Saturday, December 31, 2011


Sejak kebelakangan ini dan semenjak PRU 13 semakin dekat, daerah Kota Belud seakan menjadi "Tamu Mingguan" kepada pemimpin pembangkang, baik dari PAS, PKR ataupun DAP. Kota Belud yang sememangnya terkenal dengan "Tamu mingguan" terbesar di Sabah ini menjadi antara sasaran paling besar pembangkang di Sabah. Hajat dan naluri politik Pembangkang melihat Kota Belud, sama ada pada kawasan Parlimennya atau 3 DUN nya jatuh ke tangan mereka nampaknya sangat-sangat tinggi. 

Beberapa minggu sebelum itu Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua UMUM Parti Keadilan, telahpun memulakan jelajah ke serata pelusuk Sabah dan KOta Belud adalah antara daerah yang benar-benar menjadi 'idaman' DSAI untuk dikuasai. Dalam rekod , tahun ini sahaja DSAI telah mengunjungi Kota Belud hampir 4 kali dan yang terakhir pada  3.Dis. 2011 yang lepas menyaksikan seramai 50 orang ahli UMNO yangh diketuai oleh Musli Oli meninggalkan parti itu dan menyertai PKR.

Manakala Pimpinan PAS pula jika dihitung dalam tahun ini tidak kurang dari 5 kali mereka turun padang di daerah Kota Belud. Kerancakkan pimpinan PAS bertandang di Kota Belud ini berikutan beberapa kawasan yang menjadi idaman mereka yang terkuat ialah DUN USUKAN. Terakhir kunjungan pimpinan PAS ialah Semalam di rumah Ketua Penerangan PAS Sabah, Ustaz Awang Laiman Ikin di Kg Tamau. Pimpinan tertinggi PAS yang turun ialah Ir. Datuk Seri Nizar Jamaluddin mantan Menteri Besar Perak yang terlucut jawatannya dalam satu pertelingkahan perlembangann tubuh negeri di negeri yang kaya dengan lombong bijih timah itu.

Berlain dengan strategi DAP, salah satu rakan parti dalam PR, parti berasaskan kaum Cina ini tidak banyak mengunjungi daerah Kota Belud,namun isu pembinaan empangan Tambotuan telah mendapati perhatian penting dari Lim Kit Siang sehingga memaksa pemimpin kanan DAP itu turun padang menemui masyarakat sekitar perkampungan itu pada awal tahun 2011 dan akhirnya isu ini menjadi polemik antara Lim Kit Siang dengan MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan yang membawa kepada cabar-mencabar mendebatkan isu ini. Dan khabarnya Datuk Rahman Dahlan menunda tarikh perdebatan itu sehingga ke tarikah yang belum ditentukan. Masyarakat Kota Belud menganggap penundaan itu sebagai 'maruah' DARD yang mula tercalar. Program "turun padang' ini diramal akan semakin rancak menjelangnya PRU 13 akan datang.

Isu besar yang cuba dibangkitkan oleh pimpinan pembangkang termasuk anak jati Kota Belud ,sdr Musli OLi dalam ceramah umum semalam di Kg Tamau hanya menyentuh soal-soal pokok sahaja termasuk bagaimana rakyat seharusnya tidak lagi menaruh keyakinan dan kepercayaan kepada parti UMNO. Dalam lain kata, mereka mahukan rakyat Kota Belud tidak lagi mengundi calon UMNO pada PRU 13 akan datang.

Jika bersandarkan kepada rekod politik, terdapat 3 kawasan di Kota belud yang menyaksikan calon-calon UMNO diturunkan iaitu DUN USUKAN- Datuk Japlin Akim, DUN TEMPASUK- Datuk Musbah Jamli dan Parlimen Kota Belud- Datuk Rahman Dahlan.

