Ramai yang tertunggu-tunggu formula yang boleh meredakan kemelut dan krisis kepimpinan MCA. Antara sebabnya ialah kerana MCA adalah parti paling kanan dalam BN. Parti yang menjadi sayap penting kepada kelangsungan BN terutama dalam meraih sokongan pengundi CINA. Dan setelah mesyuarat EGM berakhir semalam, sesuatu yang mengejutkan telah berlaku. Presiden MCA sebelum ini iaitu Datuk Ong Tee Kiat telah kecundang di tangan Timbalan. Presiden MCA , Datuk Chua Soi Lek. Ong hanya memperolehi undi lingkungan 500 lebih dan Chua pula meraih sokongan terbanyak seramai 901 undi seterusnya menolak harapan Ong Ka Ting untuk kembali mengemudi parti kaum Cina Terbesar itu. Ka Ting hanya memrepolehi undi 800 lebih. Ini menolak desas-desus sebelum ini, yang meramalkan, Ka Ting bakal menerajui semula MCA bersama gandingan Datuk Seri Liow Tong Lai yang telah pun lebih awal menempa kerusi nombor dua parti berkenaan itu.
Keputusan perwakilan memilih Datuk Chua Soi Lek, dilihat mempunyai signifikan dengan transformasi yang bakal dilakukan oleh parti itu. Keengganan Datuk Ong Tee Kiat sebelum ini untuk bertolak ansur dikatakan punca kepada krisis MCA bertambah teruk. Agak mengejutkan juga, kerana Chua Soi Lek yang terlibat dalam skandal seks dengan tersebarnya vcd lucahnya sukar diketepikan oleh perwakilan.
Dua keadaan yang harus dibezakan iaitu antara kehendak perwakilan dan kehendak pengundi yang terdiri daripada rakyat jelata.Jika kehendak dan percaturan perwakilan tidak selari dengan kehendak dan naluri pengundi,maka itu juga tidak ada gunanya. Ertinya transformasi yang dicanangkan akan menemui kegagalan. Parti dan pemimpin itu akan terus ditolak oleh rakyat. Apakah janji Chua Soi Lek untuk mengukuhkan parti akan diterima oleh para pengundi Cina ? Apakah MCA akan menjadi parti pilihan ramai?
Di sebalik janji Chua Soi Lek itu, rakyat masih melihat sebagai satu sandiwara politik yang bisa menghancurleburkan harapan rakyat kepada BN. Transformasi kata sesetengah penganalisis bukan sekadar perubahan kepada penstrukuturan organisasi dan membaharui janji dan ikrar kepada rakyat. Tetapi juga rakyat mengkehendakkan transformasi moral yang membebaskan dari belenggu dan cengkaman keruntuhan akhlak. Seorang ahli politik bukan sahaja mendedahkan diri kepada penelitian khalayak tetapi juga adalah merupakan suara kepada kepimpinan. Bagaimana seorang yang rosak moralnya boleh menjadi suara kepada kepimpinan itu ?
Keputusan perwakilan MCA ini akan memberi kesan kepada BN. Ia tidak akan menyelesaikan bahkan akan menjejaskan imej parti perikatan itu. Di saat PM mendendangkan Perubahan kepada BN, Nampak gayanya parti komponen masih sukar mengikutinya.