Tuesday, August 25, 2009


krisis BN di semananjung ibarat bangkai gajah yang tidak boleh ditutup lagi, selepas satu demi satu Komponen parti besar dalam BN dilanda krisis kepimpinan yang meruncing, kini krisis itu berlaku diantara parti-parti komponen dalam BN. MCA terus diselubungi oleh kabus kepimpinan yang dilaporkan sebagai satu badan dua kepala. Presiden dan Tim.Presiden dilihat tidur sebantal tetapi bermimpi di siang hari. Mantan Naib Presidennya bernekad meninggalkan parti itu dan menyertai PKR. MIC pula terus berdangdut dengan irama dan budaya diktatornya, bila presidennya dikatakan memegang rekod paling lama memegang jawatan itu. Samy Vellu dicop sebagai penerus tradisi monarki dalam MIC.Mantan Naib Presiden MIC juga keluar meninggalkan parti itu dan menyertai PKR.Ertinya MIC juga dirundung malang. GERAKAN pun begitu kehilangan mandate sehingga begitu teruk dalam PRU-12. PPP, bergelora dengan dua ketua pada satu masa…Sekarang Datuk T. Murugiah memegang rekod dalam “Book record Politic” apabila menjadi menteri yang tidak berparti. Terbaru Datuk Ong Tee Kiat bercelaru dengan Ahli Parlimen BN SARAWAK.sehingga membawa kepada saman berjuta ringgit.


Di Sabah krisis BN juga mula menampakkan tunasnya. SAPP mula membakar api krisis itu dengan bertindak awal meninggalkan BN dengan alasan hilang bkepercayaan dengan pucuk pimpinan Pusat. Sehingga kini wakil rakyatnya menjadi wakil rakyat bebas tunggal di Sabah. Timbalan Presidennya juga menjadi manteri tidak berparti suatu jangka masa sebelum memutuskan menyertai parti komponen BN yang lain. Presiden LDP juga mantan KM Datuk Chong Kah Kiat juga bertelagah dengan pimpinan negeri yang diterajui MUSA AMAN berpunca dari pembinaan patung Ma Tzu di kudat. BN di Sabah mula Nampak berantakkan..

Seminggu dua yang lepas…..UMNO KOTA MARUDU menyalakan api dalam sekam BN di Sabah apabila meluluskan ketetapan usul untuk meminta kerusi di bahagian itu diserahkan kepada UMNO pada PRU-13, nanti. Satu gerakkan yang menuding jari kepada PBS yang selama ini menjadikan KOTA MARUDU sebagai daerah autonominya. Apabila isu ini menjadi panas , Ketua Pemuda PBS kawasan Matunggung Marius Masain pula bertindak mengeluarkan kenyataan bahawa PBS tidak akan menyerahkan walau satu pun kerusi kepada UMNO di bahagian itu dan menyifatkan kenyataan Ketua Bahagian UMNO KM itu sebagai meragui peranan dan kepimpinan PBS di kawasan itu.


Nampaknya biarpun PRU-13 masih jauh, parti-parti komponen BN di Sabah mula mencatur dan merancang strategi politik masing-masing..Rasa Ukhuwah dan persaudaraan dalam BN mula dilupakan asalkan hasrat politik peribadi dapat dilaksanakan. PBS pula mula berangan-angan memancing Naib Presiden PKR, Dr. Jeffry Kitingan untuk menyertai kembali PBS. Namun akhirnya hasrat dan harapan itu punah berkecai apabila DR. Jeffry menyatakan tidak akan menyertai PBS semula. Pada waktu yang sama UMNO Sabah dilihat mempunyai krisis sendiri dengan wujudnya beberapa team dan kelompok..Bagi rakyat Sabah pula sudah mula kedengaran bahawa golongan muda berpendidikan sudah tidak sehaluan dengan UMNO sabah. Ramai yang “memberontak” dengan menyertai pembangkang PAS dan PKR…Kesemua insiden-insiden ini menyaksikan bahawa kemungkinan BN di Sabah juga akan berantakkan sekiranya tidak dibendung dari awal.. Apakah perkembangan mutakhir ini menandakan BN Sabah mula menampakkan krisis persefahaman..? Apakah natijah kepada BN ke atas apa yang berlaku antara PBS dan UMNO KOTA MARUDU ini..? Kepada anda saya serahkan penilaiannya.

15 ulasan :

Ajin b. Gagah said...

Sdri Kelapa Mawar,
Analisis mu kali ini lebih banyak memperlihatkan ciri-ciri bahawa ada nya keretakan dalam BN Sabah.
Dengan memberi contoh yang ketara di antara UMNO-PBS di Kota Merudu, kerana perebutan kawasan pilihan raya?

