Monday, July 30, 2012

sebelum Datuk Lajim meneruskan hasratnya keluar dari UMNO, sudah beberapa kali tindakannya 'mencabar' kesabaran pemimpin parti itu di Sabah. Antara yang telah lebih awal menempelak Datuk Lajim ialah Timbalan pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Salleh tun Said. Sejak awal ketua UMNO bahagian Kota belud itu membuat gesaan supaya Datuk Lajim membuat keputusan untuk keluar dari UMNO?

Mengapakah hanya Datuk Salleh yang sebegitu lantang mengkritik Datuk Lajim. Dan mengapa hanya beliau yang nampak keseorangan membuat gesaan agar Lajim keluar dari UMNO?

Apakah inhi ada kaitan dengan kelompok-kelompok tertentu dalam UMNO Sabah?

Sebelum ini, Datuk Lajim dikaitkan dengan kelompok Datuk Shafie Apdal dan dikhabarkan beberapa projek mega di bawah kuasa KKLW  turut dinikmati oleh datuk Lajim. Kini SPRM dilaporkan membuka kertas siasatan.

Datuk Salleh paling berani mempertahankan segala tindakan Musa Aman. semasa LDP tidak hadir dalam sambutan hari Raya bersama Musa Aman, Salleh juga bising kerana menggangap LDP biadap dan tidak menghormati ketua menteri itu.

Khabarnya Lajim membuat keputusan disaat akhir untuk tidak menyertai PKR sebaliknya berjuang dalam Angkatan perubahan Sabah atas pujukan Datuk Shafie Apdal yang memberi keyakinan bahawa PM Datuk Najib telah bersetuju agar beliau mengambil alih jawatan KM selepas PRU 13. Datuk Shafie dijadualkan akan turun bertanding di DUN Bugaya dan melepaskan Parlimen Semporna.

Segala-galanya adalah strategi! dan sekiranya BN masih lagi memerintah di Sabah dan datuk Shafie Apdal menjadi KM baru, maka apakah datuk Salleh juga akan mempertahankan penaung USBO ini?

8 ulasan :

Paquin said...

Siapa juga tak gesa keluar kalau sudah buat hal???

Paquin said...

Apapun, terpulanglah pada rakyat untuk membuat penilaian mengenai hal ini.

mantera said...

jika dah tidak setia pada parti, baik keluar saja.

mantera said...

baik keluar dari timbulkan masalah dalam parti.

Sanih Alias said...

Memang patut jugalah DAtuk Lajim Keluar UMNO.Kerana tidak ada guna bertahan lama-lama kalau hati ditempat lain sudah.

Sanih Alias said...

Namun tidak guna menyesal dikemudian hari nanti. Datuk Lajim dan Bumburing, menyesal tidak berguna lagi. Kata orang nasi sudah jadi bubur. Kalau keringkan pun tidak akan jadi nasi semula.

Sanih Alias said...

Selagi Lajim bersama dengan BN selagi itulah juga BN akan terbeban dengan pemimpin sebegini.

Sanih Alias said...

Rasanya ini adalah keputusan yang terbaik untuk BN. Terima kasih kita kepada Datuk Lajim keluar BN dengan cepat supaya tidak menjadi parasit dalam BN.