Thursday, April 5, 2012



Isu siapa 'bakal' Ketua Menteri Sabah pasca PRU13 kembali mewarnai liku-liku politik di bumi fixed deposit BN ini.Jika sebelum ini terdapat dua personaliti politik yang diramal-ramalkan bakal 'menggantikan' Musa Aman iaitu  Datuk Seri Ahafie Apdal dan Datuk Salleh Tun Said, namun setakat ini yang telah confirm bertanding di peringkat DUN sekaligus akan beraksi di peringkat negeri apabila UMNO dan BN dapat membentuk kerajaan semula slepas PRU 13 ialah Datuk Salleh Tun Said apabila UMNO KB menyenaraikan ketua Bahagian UMNO KB itu bertanding di DUN USUKAN.

Manakala Datuk Seri Shafie Apdal setakat ini, UMNO Bahagian Semporna belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai penyenaraian calon pilihan bahagian itu pada PRU 13, walaupun pada minggu lepas mesyuarat UMNO Semporna telahpun mengadakan mesyuarat membincangkan persiapan pada PRU 13 nanti. Dan dikhabarkan ketua Bahagian UMNO Semporna yakni Datuk Shafie Apdal tidak hadir dalam mesyuarat berkenaan atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan, sebaliknya menghantar wakil yang juga anak kepada mantan TYT Sabah iaitu Haji Razak Tun Sakaran Dandai.

Walaupun begitu mengikut maklumat dalaman yang diperolehi daripada adik Datuk Shafie Apdal , menyatakan bahawa Naib Presiden UMNO itu ada kemungkinan besar bertanding di peringkat DUN iaitu sama ada DUN SENALLANG yang kini diwakili oleh Nasir Tun Sakaran, atau di DUN BUGAYA yang kini diwakili oleh Datuk Ramlie Marhaban. Namun spekulasi politik di bumi Tongtalun itu 'membenarkan' Datuk Nasir akan memberikan laluan kepada Datuk Shafie bertanding di DUN SERNALLANG untuk membolehkan 'eyes boy' Najib itu beraksi di peringkat negeri nanti. 

Datuk Shafie Apdal yang sebelum ini disifatkan oleh Najib sebagai antara 'menteri' yang paling rajin ketika dilaporkan oleh BERNAMA dipetik sebagai berkata bahawa soal calon dan jawatan hanya parti yang menentukan semuanya. Apakah ini petanda bahawa Datuk Shafie Apdal akan menjadi "ketua Menteri" Sabah selepas PRU 13?


Laporan BERNAMA:

NAIB Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata soal siapa yang akan menjadi Ketua Menteri Sabah selepas Pilihan Raya Umum ke-13 hanya akan ditentukan pucuk pimpinan parti.

Mohd Shafie berkata desas-desus di Negeri di Bawah Bayu bahawa beliau akan dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah bagi mengantikan Datuk Seri Musa Aman hanya satu dakwaan di kalangan pihak tertentu.

"Saya hanya bekerja untuk memberi khidmat kepada rakyat dan terus memperkukuhkan parti. Soal jawatan, bertanding atau tidak bertanding, ia terserah kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan siapa yang layak," katanya kepada pemberita selepas Majlis Graduasi Pertama Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya Sesi 2011 di sini Khamis.

Katanya kesemua pihak perlu bekerja keras untuk memastikan Barisan Nasional menang besar pada pilihan raya umum kelak.

Mengenai laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang diluluskan Dewan Rakyat pada Selasa lepas, Mohd Shafie berkata beliau yakin cadangan itu mampu menambah baik sistem sedia ada. (Bernama)

34 ulasan :

Antanum said...

Sesiapa pun boleh menjadi calon asalkan mempunyai kriteria yang dapat menandingi Datuk Musa. Namun semuanya hanya akan berubah sekiranya rakyat sudah tidak lagi inginkan Datuk Musa sebagai ketua Menteri Sabah.

Antanum said...

Semoga persaingan ini adalah persaingan yang sihat dan bukannya terdapat penyelewengan dalam undian. Biarkan rakyat yang menentukan 100% keputusan itu nanti.

Anonymous said...

Sebelum ini banyak khabar angin yang menyatakan bahawa hubungan Musa Aman dengan Shafie Apdal tidak begitu baik. Mungkin perkara ini sengaja untuk menwujudkan ketengangan dan memanaskan semula isu pada waktu PRU semakin hampir.

Anonymous said...

Bagi saya, Musa Aman masih relevan sebagai KM Sabah dan tiada alasan untuk menghentikan khidmatnya pada ketika ini. Beliau masih berhak untuk melanjutkan lagi penggalnya sebagai KM dan saya pasti pembangunan Sabah akan semakin berkembang lagi selepas ini.

skinnerezel said...

Only God knows who will be the CM of Sabah. Do you think Shafie could perform better than Musa who has set a high standard/record ?

