Saturday, November 5, 2011


Semenjak Datuk Salleh mendapat 'kepercayaan' daripada Musa Aman dengan menduduki beberapa jawatan politik seperti Penasihat Sains kepada Ketua Menteri dan kemudian dilantik ke beberapa jawatan penting dalam agensi kerajaan dan kemudiannya menjadi Speaker Dewan Undangan negeri, Salleh yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Negeri dilihat seperti 'belangkas' dengan Musa Aman. Di mana-mana majlis sama ada ia patut dihadiri oleh Salleh atau tidak, nescaya rakyat akan mendapati Salleh berada di samping Musa Aman. Seolah-olahnya Salleh adalah Timbalan Ketua Menteri Sabah, mendahului pemimpin yang menduduki kerusi berkenaan seperti Datuk Yahya Husin dan Tan Sri Pairin Kitingan.

Malahan dalam beberapa kes melibatkan layanan pemimpin parti komponen terutama LDP kepada Musa Aman, Datuk Salleh menjadi jurucakap kepada Musa Aman sehingga Salleh dianggap oleh kebanyakkan penganalisis politik tempatan sebagai "Hero Zorro: kepada Musa Aman.

Salleh jugalah yang menempelak pimpinan LDP yang tidak menghadiri majlis sambutan Hari Raya Musa Aman beberapa bulan lepasd. Salleh jugalah yang secara terang-terang membuat kenyataan menyokong penuh pimpinan Musa Aman di Sabah. Salleh jugalah yang pertama kali mengumumkan USBO akan menjadi NGO di Sabah yang menjadi ahli bersekutu bagi BN. Salleh jugalah yang memanjatkan pujian kepada Musa Aman kerana berjaya mengurus ekonomi negeri Sabah dengan baik:

" Pujian harus diberikan kepada Ketua Menteri Sabah ( Musa Aman) yang membolehkan keadaan ekonomi negeri ini berada pada tahap yang terbaik".

Begitulah antara kenyataan Salleh ketika merasmikan Premis baru Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) di KKIP kelmarin.

Di Sabah Sallkeh dilihat sebagai politikus yang cukup opportunis, Mengambil kesempatan atas ruang yang diberikan. Salleh dikatakan membuat strategi sedemikian untuk mendapatkan kembali kepercayaan Najib setelah Salleh ketika menjadi ketua UMNO KB tidak bertindak mencalonkan Najib dalam pemilihan sebagai naib presiden UMNO pada tahun 2000.

Salleh juga berusaha untuk mengembalikan kepercayaan Musa Aman setelah perananya dalam USBO pada 2008 disalahertikan oleh Musa sehingga pimpinan USBO diketepikan daripada calon PRU 12.

Salleh sekarang berusaha membuktikan kepada Musa Aman dan Najib bahawa beliau boleh menjadi 'kawan' dan mempergunakan media massa arus perdana di Sabah untuk memaparkan berita tentang kenyataan positifnya terhadap kepimpinan Musa Aman.

Apakah Musa Aman tidak terfikir bahawa 'kawan" yang ingin tidur sebantal tidak akan mahu berkongsi mimpi yang sama? Apakah mimpi Salleh selain dari kerusi "Ketua Menteri" yang pernah didudukinya melalui sistem penggiliran tetapi bertempoh. Kerana bertempoh lah maka ramai pemimpin sabah yang pernah menduduki kerusi hikmat itu tidak cukup merasa puas, malah mahukan kembali merasa semula.


30 ulasan :

mike said...

ahli politik harus menggunakan peluang dan kesempatan yang ada harus digunakan sebaiknya untuk memastikan terus relevan dalam dunia politik.

mike said...

kenyataan2 salleh berhubung dengan tadbir urus negeri oleh KM sabah adalaah pandangan peribadi beliau..dan rasanya setiap individu juga ada pandangan mereka sendiri.

mike said...

rasanya apa jua kenyataan salleh bukanlah menjerus kepada jurucakap kepada musa aman..

mike said...

apakah salleh kepingin menjadi KM semula? hanya salleh saja yang tahu..yang pasti sistem penggiliran yang telah digunapakai sebelum ini adalah satu sistem yang gagal.

mike said...

apa2 pun, hal2 kecil tidak perlu diperbesarkan...masing2 jaga kain sendiri lah..

