Friday, October 28, 2011






Laporan Audit 2010 oleh ketua Audit negara Tan Sri haji Amrin bin Bujang yang diedarkan kepada ahli-ahli Dewan rakyat pada Isnin 24.Oktober 2011 telah memperlihatkan bagaimana pengurusan wang rakyat atau pendapatan negara dalam keadaan yang boros melebihi peruntukan yang diberikan kerajaan. selain itu laporan Audit juga menunjukkan bahawa dari segi perlaksanaan projek kerajaan terdapat beberapa kelemahan yang berpunca daripada penyeliaan yang kurang rapi, ketiadaan pemantauan yang berterusan dan berkesan,wujudnya kekurangan peruntukan kewangan serta kekurangan kakitangan serta kepakaran sehingga wujud beberapa kelemahan,kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam 45 aktiviti/projek pelbagai kementerian dan Jabatan kerajaan.

Pendedahan ini memperlihatkan bagaimana Kerajaan begitu rakus menggunakan wang rakyat tanpa memikirkan keperluan rakyat yang miskin dan memerlukan pembelaan. sedangkan pemimpin politik begitu mewah dan sanggup menghabiskan puluhan ribu ringgit dalam setiap program keraian dan majlis publisiti yang diadakan walaupun golongan sasar dalam setiap program yang dirancang itu jauh tersasar.

Di Kota Belud, masalah pembaziran dan perlakuan boros para pemimpin politik juga berlaku. Antara yang mendapat perhatian rakyat dan pimpinan PAS di kawasan Kota Belud ialah sikap para pemimpin yang suka sangat melakukan publisiti/promosi dalam setiap aktiviti atau program yang melibatkan mereka. Tamu Besar Kota Belud yang dijangka berlangsung pada 28-30 Oktober ini bukan sahaja mewujudkan kempen poster dan Banner pemimpin Kota Belud tetapi juga memperlihatkan bagaimana wang rakyat tidak dipergunakan denganh cukup teliti dan minima tetapi mendatangkan kebaikan bersama.

Malahan menurut pimpinan PAS kawasan Kota Belud,Lihat paskotabelud.majlis sambutan hari raya pada september 2011 yang lepas yang diadakan di Kg taun Gusi paling kurang memperuntukan perbelanjaan sekitar RM30 ribu ringgit. Dengan selitan hiburan dari beberapa artis terkenal tanahair, majlis seumpama itu tidak banyak meningkatkan taraf hidup rakyat selain mengangkat martabat meterialistik pemimpin politik di Kota Belud.

Bayangkan jika di Kota belud yang merupakan antara daerah termiskin di sabah, para pemimpin boleh membuat pelbagai cara dalam pembaziran wang rakyat, apakah lagi jika para pemimpin di Kota yang sabar waktu ingin memenuhi tuntutan kehidupan megapolis yang rancak dan penuh hiburan.

0 ulasan :