Najib sekali lagi mengingatkan ahli dan pemimpin BN supaya tidak mensabotaj parti jika pada PRU 13 akan datang, mereka 'digugurkan'. Dengan memberi peringatan dalam Konvensyen BN di negeri sembilan petang tadi, Najib seolah-olah membayangkan bahawa antara punca kekalahan teruk BN pada PRU 12 yang lepas adalah disebabkan oleh faktor mensabotaj parti kerana tidak terpilih menjadi calon.
Sambil mengingatkan ahli dan pemimpin BN bahawa budaya itu merugikan parti, Najib juga turut mengingatkan bahawa kesetiaan kepada parti harus berlaku ketika dipilih atau tidak menjadi calon PRU.
Peringatan Najib ini mengingatkan saya dengan insiden beberapa orang pemimpin di Kota belud yang digugurkan pada PRU 12 yang lepas. Pastinya selepas ini pemimpin yang digugurkan pada PRU 13 akan datang di Kota Belud [erlu membuat akujanji supaya tidak melakukan aktiviti sabotaj parti.
0 ulasan :
Post a Comment