Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal dalam hutan. Rumah diorang ni dibina diatas pokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.
Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang mencari-cari... tiba-tiba dia terjumpa cermin.. Dia pun bawa balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya.
Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu..
Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya.. bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya..
Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. dia ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.
Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangislah dia cari maknya..Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..
Lalu maknya pun masuk ke bilik tersebut.Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak..
Isteri: Apsal mak ketawa?..
Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pun nak kawin lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
6 hours ago
16 ulasan :
Salam,
Sdri Kelapa Mawar, cerita yang menarik...terlalu simbolik, silap tafsir...si penafsir pula kena...kalau macam ni terpaksa kena masuk sekolah dewasa...macam filem Pendekar Bujang Lapok...teringat pula watak Pak Abu...
Salam sdri KM..
Ketawa saya terbahak-bahak membaca cerita ini...saya cuba untuk faham maksud tersiratnya.rasanya saya dah faham !..
Teruskan..saya cukup terhibur..Betul cakap Batu gadung tu...SEKOLAH ORANG DEWASA.
Salam kembali sdr Batu Gadung..
Lama sdr tak berkunjung ke blog saya nie...ma kasih kerana memberikan pujian dan pandangan..
Simbolik ada makna tu....
salam sdr depu-depu..
saya pun ketawa terbahak-bahak baca ulasan sdr..
kalau dah faham tu, pandai-pandailah simpan dalam bakul dan angkat sendiri..
ma kasih dgn kunjungan dan ulasan sdr..
aii..nak p sekolah lah pulak
salam kelapa mawar, terima kasih kerana memberi komen dalam blog saya SEKALI KETUK.
mohon maaf jika ada bahasa terlanjur atau terkasar.
Salam KM,
Hai nah main-main cermin lah pula kau hari ini. Apa kata kalau kita pinjam cermin itu dan minta Datuk Musbah cermin muka dia, kadang-kadang dia nie lupa diri. Dia kata dia kaya bukan kerana Politik tetapi kerana usaha dia dalam perniagaan. Macam lah semua orang ini bodoh, budak tadika pun tahu, bahawa apa yang dia miliki sekarang nie hasil daripada penglibatan dia sepenuh masa dalam politik dan keakrabnya dengan Datuk Musa.
Cuba ingat dulu-dulu sebelum masuk politik perniagaan dia hanya jual kerbau dan lepas itu jual papan dan beruti. Kalau kita nilai pendapatnya masa itu mampukah? dia memiliki kekayaan seperti hari ini. Tahi palat lah. Tembirang pun tidak pandai sebab sekolah dia tidak kemana baru PMR ketika ini. Dulu dia bilang ada Ijazah, tapi musli cakap ijazah beli tak tahu betul atau tidak.
Kali ini dia matilah sebab cermin orang yang kita pinjam nie akan membungkarkan segala rahsia peribadinya daripada A sampai Z. Lepas tu kita minta YB Japlin, Datuk Salleh, Datuk Rahman dan TSP. cermin diri mereka juga, mereka nie juga kadang-kadang tak sedar diri, cakap sana sini bawa pembangunan di KB ada apa yang kita lihat sekarang, tahi tembirang diorang adalah. Kali ini kita berpakat kalau UMNO pusat masih memberi peluang kepada mereka lagi dan tidak memberi peluang kepada orang baru, ayuh kita pakat-pakat undi PR!. Baru padan muka BN, asik-asik musbah, salleh, japli, TSP, dan rahman import nie. Dulu mana dia pandai ziarah ke KB seperti hari ini. Sorylah Rahman kali ini, kami tidak akan tertipu lagi.
salamkembali sdrku Musli..
Tidak ada apa yg disalahkan..saya tahu sdr seorg yg profesional...saya pun minta maaf kalau sdr terasa dgn pnulisan saya ..
Ma kasih dgn respons anda..teruskan berjuang..wassalam
salam sdr abu..
memang saya main-main cermin sekaarng,..kau tahu kenapa? sbb ramai yg tidak tahu tgkmuka dlm cermin...
ma kasih dgn pendedahan sdr itu...wassalam
Sdri Mawar,
Sekali lagi saya nyatakan di sini, terima kasih kerana melawat dan memberi komen yang sensasi di blog saya.
Now, topik yang sdri postkan kali ini, amat menarik lagi simbolik. Selalu nya orang-orang yang macam kami ini, pada mula nya susah dan lambat untuk ‘interpret’ bahasa saperti ini.
Tetapi setelah melihat ulasan dari pelawat-pelawat, baru lah saya faham maksud yang tersirat. Untuk itu saya minta maaf dan akan belajar lagi.
Dalam interpertasi saya yang agak kurang ini, ingin juga saya memberi sedikit komen berupa persoalan. Maksud saya, kalau lah kita ketepikan secara lansung pemimpin yang sedia ada ini melalui reformasi atau rampas kuasa?