DUN USUKAN dan PARLIMEN KOTA BELUD, menjadi samar kerana mungkin calon lain akan diturunkan oleh UMNO tetapi di TEMPASUK jika tidak ada perubahan besar, Datuk MUsbah tetap akan dicalonkan semula. Persoalannya ialah bolehkah pembangkang menumpaskan Datuk MUsbah di TEMPASUK.?

Siapakah calon pembangkang yang akan diletakkan di DUN yang menyaksikan komposisi suku kaum di kawasan ini hampir-hampir sekata antara suku Iranun, Bajau dan Dusun.Calon dari PKR,calon PAS dan jauh sekali untuk calon DAP. Kemungkinan besar calon PKR!.Rekod pada PRU 2008 menyaksikan Datuk Musbah memperolehi undi sebanyak 6,541 dan Calon PKR pada waktu itu UstazAwang Laiman memperolehi undi sebanyak 4,109 dan majoriti adalah sebanyak 2,432 walaupun pada 2008 itu Datuk Musbah kalah dalam kesemua peti undi suku Iranun kecuali peti Undi Kota peladok.

Datuk Musbah adalan antara calon "winnable Candidate" UMNO di kawasan ini. Bukan sahaja memiliki rangkaian kekeluargaan yang ramai serta kemampuan dari segi modal wang ringgit yang banyak tetapi juga dikatakan begitu rapat dengan masyarakat akar umbi terutama dalam memastikan perjalanan projek mega jelapang padi dan Agropolitan berjalan lancar. Kemungkinan dari persepktif masyarakat Iranun, Datuk Musbah tidak begitu besar pengaruhnya tambahan lagi beberapa isu besar yang berlaku dalam masyarakat Iranun dalam kawasan Tempasuk telah dilihat "GAGAL" dimanipulasikan oleh Datuk MUsbah untuk menjadi modal Pilihanrayanya. Antara isu terbesar ialah Kelewatan Pembinaan bangunan Sk Tamau. Masyarakat Iranun mula melabelkan Datuk Musbah sebagai pemimpin yang tidak perhatin dengan aspek pendidikan suku ini.Oleh itu pada hemat Kelapa Mawar, sokongan padu akan datang dari suku kaum Bajau dan Dusun, memungkinkan Datuk Musbah sukar ditumpaskan!!!.

Walaupun begitu, PR di Kota belud harus menyusun strategi ampuh untuk menundukkan calon UMNO di Kota Belud jika mahu benar-benar ingin menguasai Kota Belud seperti yang dikatakan oleh Datuk seri Nizar Jamaluddin itu. Pemilihan calon adalah sangat penting. selagi kredibiliti calon yang diturunkan tidak dapat mengoncang kredibiliti Datuk Musbah, selagi itu impian pembangkang di TEMPASUK akan menjadi seperti angan-angan Mat Jenin.

19 ulasan :

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

INI KALI LAH
SIAPA bilang Hj Musbah tidak tersungkur tumbang kekalahan di DUN Tempasuk.

INI KALI LAH
jika Hj Musbah dicalonkan semula,
ini bermakna akan menghadapi saingan yang penuh mencabar.

INI KALI LAH
Hj Musbah akan dapat menempah tikit ke penerbangan kekalahan.

INI KALI LAH
Contoh yang paling dekat, semasa pertandingan merebut jawatan Ketua Bahagian Kota Belud.Walaupun ketinggalan majoriti yang tipis sejumlah 47 undi. Akan tetapi petanda ini akan ada tempiasnya dalam pru ke-13.

INI KALI LAH
boleh dihuraikan, Peti Daerah Mengundi SK Tamau, KG Merabau, Kg Nanamun Pandasan dan semua Daerah mengundi masyarakat iranun telah memberikan kemenangan kpd Ag Laiman bertanding dengan Hj Musbah. semasa pru-12. Hanya Peti Undi sebelah Kg Taun Gusi dan perkampungan bukan islam dimenangi oleh Dt Musbah.

