Monday, January 30, 2012



Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI


AHLI PARLIMEN Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan berkata rancangan kerajaan Barisan Nasional untuk menjadikan daerah Kota Belud sebagai pusat agropolitan, membangunkan jelapang padi, memajukan industri pelancongan dan menjadikan daerah itu sebagai pusat sumber minyak dan gas terbaru di negeri ini bukan sahaja mampu mengangkat daerah itu setanding dengan daerah lain yang terdahulu telah maju.

Malah jelas Abdul Rahman, limpahan perancangan pembangunan kerajaan Barisan Nasional itu secara langsung juga berupaya meningkatkan taraf ekonomi pelbagai suku bangsa penduduk yang tinggal di daerah Kota Belud.

Menurutnya, daerah Kota Belud dan penduduk di daerah tersebut akan mengalami perubahan dari segi peningkatan taraf ekonomi bilamana rancangan kerajaan yang bertujuan mensejahterakan kehidupan rakyat secara keseluruhannya menjadi kenyataan sepenuhnya.

“Dengan wujudnya nanti, agropolitan, jelapang padi, terbinanya beberapa buah hotel bertaraf lima bintang yang mampu menarik pelancong dari dalam dan luar negara melancong ke daerah ini, dan juga terlaksananya pusat sumber minyak dan gas terbaru di negeri ini saya yakin sudah pasti dapat membawa penduduk dan daerah ini keluar dari belenggu kemiskinan.”

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pesta Ang Pau sempena sambutan Tahun Baru Cina yang telah di adakan di Dewan OKK Datuk Annuar, dekat sini, baru-baru ini.

Pada majlis yang sama, Abdul Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah berkata salah satu perkara yang amat dikagumi dengan masyarakat kaum Tionghua di daerah Kota Belud ialah kemampuan kaum ini untuk bersama-sama dengan masyarakat pelbagai kaum yang lain di daerah ini.

Menurutnya masyarakat Tionghua di daerah ini mampu bergaul, bercakap dalam pelbagai bahasa yang ada di daerah ini, berinteraksi tanpa segan silu, tanpa ada perasaan syak wasangka diantara satu dengan yang lain.

Katanya, di tempat-tempat lain di negara ini, semangat 1 Malaysia yang ditunjukkan oleh masyarakat kaum Tionghua di dearah Kota Belud tidak begitu wujud di tempat-tempat yang lain.

“Saya berada di Kuala Lumpur lebih 22 tahun dan telah tinggal di merata tempat di bandar-bandar besar di negara ini, saya kira hari ini kita berbangga kerana masyarakat Tionghua di daerah ini boleh berbangga dan berdiri tinggi seterusnya menjadikan satu contoh yang terbaik dalam negara kita dalam erti kata ikatan perpaduan di antara masyarakat di daerah ini.” katanya lagi.

Abdul Rahman berkata tanpa pengorbanan dan jasa masyarakat kaum Tionghua, tanpa ada perasaan kasih sayang antara satu dengan yang lain, tanpa ada keinginan untuk menjadi keluarga yang lebih besar dengan bumiputera Islam dan bumiputera bukan Islam di negara ini, masyarakat Tionghua dan Kota Belud ini tidak akan mampu untuk bergerak ke hadapan.

“Inilah kelebihan kita, perpaduan yang harus kita pupuk dalam diri kita, dan saya selaku Ahli Parlimen Kota Belud sejak dari dahulu telah mengistiharkan bahawa saya adalah Ahli Parlimen bukan sahaja untuk orang bajau, orang dusun, orang ubian, orang iranun tetapi juga untuk masyarakat kaum Tionghua yang akan kita pertahankan,” tambahnya lagi.

Sabahkini.

Sunday, January 29, 2012



Beberapa kali Majlis Daerah kota Belud, dicemuh, dipertikai dan dibantah ekoran tindakan Pihak Berkuasa Tempatan itu yang tidak mempedulikan keluhan dan harapan rakyat terutama dalam menjalankan tugas dengan telus dan jujur tetapi ia tidak pernah diambil kira,bahkan Majlis Daerah Kota Belud yang dikuasai oleh pemimpin politik tertentu di daerah ini makin lembab dan pegawai-pegawainya 'tidur' terhadap masalah yang menimpa daerah koboi itu.

