Tuesday, October 25, 2011


Belumpun reda sepenuhnya kes rampasan tanah di Kg Rampayan Kota Belud oleh Syarikat Kinsahmewah Sdn. Bhd. seperti yang didakwa oleh penduduk, sekali lagi rakyat di daerah ini digemparkan oleh satu lagi kes rampasan tanah di Kg Taburan dalam DUN Tempasuk juga seperti yang di dakwa oleh masyarakat Kampung yang mendiami perkampungan itu.

Menurut sumber, masyarakat Kampung Taburan dinafikan hak keatas tanah Adat yang mereka duduki sekian lama seperti yang termaktub dalam odinan Tanah Cap 68 (Tanah Adat) seksyen 13 (a) ke (g) NCR ( Hak asasi anak negeri) Seksyen 64.

Dalam kes rampasan tanah adat ini, dikatakan seramai 512 penduduk Kampung berkenaan telah kehilangan tanah seluas 809.1 hektar yang dimiliki oleh sebuah syarikat yang meneroka untuk penanaman getah di kawasan itu.

Presiden USDA (Persatuan Dusun Sabah Bersatu) Datuk kalaku Untol dipetik sebagai berkata "tanah yang terlibat itu termasuk kawasan perumahan penduduk, kawasan penanaman ladang yang telah diusahakan oleh penduduk". Berikutan itu USDA meminta kerajaan supaya mengambil serius permasalahan itu.

Kes rampasan Tanah di daerah dimana banyak melahirkan pemimpin bertaraf Ketua menteri dan menteri Persekutuan selain pernah menduduki jawatan TYT di Sabah telah banyak berlaku. Kes Tuntutan Tanah Rezab Kuala Pintasan, kemudiannya kes pengambilan tanah oleh kerajaan dalam projek Jalan raya Bypass Kota Belud- Kudat yang dikatakan tidak diberikan pampasan sepatutnya seperti yang pernah diperjuangkan oleh wartawan Berita Harian Sdr. Azrone Sarabatin dalam blog dan Fcb, kemudian juga tanah di Kg Rampayan dan kini di kg Taburan selain pembinaan Empangan di Kg Tambotuan telah menjadikan daerah Kota Belud menjadi tumpuan pembangkang di negara ini.

Apakah siu-isu seumpama ini masih 'menutup' mata Datuk Musa Aman untuk campur tangan? atau apakah kes rampasan tanah yang membelenggu rakyat Sabah kebelakangan ini hanya dilihat sebagai isu picisan yang tidak akan menganggu gugat penguasaan BN dalam Dewan Undangan negeri, justeru isu ini didiamkan? Kita tunggu pada PRU13..

1 ulasan :

Ajin b. Gagah said...

Salam Kelapa Mawar

Satu lagi tajuk yang sungguh serius lagi menyayat hati...Dalam isu yang sama, saya juga telah melapurkan dalam blog saya cerita-cerita mengenai kes rampasan tanah adat (NCR) saperti ini.

Saya tidak pasti apa hubungan kes ini dengan pemimpin-pemimpin Kota belud bertaraf Ketua menteri , menteri Persekutuan, TYT dan sebagai nya, tetapi apa yang jelas ia lah sejak Musa Aman memegang kuasa sebagai Ketua Menteri, banyak kes perampasan tanah berlaku dimerata daerah negeri ini.
Seakan-akan kes saperti ini sudah menjadi budaya kepada Musa Aman dan pemimpin kerajaan BN Sabah yang lain.

Kerana selama ini kita kurang mendengar pemimpin – pemimpin dari BN yang berjuang mati-matian bersama rakyat yang mereka wakili demi untuk menegakkan keadilan dan hak rakyat masing-masing. Kecuali Peguam dari PKR dan mungkin juga dari UBF yang dikelolakan oleh Dr Jeffery Kitingan.

Isu ini walau pun nampak remeh kepada Musa dan krew nya, namun sejarah pernah mencatitkan bahawa peperangan berdarah berlaku diantara kaum, dikalangan saudara sendiri dan rakyat melawan kerajaan semata-mata kerana masing-masing mempertahankan hak tanah mereka dari dari dirampas.

Saya tekankan Musa selaku Ketua Menteri bertanggungjawab kerana dalam negeri Sabah ini, hanya dua orang yang paling berkuasa terhadap pengunaan tanah negeri...Bukan Pegawai Daerah atau pun Pengarah Tanah dan Ukur, tetapi Yang Di Pertuan Negeri (TYT) dan Ketua Menteri.

Yang DiPertuan Negeri di berikuasa sepenuh nya untuk tanah-tanah rejab khas untuk pemuliharan alam, saperti tadahan air, taman-taman negara dan sebagainya. Manakala Ketua Menteri pula dimandatkan sebagai pengerusi jawatankuasa pengunaan tanah(LUC) negeri khasnya tanah-tanah adat(NCR) dan lain-lain rejab tanah yang luar dari bidang kuasa TYT.

So secara logik nya, semua tanah-tanah adat (NCR) atau pun rejab hutan (secondary forest) yang dirampas oleh syarikat-syarikat luar dan dalam, pasti nya dalam pengetahuan Musa dan selanjutnya mendapat kelulusan secara prinsip dari beliau dan kabinet nya sendiri.

Justru, hanya beliau seorang sahaja yang berkuasa penuh untuk menenteram keadaan dan selanjutnya menangani masaalah yang dihadapi oleh penduduk kg taburan dan penduduk kg di lain-lain daerah sebelum ini. Namun apa yang kita tahu, beliau selama ini hanya mampu berdiam diri...Kenapa?

Sampai bila kah kes perampasan tanah-tanah rakyat ini berakhir, hanya Musa Aman dan Tuhan Allah sahaja yang tahu.

Semuga sukses.