Wednesday, August 12, 2009




Mendengar saja 3 perkataan itu, pasti kita teringat filem Tan sri P.Ramlee, NUJUM PAK BELALANG…,satu filem berunsurkan jenaka politik yang sangat relevan pengajarannya dalam dunia sekarang yang penuh dengan golongan bijak pandai..daripada bijaksana dalam soal kenegaraan, ekonomi, pembangunan,kemanusiaan hinggalah kepada sepak terajang dalam dunia politik. Filem ini paling tidak menyindir golongan pemimpin yang terlalu mengharapkan golongan bawahan, berkebolehan menjadi bentang dan kekuatan kepada mereka. Sedangkan pada hakikatnya, golongan bawahan itu tidak tahu apa-apa. 3 perkataan ini sangat tepat kalau diasimilasikan dengan sikap dan perwatakan pemimpin politik.


1. BIASA kita dengar seorang pemimpin yang diangkat oleh bangsanya dan masyarakatnya, bercerita tentang keperluan menyokong mereka. Supaya pembangunan dan bangsanya dapat dimajukan. BIASA juga kita dengar, bila pemimpin Berjaya menjadi wakil rakyat..segala janji-janji dan kepentingan bangsa dan masyarakatnya terus terbiar dan dilupakan KADANG-KADANG kita dengar ada pemimpin yang bila diumumkan, terus ke tempat lain untuk meraikan kemenangannya. JARANG-JARANG kita dengar ada pemimpin yang menemui masyarakatnya sejurus selepas diumumkan menjadi wakil rakyat.


2. BIASA kita dengar Rakyat menemui pemimpin apabila menghadapi masalah. KADANG-KADANG kita dengar ada pemimpin yang tidak tahan kerana ada saja rakyat yang menemuinya. JARANG-JARANG kita dengar ada pemimpin yang datang menemui rakyat bertanyakan masalah, terkecuali pada waktu kempen pilihanraya.


3. BIASA kita dengar waktu perayaan sama ada Hari Raya, Krismas, atau Depavali pemimpin akan mengadakan rumah terbuka dan rakyat akan mengunjunginya.KADANG-KADANG kita dengar ada juga Pemimpin yang tidak mengadakan rumah terbuka, takut kehabisan wang “Angpau”.JARANG-JARANG yang kita dengar ada pemimpin yang datang mengunjungi rumah terbuka rakyat biasa, terkecuali suku sakat dan kroninya.


4. BIASA kita dengar ada pemimpin yang berapi-api masa kempen pilihanraya, tabur duit macam tabur baja di Sawah. KADANG-KADANG kita dengar ada juga pemimpin yang mengumumkan peruntukan sana, peruntukan sini waktu pilihanraya. JARANG-JARANG kita dengar ada pemimpin yang menunaikan janji apabila menang pilihanraya, kalau ada pun berkepentingan dalam projek yang diumumkan.



5. BIASA kita dengar ada pemimpin yang waktu berkempen pilihanraya cerita tentang jatuh bangun bangsanya, yang ada cerita tentang permbangunan kebendaan dan impaknya. KADANG-KADANG kita dengar ada pemimpin yang meminta bangsanya berkorban untuk dia. JARANG-JARANG yang kita dengar ada pemimpin yang bila ditegur oleh rakyat jelata, dia akur dan berusaha mengubahnya.



6. BIASA kita dengar ada pemimpin yang berpendidikan tinggi dan pandai bercerita tentang ekonomi dan negera. KADANG-KADANG kita dengar ada pemimpin yang bercerita tentang pahala dan dosa. JARANG-JARANG kita dengar ada pemimpin yang mengambil tahu dan membantu pencapaian pendidikan bangsa dan masyarakatnya.



7. BIASA kita dengar pemimpin mengumumkan projek tertentu di kawasan lain, berbilion ringgit pula tu. KADANG-KADANG ada juga pengumuman di buat di kawasan sendiri tetapi boleh dikira dengan jari. JARANG-JARANG kita dengar ada pemimpin yang mengambil tahu keperluan asas seperti elektrik,jalanraya ,kesihatan dan bekalan air bersih di kawasan yang diwakilinya.



