi semua kaum, membawa mandat akar umbi yang lebih terurus dan telus,menanam rasa kekitaan dalam perjuangan melangkaui rasa kesukuan dan kekeluargaan yang sempit.


Jika kita telusuri tarsila poltik UMNO dan BN di KB, secara sedar rasanya kita turut mengakui bahawa UMNO di KB sebelum ini mendukung prinsip perkongsian jawatan dan kawasan pilihanraya antara 3 buah suku yang menjadi penduduk tetap di KB. Suku Dusun/Kadazan, misalnya diiktraf polisi kepimpinan mereka di kawasan DUN Kadamaian dengan menjadikan parti PBS/BN menjadi wakil rakyat di kawasan itu. Tanpa ada percongakkan politik yang keterlaluan dan bersifat ektremisme. Biarpun ‘kelulusan’ ini tidak bertinta merah atau biru..tetapi atas prinsip persefahaman semulajadi politik di KB, fenomena ini direstui oleh pimpinan UMNO dan BN di peringkat KB. Sebelum inipun kawasan Usukan “dihadiahkan” kepada suku kaum Bajau yang mendominasi kepimpinan di daerah ini. Dan inipun secara semulajadinya direstui oleh kebanyakkan pemimpinan UMNO dan BN . Percaturan politik di KB juga tidak membelakangkan suku Minoriti Iranun.Kerana peranan suku ini dalam kancah kepoltikan di daerah bukit ini sangat-sangat dihargai. Kawasan Tempasuk diberikan kepada Tan Sri Pandikar Amin, dari suku Iranun. Persahabatan para pemimpin UMNO/BN di daerah ini berjalan sekian lama…sehinggalah akhirnya…persefahaman ini berubah, apabila Tan Sri Pandikar Amin (TSPA) di katakan ‘menyerahkan’ kerusi Tempasuk kepada HJ. Musbah dari suku kaum Bajau, atas satu ‘percaturan’ politik peribadi yang langsung tidak memikirkan kedudukan dan nasib politik suku Iranun dalam persada kepolitikkan di daerah KB. Sehingga kini, generasi berpendidikkan dari suku ini menganggap bahawa, inilah kesilapan terbesar TSPA dalam percaturan politik peribadinya sehingga membawa suku Iranun kembali ‘merempat’ ,”mengemis’ dan ‘meminta’ simpati pemimpin lain yang dari bukan suku Iranun.


Dan kesan kepada tindakan ‘tergesa-gesa’ itu, dengan hanya diumpankan jawatan Menteri Penuh di KL, begitu terasa sehingga kini. Pemimpin-pemimpin muda dan berpendidikan dari suku ini yang cuba untuk melonjak ke depan…terus-terusan gagal dan tidak mendapat perhatian. Berpunca dari apa ? atau kesilapan siapa? Rasanya sudah tidak penting..kerana yang lebih mendapat perhatian ialah..Iranun semakin tidak mendapat tempat dalam barisan kepimpinan UMNO di KB. Kegagalan pemimpin muda, SDR TAJUL yang bertanding dalam kepimpinan pemuda seakan menjadi sumpahan kepada yang lain….kerana selepas itu tidak ada seorangpun dari suku Iranun yang dapat melepasi merit kepimpinan yang menjadi idaman setiap orang perwakilan UMNO di KB. Biarpun kemenangan SDR IDRIS KISAB dan SDR. SUHAIMI sebagai wakil pemuda ke KL, namun kemenangan itu disifatkan sebagai satu sandiwara poltik pemimpin atasan UMNO KB, untuk meringankan penderitaan Iranun dalam kesengsaraan mencari pimpinan baru setelah TSPA sendiri dilihat enggan memberikan “green light “kepada generasi muda Iranun yang berkelayakan. Persengkokolan golongan atasan UMNO KB untuk tidak memilih walaupun seorang pemimpin Iranun di hantar minda dan pengawasannya dalam perhimpunan UMNO di KL..terbukti apabila kesemua wakil 7 yang terpilih, tidak ada seorangpun yang berdarah Iranun. SDR. Razak Rakunaman, SDR DR. Selisih Ukoh, Juga Hj. Mayur tewas tanpa perhitungan politik yang dikongsi selama ini. Percaturan demi percaturan dibuat, sehingga perwakilan sendiri pun merasa bahawa tokoh-tokoh pemimpin Iranun yang diketengahkan langsung tidak dapat membawa aspirasi suku ini diperingkat nasional. Iranun PERLU melihat kembali..akar umbi politik mereka, sama ada sudah tidak releven idealismenya atau Iranun sendiri sudah ketandusan pemimpin yang patut bangun membela bangsanya. Rasanya politik kesukuan ini tidak menjadi masalah besar dalam UMNO, kerana UMNO sendiri berjuang untuk bangsnya., CUMA, politk kesukuan itu tidak patut disempitkan, sehingga menidakkan peranan dan kepentingan suku-suku lain yang bernaung di bawah payung parti UMNO di KB.


