Monday, October 31, 2011



‘education infrastructural problems had put Sabah at the bottom of the list, especially in the interior.’

Bila PBS menyuarakan betapa keperluannya Sabah diberikan 'kuasa' penuh keatas projek pendidikan yang dilaksanakan di negeri ini, Timbalan Perdana menteri yang juga menteri pelajaran memberikan green light tetapi bersyarat. Buat masa ini projek di bawah nilai RM 5 juta sahaja yang akan diberikan 'kuasa' itu itupun kena lihat kapasitinya sama ada sabah punya konteraktor berpengalaman dan berkemampuan atau tidak. Nilai projek lebih RM 5 juta masih dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran Pusat.

"Walaupun kita sudah setuju pada dasar, kita mahu tahu ‘dia ada kapasiti’ kah atau tidak untuk uruskan. Kita tidak mahu lepas tu terganggu kerana tak ada tenaga manusia atau sumber yang ada untuk menguruskannya."Tetapi secara prinsipnya saya sudah setuju dan mungkin pada peringkat awal projek kecil yang kita biasa buat yang ditawarkan di peringkat pusat kita boleh turunkan dulu...mungkin di bawah RM5 juta yang tak melibatkan kontrak yang besar...kontrak yang besar kita nak tengok kapasiti dulu,"

Melucukan kerana mandat dan kuasa yang diberikan itu sedikit demi sedikit. sepatutnya dalam era globalisasi dan tanpa sempadan ini, keseluruhan projek Pelajaran di sabah tidak kira nilai berapa, harus dikendalikan oleh jabatan pelajaran negeri supaya ketirisan, kebocoran dan tidak siap pada masanya tidak timbul. Pihak kementerian pula boleh secara optimum melakukan pemantauan secara berkala.

Apa yang menjadi persoalannya ialah bukan soal kemampuan tetapi 'kepercayaan' Kementerian pelajaran seakan tidak percaya kepada jabatan pelajaran sabah dalam mengendalikan projek mega untuk pembangunan pendidikan di negeri ini. Bagaimana orang yang tidak pernah pergi ke Pedalaman sabah boleh mengetahui aspirasi pendidikan di kawasan berkenaan? jawapannya ialah 'anak' Sabah sendiri yang terdedah dan mengetahui selok belok serta keperluan kawasan yang dibangunkan.

Sandiwara apa lagi ini wajai timbalan Perdana menteri!

0 ulasan :