8. BIASA kita dengar ada pemimpin yang berusaha mengekalkan kuasanya.KADANG-KADANG kita dengar ada pemimpin yang mengampu supaya dipilih jadi calon waktu pilihanraya. JARANG-JARANG kita dengar ada pemimpin yang menyediakan pelapis kepimpinan bangsa dan masyarakatnya dengan rela hati .



9. BIASA kita dengar rakyat mengkritik pemimpin mereka, KADANG-KADANG kita dengar ada penyokong yang berkepentingan diri berpaling tadah. JARANG-JARANG kita dengar ada rakyat yang menyokong terus pemimpin yang memperjuangkan kepentingan bangsa dan masyarakatnya.



10. BIASA kita dengar pemimpin yang memperjuangkan bangsa dan masyarakatnya berpuluh tahun, berkali jatuh, namun tetap bangun. KADANG-KADANG kita dengar ada pemimpin yang tidak ada prinsip perjuangan yang kental sehingga hilang entah ke mana. JARANG-JARANG kita dengar ada bangsa yang bersyukur dan berterima kasih dengan pengorbanan pemimpin bangsanya.



11. BIASA kita dengar ada rakyat yang mempersoalkan keputusan politik pemimpin mereka. KADANG-KADANG kita dengar ada yang berani hingga menyonsang arus perjuangan pemimpin mereka. JARANG-JARANG kita dengar ada rakyat yang mempersoalkan kesetiaan dan pengorbanan mereka kepada perjuangan bangsanya.



12. BIASA kita dengar ada rakyat yang menghitung harta dan pangkat pemimpin mereka. KADANG-KADANG kita dengar ada rakyat yang mahu diberikan harta dan pangkat seperti pemimpin mereka. JARANG-JARANG kita dengar ada rakyat yang menyokong pemimpin dengan seikhlasnya, tanpa ada habuan dan kepentingan.



13. BIASA kita dengar ada rakyat yang sering mempertikaikan kewibawaan pemimpin mereka. KADANG-KADANG kita dengar ada rakyat yang menggambarkan kewibawaan mereka, kononnya mereka berpendidikan dan punya pengaruh kepimpinan. JARANG-JARANG kita dengar ada rakyat yang menyumbang pengetahuan dan kepimpinan mereka untuk memperbaiki dan menambah nilai kepimpinan sedia ada.



14. BIASA kita dengar ada rakyat yang ingin menjatuhkan pemimpinan mereka. KADANG-KADANG kita dengar ada yang sanggup memburuk-burukkan ketua mereka. JARANG-JARANG kita dengar ada rakyat yang memikirkan kalau ketua mereka digulingkan, siapa yang akan menggantikannya.


12 ulasan :

SI RENGIT said...

salam...

Biasanya kita bercakap pasal "Tahi kun" iranun...kadang-kadang bercakap pasal soal kawin (tk percaya p jumpa sendiri, pembuka cerita pasti kawin dahulu)....jarang-jarang aje kita ter... cerita sumbangannya yang dah jadi sumbing....

Satu penulisan yang amat baik lagi berbaloi...betoi2 macam ceta p.ramlee da....kelapa mawar satu......sassssshhhh

kelapa mawar said...

salam sdr renggit..

P.ramlee seorang yg genius dlm bidangnya..tetapi dia tidak lupa mendidik masyarakatnya tentang penggunaan kata BIASA, KADANG-KADANG,DAN JARANG-JARANG......Belalang---belalang..di mana kau belalang...itulah aku cakap jangan lawan..kau bilang...lawan.....

Senjaliza said...

KADANG-KADANG ada orang tak mahu keluar-keluar dalam kepompong. JARANG-JARANG kelihatan seperti bebas walaupun merasa diri betul dari orang lain. BIASANYA orang seperi ini tidak betah berbuat jasa pada masyarakatnya tetapi merasakan dialah hero masyarakat, tapi masyarakat sebenarnya masyarakat melihatnya sekelumit belacan yang bila-bila dihinggapi lalat.