Disamping itu, perselisihan faham diantara Datuk Musa dengan Datuk Chong Kah Kiat dan kes SAPP keluar BN dll, juga turut di sebut-sebut kan sebagai petanda bahawa ada masaalah besar dalam komponen BN?

Lebih tegas lagi sensasi, bilamana KM menawarkan pendapat bahawa golongan muda berpendidikan sudah tidak sehaluan dengan UMNO Sabah. Ramai yang “memberontak” dengan menyertai pembangkang PAS dan PKR?

Pada pendapat saya, mungkin mereka protes kerana tidak dilibatkan dalam ‘streamline’ sistem yang sedia ada, ya?

Walau pun ringkas namun analisis ini,pasti nya panas , sensitif lagi dahysat.

Now, tiba pula masa nya untuk pernilaian (sapertimana yang sdri syorkan);
(1) Validation atau releven nya isu yang di bahaskan?
(2) Pro atau Kontra nya analisis KM ini ?

Untuk persoalan (1) bagi saya, memang nya valid lagi rasional. Apa lagi bila memikirkan keputusan PRK di Permatang Pasir hari ini. Dimana PAS atau PR yang memang.

Walau pun secara am nya banyak perbezaan di antara di sana dengan disini, namun dari kontek perspektif politik ada juga persamaan nya.
Ia itu, BN tidak lagi sekuat saperti dehulu kala. Maksudnya, ‘Magic touch’ yang sedia ada sudah mulai luntur. Kenapa ? Fikir-fikirkan lah..

Persoalan (2), saya maseh lagi tengah mengumpul maklumat yang cukup lagi rasional untuk membuktikan ketepatan analisis KM.

Pada pendapat saya, BN Sabah maseh lagi kuat, walau pun banyak yang kita terdengar desas-desus yang menyatakan kelemahan mereka disana sini.

Seada nya kekuatan muda-mudi belum lagi mantap kerana beberapa sebab yang susah di huraikan di sini.

Apa yang dapat saya jelaskan, pada PRU13 nanti ada lah satu cabaran yang besar kepada BN dan juga parti pembangkang.

Dalam rumusan(pre-emptive guesstimate ) saya, ketika ini, hanya 30% yang tetap setia kepada BN (mungkin juga kerana budaya dsn).

30 % pro pembangkang ( kerana protes). Manakala 40 % ada lah mereka yang berada di atas pagar. Golongan yang perlu di pujuk oleh kedua-dua pehak; kalau mahu menang.

Dari apa yang saya tahu, 40% ini ada lah terdiri dari golongan muda yang sewaktu dengan umor KM. Golongan yang susah untuk kita selami cara mereka berfikir.
However, buat masa ini, kebanyakan daripada mereka ini maseh lagi belum berapa berminat untuk berpolitik.

Sorry kira nya ulasan saya ini agak panjang. Dengan harapan semuga kalian sukses.

Unknown said...

Salam Kelapa Mawar,

Keadaan politik Sabah sememangnya telah lama goyah, ramai pemimpin sudah tidak saling mempercayai antara satu sama lain,bermula dari SAAP keluar dari BN Sabah dan diikuti oleh Datuk Chong dengan kerajaan Negeri. Di kalangan kepimpinan UMNO sabah telah lama berpecah, terkini UMNO sabah berpecah dua.

Team A terdiri penyokong-penyokong Datuk Musa yang rata-ratanya terdiri daripada mereka mempunyai jawatan dalam kabinet negeri, mempunyai hubungan kekeluargaan dengan beliau dan mereka yang menyokong beliu hanya semata-semata mempunyai agenda PERIBADAI. Di satu pihak
Team B yang kelihatan diketuai YB Datuk Shafie Afdal dan mantan ketua menteri Sabah Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said.

Di Team B terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan negeri, tiada hubungan dengan Datuk Musa dan ketara sekali di kalangan ketua suku kaum. Mereka telah menjadikan USBO sebagai wadah perjuangan mereka secara sulit.

Melhat kepada keadaan tidak mutahil jika BN sabah juga akan mengalami nasib yang sama dengan BN pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah yang tumbang di tangan pembangkang dala PRU13 nanti, apapun kita tunggu dan lihat senario ini sahaja. wasalam

rojokobog said...

Salam KM,
Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri, buang yg keruh, ambil yg jernih, baru teguh peribadi....tang perkataan 'BERANTAKAN' tu slow sikit, sebab agak kurang sesuai digunakan utk krisis politik di Sabah buat masa ini...Berantakan itu satu keadaan dimana beberapa biji botol yg berada didalam karung, apabila ianya digoyang pasti akan pecah berderai..dan terus berkecai, tapi rasanya keadaan krisis politik di Sabah khususnya memang boleh diperbaiki dan masalah yg besar akan dpt diatasi, tapi tidak lah terus berderai dan berkecai.