Selain daripada masalah lembu yang masih bekeliaran di Pekan itu, masalah tempat parking yang kurang,juga masalah pembuangan sampah yang tidak teratur ,Majlis daerah juga menutup mata terhadap penguatkuasaan undang-undang kecil mengenai penjualan barang dagangan di luar premis perniagaan. Tinjauan yang dibuat mendapati beberapa kedai runcit dan barangan elektirk seperti kedai Gui Brothers dan Yick Ming masih berbuat demikian.

keindahan Masjid Pekan Kota Belud, Sabah yang terletak di atas bukit sedikit tercelar akibat kewujudan pelbagai iklan yang terpancak di kaki bukit itu.Pemasangan iklan yang tidak teratur dan bertindih-tindih menggambarkan pihak berkuasa tempatan daerah itu tidak peka terhadap peraturan pemasangan iklan.
Sama ada iklan-iklan itu berbayar atau gratis ianya perlu dibina dengan betul dan teratur supaya tidak menghalangi di antara satu dengan yang lain.

Iklan yang beraneka saiz dan warna boleh memainkan peranan menjana keindahan bukan sahaja kepada masjid itu tetapi juga keseluruhan Pekan Kota Belud untuk mengamit pelancong dari dalam dan luar negara. Oleh itu, pihak berkuasa tempatan di daerah berkenaan masih belum terlambat untuk membetulkan kelemahan tersebut.

Sama ada "INI KALI  LAH" atau " KALI INI LAH" asal Jangan ' LAIN KALI LAH' ,begitu antara ucapan wakil USNO Kalabakan ,Abd. Rahman Yahya dalam ucapan alu-aluan pada majlis rapat umum USNO-STAR di Semporna semalam. Slogan ini yang menjadi tagline pembangkang di Sabah dijangka akan 'menghantui' penduduk pantai timur apabila kira-kira 1000 orang rakyat yang terdiri daripada suku bajau-Suluk dari Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna 'membanjiri' Dewan Sulabayan,Floating Semporna. Majlis yang turut dihadiri oleh Dr Jefry dan Presiden Penaja USNO,datu Badaruddin Tun Mustapha nyata menggamit dan memukau para hadirin yang hadir pada petang itu.

Dalam ucpan Datu Badaruddin Tun Mustapha itu memberi jaminan bahawa sama ada USNO di daftarkan atau tidak ,perjuangan 'membela' dan 'mengembalikan' hak-hak Sabah yang diragut oleh UMNO dan BN akan terus diperjuangkan. Datu Badaruddin juga meminta supaya semua penyokong USNO yang masih setia kepada parti itu agar menyokong dan mengundi semua calon dari parti STAR yang diketuai oleh Dr.Jefry Kitingan pada PRU 13 yang akan datang, sekiranya USNO tidak didaftarkan oleh ROS. Sambil meningatkan rakyat yang hadir bahawa Ayahanda Allahyarham Tun Mustapha sendiri mula sedar dengan penipuan UMNO di saat akhir hayatnya, dan beliau bertekad akan meneruskan perjuangan USNO itu. Sebelum itu dalam pembukaan ucapanya, Datu Badaruddin meminta hadirin berdiri dan memberikan tepukan paling gemuruh kepada Dr Jefry yang disifatkannya sebagai "Pejuang Tulen" pemimpin Sabah selepas kematian ayahandanya tun Mustapha.

Kehadiran yang tidak dijangka dalam majlis itu memperlihatkan sokongan rakyat Sabah mula kenampakan ke atas parti pembangkang tempatan itu. Dari wajah-wajah rakyat yang datang itu kelihatan harapan mereka untuk melihat perubahan berlaku pada kepimpinan negeri pada PRU 13 yang akan datang. Laungan 'Hidup USNO" dan " Ini Kali lah" kedengaran hingga di luar dewan yang penuh sesak dengan orang ramai itu.

