Transformasi yang menjadi kegilaan ramai pemimpin politik masa kini mula dicetuskan oleh Najib. melakukan dan melaksanakan "transformasi" dalam pentadbiran, dalam parti, dalam pendekatan kepada rakyat dan dalam hubungan peringkat akar umbi. Namun bolehkah"transformasi" itu menjadi modal besar kepada UMNO dan BN untuk mendapatkan sokongan rakyat yang semakin terhakis?
Najib bukan sahaja nampak keseorangan dalam idea transformasinya, tetapi juga ramai peringkat pimpinan UMNO yang 'gagal' mentafsirkan istilah "transformasi' itu dalam hubungan dengan peringkat akar Umbi. Najib bukan sahaja kesunyian,keseorangan dan bersendirian tatkala PRU 13 makin terasa bahangnya, tetapi juga diperingkat parti komponen BN, Transformasi Najib gagal direalisasikan. MCA masih trauma denga kekalahan teruk dalam sejarah politik parti itu sejak merdeka dengan sokongan masyarakat Cina. MIC juga bergelumang dengan pelbagai skandal dalam parti dan masih phobia dengan pencapain teruk pada PRU 12 yang lepas. GERAKAN akhirnya muncul sebagai parti komponen yang turut menghadapi kemelut parti ekoran pencapaian buruk pada PRU 2008.
Ketiga-tiga parti komponen BN ini dilihat sebagai parti sokong kepada keutuhan UMNO. Andainya pun UMNO kembali meraih sokongan orang melayu, namun kecacatan MIC, MCA dan GERAKAN tidak akan memungkinkan UMNO memerintah tanah air ini secara bersendirian. Tradisinya kebergantungan antara 4 buah parti ini sangat signifikan dalam politik Malaysia.
MCA yang dilabel sebagai parti 'maksiat' dengan pengangkatan Presiden yang terlibat dalam skandal seks, kemudian MIC yang dalam dilema dengan kepimpinan paling lama datuk S. samy Vellu yang tunduk akhrinya kepada kehendak parti untuk melepaskan jawatan, GERAKAN yang phobia dengan kekalahan teruk kepada presidennya Tan Sri Khoo Tsu Kon yang waktu itu adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, nampaknya masing-masing gagal melakukan transformasi dalam parti masing-masing, kerana itu najib nampak keseorangan dalam parti komponen BN. selain dari sabah yang mengukir keretakkan dalam parti komponen melibatkan parti masyarakat Cina seperti LDP. Sarawak juga najib masih keseorangan apabila gagal mendesak peletakan jawatan Tan Sri Taib mahmud walaupun pada PRN Sarawak lepas, Najib menjanjikan akan berlaku transformasi kepimpinan di bumi kenyalang itu.
Rentetan epsiod politik ini, rasanya UMNO dan BN tidak punya apa-apa kekuatan yang boleh disajikan kepada rakyat untuk memilih mereka. melainkan jika sesuatu perkara luar biasa berlaku. Jika tidak ramai yang menjangkakan keseorangan Najib dalam transformasinya akan terbukti pada PRu 13.
0 ulasan :
Post a Comment