Matt Da Greatz said...

Salam Mawar...
sebenarnya Yang di katakan BERANTAKAN tu tidak lah nampak sangat...mungkin boleh di katakan isu kecilkah,, terpencil kah..tercirit kah..terkucil kah...yg kita risau mcm ni lah..."BN SABAH MULA BERANTAKKAN" patutkan tajuk ni...sedangkan yg berlaku hanya di tempat2 tertentu..."BN SABAH" ini meliputi semua parti di Bawah BN...hakikatnya yg di katakan BERANTAKAN hanya ada beberapa bahagian...lagi pun itu bukan isu berantakan,,itu isu permintaan..mungkin boleh di selasai oleh pucuk pimpinan..atau rundingan di kedua-dua belah pihak...so kenyataan "BN SABAH BERANTAKAN" tak sesuai sangat lah buss ku...cuba cari sikit tajuk sesuai....Jangan melibatkan BN SABAH...Dan mungkin saya boleh cakap pencetus KEBERANTAKAN itu sendiri adalah artikal-artikal yang di salah ertikan dan di keluarkan tanpa fakta...huhuhuh ngam kah tu buss...saya budak baru belajar...kalu salah jangan tampar..heeee

DEPU-DEPU said...

salam sdri KM..

Perkatakan ' berantakkan' itu macam membawa parah..aiii bikin takut juga tau BN Sabah nie...Analisis sdri ini satu pandangan yang jauh..tetapi berkemungkinan kerana, trend di Semenanjung itu 'bisa' menular ke Sabah..Bisa dong..

Namun, apa yang saya lihat di Sabah BN bukanlah sebuah parti yang kuat...BN menang kerana pembangkang tidak kuat di Sabah..dan pembangkang belum menemui formula utk menawan hati rakyat Sabah..mungkin kena banyak kerja keras......tambahan lagi calon2 tajaan pembangkang masih gagal menyakinkan rakyat bahawa mereka boleh mmebawa perubahan dan pembangunan..

Mengenai golongan muda berpendidikan itu..secara ikhlasnya saya bersetuju..kerana ramai yang berpendidikan mulamenunjukkan protes kepada pemimpin BN. Di kg saya rata-rata yang menyertai pembangkang adalah dari golongan ini..kenapa ini berlaku..?

kelapa mawar said...

salam sdr solymone..

sekali lagi terima kasih atas kesudian memberikan pandangan yang sangat terperinci dan penuh dengan fakta dan anlisis..saya amat2 teruja membaca dan menghargainya..

Pergolakan BN di sabah memang tidak boleh disembunyikan lagi..semakin hari semakin berantakkan...dalamUMNO sendiri pun penuh dengan ketidakpuashati dan perbalahan...ramai pemimpin UMNO yang sepatutnya mendapat perhatian daripada MUSA AMAN tetapi diketepikan. Contoh yang paling dekat ialah DSSK, timbalan ketua perhubungan UMNO Sabah...tetapi diketepikan dantidak dicalonkan dlm pilihanraya lalu...Ini mungkin boleh dimaafkan sekiranya calon pengganti itu juga dari kalangan orang KB, tapi apa yang berlaku sebaliknya..golongan muda danberpendidikan meihat hal ini dengan penuh tipu muslihat..

Komponen BN yang lain juga, punya kepentingan dan agenda peribadi yang sukar diselami...Kenyataan PBS dan UMNO KM seharusnya tidak sampai didedahkan kepada umum..tetapi oleh kerana tidak ada sudah tolak ansur dan persefahaman isu pembahagian kerusi menjadi paparan masyarakat akar umbi sebelum pimpinan mengetahuinya...

Golongan berpendidikan memang sudah tidak sehaluan dengan UMNO Sabah...ramai daripada mereka ini yang berdiri atas pagar dan tinggal memerhati..kerana dalam UMNO Sabah, hanya pemimpin rapat sahaja yang mendapat tempat..

apapun saya merasakan PRU-13 akan menentukan segala-galanya.Ma kasih sekali lagi kerana pandangan sdr.semoga juga sukses.wassalam

kelapa mawar said...

salam nyawa Badan..

Ma kasih dgn kunjungan dan pandangan sdr itu..secara umumnya saya juga berpandangan yang demikian dan saya isu ini sudah diketahui oleh kebanyakkan orang. Ini makin ketara bila USBO dijadikan wadah perjuangan golongan ini..MUSA AMAN tidak merestuinya...buktinya ialah apabila dalam majlis2 yang dianjurkan USBO tidak kelihatan kelibat MUSA AMAN...