INI KALI LAH
Hj Musbah banyak kehilangan sokongan daripada masyarakat iranun.Ini kerana banyak bangunan di pihak masyarakat iranun terbengkalai tidak disiapkan mengikut jadual. Contohnya SK Tamau.Jika turun padang pun hanya melepas batuk di tangga sahaja.

Kita tunggu pru ke-13



INI KALI LAH
pru ke 13 memang dapat ditumpaskan dengan mudah. Ada kebarangkalian lawan Hj Musbah akan meraihkan undi majoriti yang diluar dugaan.

Anonymous said...

Apa2 pun boleh terjadi pada PRU13 nanti. Orang bilang don't judge a book by its cover. Kemungkinan akan berlaku perubahan pada senario politik di KB? Kita harapkan yang terbaik berlaku.

Mohd Ishak said...

Kita tunggulah dan lihat sama ada Datuk Musbah akan mendapatkan sokongan daripada rakyat ni kali.

Mohd Ishak said...

Harap rakyat akan membuat pengundian dengan bijaksana selepas ini.

Anonymous said...

semua ini rakyat yang menentukannya.

Anonymous said...

ia juga bergantung kepada prestasi datuk Musbah, jika prestasi baik pasti disokong dan begitu sebaliknya.

Bujang Senang said...

DUN Tempasuk ini semestinya boleh bertahan untuk kerusi tersebut. Apa pun yang penting beliau terus memberikan yang terbaik kepada penduduk Kota Belud.

Sanih Alias said...

Semua itu terpulang kepada Datuk sendiri untuk terus bertahan atau tidak. Kerana jika Datuk tidak menjalankan tugas dengan baik sudah semestinya kerusi yang diduduki akan goyah. Namun sebaliknya berlaku jika Datuk dapat memberikan yang terbaik.

Smookiekins said...

Rakyat pasti tahu dan dapat menilai wakil mana yang akan dapat membela nasib mereka. Jadi, diharap dapatlah mengundi calon yang sesuai dan berkemampuan memikul tanggunjawab yang telah diamanahkan dengan sukses.

Kris Jr said...

Tidak hairan kalau setiap parti politik terutama parti pembangkang ingin menakluki KB.

Anonymous said...

bukankah Datuk Musbah ni paling disenangi kepimpinannya di KB?

No name said...

Setiap undian amat penting, harus dibuat dengan berhati-hati demi masa depan anak negara.

No name said...

Pemimpin yang kurang berkeupayaan dan tidak bertanggung jawab harus disingkirkan.

No name said...

I thought Musbah indeed good?

Anonymous said...

"Manakala Pimpinan PAS pula jika dihitung dalam tahun ini tidak kurang dari 5 kali mereka turun padang di daerah Kota Belud."

Seharus juga aktiviti ini diamalkan selalu agar masalah rakyat difahami dan ditanggani dengan lebih berkesan.

Anonymous said...

Datuk MUsbah tetap akan dicalonkan semula. Persoalannya ialah bolehkah pembangkang menumpaskan Datuk MUsbah di TEMPASUK.?

Susah utuk membuat ramalan, apa-apa pun boleh berlaku. Yang penting, rakyat harus membuat penilaian yang baik siapakah calonyang boleh berjuang untuk mereka.

Anonymous said...

"Bukan sahaja memiliki rangkaian kekeluargaan yang ramai serta kemampuan dari segi modal wang ringgit yang banyak tetapi juga dikatakan begitu rapat dengan masyarakat akar umbi terutama dalam memastikan perjalanan projek mega jelapang padi dan Agropolitan berjalan lancar."

Im sure Datuk Musbah manage to win the people heart. More votes will still go to him if he really take care about his people here.

Anonymous said...

Jika PR mahu mengambil alih KB, harus menukar strategy dan meletakkan calon yang lebih berkaliber dan berkeupayaan.

Anonymous said...

Kegagalan melangsaikan projek akan menjadi punca utama Datuk Musbah ditumpaskan.