Wednesday, August 26, 2009


Gambar seorang pejuang 'kebangsaan' : Datuk Onn Jaafar

Sesiapa pun tahu bahawa dalam sejarah politik negara, tercatat peristiwa seorang pemimpin UMNO yang berwibawa, Datuk Onn Jaafar pernah keluar dari UMNO dan menubuhkan sebuah parti baru iaitu PARTI NEGARA. Alasannya yang diberitahu kepada kita generasi muda dan yang tercatat dalam sejarah ialah keputusan 'keluar' dari UMNO itu dibuat ekoran idea beliau yang ingin membuka keahlian UMNO kepada kaum lain di tolak. Akibatnya berlaku pergeseran pendapat dengan pucuk pimpinan yang lain dalam UMNO sehingga membawa kepada keputusan menubuhkan Parti baru. Sebagai tokoh pemikir melayu pada zamannya, Datu Onn Jaafar lebih berpendirian bahawa sebuah parti yang berasaskan kaum hanya akan menimbulkan banyak 'polemik' dalam masyarakat sesebuah negara yang baru merdeka, seperti Malaysia. Hasrat melahirkan 'negara bangsa' sukar untuk dilaksanakan. Selain itu motif politiknya ialah untuk menyimbangkan pengaruh MCA dan MIC dalam politik negara pada waktu itu.


Situasi politik dan kehendak orang Melayu, pada waktu itu bahawa kepentingan dan keistimewaan mereka sebagai peribumi asal di negara ini perlu dipertahankan melalui wadah UMNO, telah 'menutup' kelebihan idea yang diperjuangkan oleh Datuk Onn Jaafar sehingga UMNO tidak pun merasa kehilangan apabila DOJ bertindak meninggalkan UMNO. Justeru menggambarkan kepada kita semangat "pecah dan perintah' yang pernah dipraktikkan oleh penjajah ternyata masih 'berakar umbi' dalam pegangan dan nilai masyarakat di Malaya ketika itu. masing-masing mahu melindungi kepentingan mereka. MCA ditubuhkan untuk kepentingan politik kaum CINA, MIC untuk INDIA dan UMNO untuk orang MELAYU. Tidak ada perasaan 'bersama' untuk membangunkan dan mengecapi nikmat kemerdekaan Tanah Melayu yang baru bermula. Nyata sekali idea membuka keahlian UMNO kepada bukan melayu di tolak secara total, meskipun mengorbankan seorang pejuang orang Melayu..Sungguh tragis ,politik orang Melayu ini !!!


Masa telah berlalu, sehingga kini.."rasa perkauman berdasarkan parti' itu masih wujud...rakyat Malaysia masih tidak punya wadah yang jelas untuk membawa perasaan dan kehendak bersama dalam satu parti politik yang jelas perjuangannya. HANYA...HANYA..selepas DSAI dipecat dari kerajaan dan UMNO, maka bergeraknya satu parti Keadilan..yang pada mulanya atas dasar simpati dan memperjuangkan apa yang dikatakan 'ketidakadilan' yang berlaku dalam kerajaan dan negara bagi seorang Mantan no.dua dalam saf kepimpinan negara pada waktu itu...Setelah DSAI keluar dari dari Penjara besi..PKR mendapat suntikan baru..keahliannya diterbitkan dengan keahlian dari pelbagai lapisan masyarakat. MELAYU,CINA, INDIA, KDM,IBAN, Sehingga suku minoriti seperti BAJAU DAN IRANUN.. PKR punya penyokong dan pemimpin dari SUKU-SUKU TERSEBUT.


