Tun Mahathir bertanggungjawab dalam SISTEM dan JIWA pemimpin BN Sabah
Keretakkan hubungan politik antara parti-parti komponen di sabah sudah mencapai tahap paling kronik. Jika diibaratkan seperti penyakit 'barah' ia sudah sampai ke tahap 4, menunggu paling lama 3 bulan untuk diselamatkan. Pemerhati politik di Sabah juga pening memikirkan apakah punca kepada wujudnya ketidaksefahaman antara para pemimpin parti komponen di Sabah?
Beberapa hari lepas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah yang juga ketua menteri Sabah, Datuk Musa Aman mengingatkan anggota dan pemimpin parti komponen BN di Sabah supaya mengelakkan salah faham demi keutuhan parti berkenaan. Musa Aman dipetik dalam satu kenyataan ketika merasmikan majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Tawau.
"kita bersama-sama hendaklah memastikan kita (terus) bekerjasama dan berganding bahu. jangan ada wujud selisih faham antara kita sendiri. Apa juga masalah yang timbul, sama ada di kalangan BN mahupun UMNO, kita boleh selesaikan secara persahabatan dan secara keluarga"
Seorang penganalisis politik Sabah yang juga merupakan seorang pensyarah di sebuah IPT di Sabah yang sehari suntuk bersama Kelapa Mawar memberikan komen bahawa punca kepada keadaan porak peranda dalam BN Sabah ini adalah disebabkan oleh SISTEM dan JIWA.
JIWA para pemimpin di Sabah telah dipenuhi oleh dendam politik yang kesumat. Kerana dari latar belakang pemimpin ini rata-ratanya adalah pernah bertelagah sesama sendiri. Justeru katanya para pemimpin ini sentiasa rasa "terancam' dan takut untuk disisihkan. Dengan mengambil contoh beberapa pemimpin BN Sabah yang pernah tidak sehaluan ialah Tan Sri Bernad Dompok, Tan Sri Joseph Kurup yang kini adalah presiden kepada sebuah parti komponen BN di Sabah, adalah pemimpin serpihan PBS. Mereka bertindak keluar dari parti PBS kerana tidak sehaluan dengan Tan Sri Joseph Kitingan atau mungkin juga sebab-sebab prinsip dan peribadi.
Tujuan asal menubuhkan PBRS dan UPKO adalah mendapatkan sokongan puak KDM dan menjatuhkan PBS. Bukankah sekarang Tan Sri Joseph Kitingan dan PBS adalah antara parti komponen BN Sabah,. Joseph Kitingan adalah Timbalan Ketua Menteri Sabah. Bagaimana mereka boleh berkompromi dalam pengagihan kerusi sedangkan mereka suatu ketika dulu pernah bertelagah.
Begitu juga Datuk Lajim, Datuk Salleh dan ramai lagi juga pernah menunjukkan kontra dalam politik Sabah. Datuk Lajim adalah punca kepada kejatuhan PBS setelah beliau 'melompat' dan meninggalkan PBS untuk menyertai UMNO. Datuk Salleh juga pernah berada dalam PBS dan pernah bertarung dengan Tan Sri Pandikar Amin di Usukan yang ketika itu TSP bertanding atas tiket USNO. Dendam-dendam lama ini menimbulkan banyak rasa tidak puas hati dikalangan mereka sendiri selain rasa berhati-hati dan sentiasa terancam.
Manakala SISTEM pula ialah berkaitan dengan sistem Penggiliran Ketua Menteri Sabah yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir untuk memberikan peluang kepada 3 kaum terbesar iaitu Bumiputera Islam, bumiputera bukan Islam dan kaum Cina. Sistem ini nampak agak adil secara luarnya, namun pada jangka panjang ial telah menimbulkan sindrom 'balas dendam' dan mengaut untung politik peribadi.
Para pemimpin yang menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah dalam sistem penggiliran bukan sahaja akan menjaga dan mengambil kesempatan untuk membela puak yang diwakilinya, tetapi juga akan melahirkan sikap 'tunggu ,jika saya yang menjadi Ketua Menteri". Sebab itu apabila Choong Kah Kiat menjadi KM Sabah, bandar Kudat berubah wajah. Datuk Yong Teck Lee pula yang menjadi pemimpin SAPP disisihkan oleh beberapa Ketua Menteri selepasnya, menyebabkan rasa tidak puas hati mula membuak, sehingga membawa kepada keluarnya SAPP dari BN. Manakala pemimpin LDP pula mula mempersoalkan kewajaran tindakan Musa Aman terutama bersangkutan dengan kepentingan parti itu yang mewakili kaum Cina dalam BN setelah ketiadaan SAPP.
Menurut pensyarah ini, JIWA pemimpin Sabah sudah dibajai oleh rasa takut dan dendam yang semakin hari semakin parah. takut tidak dicalonkan seperti yang pernah berlaku kepada Datuk Salleh, Tan Sri Pandikar Amin dan datuk Amir Kahar pada PRU12 dan juga jiwa parah itu terus disuburkan oleh sistem penggiliran Ketua Menteri yang sehingga kini masih dirasai kesannya dalam soal perpaduan dikalangan pemimpin BN Sabah sendiri.
Apakah hujah ini benar? terpulang kepada kita untuk memikirkannya.
0 ulasan :
Post a Comment