Saturday, December 24, 2011



Keputusan Mahkamah yang mendapat mantan Menteri besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo sebagai bersalah atas tuduhan rasuah kepadanya ketika menjadi MB selangor dalam kes pemilikan sebuah banglo bernilai lebih 6 juta akan meninggalkan satu persepsi besar kepada rakyat selangor. Iaitu pemimpin UMNO dan BN memang benar ramai yang terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa.Ini juga akan membenarkan apa yang di dakwa oleh Khir Toyo sebelum ini bahawa terdapat 3 orang menteri dalam kabinet Najib yang mahukan beliau didapati bersalah..

Laporan Bernama:

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo hari ini dijatuhi hukuman penjara 12 bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga dengan balasan diketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini empat tahun lepas.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes tertuduh.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman itu yang dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari ini.

Dalam pada itu, Mohtarudin turut memerintahkan agar tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan ia akan diserahkan kepada kerajaan.

Keputusan itu dibuat menurut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan pelucutan hak sementara menunggu rayuan.

Dr Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta. Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007. -Bernama

12 ulasan :

Anonymous said...

pemenjaraan Khir Toyo pasti akan memberi kesan terhadap BN Selangor, BN kena berusaha untuk memastikan sokonga rakyat terhadap mereka dpt dikembalikan.

Anonymous said...

Sepandai-pandai tupai meompat, akhirnya akan jatuh ke tanah. Mudah2an lepas ni lebih banyak pembongkaran rasuah dibuat terutamanya yang melibatkan orang2 besar.

Green Sabah said...

Khir Toyo is involved in Graft, therefore he must now bear the consequences.

Green Sabah said...

Whether BN will be able to take back Selangor, we should wait and see how the election goes after this. The people must make the right choice.

Anonymous said...

samada BN sukar rampas Selangor atau tidak, itu persoalan yang patut dijawab dikemudian hari.. yang penting sekarang, pesalah rasuah mesti dikenakan hukuman sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam undang2..

Anonymous said...

bagi saya kalau perasuah yang telah dibuktikan bersalah ini terlepas, lagi la BN sukar rampas Selangor..

joey said...

yang bersalah pastinya mendapat hukuman atas apa yang dilakukan.

joey said...

semua parti pastinya berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat sokongan rakyat.

Smookiekins said...

Kalau sesuatu yang dilakukan itu adalah salah maka tiada siapa yang akan dapat lepas dari undang2.

Kris Jr said...

Ni menunjukkan tidak kira orang2 besar atau dari parti mana pun akan menerima hukuman yang setimpal jika disabitkan kesalahan. Pari pemerintah tidak berat sebelah.

Unknown said...

Rasanya tidak semestinya tanpa Khir Toyo BN tidak dapat memberikan yang terbaik. Itu satu penilaian yang salah. Tidak pasti pula kalau PAS/PKR sedemikian. Anwar dan Nik Aziz kena tangkap terus parti menjadi lemah. BN tidak seperti yang disangkakan. BN pasti akan memberikan yang terbaik untuk memastikan negeri yang diduduki oleh pembangkang akan dapat dikuasai.

Anonymous said...

undang2 tidak mengenal siapa. kalau bersalah pasti akan dihukum. perjuangan Khir Toyo pasti terhenti seketika dan akan diganti dengan pemimpin yang lain.