Di Sabah saja, pemimpin KDM diketuai oleh Datuk Dr. Jeffry Kitingan, Suku Bajau juga ada pemimpinnya..Di Tuaran seorang Peguam tersohor, HJ ANSARI adalah antara tokoh PKR Sabah yang Disegani...kalau di sebelah pantai Timur..siapa tidak mengenali HJ. Wahab seorang aktivis politik PKR di Semporna...yang merupakan kaum kerabat TUN SAKARAN DANDAI..bekas TYT. Di kawasan Parlimen Semporna..dalam PRU-12 yang lalu EN. ABD.AZIZ HJ. HAMID..Adik kepada HJ. ABDILLAH HJ.HAMID yang pernah mengalahkan TUN SAKARAN dalam satu pilihanraya di Semporna suatu ketika dulu , telah bertindak 'menentang' Datuk Shafie Afdal," satu lawan satu" namun akhirnya tewas.. Jika kembali ke KOTA BELUD..pemimpin PKR dari suku Iranun juga menjadi bahan perbualan. USTAZ LAIMAN pernah bertanding atas tiket PKR dalam PRU-12 yang lalu..tetapi juga gagal mendapat mandat dari rakyat. Ini hanya sekadar beberapa peristiwa politik PKR di Sabah ..dan seperti kata mereka " KEGAGALAN HARI INI ADALAH KEMENANGAN HARI ESOK'" menggerunkan kita mendengarnya bahawa PKR di Sabah akan terus-terusan berjuang untuk merampas negeri ini dari BN. Kalau bukan hari ini mungkin juga besok atau dalam PRU-13 akan datang.


Semangat PKR diperingkat nasional..dibayangkan seperti semangat PARTI NEGARA yang pernah ditubuhkan oleh Datuk Onn Jaafar..cuma bezanya ialah PN tidak dapat 'membuka' mata masyarakat pada waktu itu, sedangkan PKR mula dianuti oleh pelbagai lapisan masyarakat. Apakah 'keterbukaan minda' masyarakat Malaysia, telah menyatukan mereka kepada satu wadah yang lebih kemas dan tersusun dengan mengenepikan 'semangat perkauman yang menebal..? Apakah juga PKR dianggap sebagai "parti 1Malaysia" yang sebenar..? Jika yang demikian, apakah PKR akan menjadi "base politik" yang kukuh dalam beberapa tahun yang mendatang..?


BN dan UMNO harus mengakui bahawa 'semangat datuk Onn' telah menyelinap masuk dalam semangat politik PKR..kalau dulu idea Datuk Onn diremehkan..., kini..generasi mula melihat semula bahawa idea itu sudah relevan di praktikkan dalam situasi masyarakat malaysia yang masih teraba-raba mencari 'identitinya'. UBN terpaksa mengurangkan krisis sesama mereka yang kelihatan makin parah dan bernanah. kalau tidak...rakyat akan bertindak menjunjung kembali apa yang pernah di tolak oleh orang melayu dulu..iaitu semangat dan prinsip PARTI NEGARA' waktu itu DATUK ONN JAAFAR akan dikatakan sebagai 'WIRA PERUBAHAN " dan tidak mustahil dikatakan sebagai "HANG JEBAT MODEN' pencetus kepada prinsip 1Malaysia, "rakyat didahulukan,pencapian diutamakan". Cuba kita fikirkan bersama..!

18 ulasan :

Unknown said...

salam ziarah KM,

saya pernah posting "BN tanpa MCA, Gerakan dan MIC" yg mesejnya hampir sama dengan paparan KM ini.

Konsep yg dipelopori Onn Jaafar bertitik tolak daripada desakan British utk membawa kaum-kaum bukan Melayu menuntut kemerdekaan, tetapi sentimen Melayu pasca Malayan Union sukar menerima kaum bukan Melayu yg menyokong cadangan Malayan Union.

Makanya konsep membuka keahlian UMNO ditolak dan Onn sebagai seorang gentleman meletakkan jawatan sebagai Yang di Pertua UMNO. Namun atas pujukan majoriti ahli, Onn kembali mengetuai UMNO seketika sebelum beliau menubuhkan IMP atau Independent Malaya Party yang kalah teruk dalam Pilihanraya councill 1951. Pemimpin-pemimpin bukan Melayu IMP semua kalah teruk.

Selepas itu barulah Onn menubuhkan parti NEGARA tetapi hanya menang satu kerusi, iaitu Onn sendiri di Kuala Terengganu pada pilihan raya 1955.

Konsep berbilang kaum dalam satu parti pada ketika itu tidak mendapat sokongan majoriti orang Melayu. Konsep Berbilang kaum banya bergantung kepada personaliti kepimpinan. Sebelum PKR telah ujud beberapa parti yg berkonsep berbilang kaum tetapi tidak mendapat sambutan.