Namun dari pemerhatian krew kelapa Mawar yang berada di lokasi berkenaan , rata-rata yang hadir adalah generasi kedua yang masih menghayati perjuangan USNO, golongan muda hanya mewakili kira-kira 20 orang, itupun tidak mendominasi perhimpunan kali ini. Jika dibandingkan dengan rapat umum parti PKR yang pernah di hadiri oleh DSAI, nyata sokongan golongan muda jauh lebih mantap daripada parti USNO-STAR ini. Mungkin kerana parti ini masih baru dan belum boleh menyuntik semangat juang golongan atas pagar untuk memihak kepada parti pembangkang tempatan yang disifatkan oleh pemerhati politik sebagai "parti setahun jagung" meskipun pemimpinnya sudah lama berkecimpung dalam politik tanahair.Apa apa pun Selamat Berjuang untuk USNO-STAR. Ini Kali lah!.








Saturday, January 28, 2012


Presiden KGKS

Kesatuan Guru Kerajaan Sabah (KGKS) telah sebulat suara membantah perlaksanaan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang cuba ditawarkan oleh kerajaan kepada lebih 1 juta kakitangan awam di negara ini. Kesatuan Guru Kerajaan Sabah yang menungi hampir 43,000 ahlinya menolak skim itu yang disifatkan sebagai tidak adil dan mengelirukan: Kenyataan KGKS adalah seperti berikut:

TENOM: Kesatuan Guru Kerajaan Sabah (KGKS) yang diwakili oleh seramai 43,000 ahli, pada Khamis membuat satu kejutan apabila sebulat suara membantah perlaksanaan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Melalui SBPA sebanyak 11 skim perkhidmatan baru digubal dan 78 skim perkhidmatan yang dijumudkan.


Bidang keguruan diantara yang terlibat dalam perubahan baru tersebut.SBPA diwujudkan bagi menggantikan SSM atau Sistem Saraan Malaysia berteraskan merit, yang digarap untuk memberi perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan, serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan serta penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan peristasi kerja.Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan skim itu pada bajet 2012 yang lalu.


Bagaimanapun KGKS menyifatkan skim baru itu menjana kepada kerosakan lanskap kerjaya warga pendidik khususnya di Negeri Sabah, dan mereka yang bertugas di kawasan pedalaman negeri itu.Presidennya Hussin bin Basir memberitahu, bantahan kesatuan itu bersifat positif dan bukan provokasi terhadap kerajaan.Hussin yang berada di Tenom untuk menghadiri perjumpaan dengan Ahli Majlis Tertinggi KGKS Cawangan Tenom berkata, kesatuan telah memperjuangkan nasib guru-guru yang berkhidmat di Sabah sejak lebih daripada 30 tahun yang lalu, dan mahu kerajaan supaya memandang serius mengenainya.Kesatuan menyeneraikan beberapa tuntutan yang antaranya meminta, supaya elaun wilayah dikekalkan pada tahap semasa tanpa sebarang kenaikan, yang sepatutnya berlaku mengikut peratusan kenaikan jumlah gaji pokok.


Gesaan itu dibuat memandangkan ada cadangan untuk pemansuhan elaun tersebut.KGKS turut meminta supaya elaun pedalaman yang bernilai RM1500 bagi P3, RM1000 bagi P2 dan RM500 bagi P1, yang sedang dinikmati oleh guru-guru yang bertugas di 350 buah sekolah di kawasan pedalaman Sabah dikekalkan.Kesatuan itu turut mempertahankan permohonan 400 buah sekolah di kawasan pedalaman lagi, yang sedang menunggu kelulusan bagi elaun seumpama diteruskan.
Katanya, jika elaun-elaun tersebut dimansuhkan sudah pasti akan merencatkan system pendidikan kerana akan menjana konflik lokasi diantara Bandar, luar Bandar dan pedalaman Sabah.


