Friday, December 16, 2011

Walaupun isu ini adalah hanya sekadar spekulasi politik yang belum diketahui kebenarannya,namun daripada khabar angin yang bertiup di pekan Kota belud, menyatakan bahawa dua orang pemimpin politik bertaraf 'wakil rakyat' berkemungkinan digugurkan pada PRU 13 akan datang.

Dua orang pemimpin politik itu ialah Datuk Rahman Dahlan yang kini selaku MP Kota Belud dan seorang lagi iaitu ADUN USUKAN, Datuk Japlin Akim. Walaupun isu calon PRU masih berada pada kedudukan "Rahsia' namun dari sumber-sumber yang boleh dipercayai turut membenarkan spekulasi ini.

Datuk Rahman Dahlan yang sebelum ini "panas' dengan beberapa jolokan terutama "Pemimpin Luar" memang telah dijangka lebih awal akan hanya mengekalkan statusnya sebagai MP Kota Belud dalam tempoh sepenggal,setelah perkembangan politik Semasa menjadikan Datuk Salleh rakan utama politik Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman.

Manakala Datuk Japlin Akim yang sebelum ini juga "panas' dengan isu rasuah dan politik Wang, telah dikatakan ,menjadi liabiliti bagi UMNO di Sabah. Justeru wajar direhatkan.

Akhirnya dalam FCB Kelapamawar, Sdr Musli Oli yang baru sahaja meninggalkan UMNO dan menyertai PKR membuat kenyataan berikut ketika mengulas Kenyataan AJK Biro Pendidikan UMNO KB,sdr Roslan Haji Manshor berkenaan dengan penglibatan pemimpin tertentu dalam  mengadu domba pemimpin UMNO Kota Belud.

Kenyataan Sdr Musli Oli ini, mungkin perlambangan kepada keadaan sebenar dalam realiti calon PRU 13 di Kota Belud:

"..Setahu saya senarai calon BN dari maklumat sebelum saya pindah kapal: Parlimen 1. Datuk Musbah.. Usukan 1. Datuk Salleh Said. Kadamaian - dari PBS! Tempasuk - ada 6 nama dicadangkan dari suku Irranun termasuk pegawai kanan kerajaan.."

51 ulasan :

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

Sdr Kelapa Mawar. Khabar angin yang kencang ini akan dapat menentukan benaranya tidak lama lagi.

Dtk Japlin dan Dtk Rahman sudah lama terpadam dalam senarai pencalonan bagi pru k3-13.

Umum sudah dapat tahu alasan, kenapa mereka tidak perpilih. Manakala Sdr Rahman kerana isu pemain import. Alasan kedua gagal bersaing semasa pemilihan Bahagian Tuaran, berlawan dengan penyandang Sdr Aliasgar merebut jawatan Timbalan Ketua bahagian.

UMNO tidak mahu risiko kekalahan ini. Maka akhirnya nama mereka terpadam dalam kertas puteh pencalonan.

Pendekatan yang terkini ini, tidak merugikan BN Kota belud.

Ada kebarangkalian, DUN Tempasuk akan disenaraikan Sdr Tadzul, atas sebab semasa pemilihan Ketua Pemuda kekalahan hanya 7 undi. Boleh dikira pengaruh Sdr Tadzul akan boleh menumbangkan Dtk Salleh jika berlaku pemilihan Bahagian.

Ada pencalonan untuk Dt Salleh sebagai MP KBelud. Manakal DUN Usukan mungkin akan dicalonkan Dtk Mastor(Mantan Pengarah Jab Kebajikan Sabah)

Jika Dt Salleh DUN Usukan bertembung Sdr Musli, ada kebarangkalian DT Salleh menang tipis. Silap langkah DT Salleh tersungkur kalah di DUN Usukan.

Sama sama kita teropong alkesah pencalon ini seterusnya.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam semua,

Benar atau tidak mengenai penguguran mereka ini rasanya masih tidak pasti lagi. Jika kedua mereka ini masih menjalankan tugas dengan betul rasanya itu tidak akan berlaku. Memang khabar angin kedengaran di daerah Kota belud. Tapi masih belum ada kepastian lagi.

bayausbh.blogspot.com

Unknown said...

Datanglah berkunjung ke blog saya..Mari kita sama-sama berkongsi info yang berguna..

Terima kasih kelapa Mawar. Maklumat dari bolg anda kita kongsi bersama..

bayausbh.blogspot.com

Smookiekins said...

calon harus la disenangi penduduk KB agar calon yang menang dekat dihati penduduk.