Faktor Anwar banyak menyumbang kepada kekuatan konsep berbilang kaum.
suasana ketika itu tidak membenarkan

Ajin b. Gagah said...

Salam Sdri Kelapa Mawar,

Analisis politik nasional dengan berpandukan fakta sejarah amat susah dipisahkan ya? Kisah nostalgia Datuk Onn Jaafar dan parti negara beliau yang kandas, kini di berinafas baru oleh parti PKR ?
Tambah parah lagi, bilamana timbul parti Semangat 46 yang di ketua oleh Tengku Razaleigh semata-mata dilahirkan untuk mencabar pucuk pempinan Dr Mahathir Mohamad pada ketika itu. Justru itu parti UMNO terpaksa dikemas kini semula.

Namun hingga kini UMNO maseh unggul sehingga dapat mengembangkan sayap nya ke Sabah. Meaning, tidak semudah itu parti UMNO disingkir dalam senarai parti di Malaysia ini.

Kehadiran parti PKR, juga tidak patut di perkecilkan, terutama sekali faktor Anwar yang banyak menyumbang kepada ‘excitement’ politik di nusantara ini.
Ini terbukti dengan menyerang peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Permatang Pasir oleh UBN sebagai ‘Pengkhianat Orang Melayu’, menimbulkan kesan sebaliknya. UBN kalah di tangan PAS dengan majoriti 4,551 undi… fenomena?

Now, di Sabah, nostalgia sejarah nya berbeza. Rasa nya, kesan kenaikan semangat yang berkisar di Semenanjung tidak banyak memainkan peranaan orang-kita di sini. Kerana di sini, ada sejarah nya yang unik lagi tersendiri.

Mungkin disebabkan kerana suku kaum disini dilahirkan dari rumpun yang agak berbeza dengan disana?

So, analisis politik di antara Semenanjung dengan Sabah pun terpaksa berhadapan dengan ‘variation’ yang tertaklok dengan sosio-budaya setempat.

Di semenanjung, sekira nya ada ancaman yang boleh menghancurkan bangsa Melayu, pasti nya orang-orang di sana boleh berkompromi untuk bersatu demi untuk menegakkan ‘survival’ bangsa mereka … Bangsa Melayu.

Namun, dari fakta sejarah, kaum bumiputera disini, tidak akan melakukan apa sepatut nya saperti disana. Contoh nya bilamana UMNO bertapak di Sabah, maseh banyak juga kaum Bumiputera Islam yang maseh berada dalam parti yang lain, saperti PBS, SAPP, AKAR( pada ketika itu) dll; sedangkan UMNO didatangkan disini ada lah untuk memperjuangkan umat Islam yang tertekan ketika itu. Kenapa? Sama-sama lah kita fikirkan.

Saperti biasa semuga sukses

rojokobog said...

Salam KM,
Budaya yang ditunjukkan oleh Pemimpin dan penyokong PKR "AMAT GANAS" sekali, org2 Sabah "AMAT BENCI" dgn budaya tersebut...utk itu jgn lah mimpi PKR akan dapat menawan Sabah dlm masa terdekat...cermin lah diri kita sebelum mengata org lain...KAMI BENCI KEGANASAN DAN DEMONTRASI JALANAN.

kelapa mawar said...

Salam sdr Musli..

Pertamanya makasih kerana kunjungan san pandangan sdr yang begitu baik dan menarik..sarat dengan fakta sejarah yang menjadi rujukan kepada yang berminat dgn politik nasional..Saya cuba mentelaah kembali fakta-fakta ini sebelum membuat penulisan baru...Tahniah atas kesudian sdr memberi prangsang kepada saya utk mengetengahkan isu politik nasional..

Now, mengenai komen danulasan sdr..saya juga memikirkan yang demikian bahawa "Imej dan kepopularan " DSAI sebagai politikus serba boleh ,menyebabkan idea PKR diperingkat Nasional dan Sabah dapat di ikuti dengan lebih jelas. Kepelbagaian etnik dan kaum dlm PKR juga menjadi 'nadi' kepada parti itu untuk terus hidup dalam politik di Malaysia.

