Tuesday, December 13, 2011


Seorang AJK UMNO Bahagian Kota Belud, pengerusi Biro Pendidkan Sdr Roslan Hj Manshor dalam kenyataannya dalam FCB dan Blognya Klik SINI menggesa agar pemimpin tertentu dalam politik Kota Belud yang berpengaruh supaya tidak terus-terusan mencorak politik daerah itu sehingga wujud pertelagahan rumit di kalangan pemimpin sedia ada. Pemimpin muda itu memperingatkan bahawa tindakan pemimpin yang digelarnya sebagai TOK DALANG WAYANG KULIT ini bukan sahaja akan merugikan parti UMNO tetapi juga boleh menimbulkan prasangka dan persengketaan antara ahli-ahli UMNO dan pemimpin yang lain.

Apa yang memeranjatkan lagi kata Sdr Roslan ini ialah Tok Dalang Wayang ini mempengaruhi pegawai-pegawai kanan kerajaan di sebuah kementerian Penting di sabah. Sambil menghebahkan bahawa kononnya pegawai terbabit adalah antara calon PRU yang telah dikenalpasti pada PRU 13 akan datang.

Walaupun itu adalah hak persendirian, namun isu ini jika tidak ditangani dengan baik akan merugikan masyarakat Kota belud. Bukan sahaja masyarakat akan kehilangan pegawai yang berdedikasi tetapi juga akan menyebabkan timbul keresahan di kalangan pemimpin sedia ada,lebih-lebih lagi jaminan itu diberikan oleh pemimpin yang senior dalam politik Kota Belud.

kenyataan Sdr Roslan Hj Manshor itu seperti dalam blognmya adalah seperti berikut:

"....Sebagai ahli UMNO yang setia kepada parti saya merayu supaya pihak-pihak yang cuba melaga-lagakan pemimpin UMNO Kota Belud sempena menjelangnya pilihanraya ke 13 ini supaya menghentikan perbuatan tersebut. Terutama sekali percubaan mempengaruhi pegawai-pegawai kerajaan kononnya pegawai tersebut tersenarai calun Barisan Nasional dalam PRU ke 13 nanti.

Perbuatan ini lazimnya akan dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab setiap kali menjelangnya pilihanraya berlaku. Perbuatan ini boleh menjejaskan keutuhan dan kekuatan Parti UMNO. Justeru itu saya juga mengesah pihak pimpinan pusat agar memantau kegiatan ini sebelum ianya menjadi duri dalam daging dalam UMNO.

Kekadang ada juga pegawai-pegawai kerajaan yang termakan umpan si pengadudomba ini sehinggakan dia lupa pada kedudukan sebagai pegawai kanan kerajaan, disamping menjejaskan peluang masa depannya dalam kenaikan pangkat di masa akan datang."...


Siapakah yang dimaksudkan oleh sdr Roslan mengenai Tok Dalang Wayang Kulit ini? Dan siapakah pegawai kerajaan yang dimaksudkan mendapat restu Tok Dalang itu?

44 ulasan :

Smookiekins said...

Dalam 1 kapal lebih baik bekerjasama. Kalau gaduh2 saja kapal pun boleh karam. Rakyat tengah menilai setiap tingkah laku para pemimpin KB.

Kris Jr said...

Jangan mudah terpengaruh dengan kabar angin. PRU13 pun Najib belum umum ni lagi calon2nya.

Smookiekins said...

Tok dalang ini menjadi pertanyaan. Saya pun mahu tahu juga. harap2 isu ini tidak kritikal sehingga penduduk KB terkeliru.

Kris Jr said...

janganlah main wayang kulit. kadang2 wayang kulit seronok jalan cerita tapi kadang2 menyampah pun ada.

mantra said...

calon pun belum lagi diumumkan, mereka dah mula sebarkan pelbagai khabar angin.

Anonymous said...

terima sajalah hakikat samada dicalonkan atau tidak. bukan cuba mempengaruhi pihak2 atasan untuk memilihnya sebagai calon atau cuba sebarkan dan memburuk2kan pemimpin lain.

Anonymous said...

tunggulah dengan penuh kesabaran. calon2 akan diumumkan juga nanti. yang penting sekarang terus perkukuhkan jentera pilihanraya dan elakkan pertelingkahan sesama ahli komponen.

Jason said...

don't know how true is this.

Jason said...

