Sunday, October 30, 2011


"Rakyat Sabah Harus memberikan sokongan kepada kepimpinan sedia ada supaya Sabah menjadi Negari Maju "

KOTA KINABALU:Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, untuk Sabah bergerak maju ke hadapan rakyat negeri ini harus memberikan sokongan yang padu dan mantap kepada pimpinan negeri.Ini katanya, adalah untuk faedah, kebaikan dan kebajikan seluruh rakyat Sabah yang ada di negeri ini.



“Ini untuk menentukan keberkekalan kuasa politik di tangan kita dan , rancangan yang sudah disusun akan dapat kita sempurnakan dengan cara sebaiknya,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan hampir 10,000 orang yang hadir pada majlis Penerangan Perdana peringkat Negeri Sabah yang diadakan di Dewan Kuliah Pusat 2, Bangunan Pusat Pengajian Pasca Siswazah, Universiti Malaysia Sabah, di sini, kelmarin.



Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, kita tidak ada pilihan, malahan perlu untuk kita bekerjasama sebagai satu pasukan yang kuat.“Dengan ‘team’ yang kuat ini ianya akan memastikan kita berupaya mengekalkan kuasa politik di peringkat negeri dan negara,” katanya.


Terdahulu itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman dalam ucapannya berkata, beliau selalu menasihatkan kepada rakan- rakan dalam BN di negeri ini jika ada apa-apa masalah ianya boleh dibincang dengan duduk bersama bagi menyelesaikannya.“Jangan bercakap dengan cara tidak sopan, jangan cakap tidak teratur, sebab kita ada cara kita, mesti duduk dan bincang, kita ada cara,” tegasnya.



Beliau yang juga Pengerusi BN Negeri berkata, bahawa dalam BN mempunyai tradisi yang boleh bekerjasama dan berunding, kerana tidak ada perkara yang tidak boleh diselesaikan.Katanya, apa yang dilakukan kerajaan selama ini, tidak ada yang diselindungkan, kerana dasar-dasar itu semuanya untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat.



Turut hadir pada majlis itu,Speaker Dewan Undangan Negeri(DUN) Sabah, Datuk Seri Salleh Said, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Men- teri, Datuk Ahmad Maslan yang juga Pengerusi penganjur program itu dan, dan Ketua Penerangan Umno Sabah, Datuk Sapawi Ahmad yang juga Pengerusi penganjur peringkat negeri, ketua-ketua parti komponen BN serta pemimpin Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan pemimpin masyarakat.

0 ulasan :