Dapat kah pemimpin yang baru (pilihan kita) ini berfungsi dan memenuhi syarat yang lebih baik dari pemimpin sebelum nya?
Secondly, macam mana kah corak strategi yang real (boleh dilakukan dengan kadar yang segera) kita, untuk merampas kuasa dari mereka-mereka ini?
Maksud saya pemimpin Giant saperti YB Musbah, YB Japlin, Datuk Salleh, Datuk Rahman dan TSP ? Ada jalan kah?
Pada pendapat saya, walau pun kita tidak suka atau benci dengan mereka ini, namun maseh ujud lagi masyarakat yang ‘fanatik’ dengan mereka ini. Kenapa ? Secara telus, saya pun tidak faham.
Dalam pada itu, kalau kita tidak hati-hati, dalam dunia realiti ini; takut-takut juga kita yang kena ‘reverse physic ‘ nanti.
Maksud nya, kita pula yang kena mencerimkan muka kita sendiri. Dengan itu, kita pula yang dijadikan “Tipah tertipu” bukan pemimpin tersebut...Dahysat
Dalam persoalan ini dan pendapat peribadi; saya tidak sanggup nanti saya pula dilemparkan dengan kata-kata “ kalau kail hanya sejengkal jangan cuba-cuba memacing di lautan luas”.
Untuk itu, fikir-fikir kan lah
Saperti biasa Salam dan mohon maaf kalau ada yang tersilap
salam sdr solymone..
sprti biasa ualasan sdr sangat2 ditunggu2..dan saya amat mengharagainya..
secara lebih terbuka saya amat bersetuju dgn pandangan sdr itu..kerana dikb sekarang masih tidak ada pemiompin pelapis yg boleh dikedepankan..namun kita para blogger berpandangan bahawa jika bukan sekarang bila lagi?..
Justeru bahawa merubah kepimpinan dlm waktu terdekat...amat mustahil..tetapi apa yg kita hajati ialah mengubah paradigma politik pimpinan sedia ada yg dilihat masih mementingkan diri darpad keperluan dankehendak masyarakat yg diwakili..dan secara umumnya, semua pemimpin di sabah masih mengamalkan budaya 70-an itu, sedangkan kita telahpun melangkau ke abad 21- semakin ramai golongan terpelajar yang perlu dibawa mindanya dlam mentabdir daerah politik yang didiami.
apakah persekitaran ini perlu dibentuk utk mengikut rentak pimpinan..rasanya tidak, kerana pimpinan lah yg kena berubah utk mentadbirurus persekitaran baru yg memerlukan perhatian yg lebih..
Apapun saya amat mengharagi pandanbgansdr...sebagai abang dlm dunia blog ternyata sdr telah berjaya melaksanakannya..tahniah..dan kami blogger di kb amat menantian perhatian dan pandangan sdr..
semoga sukses..wassalam
Salam,
Sdra Solymone...orang sekarang tak pakai kail dah...di Semenanjung Samy Vellu dan Rafidah Aziz pun kalah dalam PRU-12, Tun Mahathir pernah kalah wakil 7 yang dikuasainya selama ini...now, kita pakai pukat jerut dan ada GPRS...
Salam,
Sdra radiamoda, Solymone maksudkan dia masih setia pada pendikar cahaya lampu kalimantang...namun yang kita risau kalau bertukar jadi lampu minyak tanah alias kerosin...pening nak fikir cahayanya camne ya...takpe anaknya jadi penerangan pemuda KB...lagipun katanya anaknya yang perlu jadi pelapis alias pewarsi...macam zaman dulu2 pula,logikkah kepimpinan diwarisi???
Salam,
utamakan kepentingan ummah, bebas rasuah!!!
salam sdr radimoda..
saya setuju dgn pandangan sdr..sekarang org pakai internet utk duga kedalaman laut dan kesan tsunami...manusia semakin bijak..perubahan sering terjadi...termasuk dlm perubahan pimpinan peringkat daerah dan negara...
Persoalanya ialah bersediakah sudah masayarakat di Kb untuk menuntut perubahan? tanya sama sdr abu lah...
ma kasih dgn pandangan sdr..
salam sdr tawadakan..
kepimpinan bukan boleh diwarisi...kepimpinan adalah sesuatu yg dikurniakan secara semulajadi kp sesorang yg benar2 ikhlas memperjuangkan ketidakadilan yg berlaku dlm masyarakatnya...
Perubahan perlu dilakukan, bukan kerana benci dandendam, serta menjadi barua kepada pemimpin lain..tetapi atas kesedaran yg mendalam. Teruskan ulasan sdr...wassalam
salam kekandaku Azrone..
saya amat menantikan komen sdr setelah sekianlama..
dan pandangan yg ikhlas tetapi mempunyai makna yang mendalam...pemimpin perlu bebas rasuah dan mementingkan ummah keseluruhannya.saya setuju dgn itu...ma kasih..
Post a Comment