Paquin said...

Ikut suka Salleh la bah kalau dia nak puji Musa ka tak. Takkan nak paksa dia benci CM kan:P hehe

Paquin said...

Lagipun bagi saya ia cuma pandangan peribadi beliau. So rasanya tak salah juga kalau Salleh berpandangan positif pada CM kita.

Paquin said...

Mungkin ada yang berpendapat Salleh ni ada udang sebalik batu, namun kita lihat sajalah nanti. Susah juga mahu komen.

Paquin said...

Sekarang ni yang penting ialah pandangan rakyat. Apapun yang berlaku biarlah, asalkan rakyat tahu apa yang nak dibuat nanti.

Paquin said...

Tak sabar nak tunggu kemunculan PRU13 pasti banyak 'iklan menarik'. hahahaa

Mohd Ishak said...

Setiap orang ada pandangan mereka sendiri terhadap seseorang pemimpin.

Mohd Ishak said...

Sama ada sokong ataupun tidak, itu hak dan kebebabasan seorang pengundi.

Anonymous said...

tak ada salah Salleh menyokong Musa Aman, lagipun Musa adalah CM dan pemimpin kita, kita harus menyokong pemimpin kita.

Anonymous said...

sebagai ahli BN, mereka seharusnya saling menyokong satu sama lain.

Anonymous said...

kadang2 ada yang mengatakan bahawa jika seseorang memuji dan sentiasa beri kenyataan positif terhadap pemimpin atau sesiapa saja pasti ada niat lain dan maksud di sebalik semua itu.

Anonymous said...

Hak beliau nak puji Musa Aman ataupun tidak.

Anonymous said...

tapi rasanya kenyataan Salleh tentang Musa Aman seperti itu menunjukkan mereka mempunyai hubungan yang sangat baik dan sokongan Sallleh yang tinggi terhadap kepimpinan Musa Aman.

Anonymous said...

Terlalu memuji pun boleh disalah tafsir. Jadi berpadah-padahlah. Niat kena ikhlas. Jangan sampai orang bilang ada udang di sebalik batu.

Anonymous said...

Musa Aman bijak bila masanya untuk beliau bersuara, dan bila masanya untuk berdiam. Tetapi diam tidak semestinya negatif. Jika terlalu banyak buat kenyataan pun nanti orang akan putar belit.

Anonymous said...

nampaknya peranan dan sokongan Salleh ni sangat kuat. memang benar sebagai sesama ahli BN, mereka memang harus menyokong antara satu sama lain.

joey said...

setiap komen yang diberikan Salleh adalah pandangan beliau sendiri...

joey said...

sebagai satu pasukan memang wajarlah jika mereka saling menyokong..

Anonymous said...

siapa tahu jika pujian itu benar2 ikhlas dari salleh.. begitu juga dengan pemimpin2 dari parti pembangkang yang mana mereka juga sentiasa melindungi ketua mereka..

Anonymous said...

isu ini tidak perlulah diperbesarkan kerana ianya bukanlah sesuatu yang luar biasa, malah memang patut dilakukan sebagai penghuni yang berteduh dibawah bumbung yang sama.. good luck Salleh!

Unknown said...

Mungkin ini kerana kebolehan yang ada pada Salleh itu yang menyebabkan beliau disenangi oleh Datuk Musa aman.

Hamdan Hadillah said...

Harap BN Sabah akan terus dapat sambutan dari penduduk Sabah. Teruskan usaha untuk memastikan sabah dapat dibangunkan.

Unknown said...

Masalah sebegini pun mahu dihebohkan. BN tahu apa yang perlu dan apa yang tidak dalam pengurusan parti mereka.

Jason said...

salleh seems to be ma close friend, so its not surprising at all that he sides MA.

Jason said...

MA is the cm, so salleh did the right thing in backing him up.

DorianG said...

Wow...this is almost like reading the gossip column...
But seriously? even if a positive affirmation from a former CM to the present CM comes to question?