“Elaun-elaun seumpama itu umpama hadiah kepada warga pendidik yang sanggup bertugas di pelusuk pedalaman, dan jika ia dimansuhkan akan menimbulkan jurang dan prepsepsi yang tidak sihat dikalangan guru-guru di negeri ini,” katanya.Hussin meminta Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang merupakan Menteri Pelajaran Malaysia supaya memandang serius mengenai tuntutan kesatuan itu.


Kesatuan itu turut meminta kerajaan supaya menyeragamkan pemberian Elaun Perumahan Wilayah (EPW), diantara guru-guru Semananjung dan Sabah.Katanya, ketika ini guru-guru dari Semenanjung yang bertugas di Sabah menikmati EPW sebanyak RM830 bagi guru berijazah dan RM720 bagi guru lulusan diploma, sementara mereka yang dari Sabah dan bertugas di Semenanjung hanya menerima RM600 dan RM250.


“Justifikasinya kedua-dua memiliki ijazah dan diploma, dan kesatuan melihat sesuatu yang tidak seimbang sedang berlaku,” katanya, dan menambah;

“Kadar keluasan negeri Sabah menyamai 5 buah negeri di Semenanjung.”.
Dengan memberi contoh keperluan bagi seorang guru yang berasal dari Daerah Tenom dan bertugas di Tawau, dengan seorang guru yang berasal dari Semenanjung yang bertugas di Sabah adalah sama.

“Mereka memerlukan nilai kos yang tinggi dan sama untuk pelbagai keperluan diri,” tekannya, dan mempersoalkan kenapa jurang seperti itu diwujudkan.
“Adakah persoalan istimewa dan tidak istimewa berlaku di sini,” soalnya.
Hussin memberitahu, tidak ada beza yang boleh menimbulkan jurang diantara guru Semenanjung dengan Sabah.

Jesteru beliau meminta kerajaan supaya memandang serius mengenai tuntutan KGKS, sesuai dengan slogan 1 Malaysia – ‘Rakyat Didahulukan, pencapaian diutamakan’.
“Kita tidak mahu lebih daripada itu,” katanya


Baru sebentar tadi dalam wall fcb Datuk Halik Zaman menyatakan bahawa daripada maklumat rahsia berkenaan dengan Mesyuarat MT UMNO semalam telah membuat ketetapan menggugurkan beberapa pemimpin veteran UMNO Sabah daripada senarai calon pada PRU 13 akan datang. Sambil mengingatkan pengunjung fcb beliau bahawa Sabah bukan lagi fixed deposit BN dalam ruangan perbahasan kemudiannya itu, Datuk Halik Zaman juga turut menyatakan bahawa perpecahan UMNO Sabah semakin hari semakin parah.

Berdasarkan maklumat dalaman yang diterima oleh Halik Zaman beberapa nama besar dalam politik Sabah 'akan' digugurkan antaranya ialah Datuk Ghafur Salleh MP Kalabakan yang sebelum ini turut diwar-warkan akan membuat kejutan dalam percaturan politiknya menjelang PRU 13.Nama lain yang turut disebut oleh Datuk Halik Zaman ialah Datyuk Bung Mokhtar Radion ,MP Kinabatangan yang juga sebelum ini pada mission 16 September oleh PKR disebut adalah antara MP Sabah yang akan meninggalkan UMNO dan menyertai PKR. Namun sehingga kini MP Sabah yang lantang di Parlimen itu ,masih menafikan khabar angin berkenaan. Namun populariti Bung Mokhtar dikatakan tercalar apabila mahkamah menjatuhkan hukuman denda atau penjara ekoran tindakannya mengahwini artis Zeete dengan tidak memperolehi kebenaran mahkamah untuk berpoligami.

Selain itu Datuk Hajiji yang dikaitkan sebelum ini sebagai orang Datuk Shafie Apdal juga dikatakan digugurkan. termasuk MP Parlimen Tenom Datuk Raimey Unggi.

