Friday, December 30, 2011


Inilah papan kenyataan diawal pembinaan Sk Tamau, kini papan itu sudah  dirobohkan.JKR Tutup mata??

Dikhabarkan hari ini sekumpulan pemimpin parti pembangkang iaitu sdr Nizar Jamaluddin mantan Menteri Besar Perak yang dilucutkan dari jawatan berkenaan dalam satu tragedi politik yang penuh kontrovesi di Perak ,bersama dengan aktivitis politik yang kini menyertai PKR iaitu Sdr Musli Oli akan bertandang di Kg Tamau dalam satu usaha pemimpin-pemimpin PR menjelajah serata pelusuk bumi Sabah. Dan antara isu yang bakal dibangkitkan ialah berkenaan dengan kegagalan kerajaan BN menyiapkan bangunan SK Tamau yang telah mencecah 2 tahun pembinaannya.

Satu kenyataan yang dipetik dalam wall FCB Sdr Musli OLi membenarkan lawatan demikian,:

"Suara Pakatan Bergema di K Penyu!!Ribuan manusia di majlis Pakatan Rakyat Datuk John Ghani di Kg Batu Linting. Rakyat terpukau dgn ucapan DS Nizar Jamaluddin yg pekik "Ni Kali La!!. Begitu juga VP PKR, Surindran yg sentuh otonomi Sabah dan 20 pts..DS Lajim turut hadir dan turut berucap. Esok Nizar dan saya berceramah di Kg Tamau, Kota Belud! Ni Kali La!!...."

Pemimpin pembangkang ini yang popular dengan tagline 'NI KALI LAH"..dijangka akan memukau penduduk sekitar Kg Tamau yang sebelum ini telahpun menunjukkan tanda-tanda protes kepada pemimpin sedia ada yang disifatkan oleh mereka sebagai telah "GAGAL" menyelesaikan isu kelewatan pembinaan SK Tamau ini. Dan difahamkan hanya selepas kedua-dua pemimpin yakni ADUN TEMPASUK,Datuk Musbah Jamli  dan MP PARLIMEN, Datuk Rahman Dahlan mengetahui kunjungan pemimpin Pakatan Rakyat itu pada hari ini, kedua-dua bergegas melawat tapak berkenaan tetapi kehadiran mereka semalam masih tidak memuaskan hati para penduduk malah mempersoalkan tindakan yang mereka ambil. Guru-guru di Sk Tamau juga turut mempertikaikan kenyataan kedua pemimpin ini, antara kenyataan itu seperti yang dip[etik dalam FCB Kelapa mawar :

.".....banyak isu dan alasan....jkr tuduh kontraktor dan kontraktor tuduh jkr....penduduk kg tamau malas sudah....mo minta pembaikan untuk bangunan sementara pun mahu ada tax 10%....pnduduk kg tamau dan guru guru sk tamau cuak....boring dan mau muntah sudah dgr alasan...nda juga pandai siap...alang alang nda payah kasi siap...biar masyarakat iranun di kg tamau terus ketinggalan....ini kali yg drang mau.... "

".....Sk.Sembirai & Sk.Jawi2 yg seusia ngan SK.Tamau dah guna bangunan baru..Sk.Tamau Paitung tangga bangunan pun belum...takut nanti Sk.Labuan tengah dlm pembinaan..siap duluan...Apa yg tak kena ngan Sk.Tamau...perlu dirungkai...???? dikaji..mana silapnya..

".....MERIKA TURUN PADANG SEKADAR SANDIWARA POLITIK TAPI HARUS INGAT PENGUNDI LEBIH BIJAK DARI APA YG MERIKA SANGKAKAN JADI KALAU KADAAN TAK BERUBAH BIAR TANGAN YANG MENGUBA PADA PR13 NANTI..."

