Tuesday, March 6, 2012



Tanda tanya ramai akhirnya terjawab, apabila pengendali portal Rontogdaily.com yang sebelum ini begitu 'rakus' dengan cerita-cerita panas politik dalam posting barunya memohon maaf kerana sudah lama tidak memaparkan isu baru lantaran sibuk dengan tugas menrbitkan buku penulis politik sdr Musli Oli yang dijangka dalam waktu terdekat akan menemui pembaca.

Buku terbaru sdr Musli Oli itu yang berjudul "KENAPA SAYA TINGGALKAN UMNO" tentunya memuatkan perjalanan penuh liku seorang penulis politik yang juga pengamal media dalam kasus politik di Sabah dan tentunya akan menyentuh serba sedikit pergolakan politik di daerah penulis iaitu daerah Kota belud.

Sebelum ini dalam blog sekali ketuk, milik Musli Oli telah ada artikel awal yang menyentuh tentang keputusan beliau meninggalkan UMNO yang disertainya pada tahun 1994, walaupun sebelum itu kata beliau pernah memegang jawatan ketua pemuda USNO cawangan Kg. Petagas. Sambil memaklumkan bahawa penyertaannya dalam UMNO adalah ekoran pelawaan Datuk Salleh Tun Said yang ketika itu Ketua UMNO Kota Belud dan Menteri Kewangan serta Timbalan Ketua menteri Sabah sekembalinya dari luar negara.

Keyakinan Sdr Musli Oli kepada parti UMNO dalam membela hak-hak bumiputera Sabah  ketika itu sangat kuat walaupun beliau mendakwa abangnya Jamlide Oli pada ketika itu adalah Ketua Bahagian PBS dan dijangka akan diturunkan menentang datuk Salleh sama ada di parlimen Kota Belud atau DUN Usukan.Namun setelah beberapa tahun berlalu, keyakinan Musli Oli itu mula goyah terutama apabila beberapa isu seperti Borneosasi, isu Royalti minyak, isu PATI dan 20 perkara tidak mendapat perhatian serius dari UMNO dan kerajaan Pusat. Dan keyakinan Musli Oli itu menemui penamatnya apabila pada 3. Dis. 2011, ketika Datuk Najib dan seluruh ahli UMNO berkampung di PWTC mendengar amanat Presiden UMNO pada Majlis Perhimpunan Agung UMNO, penulis nasional dan juga penggiat NGO di Sabah itu membuat kejutan apabila mengumumkan hasratnya keluar dari parti UMNO dan menyertai PKR di hadapan kira-kira lebih 500 orang di Kota Belud dalam satu ceramah umum yang dihadiri oleh ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dan sebagai rekod , kelapamawar turut berada di situ mendengar sendiri penngumuman dari Musli Oli.

Dari kulit hadapan buku ini sudah terpampang " ada 100 sebab kenapa saya menyertai UMNO dan ada 1001 sebab mengapa saya meninggalkannya".

10 ulasan :

POP said...

Ada orang yang menyokong penjualan buku ini?

POP said...

Janganlah nanti semua menjadi kelam kabut.

thinaj said...

I think many would be interested to read why Musli Oli left UMNO.

Anonymous said...

kita tgk adakah buku tersebut akan mendapat sambutan.

Anonymous said...

jika Musli nak tinggalkan UMNO, terpulang pada dia.

getah lastik said...

kenapa saya tinggalkan umno sebab saya tidak kena pakai lagi dlm umno dan umno tidak bagi saya duit lagi.sekian

Sanih Alias said...

Kerana sudah pasti Mosli mahukan pendirian dia sendiri dan sebab itu tinggalkan UMNO.

Sanih Alias said...

Mosli keluar pun tidak akan menggugat kedudukan BN Sabah. Lebih baik keluar daripada merosakkan pentadbiran Kerajaan.

Anonymous said...

Hak beliau untuk keluar masuk parti dan untuk menyatakan sebabnya. Ada yang kisah, ada yang tidak.

Anonymous said...

Jeffrey juga sepatutnya membukukan 100 sebab kenapa beliau menyertai PKR dan 1001 sebab kenapa beliau meninggalkan parti itu..