Saturday, October 29, 2011


Para pengundi di Kota Belud, harus memikirkan bahawa perjalanan politik di daerah itu tidak akan bisa berubah landskapnya kalau ia memang ketiadaan calon pilihan dari parti berlainan dari parti pemerintah. Para pengundi di Kota Belud, harus sedia maklum bahawa dalam perjuangan politik dua perkara penting yang mendominasi perubahan iaitu yang pertama keperluannya sebuah parti yang Kuat. Keduanya ada calon yang berpotensi, maka jika kedua itu 'hadir' dalam kalangan pengundi Kota Belud, justeru perubahan yang dinginkan akan lebih tuntas datangnya.

Di Kota Belud, masakan ada kedua-dua itu. Kalau bicara tentang parti yang kuat, tentunya tidak kedapatan selain dari parti Pemerintah iaitu UMNO dan Sekutunya. Sebuah parti yang 'memegang' tampuk kuasa lebih 50 Tahun. Calon berpotensi dan dihormati pula, juga datangnya dari parti ini. Parti selain itu baik PKR, PAS dan parti tempatan seperti SAPP, BERSEKUTU dan SETIA, langsung tidak punya autoriti sebegitu.

Sebab itu, para pemimpin politik di Kota Belud sejak dulu sentiasa berada pada "ZON SELESA'. Sama ada hadir rasa tanggungjawab membangunkan kawasan mereka atau tidak, menjadi perkara nombor dua dalam nadi politik mereka. Baik pastikan kedudukan politik peribadi sentiasa "SELAMAT". mungkin itu yang sentiasa dalam benak mereka.

Siapa yang bertanggungjawab mengubah lanskap politik KOta Belud? selain daripada para pengundinya. Ubah macammana? kalau dua aspek itu tidak ada ? akibatnya, para pengundi mengundi dan memangkah calon dari parti yang sedia kuat itu. Soal calon itu boleh mengubah taraf hidup mereka tidak sudah menjadi keutamaan kerana tidak ada sudah pilihan. Daripada undi rosak baik undi calon itu.

Minda dan pemikiran para pengundi di KB harus dianjak sedikit. Jika tidak ada calon yang berpotensi, bolehkah untuk tunjuk protes tidak keluar mengundi? Lucu tetapi boleh dibuat. Keputusan PRU 13 mengejutkan banyak pihak terutama PM Datuk seri Najib kerana di Kota Belud 3 DUN iaitu TEMPASUK, USUKAN dan KEDAMAIAN mencatat peratusan paling rendah keluar mengundi, barangkali sekitar 3-5%. Bayangkan apa yang akan Najib katakan? Mustahil berlaku!

0 ulasan :