Imej dan kekuatan tokoh DSAI ini jugalah yang berjaya menghimpunkan DAP dan PAS dalam satu Pakatan politik. Ma kasih sekali lagi.Semoga sdr sukses selalu. wassalam.

kelapa mawar said...

salam sdr solymone..

Salah satu kelebihan sdr ialah mampu mengolah persoalan yang tersirat dlm satu-satu tajuk atau isu..saya sedari dari awal 'kekuatan' sdr ini..tahniah dan ma kasih kerana berkunjung sekali lagi dan memberikan pandangan .Saya amat mengharapkannya..

Saya akui pada dasarnya..perubahan politik di semenanjung agak lambat untuk berjangkit di sabah..namun sejak akhir2 ini perubahan itusemakin deras alirannya..terutama selepas PRU-12 yang lalu.Masyarakat sabah terutama yang celik politik merasakan bahawa UMNO di sabah mesti mengubah pendekatan mereka. Bukan lagi berkisar kepada umpan kepala raja waktu pilihanraya, dan juga kepopularan parti UMNO itu..tetapi lebih mendekati rakyat keseluruhannya.

Keadaan dan perubahan di kws pedalaman di Sabah..mungkin lambat tetapi dgn kehadiran golongan terpelajar...saya merasakan ia akan menjadi pemangkin kepada perubahan itu..

Saya bersandarkan kepada 'ramai' tokoh muda yang berpendidikan menjadi calon PKR dan PAS dalam pilihanraya lepas. Mrk ni sebelumnya hanya golongan atas pagar..tetapi perkembangan semasa politik membuatkan mereka bersama dengan memilih platform pembangkang..dan inilah yang perlu diselidiki oleh UBN..

Ma kasih sekali lagi..atas pandangan sdr. Semoga sihat.wassalam

kelapa mawar said...

salam sdr Rojokobog..

Ma kasih atas pandangan sdr, namun hanya dengan satu isu sehingga sdr berasa benci kepada perubahan landskap politik negara, rasanya tidak adil...Situasi di semenanjung tidak sama dengan di sabah..Mungkin demonstrasi jalanan tidak sesuai di sabah tetapi lebih berkesan di semenanjung ...mungkin ! saya tidak katakan benar..

Kita lihat perubahan ini nanti dlm PRU-13..wassalam

SI RENGIT said...

salam...

Satu posting yang cukup menarik...pada saya..politik sabah jauh berbeza dengan dunia politik di semenanjung....di semenanjung ramai masyarakatnya punyai sikap berani yang tidak bersembunyi ataupun tersembunyi...Di sabah kita masih dibelenggu dengan sikap takut dan lihat...bercakap berbisik dan cakap tak serupa bikin...Namun kehadiran media tanpa sempadan pada saya sedikit sebanyak menggangu gugat perjalanan sebenar politik di sabah...

Dulu kita merangkak tetapi sekarang kita dah mulai berjalan sambil berlari anak..namun adalah tidak mustahil andai senario politik kita berubah wajah sebelum PRU13...Anwar satu nama yang paling ditakuti oleh UBN....Namun sejauh mana kehebatan beliau beraksi dalam PKR agak kabur lagi(Slh satu cthnya..Beliau hanya Penasihat PKR.....why..kita fikirkan)..Mungkin beliau mengikut gerak langkah DOJ dan mungkin juga terus menjadi musuh no satu UBN....Kita lihatlah nanti macamana... tq

Unknown said...

Salam Kelapa Mawar,

Saya umpamakan BN kini seperti retak menanti belah. Pemimpinnya sudah tidak mempunyai jati diri seperti pemimpin terdahulu. HARAP perkara ini disedari oleh mereka dan segera mengambil tindakan sebelum kuasa ditangan melayang umpama layang-layang terbang diudara lalu disambar helang.

SABAHKITA said...