".....dg cerita nizar dengan beberapa orang pakatan mahu datang ke tamau..tu yg drang duluan pg tamau...selama ni nda da pun datang....barangkali betul la ungkapan ini kali la sebab dah berkali kali kita berharap pada YB dan MP...mcm tu juga...ini kali ...manalah tau ada harapan baru....soal mengadu pada sprm saya rasa tiada kes yang mau diadu...saya tidak nampak penyelewangan cuma pihak berwajib dan kontraktor yang dilantik dua dua entah apa jenis punya otak...pun begitu saudara semua...kita sedang melengkapkan bukti untuk dibawa ke sprm...kalau kita mengadu tanpa bukti tiada guna juga...lawan tetap lawan..."

Berdasarkan kepada response ini,semuanya berbaur ketidakpuasan hati, mungkinkah slogan INI KALI LAH ini akan menjadi slogan baru di Kg Tamau dan sekitarnya?...

32 ulasan :

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

SLOGAN INI KALI LAH. Slogan kata ini akan bergema dalam majlis ceramah PKR di Kampung Tamau hari ini.

Pemimpin PKR yang diketuai oleh Sdr Musli Oli bersama rombongan akan menemui masyarakat iranun kampung Tamau, untuk meninjau Bangunan SK Tamau yang lambat disiapkan oleh Kontraktor USAHA HAKIKAT SDN BHD.

INI KALI LAH masyarakat iranun dapat bertemu dengan rombongan PKR dalam usaha mencari jalan tentang isu kelewatan SK Tamau disiapkan.

mengikuti perjanjian bahawa tarikh mula dibina ialah pada 03/12/2007. Dijangak siap pada 02/06/2009.

INI KALI LAH, masyarakat iranun akan terus menyokong PKR. Walaupun Dt Musbah dan Dt Rahman tergesa gesa turun padang meninjau tapak binaan yang terbengkalai itu. Namun penjelasan demi penjelasan yang tidak logik itu, hanya seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.

Turut terbuka mata melihat keterbengkalaian bangunan ini ialah KELAPA MAWAR. Kerana bangunan sekolah ini berhampiran dengan rumah beliau.

INI KALI LAH undi majoriti yang besar akan memihak kepada calon PKR.

INI KALI LAH calon BN akan rebah dihambat kekalahan di DUN Tempasuk termasuk MP Kota belud.

INI KALI LAH Lebih teruk lagi jika calon MP masih dikekalkan sistem import, bukan anak jati KBelud yg diberi peluang untuk calon pru 13.

INI KALI LAH Peti undi SK Tamau dijangka tetap dimenangi oleh PKR

Kecuali jika KM Dt Musa turut turun padang dan berjumpa dgn masyarakat iranun di Kampung Tamau.

Sama sama kita tunggu pru ke-13.

Anonymous said...

Ini kali lah jadi trademark sudah. Kita nantikan hasilnya pada PRU13 nanti. Paling manang sudah ni slogan. Hehe.

DATU SIRENGIT said...

salam km,

INI KALI LAH kita tingok kehebatan PKR...

INI KALI LAH kita tingok musbah panas punggung..

Na INI KALI LAH kita tingok Rahman gatal punggung

Ba INI KALI LAH kita tingok kehebatan ketua kampung Tamau dan JKKK nya..

tempat kami lagi di tapukan tu jangan lupa lawat...ramai miskin lagi...

Paquin said...

Slogan ini kali lah, slogan paling manang. hahhaa

Paquin said...

Walaupun slogan 'ini kali lah' dijangka memukau rakyat namun masih terlalu awal untuk buat kesimpulan.

Paquin said...

Dalam dunia politik macam2 boleh berlaku. Jadi kita tunggu dan lihat sajalah apa kejadian next GE nanti.

Paquin said...

Paling penting sekarang ialah rakyat harus bijak menilai. Jangan terlalu mudah terpedaya dengan janji manis yang belum tahu kebenarannya.

Paquin said...

Tapi 'ini kali lah' saya tak sabar mahu mengundi:P haha

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

INI KALI LAH!!!

UMNO KBelud tercungap cungap,
berdiri dipintu menangkap siakap,
masyarakat pengundi Tamau yg cekap,
tidak mudah tertipu dan tertangkap,
suara pengundi mesti tegap,
datang mengundi walau berkayap,
sokongan biar roboh jgn ranap,
menang boleh terbang bersayap.

getah lastik said...

