Dunia Blog di Sabah dan di Kota Belud, rasanya tidak cukup sifat jika tidak mengenali SDR MUSRAM HJ RAKUNMAN, antara blogger yang terawal di daerah Kota Belud dan mempunyai rangkaian rakan blogger di Semenanjung. Blog beliau sentiasa membicarakan tentang sosio politik di negara ini. Blog APA YANG TERSIRAT,AWAL DAN AKHIR dan ONE KOTA BELUD juga tidak lekang dalam perbicaraan politik Kota Belud.
Dari segi latar belakang, SDR MUSRAM HJ RAKUNMAN adalah anak Iranun yang antara yang terawal mempunyai kesedaran pendidikan yang tinggi. Walaupun berasal dari keluarga yang sederhana yang menetap di Kg Tamau, namun dalam awal era 60-an dan 70-an , beliau adalah antara anak Iranun yang berpeluang melanjutkan pelajaran di Luar negara. Sdr Musram juga adalah antara intelektual Iranun yang sehingga kini tidak serik memberikan buah fikiran dalam peningkatan taraf hidup sosio budaya masyarakat Iranun. Pernah menjawat sebagai Pengurus SAFMA di Kota Kinabalu.
Dalam Blog beliau ONE KOTA BLEUD dalam artikel ADA PEMIMPIN KOTA BELUD BANGGA KERANA DAERAH KOTA BELUD TERSENARAI SALAH SATU DAERAH TERMISKIN, Lihat PEMIMPIN KOTA BELUD blogger ini telah mengupas persoalan itu secara panjang lebar mengenai kehadiran pemimpin politik di Kota Belud yang begitu suka dengan tahap kehidupan masyarakatnya yang berada dalam paras kemiskinan, supaya kata beliau lagi, masyarakat Koat Belud akan mengalami kebantutan perubahan untuk meneruskan pembanguna n kehidupan mereka terutama dalam berkaitan dengan pemilihan pemimpin mereka.
SDR MUSRAM seterusnya menggesa para pemimpin ini supaya bersara kerana pada beliau masa mereka telahpun berlalu seterusnya memberikan peluang kepada pemimpin pelapis. Lihat kenyataan beliau ini:
" bagi OKB( ONE KOTA BELUD) para pemimpin terdahulu perlu memberikan peluang kepada wakil rakyat sedia ada meneruskan perancangan pembangunan KOta Belud,demi generasi akan datang. Masa datuk-datuk telah berlalu,bersaralah secara terhormat, biarkan pemimpin pelapis meneruskan kehendak rakyat yang belum tertunaikan"
Persoalan yang timbul ialah siapakah yang dimaksudkan oleh SDR MUSRAM sebagai pemimpin terdahulu? Siapakah pemimpin sedia ada di Kota Belud? Dan Siapakah pemimpin pelapis yang dimaksudkan?
Apakah Datuk Salleh dan Tan Sri Pandikar Amin adalah pemimpin terdahulu yang dimaksudkan? Dan apakah pemimpin sedia ada di Kota belud itu pula adalah wakil-wakil rakyat yang memenangi kerusi masing-masing pada PRU 12 lepas? Dan juga apakah pemimpin pelapis itu adalah golongan muda yang saban hari mendambakan peluang untuk berkhidmat?
0 ulasan :
Post a Comment