".....kalau di sebelah pantai Timur..siapa tidak mengenali HJ. Wahab seorang aktivis politik PKR di Semporna...yang merupakan kaum kerabat TUN SAKARAN DANDAI..bekas TYT. Di kawasan Parlimen Semporna..dalam PRU-12 yang lalu EN. ABD.AZIZ HJ. HAMID..Adik kepada HJ. ABDILLAH HJ.HAMID yang pernah mengalahkan TUN SAKARAN dalam satu pilihanraya di Semporna suatu ketika dulu , telah bertindak 'menentang' Datuk Shafie Afdal," satu lawan satu" namun akhirnya tewas....."

Semua tahu bahawa Dato Onn Jafar adalah tokoh dan pemimpin lagenda. Itu tertulis dalam sejarah Malaysia.

Ada satu yang saya kepingin nak komen...

Saya rasa Shafie berbanding yang lain dalam pru 12 adalah pemenang. Bagi saya ketokohannya lebih nyata dari yang lain. Shafie menang dengan majoriti yang amat besar malah rekod terbesar dalam PRU 12. Saya tak yakin orang yang kalah dengan hilang wang deposit lebih tokoh dari Shafie..Malah undi yg bertanding ADUN Sulabayan lebih tinggi dari yang bertanding parliment lawan shafie dalam Parliment Semporna. Sometimes kalahpun tokoh juga, tapi fakta bukanlah mudah kita tolak.

"Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama". Tapi sukar orang mempercayai pepatah "orang kalah meninggalkan ketokohan".

Senjaliza said...

Salam Ramadan,
Rupa-rupanya Adik Musli, Solymone, Sabahkita dan sdr2 yy lain ada di sini. Mentang-mentang Kelapa Mawar memang menghilangkan haus dan dahaga selepas seharian berpuasa diaorang tapuk sini!!. So bagi saya kelapa mawar ais satu jangan tambah gula.

Salam Kelapa Mawar, semakin hari semakin maju. Agaknya Sabahkita ada perumpamaan baru hampir hampir mcm "cubit anak sindir menantu"- beza sikitlah "orang kalah meninggalkan ketokohan"... panas..betul panas..

Nak sindir cousin ako tanding di Tanjung Kapur dapat undi kurang 100 yee!!

Saya juga hairan Wahab tanding ADUN dapat undi hampir 3,000. Yg Lawan Shafie tuu (siapa nama?)tanding Parliment dapat kurang 2,000 dari tiga kawan ADUN. Kenapa begini? Khabarnya Wahab tak cakap banyak dia pula lebih-lebih. Apakah orang yang ada ketokohan memang begitu?

saya lihat sesuatu yang agak tidak membanggakan dalam pergolakan politik Malaysia masakini ialah pertentangan antara Melayu VS Melayu lebih menguntungkan Bukan Melayu. Mereka dalam keadaan lost lost. Malah menjadi isu Islam VS Islam dan akhirnya Islam dalam keadaan lost lost dalam kontek pergelutan kuasa politik.

Bumiputera memang mempunyai sikap toleransi yang tinggi tetapi saya terus terang amat meragui darjah ketinggian tolerasi kaum Bukan Bumiputera. Dalam pergelutan politik kini, Bumiputera juga dalam situasi lost lost walaupun mereka adalah masyarakat dominant, masyarakat teras Malaysia. Mungkin ada yg mempersoal atau mempersetan "bumiputera" berbanding perjuangan "menegakkan Islam". tetapi kita jangan lupa bahawa Bumiputera juga yang akan mampu menegakkan perjuangan Islam Saya tidak yakin Ronnie Liu atau Teresa Kok atau Elizabeth Wong yg naik Hajjah di Kelantan berusaha sedaya upaya menegakkan panji-panji Islam. Pejuang Islam harus melihat kenyataan ini dengan Rasional.PAS dan UMNO adalah yg berupaya mempacakkan panji panji perjuangan Islam. Malangnya ada pihak yg mengatakan "I am more Islamic than thou"..dengan merujuk UMNO kurang Islamik tapi melupakan DAP yang langsung dan nyata mengatakan "over my dead body".. Kenapa ini terjadi.. jawabnya kerana politik