Kegagalan Iranun tersenarai dalam perwakilan G7, jelas membuktikan bahawa, suku itu semakin terdesak dan ‘terpinggir’ dalam soal-soal pimpinan di daerah ini. Biarpun beberapa tokoh muda Iranun masih berada dalam kelompok tertinggi Bahagian UMNO, yang hanya sekadar mengetuai BIRO seperti SDR ROSLAN namun, tokoh inipun masih menjadi ‘pertimbangan’ para perwakilan Iranun untuk diangkat sebagai pemimpin baru. Di Samping pelbagai masalah peribadi dan keluarga , ramai pemimpin Iranun juga yang tidak jelas idelaisme perjuangan mereka untuk bangsa dan masyarakatnya. Ramai yang sekadar menjadi pengikut dan tidak langsung berperanan mencatur gerakkan politik Iranun. Para Perwakilan iranun Dalam G7. Ternyata semakin tipis modalnya…dan tersisih fikiran mereka..selain daripada mendapat tekanan dari pihak atasan…mereka juga tidak berpeluang untuk menyelami aspirasi politik suku mereka. Kesilapan ini menjadikan para perwakilan Iranun di tolak secara kolektif oleh perwakilan Iranun sendiri.


Kemenangan SDR SERIN, SDR IDRIS NANTI dan DATIN SAIDA, memang sudah diduga…mereka seperti yang didakwa oleh rakan calon G7 sendiri mengedarkan sampul-sampul berkepala raja..mereka juga Berjaya memikat hati perwakilan dengan percaturan yang sungguh rapi. Biarpun rekod Datin Saida terutamanya, kurang disenangi, namun bayang-bayang berbisa DSSK ternyata menyelamatkannya. Bukan soal legasi keruak. Bukan soal pengkhianat bangsa. Bukan soal pengaruh dan restu MUSA AMAN. Juga bukan soal sampul berkepala raja.Tetapi ia lebih kepada perancangan yang tersusun dan teratur untuk mempengaruhi perwakilan. Pada waktu yang sama Iranun tertutp matanya untuk memilih walau seorang untuk menduduki kouta G7.


Iranun perlu mula bermuhasabah. Iranun perlu memikirkan semula kesatuan fikrah. Iranun perlu segera melupakan sengketa. Iranun perlu kembali lurus telunjuknya. Kerana jika tidak..Iranun tidak akan kemana-mana dalam UMNO di KOTA BELUD.

11 ulasan :

aura said...

Jangan salahkan sesiapa dalam politik semuanya bergantung kepada stratigik bukan nasib.Untuk politik genarasi baru Iranun rangka satu stratigik politik misalnya buat kerjasama dengan suku suku lain melalui NGO dan perhubungan semula jadi.Mereka generasi lama terpaksa berbuat apa saja kerana stuasi mendesak dan sentiasa membuka peluang kepada generasi baru dengan syarat tunjukan ketokohan kamu...Insyahallah...siapa lagi kalau bukan genaeasi baru sebagai penyambung wadah perjuangan.Jangan selalu salahkan TSPA kerana politik tidak boleh dituturkan dalam bahasa tetapi stuasilah menentukan segalanya.....

SI RENGIT said...

salam...

Satu penulisan uang cukup menarik...saya amat bersetuju dengan pandangan saudara. Dari awalh saya berhujah dengan rakan-rakan bahawa kemenangan wakil 2 dalam pemilihan pemuda merupakan hadiah kepada suku kaum iranun agar dapat meredakan kemarahan masyarakat ini di atas kekalahan saduara Tajul. Buktinya wakil G7, calon kita di ketepikan...

Percaturan ini telah dibuat dengan begitu rapi...tapi sayangnya perwakilan kita sendiri tertipu dengan pandnagan mata mereka yang kabur...

Setiap kali saya bertemu dengan perwakilan ayat ini pasti akan saya tuturkan..Mereka mengatakan ianya betul tetapi tindakan mereka tetap sama...

