Sekali lagi pekan koboi di sabah, daerah Kota belud dijangka akan menjadi tumpuan pelancong luar dan dalam, berikutan pada tanggal 29-30 oktober 2011 ini berlangsungnya "tamu" besar di daerah itu.
Acara tamu mingguan yang terbesar di sabah itu menyajikan pelbagai acara yang melibatkan kepelbagaian sosio budaya tiga suku terbesar yang mendiami daerah kota belud ini. Suku kaum Dusun, Bajau dan Iranun dijangka akan mempamerkan keunikan budaya masing-masing termasuk pakaian, makanan,tarian dan sosiobudaya tradisi masing-masing pada tamu besar kali ini.
Selain daripada itu, pelbagai acara menarik juga dirancang seperti tahun-tahun sebelumnya seperti luma kerbau, pameran kraftangan, permainan dan pelbagai lagi pertandingan peringkat daerah akan diadakan.
Pesorong Kam..Seled Kanu !
0 ulasan :
Post a Comment