Wednesday, July 4, 2012


Sejak kebelakangan ini, masyarakat Kota Belud mula ambil peduli tentang calon wakil rakyat yang akan mewakili mereka pada PRU 13 yang bila-bila masa dari sekarang akan berlaku. Antara kawasan paling panas dalam penentuan calonnya ialah kawasan Parlimen P169 Kota Belud. Kerusi parlimen ini dimenangi oleh Datuk Rahman Dahlan dari parti UMNO pada PRu 12 yang lepas dengan mengenepikan calon PKR dalam gelangang satu lawan satu dengan kelebihan undi tipis sebanyak 3020 jika dibandingkan rekod sebelum itu.

Kini kerusi itu bertambah 'panas' apabila dikhabarkan ketua-ketua Cawangan UMNo di Kota belud dalam satu perjumpaan di dewan utama Restoran Mayangsari Kota Belud melaporkan berlaku 'hentaman' kuat kepada Rahman Dahlan. beberapa isu berbangkit juga diutarakan mencerminkan kehendak dan aspirasi peringkat akar umbi.

Daripada maklumat yang diperolahi, antara isu yang membelenggu ahli Parlimen itu ialah kemudahan logsitik yang menyukarkan rakyat di peringkat cawangan menemui beliau pada bila-bila masa diperlukan. ketua-ketua cawangan dalam keluhan mereka, menyatakan bahawa Rahman Dahlan adalah antara ahli Parlimen paling sibuk dan sukar untuk ditemui, bahkan dikatakan Rahman Dahlan juga lebih banyak menghabiskan masanya di Kuala Lumpur berbanding di Kota Belud.

Dalam pertemuan itu juga Rahman Dahlan diberitahu mengenai beberapa tingkahlaku orang 'kanan'nya di Pejabat Perhubungan Parlimen yang dikatakan kurang sopan dan tidak disukai oleh masyarakat setempat. Peringkat akar umbi dikatakan tidak berpuas hati dengan layanan diterima oleh mereka tatkala berurusan dengan Pejabat Perhubungan Parlimen itu.Ketiadaan Rahman Dahlan dalam jangka masa lama ,ternyata menyukarkan beliau memantau pergerakan dan mengikuti perkembangan staf-stafnya. Setelah hampir 4 tahun situasi ini berlaku ia telah membuahkan kebencian masyarakat kepada Rahman dahlan.

Menurut penerangan dari ketua cawangan yang hadir dalam perjumpaan itu, isu lain yang ditimbulkan juga ialah berkaitan dengan kuasa "otonomi' yang diberikan oleh Rahman Dahlan kepada adiknya Tajudin Dahlan berkaitan dengan pengagihan projek dan peruntukan parlimen. Menurut sumber itu lagi Tajudin dikatakan berkuasa penuh ke atas pengagihan peruntukan termasuk dalam soal penyelarasan serta perlaksanaan projek di bawah parlimen. Sebelum ini rakyat Kota Belud juga membangkitkan pembahagian peruntukan yang tidak sekata antara 3 DUN di bawah parlimen Kota Belud. Peruntukan besar disalurkan di kawasan DUN Kadamaian.

Walaupun Rahman dahlan diberikan peluang menerangkan dan menjawab segala isu berbangkit itu,namun menurut ketua cawangan tersebut, masyarakat akar umbi sudah tidak mahukan Rahman Dahlan tercalon semula di Parlimen Kota Belud. PM Datuk Seri Najib dan Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman harus memikirkan antara 'kehendak parti' dengan 'kehendak rakyat' di Kota Belud. Malahan katanya lagi jika Rahman Dahlan dicalonkan semula di Parlimen Kota Belud, maka tunggulah keputusannya, UMNO akan kehilangan kawasan parlimen itu.

Bersandarkan kepada rekod pada PRU 12 yang lepas, situasi ini akan ada kebenarannya apabila calon PKR pada waktu itu memperolahi undi 14,822 suatu peningkatan sokongan yang paling ketara sejak 1999.

Seorang AJK UMNO Bahagian Kb yang sempat kelapamawar hubungi juga melahirkan kebimbangan yang sama, kerana menurut serve yang dilakukan menunjukkan masyarakat akar umbi terutama dari suku Bajau-Iranun menolak kepimpinan Rahman dahlan di KOta Belud.Malahan menurutnya lagi seorang ADUN ( namanya dirahsiakan, atas faktor keselamatan politik) di Kota Belud pernah memberitahunya bahawa jika Rahman Dahlan dicalonkan semula di Parlimen Kota Belud pada PRU 13 ia akan menghadapi laluan sukar dan keputusan bakal menyaksikan Parlimen berkemungkinan besar jatuh ke tangan pembangkang.