Jika kita cuba mensebatikan iman dengan organisasi kita, kita amat vital dan perlu mensebatikan iman dengan pemimpin-pemimpin organisasi itu. Jika pemimpin organisasi itu lebih ghairahnya menggapai kedudukan dan kuasa dengan memperlekeh hukum yang tidak menguntungkanya, itu belum melayakkannya sebagai sebati imannya dengan Islam. membiarkan saudara sesama Islam dilanyak orang lain juga bermakna menafikan kita sebagai sebati dengan iman Islam.. Akhirnya ada yang mengambil jalan pintas dengan mengatakan memanglah begitu keadaanya bila kita menghampiri akhir zaman. Maka jadilah kita golongan yang pasif dan menyerahkan segala-laganya ke tangan Allah SWT sedang kita tidak berusaha malah melanggar hukumNya. Pasrah kena bertempat dan selaras dengan perintah Allah. Pasrah dan menyerah bulat bulat ada pengkhianatan terhadap diri sendir. Wallahuwallam. Yang buurk datang dari diri saya sendiri sesungguhnya yang benar datang dari Allah SWT.

Ajin b. Gagah said...

Oii nah..Tidak di duga sama sekali, kedua-dua sahabat saya Sabah Kita dan Senja Liza pun turut juga betapuk di laman sdri Kelapa Mawar ni.

Mungkin ada kebenaran juga kenyataan Senja Liza, “Kelapa Mawar memang menghilangkan haus dan dahaga selepas seharian berpuasa dan tempat yang selesa untuk betapuk “.

Untuk itu, sebelum sdri Kelapa Mawar response kepada ulasan sahabat-sahabat saya ini, ingin juga saya nyatakan support saya pada statement Senja Liza, bahawa laman blog Kelapa Mawar ini , semakin hari semakin maju.

Statement yang timbul dari seorang blogger senior lagi sensasi saperti Senja Liza, bagi saya amat memberansangkan.

Apa lagi dengan kehadiran Sabah Kita, selaku blogger bertahap sifu maka bertambah meriah lah kita bah atau kawan-kawan saya bilang ‘Aramai Ti’.

Now, perkara yang menarik saya untuk memberi komen selanjut nya ada lah artikata ‘tokoh’ yang nampak nya ada cliché sedikit dari segi definasi penulis blog dengan sahabat-sahabat saya Sabah Kita dan juga Senja Liza (barangkali).

Selaku seorang penulis blog dan penganalisis juga, saya pun terlepas pandang perkataan tersebut. Yangmana rupa nya boleh membawa makna yang tersendiri…

Pada saya, tokoh yang di maksudkan oleh penulis ada lah mereka yang nama nya ada tercatit dalam rekod SPR selaku calun yang berani mewakili parti politik mereka untuk bertanding dalam PRU.

Now, dari apa yang saya faham, rupa nya seorang tokoh ini ada lah orang-orang yang mempunyai sejarah bertahap nasional atau pun internasional…Ini boleh menjadi kes berat.

Maksud saya, bukan senang pula untuk di labelkan sebagai seorang tokoh ini. Kadang kala nya hal saperti ini boleh menjadi isu perbahasan yang sensitif atau boleh mengundang ‘conflict of opinion’.

However, saya maseh lagi berpandu kepada definasi asal yang di maksudkan oleh Penulis Blog, Kelapa Mawar. Supaya lebih mudah untuk saya fokuskan minda saya kepada hal-hal lain yang banyak kaitan dengan tajuk artikel penulis.

Persoalan yang lain, bagi saya, ada lah hak masing-masing untuk menyuarakan pandangan mereka.Terpulang lah kepada cita rasa penulis-pelawat untuk Pro BN kah, PRO Pembangkang kah atau tiada PRO mana-mana.
’So be it, the sky is the limit’.

Salam untuk semua dan dengan harapan semuga kalian sukses

kelapa mawar said...

salam sdr renggit..

Ma kasih atas kunjungan dan pandangan sdr..apa yang menjadi isu dalam UBN sekarang inilah mampukan para pemimpinnya memulihkan UBN setelah pelbagi konflik kepimpinan berlaku...?

kegagalan mencari ubat penawar kepada masalah ini akan menyebabkan UBN bertambah parah dan bakal musnah dalam PRU-13 nanti.

