Menurut laporan portal sarawak Report, bekas ketua komunikasi Perdana menteri British Tony Blair, Alastair Campbell dikatakan sednagg mengadakan runding dengan Datuk seri Najib dalam hal memastikan kemenangan BN pada PRU 13 akan datang. Malahan menurut sumebr itu lagi, penampilan Njaib yang sentiasa kelihatan COOL dengan pelbagai rencah masalah dalam negara adalah atas nasihat Campbell. Idea transformasi serta gesaan Najib agar wakil rakyat BN turun padang merasa denyut nadi rakyat juga dikatakan adalah antara imej yang cuba ditonjolkan oleh Najib serupa dengan apa yang dilakukan oleh Tony Blair atas nasihat Campbell.
Selain bentuk nasihat untuk menyusun startegi memenangi PRU 13, campbell juga dikatakan berusaha untuk menaikkan imej Najib dan kerajaan BN di luar negara berikutan Campbell mempunyai hubungan diplomatik rapat dengan media asing.
Campbell pernah menerejui kempen "cool Vritinnia" untuk Blair sekitar tahun 1990-an.Beliau juga terkenal kerana menyakinkan rakyat Britin melalui usaha perhubungan awam untuk menyokong pencerobohan tentera bersekutu ke atas Iraq. Menurut sumber itu Najib mahukan Campbell merangka startegi bagi memenangi PRU akan datang.
Sementara itu laporan audit 2010 sekali lagi dilihat membenamkan usaha Najib dan BN untuk mendapatkan kembali kepercayaan rakyat apabila laporan itu mendakwa terdapat unsur boros dan ketirisan serta menggunakan perbelanjaan melebihi peruntukan yang diberikan bersabit dengan beberapa kementerian Penting termasuk Kementerian Pelajaran dan Kesihatan dan Lembaga Hasil Dalam negeri. Pembengkang mencemuh pentadbiran Najib kerana kononnya walaupun Najib begitu lantang melakukan Transformasi melibatkan seluruh jentera Pentadbiran, nyata itu semua adalah omong kosong yang belum terlaksana.
0 ulasan :
Post a Comment