  1. Jentera kerajaaan yang ada tak sempat buat persediaan disebabkan cuti berpanjangan dari cuti sekolah sehingga cuti tahun baru cina. Sebahagian besar daripada jentara pilihanraya kerajaan terdiri daripada para pegawai kerajaan yang masih dalam mood bercuti.
  2. Masalah dalam UMNO masih berserabut. Najib umumkan mahu 'calon winnable'. Maknanya ramai golongan veteran termasuk Pak Lah terpaksa lepaskan kerusi merekakepada yang lebih muda dan lebih digemari oleh penyokong. Kononnya nak buat transformasi. Tapi masalahnya majoriti kumpulan veteren ni tidak mahu lepaskan kerusi mereka. Masalah ini tidak dapat di selesaikan dalam masa terdekat.
  3. Sebahagian daripada pemegang jawatan Menteri Besar juga mahu disingkirkan oleh kumpulan Najib tetapi terdapat banyak halangan yang perlu diselesaikan sebelum PRU-13 yang nampaknya sukar dalam masa terdekat ini.
  4. Isu panas rasuah, kronisme, nepotisme dan lain-lain yang buat Najib atau BN atau lebih tepat lagi Umno masih tak berkesudahan. Contohnya isu Lembu Shahrizat masih berkeliaran makan rumput serta anak pokok orang kampung. Orang UMNO sendiri dah naik lemas dengan skandal macam tu. Selagi isu ni tak selesai kalau Najib bubarkan parlimen alamat dia sengaja cari mampuih. Mana nak sempat bersih semua tu sebelum March. Najib perlu tunggu sehingga isu ini reda untuk mendapatkan momentum yang baik.
  5. Sabah dan Sarawak yang jadi simpanan tetap kemenangan BN banyak hadapi masalah. Umno tak dapat selesaikan semua masalah tersebut sebelum March ni. Kalau mereka tak ambil perhatian dengan Sabah dan Sarawak, alamat Putrajaya bakal dikuasai oleh PR.
  6. Pakatan Rakyat semakin lama semakin kuat dan berada dalam keadaan yang paling kuat sepanjang sejarah Pakatan Rakyat. Ramai kumpulan bermasalah telah dibuang atau lari keluar parti. Yang terakhir adalah Hasan Ali baru-baru ini. Tak ada lagi yang boleh menghalang PR untuk maju ke depan sekarang ini, ini menakutkan BN.
  7. Datuk Seri Najib perlu menunggu ratingnya naik lebih baik sedikit sebagaimana mula dia mengambil kuasa iaitu 72%. Ratingnya yang agak buruk sekarang ada kemungkinan akan naik semula dengan beberapa perubahan dan janji manis yang telah dilakukannya dan ia akan hanya naik selepas suku kedua tahun ini bukan dalam masa terdekat.
  8. Penyenaraian Felda pada April 2012 ini dijangkan dapat memberikan faedah kepada lebih 10,000 para peneroka Felda yang merupakan harapan kuat Datuk Seri Najib. Kesannya hanya akan ada selepas April jadi tak mungkin PRU13 akan di adakan sebelum itu.
  9. Beberapa perubahan pembaikan yang dijanjikan Najib seperti pembaikan sistem pilihanraya serta akta keselamatan masih dalam proses untuk dilaksanakan. AUKU juga masih dalam proses perbincangan. Ini perlu dikemaskinikan dulu bagi menaikkan rating kerajaan yang ada sekarang dan tidak mungkin semua ini mampu dilaksanakan sebelum Mac 2012.
  10. Kerajaan yang ada sekarang sudah tentu mahukan Parlimen serta dewan uindangan negeri dibubarkan serentak di seluruh negara. Dengan melewatkan PRU-13 boleh membuatkan semua negeri yang dikuasai PR akan menurut sama. Jika diadakan pada Mac ini berkemungkinan negeri PR tidak akan turut serta bubarkan DUN.
  11. Banyak projek yang mempunyai impak tinggi pada rakyat seperti MRT dan lain-lain hanya akan berjalan selepas suku kedua tahun ini. Kerajaan BN perlu tunggu semua ini berjalan lancar untuk menaikkan ratig mereka di mata rakyat.

