Thursday, October 20, 2011


Ketika sistem penggiliran ketua Menteri Sabah diumumkan oleh Tun Mahathir untuk 'memancing undi" demi mengembalikan kekuasan Bn di Sabah setelah 9 tahun diperintah oleh PBS yang bertindak keluar dari BN, ramai yang merasa curiga. Kerana sistem penggiliran itu berpusing dalam jangka waktu dua tahun mengikut suku-suku kaum utama di Sabah, termasuk kaum Cina, dilihat tidak praktikal, malahan boleh mencetuskan gejala rasuah politik dan mewujudkan sikap opportunis di kalangan pemimpin yang dilantik. Alasannya mudah, mereka tahu jangka hayat kuasa mereka hanya berlanjut selama 2 tahun, maka mereka akan pergunakan jangka hayat itu untuk apa-apa sahaja tindakan demi mengaut keuntungan politik dan sokongan serta ekonomi demi kelangsungan pengaruh mereka pada jangka panjang.

Sistem penggiliran itu dimulai oleh Tun sakaran dandai yang menjadi Ketua Menteri sabah pada Mac-Dis.1994, kemudian digantikan oleh Datuk Salleh kerana Tun sakaran dilantik menjadi TYT Sabah. Salleh menjadi KM pada Dis.1994 hingga Mei 1996. Tiba giliran masyarakat Cina, Datuk Yong Teck Lee pula dilantik dari parti SAPP ( kini meninggalkan BN) pada Mei 1996 hingga Mei 1998.

Disinilah kes pengambilan tanah seluas 65 ,000 ekar dari Beluran hingga ke Pitas dan Kota Marudu. Tanah ini dikatakan diberikan kepada syarikat tertentu ketika Datuk Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri Sabah. Namun dalam satu kenyataan Yong Teck Lee menyatakan bahawa beliau menjadi mangsa keadaan kerana kata beliau kelulusan pemberian tanah itu kepada Begaraya Sdn,Bhd. ditandatangani pada Mac 1996, sedangkan beliau menjadi Ketua menteri pada Mei tahun yang sama. Ketika surat kelulusan itu sampai ke Kota Marudu, jawatan Ketua Menteri telah beralih kepada beliau.

Sebagai rekod ketua menteri sabah sebelum itu adalah Datuk Salleh Tun said. Siapakah yang menjadi mangsa keadaan Yong atau Salleh kerana kedua-duanya adalah ketua menteri Sabah yang digilirkan?

0 ulasan :