DEPU-DEPU said...

salam sdrii KM..

Sdri Nak berhenti jadi blogger?..buka syarikat perfileman..baik jumpa dgn M. Burhan...alah yang produksi filem Keluarga Si Comot...

SAMBAL BELACAN said...

Salam,
Sdri Senjaliza...belacan...belacan juga...walaupun begitu tetap sudap!!!

SMA said...

Tapi fikir-fikir balik saya fikirlah dulu samada sokong si rengit atau tidak. Saya takut sebab dia ini orang Kota Belud dan orang sana semua berani punya. Sanggup bertatak! Saya tahu dia orang KB sebab nama blognya saya tanya kawan dari itu tempat kata itu bahasa Lanun...maaf saya....saya ini tidak tinggi sikol bah...Lanun kah?...Illanun kah?...atau Iranun? Apa pun kawan itu kasih tahu itu kata MAPAIT TANTU dalam Bahasa Bangsa Melayu erti kata TERLAMPAU PAIT.

Itu kawan saya juga tinggi sikol dan pandai bahasa itu Lanun.....sorry ah....saya sebut Lanun saja bah pasal senang sebut. Itu kawan saya kasih tahu itu si rengit pun TIDAK BIJAK SANGAT WALAU TINGGI SIKOL. Sebab katanya cakap bahasanya Lanun pun dia tidak faham betul-betul. Itu kawan saya Lanun juga kasih faham saya begini: Sebutan MAPAIT TANTU yang dalam Bahasa ORANG Melayu SANGAT PAHIT. Adalah kurang tepat. Sebutan MAPAIT TANTU adalah sebutan kanak-kanak yang baru belajar bercakap....BINALIG.

Pahlawan iranun said...

salam sdr somprot mesra alam

susah nya sebut nama kau ni..mcm apa ja..kau tidak tggi sikol tapi kau ada otak..jgn jadi kan lanun sbgai bahan kau untuk kau ckp sesuka hati..sebut biar betul bukan kau tiada mulut..IRANUN BAH kau TAU...

sy rasa kau ni bodoh patut lah kau tidak tggi sikol..rupanya bodoh pulak..sdh lah bodoh tidak pandai ckp lagi tu..bikin malu bangsa saja..

lagi satu kau jgn sentuh pasal isu perkauman sbb thats most sensitif..bagus kau delete blog kau itu, kau tidak layak jadi bloger..mcm tahi ja..bodoh tidak bertempat.

kelapa mawar said...

salam sdri senjaliza..

Sekarang orang tak cerita lagi tentang kepompong...orang dah sampai pada bbebola kaca dan kristal...orang dlm bebola kristal ni lah yg bertidak menegur kepimpinan sedia ada..

bayangkanlah kalau tidak ada yg bersifat demikian...pemimpin akan hanyut...

hero masayarakt hanya bergantung kepada peneriman status hero itu oleh masyarakat...sdri senjaliza mungkin ingat filem PADAIYAPPA..

kelapa mawar said...

SALAM SDR DEPU-DEPU..

Buat filem banyak kosnya....jadi blogger ni percuma jak...lagipun tak ada pelakon, semuanya dah jadi blogger, termasuk si renggit dan sdr...

lama dah tak jumpa M. Borhan...

kelapa mawar said...

salam sdr sambal Belacan..

Ma kasih dgn kunjungan sdr...Aii sebut jak belacan sudah terasa...sudapppp..

kelapa mawar said...

salam SOMPROT MESRA ALAM..

Nampaknya sdr buat blog nie utk hentam si renggit...tapi janganlah libatkan bangsa...terpulang pada sdr berikan komen dan ulasan...berfikir berpada-pada...

Sdr pun saya ingat iranun juga bah...

kelapa mawar said...

salam sdr Pendikar Iranun..

Sabar sdr..hanya provokasi...
lama dah sdr tak melawat laman blog saya ni..kenapa?

Ma kasih dgn pandangan dan kunjungan sdr.