The leaders in BN should really learn the meaning of teamwork and not backstabbing each other.

Jason said...

Enough fooling around, and start being matured. GE is just around the corner la wey.

Jason said...

Enough fooling around, and start being matured. GE is just around the corner la wey.

Unknown said...

hope the people are mature and capable of making the necessary judgment

Unknown said...

harap adanya kesefahaman dan perpaduan antara pemimpin2 kita

Unknown said...

semoga, tidak ada perbelahan di antara pemimpin2 Sabah dan
semua dapat bersatu-padu untuk membangunkan negeri yang termiskin di M'sia ini bersama-sama

Unknown said...

harap adanya kesefahaman dan perpaduan antara pemimpin kita dapat dijadikan contoh kepada rakyat di negeri ini

Unknown said...

kerana ianya tunggak kejayaan dalam sesebuah pemerintahan

Paquin said...

Kalau semua mahu tunjuk hero, entah apalah kejadiannya tu. huhu

Paquin said...

Dalam dunia politik, penilaian adalah yang paling penting jadi jangan mudah membuat kesimpulan sebelum berfikir sehabis mungkin.

Paquin said...

Bagi saya tak perlulah risau calonnya, pandailah dorang tetapkan. Lebih baik set saja dalam minda untuk undi calon yang terbaik.

Paquin said...

Selebihnya kita tunggu dan lihat sajalah nanti. Buat masa sekarang buatlah apa yang dirasakan patut.

Paquin said...

Semoga hal ini tidak diperbesarkan lagi nanti makin melarat pula. hehe

mike said...

siapa tok dalang yang dimaksudkan? mungkin sdr roslan patut bagi sedikit tips..

mike said...

ibarat sudha menjadi budaya dalam politik untuk mencuri peluang..pihak berkepentingan sudah pasti akan melakukan pelbagai cara untuk melanjutkan talian hayat politiknya.

mike said...

untuk kebaikan dan kepentingan parti, pemimpin dan ahli harus bekerjasama dengan lebih kukuh lebih2 lagi PRU yang semakin dekat..sekiranya kepincangan dalaman ini bocor, sudah pasti imej parti dan pihak terlibat akan rosak dan ini memberi peluang kepada pihak lawan untuk menarik sokongan kepada mereka.

mike said...

pucuk pimpinan parti harus peka dengan perkara ini kerana sudah jelas memang berlaku wayang politik di KB.

zam said...

semua harus sentiasa bersatu dan bekerjasama demi kebaikan semua pihak.

zam said...

semua pemimpin harus sentiasa fokus untuk menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.

Caldina said...

Jangan jadi parasit dalam parti.

Green Sabah said...

This issue should be resolved in the best possible way or it will bring negative impacts to the local KB folks.

http://sabah-go-green.blogspot.com/

Green Sabah said...

Hope that this issue will be cleared up so that the KB folks won't be confused.

Anonymous said...

macam perkara biasa sudah ba ni bila dekat2 pilihanraya.. kalau sudah kena tegur, besok2 senyap la tu..

Anonymous said...

daripada berbalas2 pantun di media, baik jumpa terus..

Unknown said...

Perlukah ada salah faham dalam satu parti? Kalau ada cubalah selesaikan sebaiknya. Jangan biarkan berlarutan masalah ini.

Bujang Senang said...

KB merupakan tempat pemimpin yang berkebolehan dan juga antara tempat yang aktif berpolitik. Sebaiknya carilah cara yang boleh membawa perubahan kepada Kota Belud.

Anonymous said...

Parti komponen harus bekerjasama dan sebulat suara untuk memperjuangkan kemenangan.

Anonymous said...

Pengagihan kuasa dan kerusi harus dikaji dan pastikan calon yang dipilih adalah betul berkeupayaan.

Anonymous said...

Semoga masalah internal dapat diselesaikan dengan baik dan wajar.

Anonymous said...

Yang tidak berkelayakan atau perosak harus disingkirkan.

Anonymous said...

Im sure Najib can make a good choice and selected right candidate to fill the position.

No name said...

Whether or not been chosen, as long as sincere to help the people, Im sure the people know and wil still give support.

No name said...

They need to work across the finger and work in a team.

No name said...

Wakil rakayt yang baik dan berkeupayaan harus diberi peluang untuk menjawat,

No name said...

Masing-masing menilaikannya.

No name said...

The higher authority person will know how to handle the issue. Just wait and see.