Tuesday, October 25, 2011


Laporan audit 2010 yang dikeluarkan begitu mengejutkan rakyat di negara ini. Isu utama yang timbul adalah terdapat undur keborosan dalam perbelanjaan wang rakyat yang dilakukan oleh kerajaan dalam kementerian tertentu. Menurut laporan audit itu perbelanjaan mengurus keseluruhan kerajaan pada tahun 2010 adalah RM 149.06 billion iaitu meningkat sebanyak RM 10.78 billion daripada jumlah asal iaitu sebanyak RM 138.28 billion yang diperuntukkan.

Berikutan itu, pertambahan perbelanjaan mengurus itu bukan sahaja menimbulkan banyak masalah dalam aset dan kewangan negara tetapi juga melebihi sasaran yang telah ditetapkan. Sama ada disebabkan oleh faktor kenaikan kos atau keadaan ekonomi global yang tidak menentu seterusnya memberi impak kepada ekonomi Malaysia, kerajaan seharusnya lebih berhati-hati dalam soal perbelanjaan. Sikap boros perlu dielakkan dan diganti dengan sikap berhemat dalam perbelanjaan.

Rakyat disaran berjimat cermat sedangkan kerajaan pula sebaliknya.

1 ulasan :

Saya Ready said...

nak pekaya kroni kena boros.. jutawan mee segera amalan umno/bn..