Musa Aman tahu sebagai wakil masyarakat yang minoriti, dia tidak punya apa2 selain daripada sokongan daripada keluarga dan kroni, sebab itulah ramai yang menjadi kaya-raya di zaman MA ini.rakyat juga melihat keadaan ini..dan jika tidak ada usaha menjelaskan kepada rakyat..PRU-13 akan menjadi perubahan besar di Sabah.

kelapa mawar said...

salam sdr rojokobog..

lidah tidak akan tergigit kalau berhati-hati ketika makan...begitu andaiannya UMNO dan PBS di KM..

Perkataan Berantakan membawa satu situasi yang tidak terurus dengan sempurna..dan itu adalah gambaran bagi keadaan BN di Sabah..MUSA AMAN tidak boleh mengamankan parti-parti yang lain...sebab itu berantakkan..

Ma kasih dengan kunjungan dan pandangan sdr.Saya amat mengharagainya.wassalam

kelapa mawar said...

salamkembali Matgaber..

Berantakkan itu jelas berlaku dlm BN Sabah..bukan sahaja di Kota Marudu..di daerah lain juga turut terlibat...Di kB..ADUN KADAMAIAN menjadi tali barut untuk memujuk Dr. Jeffry Kitingan untuk menyertai PBS semula...Selain itu UMNO KB juga berpuak-puak sehingga bekas pemimpin keadilan diterima semula dalam UMNO KB..ramai yang tunjuk protes dengan keadaan ini.
Di peringkat Pusat juga UMNO bercelaru...MUSA AMAN pengerusi Perhubungan UMNO...Tim.nya DSSK pemimpin yg tidak dicalonkannya dlm pRU-12..

Komponen yang lain juga begitu LDP masih dalam BN tapi presidennya bermasammuka dgn MUSA A.SAPP sudah keluar dari BN..PBS pula mengintai-intai peluang..PBRS..juga belum tahu nasibnya..bukankah itu parah dan berantakkan...?

kelapa mawar said...

salam sdr depu2..

saya juga berpandangan yg sama bahawa Bn di sabah bukanlah kuat cuma pihak pembangkang yang belum menemui formulanya..kalau dah berantakkan itu sebentar lagi akan berkecai dan hancur..

ma kasih dgn kunjungan sdr.wassalam

kelapa mawar said...
This comment has been removed by the author.
SI RENGIT said...

salam....

Berantakan ya pak...memang itu lah realitinya...Seperti saudari katakan BN sekarang semakin goyah....pandangan saya tidak mustahil ada kejutan dalam PRU13 kelak....

Saya pun merasa pelik bin ajaib...macamana Bn sabah tak berantakan...USBO lahir sebab apa lah...? ala saya pun boleh katakan USBO itu bukan parti politik...hakikatnya....! Ntahlah...pada saya pemimpin UBN sekarang banyak bermain tahi yang akhirnya pup....terjelopok kemuka mereka sendiri.....tak nak terima hakikat...memberi semangat pada diri sendiri....inilah rencah dunia...UBN pasti akan berkecai juga.....Bukan sahaja di sabah...di Semenanjung pun mcm tu juga....

MIC....MCA...Gerakan....PPP....UMNO....semua komponennya.....BERANTAKAN....termasuklah Pendekar Cahaya yang semakin Malap....Semoga kalian suksess(Maaf Saudara Solymone terguna ayat saudara pula tau)tq

Unknown said...

salam KM

seharusnya politik Sabah dilihat sejarah perpecahannya. Hanya kaum KDM sahaja yang berani merubah lanskap politik Sabah. pertama melalui UPKO pada 1967. BERJAYA 1976 dan PBS pada 1985. kaum KDM ada matlamat yang jelas dan mereka bertindak en bloc....

perpecahan yg dikatakan dikalangan parti-parti yang bukan dominan KDM tidak akan merubah lanskap politik Sabah.

tapi barangkali situasinya akan berbeza. kita hanya bisa meramal berasakan fakta sejarah

kelapa mawar said...

salam kembali sdr renggit..

Ya pak berantakkan ...

Ma kasih atas pandangan sdr yang bernas itu..saya bersetuju bahawa kehadiran USBO akan lebih menjadikan UBN di sabah bertambah parah dan tenat..Keretakan yang menanti belah ini akan berakhir dengan kekalahn dlm PRU-13, nanti jika UBN tidak cepat berubah..

kelapa mawar said...

salam sdr Musli..

Ma kasih kerana lawatan sdr..idea sdr berdasarkan kepada realiti sejarah yang berlaku..KDM dikatakan sebagai suku yang banyak menyumbANG kepada perubahan landskap politik di Sabah...

namun kehadiran suku atas pagar ini juga tidak harus dipandang ringan..kerana dlm PRU kemenagan 1 undi pun amat bernilai..SAPP,LDP juga mempunyai kekuatan sendiri terutama dlm masyarakat Cina di sabah..
Ma kasih sekali lagi.semoga anda sukses