Kris Jr said...

rasanya masih awal lagi untuk membuat spekulasi. lebih baik tunggu dan lihat siapa calon2 KB.

Smookiekins said...

wow!!! ni maklumat bocor ka..

Unknown said...

ini hanyalah desas-desus pencalonan untuk PRU akan datang, tunggu sahaja pengumumannya

Unknown said...

jadi janganlah memperbesar-besarkan hal pencalonan ini

Unknown said...

tentunya pengumuman akan dibuat tidak lama lagi setibanya PRU-13

Unknown said...

berharap rakyat menjadi matang dan mampu membuat pilihan yang betul bila tiba musim PRU nanti

Unknown said...

dan biarlah rakyat menjadi penentu samada Salleh bakal terpilih semula untuk menjadi ahli DUN atau Parlimen

Jason said...

kalau setakat khabar angin, baik jangan kita mudah percaya.

Jason said...

Memang patut mereka digugurkan kalau mereka berdua tidak menjalankan tugas dengan betul. Apapun, kita tunggu dan lihat sahajalah.

Jason said...

semoga pemimpin yang layak sahaja yang dicalonkan.

Unknown said...

Siapa2 saja yg terpilih, diharap dapat memberikan perkhidmatan yg terbaik kepada penduduk2 di KB...tapi sya rasa, apa2 pun keputusan yg dibuat nnt, utk kebaikan parti juga...jadi yg tidak terpilih tu, jgn la berfikiran sempit pula....

Pak Mantar said...

Datuk Abdul Rahman Dahlan memang akan disisikan dari calon UMNO BN di Kota Belud. Dari perbulan dan analiasa kedai kopi saya dapati sekurang-kurangnya ada 8 dalil kenapa DARD perlu ditolak.
1. Bila DARD diumumkan pemenang PRU P169 KB, beliau telah membuat kenyataan bahwa kemenangan beliau adalah kerana suku kaum Dusun....Dari kenyataan ini hati kaum Bajau dan Iranun dan lain-lain terguris dan sampai kini menjadi isu
2. Isu Tanah di Kg Rampayan di Tempasuk dan dan kawasan Tambatuan di Kadamaian. Kedua isu ini menyebabkan orang Dusun yang DARD kata menyokong beliau dulu kini semakin pudar sokongan dan orang Iranun bertambah keraguan kepada beliau
3. Tempat Pertemuan dengan DARD. Pejabat Parlimen P169 memang ada namun DARD sentiasa tidak kelihatan di situ kata mereka, hanya para pegawainya yang kurang prihatin. Rumahpun tak tahu dimana mau cari di KB atau KK. Kalau Datuk Musbah dan Datuk Japlin atau Datuk Salleh kata merereka boleh di cari di rumah mereka di KK kalau tak dapat jumpa di KB.
4. Pembahagian Peruntukan. Ramai mengatakan ianya tidak diagih secara seimbang. Kroni menjadi keutamaan malahan orang Tuaran lebih berkuasa dari orang Kota Belud.
5. Jenama UMNO DARD tidak bawa bersama secara total bilamana masuk ke kampung-kampung. Malahan beliau dikatakan selalu gunakan sumbangan peribadi atau menggunakan kumpulan pemuda P169 sedangkan Pemuda dan Puteri UMNO tidak beliau libatkan secara aktif.
6. Bahagian UMNO mereka kata kurang mesra denagn DARD. Ada setengah ketua cawangan merasa tidak dihargai oleh DARD atau beliau tidak kenali. Hendak bersalampun dengan beliau amat sukar kata seorang ketua cawangan kepada saya.
7. Semasa PRU 12 DARD terlalu banyak menabur janji. Malang sampai kini sudah lebih 3 tahun beliau menjadi MP, janji masih banyak belum terlaksana. Isu bekalan air bersih masih terlalu jauh dari kesempurnaan
8. Isu orang luar atau calon Import masih satu isu yang besar dan semakin membesar kini. Orang KB mahu orang mereka sendiri

Dari 8 dalil di atas, ada kemungkinan DARD akan tersingkir pada PRU13 nanti. Namun Allah jua yang berkuasa di atas segala.

Paquin said...

Ini ramalan atau andaian saja belum tentu betul.

Paquin said...