22 ulasan :

mantera said...

Rahman harus berusaha dan memastikan rakyat terus menyokongnya. jagalah kebajikan rakyat.

mantera said...

KB adalah antara kubu UMNO dan ia adalah tempat UMNO Sabah dilahirkan. jadi UMNO perlu pertahankan KB.

mike said...

faktor calon akan memainkan peranan penting pada pru13 nanti..

mike said...

bagi P169 kota belud, BN harus berhati-hati untuk memilih calon mereka...muka lama yang sudah tidak disukai oleh pengundi tidak seharusnya dicalonkan semula...

Sanih Alias said...

Jangan mudah terhasut dengan permainan yang dibuat oleh pembangkang. Kerana pembangkang juga yang mencuba memburukkan calon-calon yang ada ini.

Sanih Alias said...

Rasanya itu tidak akan berlaku. yang kita boleh nampak di Kota Belud memang politik sangat kuat dikawasan tersebut. Tapi UMNO/BN tetap menjadi pilihan mereka.

Unknown said...

Kerajaan Negeri Sabah telah memberikan pembangunan yang baik disetiap kawasan. Mungkin kelemahan itu mesti ada setiap pembangunan yang dibuat. Kita tidak patut menyalahkan tanpa ada meneliti dengan baik.

Unknown said...

Sebenarnya pengundi kota belud dari awal lagi telah dipermainkan.masa pru12 cara berkempen di kawasan kedamaian pun sudah kita boleh gambarkan,dengan meletak jentera di setiap kawasan kononnya beliau punya kuasa untuk menyelesaikan masalah jalanraya di kedamaian.fikirkan la....

Unknown said...

pejabat p169 juga tidak ditadbir dan urus selia dengan cekap,keadaan pejabat tidak terurus dengan baik,kakitangan yg tidak cekap dan tiada pengalaman dalam pengurusan

Unknown said...

oleh itu segala apa yg dirancang dari segi perlaksanaan dan dasar kerajaan pasti tidak dapat dilaksanakan...tak percaya sila berkunjung ke pejabat P169 kota belud.....

Unknown said...

hari ini pengundi tidak bertanya apa YB laksanakan dalam peringkat negeri atau negara,tetapi apa yg pengundi tagih daripada setiap yb yang ada di kota belud adalah apa yang telah mereka laksanakan pada peringkat kawasan mereka.........

Unknown said...

kalau sekadar perancangan saja....budak budak pun bisa merancang,ini kerana pemimpin di kota belud ini seperti bersambung macam drama di TV,itu-itu saja....

Unknown said...

kebanyakan pemimpin di kota belud dari dulu sampai hari ini,lebih kepada menjaga downline,takut hilang sokongan di peringkat bahagian,menjaga kepentingan peribadi atas dasar kononnya demi parti.....

Unknown said...

pada hari ini 12/7/2012,jika kita perhatikan,pergerakan kontraktor atau kroni kroni pemimpin kita di kota belud ini begitu sibuk menjalankan kerja-kerja menaik taraf di sekitar kota belud.ini kelak pasti di jadikan MODAL berkempen kononnya kerajaan telah melaksanakan janji.

Unknown said...

kalau telah melaksana,kenapa baru sekarang,kenapa tidak dari awal lagi,sudah TIGA penggal bah ni.....

Unknown said...

contohnya YB herbert dun kedamaian,dia cakap tidak cukup peruntukan untuk kedamaian,kenapa tidak minta....mau tunggu hujung-hujung karier baru bising bising,mahu minta simpati kah.....macam pengemis kasih malu orang kedamaian saja....

Unknown said...

sejak akhir ini di kota belud YB ada yang rajin merasmi dan melawat kampung,yang malu mau datang merasmi pun ada,alasan sibuk...biasalah YB,tapi yang betul takut nanti ramai yang tidak hadir,macam tiada sokongan saja kalau tidak ramai pula.

Unknown said...

senang saja bah tu....mana orang sudah tidak mahu itu YB,kita tukar,nanti kerana benci YB tersebut parti hilang KERUSI....MARAH KAN NYAMUK,KELAMBU DI BAKAR.

Unknown said...

Tunggu saja PRU13 nanti. Itu lebih nyata.

Unknown said...

Fool me once, shame on you. Fool me twice, shame on me.

Mumbai said...

calon kan saja muka2 baru di kota belud.. yang vateren2 tu baik direhatkan saja..

Hinamori said...

Usaha perlu untuk mengekalkan KB.