Friday, October 21, 2011


Walaupun belum ada ketentuannya bila gendang PRU akan dipalu oleh Najib, dan walaupun belum ada kepastiannya senarai calon di Kota belud pada PRU akan datang, namun sudah ada yana menaruh 'harapan' untuk menjadikan ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan sebagai pemimpin yang hanya "sepenggal' di Kota Belud. Masyarakat Kota Belud belum bersedia 'menyambung' sepenggal lagi kepimpinan DARD yang disifatkan sebagai orang luar, kononnya kehadirannya di KOta Belud merosakkan legasi kepimpinan golongan tertentu. Mahu atau tidak dan sedar atau percaya, kononnya KOta Belud harus juga diserahkan kepada pemimpin anak jati di daerah itu.

Sepenggal atau tidak, bagi saya harus diukur dengan prestasi kerja bukan faktor sumbang dan prejudis. Sikap Cauvanis atau kedaerahan yang melampau tidaka akan menyelesaikan apa-apa masalah. Kembalikan DARD ke Tuaran atau ke mana sahaja di Sabah ini dan terpulang kepada pemimpin muda yang bertungkus lumus 'merealisasikan' harapan sebahagian besar masyarakat KOta Belud mengalirkan setitik air bersih pada tengkuk dan leher mereka dalam keadaan "berkelana' kerana tidak pasti kawasan mana yang akan ditandinginya, nyata secara jujurnya akan 'merugikan' KOta Belud.

Ini bukan bererti akan mengenepikan anak watan KOta Belud sendiri. Kerana sebelum ini, rakyat sudahpun memberikan 'peluang' dan 'ruang' kepada mereka, namun nyata mereka 'belum' terbuka hati untuk 'membantu' masyarakat mereka sendiri. Ini bukan rahsia lagi, bahkan boleh dilihat dan didengar di mana-mana diserata ceruk pekan dan perkampungan di Kota Belud.

Mempertahankan DARD pula tidak akan mungkin berlaku, kerana dalam politik segala-galanya adalah mungkin dan kemungkinan itulah harus diterima oleh DARD. Sebenarnya tidak banyak juga yang telah diselesaikan oleh DARD di Kota Belud, misalnya masalah kesesakan di Pekan Itu masalah berlaku, walaupun DARD telah cuba mengatasinya, namun dari segi pendekatan barangkali masih belum diterima oleh masyarakat Kota Belud. Begitu juga masalah kebersihan Pekan KOta Belud, dan peluang syarikat peruncitan besar seperti Giant, Milimewa, atau Servy masih tidak dapat dibawa oleh DARD. Rakyat Kota Belud terus dibelenggu oleh harga barang runcit di kedai Gui Brothers dan terpaksa membelinya kerana tidak ada pilihan lain yang lebih murah.

Namun begitu pemimpin di Kota Belud yang paling 'berani' dalam soal peneguran kepimpinannya ialah DARD. Baik dalam blog, baik dalam Fcb dan twitter atau secara bersemuka, DARD dilihat nampak lebih mesra dan boleh ditegur. Beliau akan cuba menjawab dan bersedia memohon maaf kalau ada kesilapan. Inilah keperibadian DARD. Berbanding dengan pemimpin lain yang bukan sahaja mengelak dengan menutup komen dalam blog mereka, tidak membuka ruang perbincangan dalam FCB , bahkan menutup ruang perbincangan dengan rakyat.

Aoakah berbaloi jika Datuk Rahman disepenggalkan di Kota Belud?

5 ulasan :

SUARA RAKYAT said...

Kalau diukur daripada segi pencapaian sebagai wakil rakyat, DARD mendapat markah A+. Biasanya pemimpin seperti itu, bukan tidak disenangi rakyat, tetapi yang tidak sudi dengannya adalah pesaingnya dalam politik.

Mampukah DARD bertahan di KB? bagi AYT, selagi DS Musa Aman masih pengerusi Umno dan BN, DARD akan tetap di KB.

DARD dan Datuk Musbah adalah fasilitor pembangunan KB sesuai dengan visa DS Musa, melalui HALATUJU Sabah.

kelapa mawar said...

sdr OKB..

kalau A plus tu sangat tinggi dlm pemarkahan antara 85-100%..

kebergantungan DARD sama ada dicalonkan di Kb atau tidak juga dipengeruhi oleh kelicikan politik Shafie Apdal...apakah kali ini SA juga akan mengambil kesempatan utk menyusun orang2nya di Sabah seperti yg dilakukan oleh KJ sewaktu masa dulu yakni 2008.

Jangan kita lupa, SA sekarang dimana-mana di seluruh Sabah ada posternya mengucapkan Selamat Hari raya kepada rakyat sabah tidak pernah dilakukan oleh pemimpin lain bertaraf menteri pusat...Apakah maknanya ini?

di KB sdr boleh lihat dipersimpangan jalan baru antara pekan KB_ Kudat Bypass....

Pejuang Bangsa said...

Semestinya orang Kota Belud yang mengharapkan DARD kekal di Kota Belud, sama jugalah mereka menutup peluang masa depan anak-anak mereka akan datang.

anri said...

kita bermadah untuk mencari helah
untung sabut kerana timbul
ruginya batu kerana tenggelam

barangkali tiada ukuran yang jelas untuk nilai prestasi seseorang
kerana orang yang cerdik dan pandai
belum tentu bijaksana

ForestOrchid said...

Pandangan saya secara peribadi Datuk Rahman antara pemimpin Bawah Bayu yang berpotensi dan seharusnya wajar diberi peluang untuk terus jadi pemimpin beliau masih muda dan pengalaman beliau sebagai ahli parlimen ketika ini sudah tentu banyak membantu beliau untuk terus menjadi pemimpin pilihan rakyat pada masa2 kini dan akan datang,,,manalah tahu suatu ketika nanti Datuk Rahman bakal menjadi pemimpin no 1, di Negeri bawah bayu atau barangkali pemimpin di peringkat Negara.. Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu...AMIN....