Sebagai seorang pemimpin yang masyhur TSPA perlu bertanggunjawab melonjakkan kepimpinan Iranun sekali lagi. Berikan kerjasama dan jangan cantas mencantas...ingat kepimpinan tidak boleh diwarisi...berikan ruang pada masyarakat kita untuk memilih pemimpin seterusnya...orang kata setiap yang "mati" pasti ada penggantinya.....tq

DEPU-DEPU said...

Salam sdri kelapa mawar..

saya pada asasnya bersetuju dengan pandangan Aura..kerana menyalahkan orang lain tidak menyelesaikan masalah politik Iranun..

Cukup sdh segala persengketaan..generasi muda yang terpelajar sprti sdr Aura perlu bergerak dengan lebih pantas..memertabatkan kembali kuasa politik iranun ini. Saya berharap sdri Kelapa mawar dapat meneruskanpenulisan yg cukup menarik ini.

kelapa mawar said...

Salam sdr Aura..

Ma kasih dgn pandangan ikhlas sdr...demi bangsa Iranun..sdr punya idea yang menarik..teruskan bersama TSP sdr...

kelapa mawar said...

salam sdr renggit..

ma kasih denga hujah sdr..saya juga melihat yang dsemikian keran dunia politik di Kb penuh dengan percaturan senget, kesukuan, kroni dan nipotisme...
menidakkan kesaksamaan perjuangan adalah sikap pengecut yang tidak boleh dimaafkan.

tolak pemimpin seperti ini, biar dia memanda, biar dia seri kerma Wijaya, biar diabendahara...merekA tak boleh dibiarkan memimpin lagi.

kelapa mawar said...

Salam sdr depu-depu..

Ma kasih dengan kunjungan dan komen sdr itu..saya hargainya.Saya akan meneruskan penulisan ini sedaya yang termampu. TQ sekalilagi

SAMBAL BELACAN said...

Salam,

Mestikah TS Pandikar disalahkan...renungkanlah diri sebelum menyalahkan org lain...kalau dah kalah G7...salah TSP jugakah?...

wahai sdra2 berdirilah atas kaki sendiri!!!jgn suka salahkan org lain...

kelapa mawar said...

Salam sdr SB..

Sdr tidak bercakap atas dasar politik Iranun..justeru berpandangan demikian...Pemimpin yang sudahlama berkecimpung dlm dunia poltik tetapi gagal dalam menyediakan pelapis selepasnya..

Sdr boleh berhujah dengan memberikan sumbangan besar TSP dalam politik Iranun?

Sdr boleh berhujah dengan menunjukkan bilangan pelapis pemimpin Iranun yang direstui oleh TSP..

Silakan sdr SB..

rojokobog said...

Salam 1 Msia,
Minda perwakilan UMNO kota Belud berlabuh atas wang ringgit...sampai bila harus jadi begini?? kita mesti melonjakkan ekenomi ahli-ahli UMNO Kota Belud hingga ketahap maksima..agar wang riggit bukan jadi ukuran...boleh ke?

kelapa mawar said...

salam rojokobog..

satu idea yg baik..macamna nak buat tanya pemimpin..mereka juga yg menggagalkan Agropolitan..

Unknown said...

Salam Kelapa Mawar,

Setiap kali saudara mengeluarkan artikal menampakan yang saudara cetek pengetahuan tentang pergolakan politik kota belud. Saudara seolah-olah yang menerima kekalahan dalam pemilihan G7 itu.Saudara cuba menyalahkan pemimpin iranun yang lain, setelah saudara atau keluarga saudara yang kalah dalam pemilihan itu. Apakah calun-calun seperti Razak, salisi dan mayur itu memenuhi kreteria yang disenangi oleh perwakilan KB. Saya rasa mereka ini perlu bertapah dan mengubah sikap dulu sebelum mencuba nasib sebarang pemilihan UMNO KB. Orang yang mencuba dalam pemilihan UMNO KB, tidak saja pandai berkata di kedai kopi, tetapi mesti ada ilmu menjerat perwakilan, sejarah telah membuktikan bahawa perwakilan KB matang membuat pemilihan. Ketiga-tiga calun hanya kelihatan dikedai kopi sewaktu pemilihan sahaja, lepas itu entah ke mana. Perwakilan kb mahu seperti cogankata UMNO itu sendiri DULU KINI DAN SELAMANYA. baru ada UMPH!!!!!!