Sebagai mantan wakil rakyat yang pernah menduduki status ADUN dan AHLI PARLIMEN, kemudian pernah menjawat Ketua Menteri Sabah dalam sistem penggiliran, kemudian juga kini menjawat Timbalan pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sabah, merangkap penasihat Sains kepada Ketua Menteri Sabah dan kini sebagai speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, rasanya amat sesuai jika Datuk Salleh Tun Said memberikan kenyataan berhubung dengan tuntutan parti-parti komponen dan individu dalam parti untuk 'memiliki' kerusi pada Pilihanraya ke 13 yang akan diadakan bila-bila masa dari sekarang.
Seperti yang dilaporkan oleh media massa , Datuk Salleh Tun said menyatakan bahawa pengagihan kerusi dalam parti komponen BN adalah bertolak dari kemampuan calon untuk memenangi kerusi berkenaan. Bukan setakat kerana pengagihan itu dibuat atas sifat tradisi dan memenangi hati puak tertentu tetapi juga harus disandarkan atas keupayaan calon berkenaan untuk memberi kemenangan kepada parti. Bahkan seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA, Salleh menyifatkan tidak ada gunanya meminta agihan kerusi jika tidak berupaya untuk menang.
Justeru itu Salleh berpendapat bahawa seorang wakil rakyat dan calon haruslah punya personaliti yang baik,sedia berkhidmat dan mudah didekati. Saranan Salleh ini tampak lebih tepat kerana sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat, seseorang calon itu perlulah bukan sahaja berpersonaliti menarik dan ikhlas dalam menaikkan tahap kehidupan rakyat, ia juga haruslah sedia berkhidmat terutama dalam memajukan kawasan yang diwakilinya.
Ketika menjadi wakil rakyat di Usukan dan menjadi Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk salleh memang mempunyai personaliti yang baik serta sedia berkhidmat kepada rakyat sehingga DUN Usukan membangun begitu pesat dan masyarakatnya begitu berbangga kerana memiliki wakil rakyat seperti beliau. Pekan Kota Belud juga telah membangun dengan rangkaian kedai-kedai supermarket yang banyak serta bekalan air bersih yang cukup dan melimpah ruah hingga ke perkampungan yang berdekatan.
Adalah menjadi harapan rakyat sekiranya pucuk pimpinan BN mendengar saranan Datuk salleh ini.
6 ulasan :
Kg. Tamau belum ada air bersih, belum ada talian telefon, lembu masih lagi berkeliaran di pekan Kota Belud...Sabah sudah merdeka 48 tahun, Masjid Kg. Pantai Emas tak lama lagi akan roboh kerana diserang anai-anai...inilah kemajuan yang kita capai...tahniah...
Datuk Salleh yang kukenal, dia seorang yang mesra rakyat..( ketika dia menjawat jawatan ketua menteri) yang ku tahu dialah satu2nya ketua menteri Sabah yang pernah lakukan hari bertemu rakyat sekali setiap minggu..siapa2 pun boleh jumpa....pemimpin begini yang kita mahu tiada jurang antara pemimpin dan rakyat.....
Tulisan yang berbentuk reverse psikologi
sdr Milus..
ma kasih kerana singgah sebentar dan meninggalkan tinta buat pedoman bersama..
ulasan sdr memberikan saya ilahm untuk artikel seterusnya..akan saya cuba garap pembanguan di Kota belud dari perspektif politik..
Sdri Hani..
ma kasih juga dengan komen ini. DSSK memang sorang pwemimpin yang terbuka sprti yg sdri dakwa itu..sesiapapun boleh bjumpa dgn beliau sehingga sekarang
Sdr Musram...
tulisan ini sekadar memberikan kita sudut padang utk berfikir dan berfikir..
ma kasih kerana itu..
Post a Comment