Friday, January 27, 2012


Walaupun sudah ada desas-desus kononnya Pendaftar Pertubuhan (ROS) ada 'memperkenankan' 12 buah parti di Sabah dan salah satu daripadanya ialah USNO yang cuba dihidupkan kembali oleh anak kepada Allahyarham Tun Mustapha, namun belum ada kepastiannya tentang kelulusan ROS itu.Dan sebagai gerakan awal USNO X bergabung dengan STAR dalam UBA sebagai gerakan politik tempatan bertujuan untuk menumbangkan kerajaan UMNO/BN  di Sabah. Tujuan kedua-dua parti ini sama dengan tujuan PR yang juga ingin menumbangkan UMNO dan BN di bumi Sabah untuk melayakkan mereka menerajui Putrajaya. Kesamaan matlamat itulah menyebabkan beberapa pemimpin utama STAR dan UBA ini dilihat menghadiri majlis rapat umum parti PKR yang dihadiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kota Kinabalu beberapa hari lepas.

Walaupun perjuangan USNO dilihat tidak punya kekuatan pengaruh lagi di Sabah kerana ramai ahlinya bertindak menyertai UMNO setelah Allahyarham Tun Mustapha 'membenarkannya' sebagai simbolik 'beralih' kapal dari kapal kecil kepada kapal besar,namun di hujung-hujung hayat politik "bapa Kemerdekaan' Sabah ini menyaksikan beliau 'keluar' dari UMNO setelah menyedari bahawa "kematian' USNO dan "kelahiran" UMNO tidak akan menyelesaikan kemelut politik bumiputera Islam di Sabah.

Kemunculan USNO kali ini dilihat cuba 'mengembalikan' aura Tun Mustapha menyatukan bumiputera Islam di Sabah pada awal-awal pemerintahan USNO. Namun ramai yang mempertikaikannya kerana kata mereka USNO pada perjalanan politiknya telah menempuh beberapa siri penurunan sokongan rakyat sehingga USNO dilihat tidak dapat bertahan lama.Sebelum parti keramat itu dibubarkan pada 21 Februari 1991 dengan linangan airmata yang membasahi setiap ceruk bumi Sabah di mana USNO hidup dalam jiwa rakyat Sabah, parti itu telah pun berusaha menyertai beberapa pilihanraya negeri iaitu pada tahun 1976,1981,1985,1986 dan 1990 tetapi gagal menumbangkan parti BERJAYA dan PBS ketika itu. Sehinggalah UMNO berjaya mengalahkan PBS dengan insiden lompat si katak lompat pada tahun 1994.

Besok bertempat di Semporna satu rapat umum akan diadakan oleh USNO X dan STAR yang dikatakan dihadiri oleh beberapa pemimpin kanan parti itu termasuk Datu Badaruddin Tun Mustapha dan Dr Jefry Kitingan. Malahan sejak hari Jumaat lepas sudah kelihatan beberapa orang sukarelawan parti berkenaan di Pekan Semporna. Dan khabarnya telah pun mengunjungi pulau BUM-BUM dalam satu program menziarahi rakyat di pulau itu yang termasuk dalam DUN SULABAYAN di mana Datuk Herman (UMNO/BN) adalah wakil rakyat dikawasan itu.

Apakah USNO X dan STAR (UBA) akan dapat mencipta sejarah dengan menawan beberapa kawasan pilihanraya di Semporna ini.? Menurut keyakinan pemimpin gabungan parti berkenaan, adalah tidak mustahil menumbangkan BN dan UMNO di Semporna kerana suatu ketika dulu Semporna adalah kubu kuat USNO dan Tun Sakaran Dandai adalah mantan pemimpin parti berkenaan sebelum menyertai UMNO. Jika hanya berpaksi kepada itu, sayugia dikhabarkan bahawa situasi politik telah jauh benar berubah,justeru startegi pun kena berubah,jika tidak semua akan berakhir dengan perjuangan yang sia-sia.



SEMPORNA: Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Dato Sri Haji Nasir Tun (Dr.) Sakaran bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Sulabayan,Datuk Haji Harman Mohamad; Adun Kawasan Bugaya,Datuk Haji Ramlee Marahaban dan Pgawai Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K. Baba telah menyampaikan Bantuan Rakyat 1M (BR1M) kepada 100 orang penerima di Dewan Masyarakat Semporna baru-baru ini.