Yaalor

Anonymous said...

sudah ada bahan kempen untuk PRU nanti.. penduduk kampung Tamau boleh la cakap 'tamau' kepada wakil rakyat yang gagal menyiapkan sk Tamau..

Unknown said...

Ini kali lah.. tagline pembangkang.
tagline apa sekalipun ia bukan pentign sangat. yang penting adalah kepimpinan mereka.

Unknown said...

isu Sk Tamau dah menjadi perhatian pembangkang, pasti ia akan jadi modal mereka. sekolah itu harus disiapkan segera, jgn biarkan ia terus terbengkalai, ia perlu siap segera bagi memudahkan persekolahan di KB.

Bujang Senang said...

Turun dan selesaikan masalah kelewatan projek SK Tamau ini.

Bujang Senang said...

Datuk-Datuk sekalian seharusnya perkara ini diselesaikan pada awal lagi. Teruskan usaha mendekati rakyat.

Mohd Ishak said...

Kelewatan penyiapan bagunan SK Tamau ini perlulah dijelaskan oleh pihak kerajaan pasal kenapa ia masih tidak disiapkan. Tindakan yang sewajarnya perlulah diambil untuk memastikan projek ini disempurnakan.

Mohd Ishak said...

Kerajaan perlulah memastikan projek diberikan kepada syarikat pembinaan yang berkemampuan dan berkelayakan. Selain itu, mereka juga perlulah sentiasa memantau sama ada projek itu berjalan lancar dan mengikuti kualiti yang ditentukan.

Smookiekins said...

sudah menjadi lazim, isu2 yang menampakkan kepincangan parti pemerintah akan dijadikan isu paling hangat. Macam kuih pisang panas.

Diharap calon KB bagi parti pemerintah adalah benar2 berkebolehan dalam menunaikan janji dan melaksanakannya sehingga berjaya. Juga berkebolehan membantu penduduk KB untuk maju dari segala bentu kemajuan.

Kris Jr said...

Kompang yang dipukul oleh pembangkang memang hebat, tapi diharap tidak sia2. PRU13 akan menentukan kekuatan PKR di KB.

Anonymous said...

di mana ada projek2 kerajaan yang tidak siap atau sebagainya di situlah pembangkang ambil kesempatan untuk mempengaruhi rakyat agar tidak sokong kerajaan. Ini Kali Lah kita tengok siapa yang lagi berpengaruh!

Anonymous said...

memang lama sudah projek ni sepatutnya siap. tahun 2009 sepatutnya sudah siap, sekarang sudah masuk 2012. rasanya sudah panjang tempoh dan peluang diberikan kepada kontraktor tersebut. patut blacklist saja.

Anonymous said...

Ini bukan pembangkang harus mengambil perhatian, seharus juga kerajaan mengambil perhatian dan tindakan yang wajar.

Anonymous said...

Kelewatan ini melebihi 2 tahun, apakah penjelasannya?

Anonymous said...

Denda harus dikenakan kepada kontraktor yang gagal menjalankan tanggung jawab dalam tempoh yang diberi.

Anonymous said...

Kelewatan ini membawa kesan yang amat negatif terhadap pelajar-pelajar.

Anonymous said...

Turun padang dan memahami keadaan sebenar. Masalah timbul selama beberapa tahun tetapi tiada tindkan langsung, apakah penjelasan kerajaan?

No name said...

Kelewatan selama 2-3 tahun amat tidak manusabah dan tindakan undang-undang harus diambil

No name said...

Apakah perkembangan projek yang lain? Apakah kaedah untuk memastikan semua projek dijalan mengikut plan?

No name said...

Semoga perkara serius ini mendapat perhatian yang wajar agar tidak menjejaskan perkembangan

No name said...

Apakah tindakan diambil terhadap kontraktor yang gagal melaksanakan projek dalam tempoh?

No name said...

Tidak harus mempolitikkanisu tersebut, harus mengutamakan pelajar-pelajar Sk Tamau agar tidak menganggu pembelajaran mereka.

POP said...

Mereka tidak menjalankan tugas dengan baik.