Saya sendiri mempunyai ramalan mengenai PRU13 namun saya rasa tak perlu diperbesarkan kerana ramalan itu kalau tak tepat bikin malu saja. Nanti kena cakap bawa mulut ja:P hehe

Paquin said...

Apa yang saya perhatikan KB pasti akan dapat perhatian PRU nanti. Rasa macam tempat ni agak popular pula.

Paquin said...

Namun terpulanglah pada ppenialain individu masing-masing. Susah juga mahu komen.

Paquin said...

Yang pasti ramai tak sabar mahu tahu siapa akan jadi pilihan rakyat nanti. Kalau saya, siapun OK asalkan yang terbaik.

mike said...

BN akan mencalonkan calon yang tiada kontorversi dan boleh menang..

mike said...

mana2 wakil rakyat BN yang difikirkan menjadi liabiliti kepada BN sudah pasti digugurkan..harus diingat bahawa PRU13 adalah PRU yang paling getir..tambahan pula dengan pengumuman JK mengenai Pakatan Borneo.

mike said...

w/pun ini hanya khabar angin namun, kebenarannya akan diketahui tidak lama lagi..kita tunggu dan lihat siapa yang akan dicalonkan.

mike said...

kemungkinan muka baru akan diketengahkan oleh BN untuk memulihkan semula imej BN di kalangan pengundi KB..

zam said...

sekarang ni banyak kahbar angin yang kita denganr, tapi kita sendiri pun tidak tahu mengenai kesahihannya. labiih baik tunggu dan lihat sajalah.

zam said...

apa yang pentiing, siapa pun yang menjadi calon perlulah mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Anonymous said...

penduduk Kota Belud sudah pasti dapat mengagak kedudukan pemimpin di dalam daerah mereka dengan melihat prestasi yang sudah ditunjukkan oleh pemimpin tersebut. terpulanglah pada mereka untuk memilih siapa pada PRU-13 nanti.

Anonymous said...

kedua-dua pemimpin tersebut perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan. jika sekiranya benar2 gugur, terima dengan hati terbuka.

Anonymous said...

ini hnyalah spekulasi, kita belum tau ia benar ke tidak.

Anonymous said...

kita tunggu ja pengumuman calon nnti

Green Sabah said...

Those who are capable should be retained and those who are not should be eliminated.

Green Sabah said...

We should make sure that only those people's representatives who are capable will stay on to serve the people.

http://sabah-go-green.blogspot.com/

Caldina said...

Jika digugurkan, diharap mereka tidak berkecil hati. Perjuangan yang ikhlas akan menyokong siapa saja yang akan dicalonkan walaupun diri digugurkan.

Caldina said...

Strategi harus berubah jika mahukan kemenangan pada PRU13 ini.

Anonymous said...

jika itu keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan, akur saja la..

Unknown said...

Apa yang kita dengar tidak semestinya adalah benar. Mengenai pengguguran kedua pemimpin ini rasanya masih belum ada kepastian lagi. Maka kita tunggu saja pengumuman dari mereka yang menentukannya.

Hamdan Hadillah said...

Datuk Rahman sebenarnya boleh memimpin tapi mungkin perancangan dan strategi beliau masih tidak dapat diterima ramai penduduk. Apa pun DR memang telah mencuba yang terbaik untuk penduduk Kota Belud.

Sanih Alias said...

Harap calon yang diletakan nanti biarlah yang benar-benar memahami masalah penduduk dikawasan tersebut. Yang lama atau baru itu tidak penting rasanya tapi yang penting sekali biar dapat membantu penduduk.

POP said...

Kenapa begini?

Anonymous said...

Adakah ini betul berlaku? Atau cuma gimik politik?

Anonymous said...

Wakil rakyat muda harus diberi peluang agar memperbaiki imej baik BN.

Anonymous said...

Haven't been announced yet. Shall wait for the official announcement too.

Anonymous said...

BN should change their strategy and the candidate chosen should be the right and capable person.

Anonymous said...

Im sure BN will put the right candidate so that they can remain in power. Just see how things progress.

No name said...

Should select a right candidate to refill the position so that can continue their strike more for the people.

No name said...

You select who you want. Hope the people can make right choice.

No name said...

Susah untuk meramal hati rakyat kali ini, pengundi makin matang untuk memilih. Kami menanti keputusan PRU13.

No name said...

Untuk membangunkan imej BN, harus juga memilih calon yang betul menambat hati rakyat dan betul berkeupayaan.

No name said...

Betul katanya, perosak parti harus disingkirkan.