Dato Sri Nasir yang juga Adun Kawasan Senallang,menjelaskan penerima BR1M yang layak bagi daerah itu seramai 9,801 dan akan menerima bantuan itu secara berperingkat bagi melicinkan penyampaian kepada semua penerima.

Sehubungan itu,Nasir menasihatkan penerima BR1M memanfaatkan bantuan tersebut membelanjakannya untuk keperluan keluarga.

Katanya,kerajaan memang amat prihatin dan meneruskan tradisi membela rakyat dengan pelbagai bantuan termasuk menyalurkan bantuan kepada golongan nelayan,petani dan golongan PPRT/KIRT serta rakyat yang memerlukan bantuan tanpa mengira kaum, fahaman politik mahupun anutan agama.

Nasir juga menasihatkan penerima yang belum menerima bantuan itu supaya bersabar dan tidak mendengar propaganda yang sengaja disebarkan pihak tertentu mengenai bantuan ini kerana bantuan itu sebenarnya adalah bantuan ikhlas daripada kerajaan untuk rakyat dan bukan seperti sangkaan sesetengah pihak yang sengaja cuba menggagalkan usaha kerajaan mengasihi rakyatnya.

Thursday, January 26, 2012




Umno mengguna pelbagai helah untuk mengelak debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu membabitkan rakyat, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan bahawa debat merupakan ‘budaya barat’ yang masih belum diterima di negara ini.

“Ini satu lagu helah politik umno untuk elak debat dan kenyataan ini sungguh dangkal dalam keadaan kita menuju budaya politik baru,” kata Shamsul ketika dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Shamsul turut menempelak kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang memberi alasan kononnya debat Anwar-Najib tidak relevan kerana bukan melibatkan kepentingan umum.

Menurutnya, debat antara kedua pemimpin itu sepatutnya dilihat dalam konteks lebih luas dan bukan atas pertimbangan politik semata-mata.

Sehubungan itu, beliau mendesak agar debat Anwar-Najib disegerakan bagi membolehkan rakyat menentukan siapakah lebih layak mentadbir negara ini pada pilihan raya umum kelak.

Beliau juga mencadangkan sekiranya debat itu diadakan, ia perlu disiar secara langsung bagi memberi peluang rakyat menilai secara adil dan bebas.

“Saya juga ingin menjawab dakwaan pemimpin Umno kononnya debat boleh diadakan di Parlimen.

“Soalnya Parlimen terhad dengan Najib mendapat kelebihan melalui Speaker BN yang menyokongnya selain tidak semua rakyat dapat melihat debat itu,” katanya.

Baru-baru ini, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian menggesa Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang mengadakan debat terbuka berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara.

Menurut Ibrahim, maklumat yang dikumpulkan hasil perbincangan kumpulan berfokus melibatkan profesional-profesional Melayu menunjukkan, mereka berminat untuk melihat debat membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan.


Assalamualaikum wa.wb. Sejak akhir2 ini, saya dihujani dengan panggilan dan tidak kurang juga yang bertandang bertanyakan spekulasi/desas-desus yg kononnya saya disebut-sebut sebagai salah seorg calon PRU 13 di KB. Kononnya cerita ini merebak dari mulut ke mulut, menjadi bahan cerita politik kedai kopi, majlis kahwin, kenduri kendara seterusnya di laman sosial...adoooo malam.

Justeru, sy terpanggil untuk berkongsi dengan rakan2 di ruangan yg agak terbatas ini. Terus terang sy sangat terkejut dgn gossip yg tersebar luas ini pada hal saya tidak pernah bergaul dgn ahli2 politik apatah lagi menghadiri perhimpunan2 berbau politik. Hakikatnya, sebahagian besar masa saya tertumpu kpd pelajar2/mahasiswa/belia....