Di sabah kita makin bertambah berani dari dulu..berani menyuarakan perkara yg benar..seperti juga sdr Renggit sendiri menggigit saja kerjanya...Perubahan ini akan lama-kelamaan berakar umbi dlm masyarakat kita.Wassalam.semoga sukses.

kelapa mawar said...

salam sdr nyawa badan..

UBN perlu segera memikirkan langkah seterusnya utk menawan hati rakyat bukan masih lagi dibuai oleh perebutan dan krisisi kepimpinan..Lihat Pakatan Rakyat..biarpun ada masalah mereka bertindak menyelesaikanya..jadi tidak sampai teruk dan bernanah..

Ma kasih atasa pandangan sdr itu.Berkunjunglah lagi...pandangan sdr dihargai.wassalam

kelapa mawar said...

salam ayahnada Sabahkita..

Saya sangat2 menantikan pandangan ayahanda dan ma kasih atas kesudian itu...cumanya, saya merasakan ketokohan sesorang itu bersifat subjektif. bagi penyokong BN, kemenangan Datuk shafie adalah kerana ketokohannya yang menyeralah. dan bagi kita rakyat Sabah itu saya akui dari awalnya. Namun bagi penyokong PKR, kesudian dan keberanian tokoh tersebut melawan Dt. Shafie adalah satu bonus..soal menang atau hilang wang pertaruhan adalah soal kedua..yang penting adalah keberanian mencabar seseorang tokoh berpengaruh itu.

Di parlimen Semporna, persaingan antara dua tokoh ini amat menarik..kerna calon PKR yang menentang Dt. Shafie itu adalah abang kepada Ipar Dt. Shafie sendiri..kemudiannya ada cubaan di peringkat keluarga utk membuatkan calon ini menarik diri dgn memberikan kemenangan tanpa tanding kp Dt. Shafie..tapi itupun di tolak...

maka jikapun perlawanan satu lawan satu berlaku...jumlah undi kemenangan tidak menjadi persoalan tetapi moraliti dlm PRU itu..Setidak-tidaknya rakyat ada pilihan kepada yang sedia ada..itulah antara motif PKR di Sabah.

Semoga ayahanda sentiasa sukses bersama keluarga.wassalam

kelapa mawar said...

Salam kak Liza..

Inilah aku risau nie,...time2 bulan puasa ni ramai yang main2 tapuk..Air KM pun makin manis saban hari..

Ma kasih kepada Kak Liza kerana memberikan pandangan lagi..saya amat menghargainya..Ulasan Kak Liza kali ini sarat dengan 'pertimbangan' persis idea seorang penganlisis politik kontemporari...Saya sangat tertarik dengan idea ini..

seperti yg selalu saya katakan bahawa orang Melayu sejak sejarah bangsa ini tercipta di muka bumi..selalu diselubungi krisis kepimpinan ..perebutan kuasa dan hasad dengki sering menjadi amalan turun temurun. Konsep penderhaka dan pengkhinat bangsa menjadi taruhannya..Melayu sama melayu Kak Liza oiii..
Mrk tak fikir langsung apa natijah dari perbuatan itu..sikap tolak ansur diketepikan..Orang bukan melayu mulanya melihat dari jauh..tetapi bila nampak ada peluang..mulalah pula mengambil kesempatan..

Ketuanan politik melayu dan bumiputera semakin terhakis..dan ini perlu disedari...kita tidak akan selamanya memegang tampuk kuasa kalau kita sendiri yg tidak pandai menjaga dan meliharanya ..PAS dan UMNO perlu lebih ikhlas menjadikan perpaduan melayu sebagai kepentingan mengatasi yang lain, termasuk politik dan peribadi.Jika tidak..UBN bakal ditalkinkan..

semoga sukses selalu. wassalam

kelapa mawar said...

Salam Sdr Solymone..

