Sunday, July 29, 2012

Sandarkan pada kenangan! begitulah apa yang berlaku dengan politik Sabah sejak akhir-akhir ini. banyak kejutan, banyak ramalan yang benar berlaku. Difahamkan sedikit masa lagi , akan berlaku satu lagi kejutan besar di bumi borneo utara. Khabarnya beberapa mantan pemimpin USNO dan UMNO juga berikrar menyatakan sokongan kepada PR dan DSAI.

Belumpun sempat Datuk Musa Aman 'menghirup' kopi petang, baru sebentar tadi Datuk Welfred Bumburing pula mengumumkan keluar dari UPKO dan BN sebaliknya menyatakan sokongan kepada PR dan DSAI.

KOTA KINABALU 30 Julai: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing mengisytihar keluar Barisan Nasional (BN) dan menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat.
Beliau juga menyatakan kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin utama Pakatan dan bakal Perdana Menteri Malaysia ketujuh.
Bercakap pada pelancaran Angkatan Perubahan Rakyat (APS) di Restoran Singgahgora, Tuaran di sini, Bumburing percaya seluruh masyarakat Kadazan-Dusun-Murut akan menumbangkan kerajaan BN Sabah.
Beliau juga akan menjelajah ke seluruh negeri untuk mengajak rakyat melakukan perubahan kerajaan di Sabah, selain di peringkat Persekutuan.
Situasi ini pasti menggerunkan regim Umno berikutan dua pemimpin berpengaruh di Sabah dalam dua hari berturut-turut, meninggalkan BN dan menyokong Pakatan Rakyat.
Semalam, Timbalan Menteri Kabinet, Datuk Seri Lajim Ukim meletak semua jawatan dalam Umno dan menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat, diikuti Wilfred pada hari ini.
Wilfred juga adalah Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), sebuah parti komponen BN Sabah.
Sebelum ini, beliau pernah menyertai parti Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (PASOK) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).
Beliau juga adalah Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilancarkan Tengku Razaleigh Hamzah pada 22 Julai 2011.
Pada pilihan raya umum (PRU) 2008, Wilfred menang dengan undi sebanyak 17,645 menewaskan calon KEADILAN, Ansari Abdullah dan calon Bebas, Ajin Nazin Gagah.

6 ulasan :

mantera said...

akhirnya Bumburing dah jelaskan pendiriannya dan dia keluar dari BN.

mantera said...

keputusan itu dibuat Bumburing sendiri. bagaimanapun, harap ia tak menggugat BN.

Unknown said...

Bukan khabar angin lagi. semuanya sudah jadi kenyataan..

Unknown said...

Sejak tahun lalu lagi sudah ada kenyataan daripada Wilfred Bumburing sendiri untuk melepaskan jawatannya dalam UPKO. Rupa-rupanya bukan setakat tu saja.

Sanih Alias said...

Mengenai MP yang meninggalkan BN itu rasanya tidak akan menggugat perjuangan BN sebelum ini. Apa pun perjuangan tetap juga diteruskan.

Anonymous said...

Nampaknya politik BN Sabah semakin bermasalah. Tapi selepas ini mungkin tidak lagi. Kerana MP dua orang ini yang membuat BN bermasalah di Sabah.