Monday, October 24, 2011


Setelah sepenggal Datuk Salleh 'direhatkan' oleh pemimpin Negeri dan Pusat,yang hingga kini tidak ada siapa pun tahu sebab musababnya, sekalipun 'orang ' paling kanan pada Datuk Salleh terkecuali Datuk Salleh sendiri yang tahu, kini sudah ada semacam tiupan propaganda politik di Kota Belud, supaya mantan Ketua Menteri Sabah ini dalam sistem penggiliran diberikan 'tempat' semula di KOta Belud pada PRU13 akan datang. Tidak pasti sama ada sebagai peluang untuk menebus segala dosa dan noda politiknya masa lampau, atau pemberian pucuk pimpinan Pusat itu untuk peluang Datuk salleh bertanding adalah kerana sebagai membalas 'budi' setelah 'menundukkan' kepala kepada kepimpinan Musa Aman di Sabah atas alasan rumpun USBO adalah majoriti kaum di Sabah.

Tanggapan supaya Datuk Salleh dicalonkan semula di Kota Belud bertepatan dengan peribahasa seperti "sirih pulang ke gagang". Namun begitu rakyat Kota Belud harus memikirkan sedalamnya, apakah akan ada kepatutan Datuk Salleh 'bermukim' semula di daerah Kota Belud ini, setelah apa yang dibuat oleh beliau kepada rakyat Kota Belud nyata harus dipertimbangkan?

Walaupun Datuk Salleh telah memenangi kerusi Ketua Bahagian UMNO, dan pada dasarnya kemenangan itu atas sebab kerana beliau menerima sokongan majoriti dan perwakilan UMNO, ia tidak membenarkan kenyataan bahawa beliau akan juga mendapat sokongan majoriti dari rakyat Kota Belud.

Justeru itu ada juga pihak-pihak yang berpandangan, biarlah datuk salleh 'berkelana' sementara waktu di luar kawasan Kota Belud, sementalahan pekan ini dibangunkan oleh pemimpin lain. Manalah tahu kata mereka Datuk Salleh akan membangunkan kawasan yang diwakilinya kelak dengan cukup terancang dan berprestij, sekurang-kurangnya kata mereka kawasan itu akan mendapat bekalan air bersih dan bekalan elektrik secara percuma.

0 ulasan :