Antanum said...

Walau apapun, Datuk Musa telah melakukan banyak perkara dalam membawa pembanggunan. Banyak jasa yagn telah beliau taburkan terutama sekali dalam berjuang untuk mendapatkan pelbagai peruntukan. Jika dibandingkan keadaan sama semasa beliau mula2 menjadi CM dan keadaan sekarang, pasti kita tidak dapat menafikan perubahan yang berlaku disekeliling kita.

Anonymous said...

belum tentu lagi siapa aka menggantikan Musa, tapi rasanya Musa akan terus menjadi KM Sabah.

Anonymous said...

Musa byk memberi sumbangan terhadap Sabah, kerana kepimpinan Musa Aman sabah dpt keluar dari senarai negeri termiskin.

Anonymous said...

kini byk projek2 pembangunan dijalankan seperti projek Samur, SOGT dan SDC.

Anonymous said...

moga Musa akan terus memimpin sabah.

samm said...

macam-macam spekulasi yang didengari, tapi itu tidak perlulah dipercayai sangat, lebih baik semua fokus pada tanggungjawab kepada rakyat.

samm said...

yang penting sekarang ini, setiap pemimpin harus berusaha untuk menunaikan tanggungjwab dengan sebaiknya.

thinaj said...
This comment has been removed by the author.
thinaj said...

For now, there is no point knowing who will be the next CM of Sabah because election has not come yet.

thinaj said...

MA has shown an impressive record for this past few years. Under his leadership, sabah manage to undergo various development.MA has set the bar high.

Mohd Ishak said...

Sebelum ini, Shafie Apdal menunjukkan bahawa beliau menyokong kepimpinan Datuk Musa Aman. Dan Shafie juga menyatakan bahawa beliau akan menyerahkan pelantikan KM Sabah kepada pucuk pemimpin parti. Tidak perlulah kita membuat spekulasi pasal ini.

Mohd Ishak said...

Janganlah kita berbatu api untuk menjejaskan hubungan antara Musa dengan Shafie. Kita pun berharap mereka akan berdamai untuk kebaikan rakyat.

TuhauBam said...

Datuk Musa Aman has emphasised the importance for all Umno and BN members to give total support to any candidate picked by the top leadership for the coming 13th General Election.

Hosie Masie said...

Bakal atau tidak semua itu terpulang kepada Datuk Najib sendiri. Tapi jika dilihat Datuk Musa Aman masih KM yang terbaik untuk Sabah.

Hosie Masie said...

Selgai seseorang itu mampu memberikan yang terbaik kepada penduduk Sabah rasanya orang tersebut perlulah dipertahankan untuk meneruskan usahanya.

Hosie Masie said...

Penduduk Sabah juga memainkan peranan mereka untuk menentukan siapakah Pemimpin yang layak memegang jawatan KM Sabah.

evan medhousky said...

Datuk Shafie juga ada buat kenyataan baru2 ini yang beliau menyokong kepimpinan Musa Aman dan mengakui sumbangan beliau dalam membangunkan negeri Sabah..

evan medhousky said...

saya yakin, ketua menteri Sabah selepas PRU13 tidak akan berubah.. bukan sahaja diperingkat rakyat, malah peringkat pemimpin dan ahli2 BN juga menyokong penuh Musa Aman sebagai KM Sabah..

Anonymous said...

Kekalkan saja Musa Aman bah. Tidak dapat bayangkan jika Shafie Afdal yang jadi KM. Apa macam keadaan Semporna?

Anonymous said...

KM Sabah kena dari parti UMNO sajakah? Parti komponen lain tiada harapanlah jadi KM? Jika Musa Aman diganti sekalipun, make sure the newly CM can do better than him.

DorianG said...

Sabah Umno will leave it to the discretion of party leadership to decide on the candidates for the 13th general election, said Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.

DorianG said...

Names has been submitted; it will be up to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak who is Barisan Nasional chairman to decide .

DorianG said...

Meanwhile, Musa called on all agencies in the state to discard any tendency to procrastinate so as not to jeopardise the state’s excellent financial management as highlighted in the 2010 Auditor-General’s Report.

DorianG said...

He said procrastination would push up costs, cause wastage and result in the people or target group not getting any benefit.

DorianG said...

The state government’s excellent achievement in numerous aspects should bring about positive impact, not only to showcase the state’s administrative competence but also bring immense benefit to the people.

DorianG said...

Musa also called on state departments and agencies to strive to maintain the state’s achievements.

DorianG said...

He said despite the favourable audit report, several agencies, particularly those issued with reprimands, need to overcome their weaknesses.

DorianG said...

Applications for government services should be processed at once, he said, adding that the RM4 billion state budget this year was a reflection of the state government’s ability to manage its finance.

awang said...

Datuk seri Salleh said perlu diberi peluang kedua kerna dahulu dia tidak sempat meneraju sabah bagi satu tempoh yg standard.