Ma kasih kerana berkunjung kali kedua..dan saya sangat menghargainya. Ulasan sdr kali ini membuktikan sekali lagi kepada saya bahawa sdr punya prsepsi yang luas dan berwaibawa. Pandang sudut sdr seakan dapat memahami penulisan saya. ma kasih atas keterbukaan itu dan saya mata teruja menantikan ulasan sdr setiap masa.

tambah lebih manis lagi ialah apabila kehadiran blogger lain yang berwibawa...Kak Liza, Sdr Musli..Ayahanda Sabahkita, Si renggit yang sensasi dgn sdr barunya nyawa dan badan...sekali sekali sdr Rojokobog...dan ramai lagi....Banyak pandangan...banyaklah pengetahuan. Semoga sdr sukses dan sentiasa sihat.wassalam.

SABAHKITA said...

......"Di parlimen Semporna, persaingan antara dua tokoh ini amat menarik..kerna calon PKR yang menentang Dt. Shafie itu adalah abang kepada Ipar Dt. Shafie sendiri..kemudiannya ada cubaan di peringkat keluarga utk membuatkan calon ini menarik diri dgn memberikan kemenangan tanpa tanding kp Dt. Shafie..tapi itupun di tolak"......

Adik ipar atau abang ipar atau malah abang kandungpun bukan masalah.. Masalahnya ialah keperibadiannya "PUTAR ALAM" atau hipokrit membezakan antara tokoh dan bukan tokoh.

Antara orang yang begelomang maksiat dan arak dan tidak pernah menyentunya langsung. Antara manusia yang TIDAK menginsafi kemungkaran itu malah bangga dengan melakukannya dengan manusia yang berusaha mendekatkan dirinya dengan Allah SWT dengan manusia yang bersembunyai membaham kemungkaran. Saya langsung tidak melayakkan orang seperti itu menjadi "tokoh"

Sekadar tidak mampu dibeli tidak juga menjadi kebanggaan kalo akhirnya menyesalinya..dengan kata kata "kalo saya terima saya sudah millioner sekarang"..atau menipu dan menafikan hak orang juga tidak membezankannya dengan sampah masyarakat jalanan....

kelapa mawar said...

salam ayahanda Sabahkita..

Ma kasih dgn response ayahanda kali kedua..daripada apa yg ayahanda katakan ini rasanya A.sabahkita mengenali calon ini..dan tidak syak kerana A.sabahkita juga pernah ke AS dimana calon ini tinggal bermastautin...Cumanya begini sajalah A.Sabahkita./....secara lebih terbuka dan bertanggungjawab saya menyatakan bahawa saya mengenali calon ini sebagaimana saya juga mengenali A.Sabahkita...Malahan ketika PRU-12 yang lalu, saya adalah antara orang yg turut mempertikaikan pemilihan calon ini...kerana mana mungkin seorang yg pulang sekali-sekala dan hanya bertujuan utk menyertai PRU boleh merasai aspirasi masayarakt setempat...Dan itu saya luahkan kepada calon ini ketika kempen PRU..dan dia akui...

Saya secara lebih berani turut mempertikaikan pemilihan calon PKR ketika itu dibawah seliaan Hj ansari yg diberikan mandat oleh DSAI ketika satu pertemuan Di KK..kerana hampir di kawasan Semporna..calon yang dipilih tidak berwibawa dan dipersoalkan erkecuali Hj.wahab...

Di DUN Bugaya...juga calon PKR menarik diri sehingga memberi kemenangan tanpa tanding kp Dt. Marhaban..manakala di sulabayan...Isu yang dimainkan lebih kepada isu nasional dan bukan setempat...Saya ketika itu mengikuti perkembangan ini...( bukan bererti saya turut berkempen....Saya bukan ahli PKR, bukan juga UMNO..jauh sekali PBS..)...Seperti yang saya terangkan kp A. Sabahkita...persepsi "tokoh' itu subjektif...dari sudut pandang A.sabahkita...ada kritera2 tertentu yg melayakkannya dipanggil "tokoh" namun bagi HJ Ansari..."ketokohan" calon ini diperakui..kerana itu beliau menolak 3 calon lain yang lebih berwibawa untuk menentang Dt.shafie...

Di KB juga yg demikian...Iranun suku kita, Ustz. Laiman adalah antara tokoh yg diketengahkan oleh PKR..sejauhmana 'ketokohan'nya mungkin berbeza mengikut persepsi org lain.

secara ikhlasnya saya bersetuju dgn Pandangan A.Sabahkita.wassalam