Yg amat menghairankan bila TSP dituduh sebagai perancang strategi ini kerana kononnya dia gagal menjadikan anaknya sebagai pengganti dan kini adiknya pula. Persoalannya, apakah yang diganti dgn TSP? Kenapa dia diganti? Diakah wakil rakyat di KB?Apakah maknanya 'pengganti' yg digembar-gemburkan oleh mereka yg tidak berpuashati dgn TSP ini sehingga mengambil kesempatan memburuk2kan TSP dan melemparkan pelbagai thomahan. 

Untuk makluman sdr/sdri, sy masih kakitangan kerajaan dan tidak pernah bermimpi untuk bergiat aktif dalam arena politik MESKIPUN sy didodoi dan dibesarkan dalam bidang ini.

Saya akur, sy sedar, sy waras dan sangat memahami betapa beratnya tanggungjawab seorg pemimpin. Bukan mudah untuk menjadi pemimpin masyarakat apa tah lagi memikul amanah rakyat. Bukan mudah untuk memenuhi dan memberi kepuasan kepada rakyat berbilang kaum, agama, budaya dan kepercayaan yang pelbagai ragam dan berbeza2 keinginan. Bukan mudah untuk menggalas dan meleraikan kekusutan/permasalahan yg dihadapi oleh rakyat dan bukan senang untuk mendapat kasih sayang dari rakyat.

Sebagai seorang yang lahir dalam keluarga yg terlibat secara langsung dalam arena politik tanah air, suka duka/pahit manis yang telah dilalui telah disemadikan dalam lipatan sejarah sebagai memori indah. Berat mata memandang, lebih perit bahu memikul.

Walau bagaimanapun, sy tidak menafikan bahawa sy mempunyai jiwa yang besar dalam membantu masy, tetapi bukan bermakna hanya bidang politik sahaja yg membolehkan saya menyampaikan hasrat ini. 


Disebaliknya pula, jika ditakdirkan bahawa saya terpilih untuk berkhidmat kepada rakyat KB, siapa saya HAMBANYA yang mampu menghalang ketentuan ILLAHI. Ibaratkan jodoh, tiada siapa di antara kita yang mengetahui siapa jodoh kita dan bila tarikh dan masa kita menemui jodoh kita.

Begitulah diibaratkan dengan perjalanan politik ini. Untuk itu, kpd sdr/sdri yang teruja untuk menjadi calon dan memasang angan2 sekian lama untuk menjadi calon PRU jangan sesuka hati melemparkan tuduhan liar dan menyebarkan fitnah. PERCAYA dan YAKINlah bahawa perjalanan hidup kita ini ditentukan oleh ALLAH S.W.T bukannya JPS. Sekiranya anda mempunyai jiwa yg besar untuk membantu rakyat kerjalah bersungguh2, taburlah bakti kepada rakyat, bukannya menabur wang di kedai kopi dan memburuk2kan pemimpin2 yg terdahulu. INGATLAH... TIDAK ADA YG BARU, JIKA TIDAK ADA YANG LAMA.

Jika belum masanya kita 'dijodohkan' sebagai calon PRU, pakai BOMOH yang terhandal atau JIN dari 'Bermuda Tringle' sekalipun kita tidak akan menjadi calon. Itu makanya, ada di kalangan rakan2 kita yg kerugian sehingga ratusan ribu gara-gara melobi di sana sini.

Justeru, dikesempatan ini, saya menyeru kpd rakan2 khususnya masy. sy Iranun di KB juga kepada yg tidak berpuas hati dgn TSP atau di kalangan mereka yg ada dendam peribadi dgn TSP... HENTIKANLAH SEMUA FITNAH INI.

PERCAYA DAN YAKINLAH KEPADA QADA' DAN QADAR, RUKUN IMAN YANG KE ENAM. Beriman kepada qada' dan qadar bererti bahwa seseorang itu mestilah yakin dan percaya bahawa segala yg berlaku di alam ini, apa yg berlaku kepada diri kita, sama ada disukai atau tidak, baik atau yang buruk, sengaja atau tidak sengaja, sedar atau lupa, dirancang atau tidak dirancang, sihat atau sakit, berjaya atau gagal, MENJADI CALON PRU KE 13 ATAU TIDAK....itu semuanya adalah qada' dan qadar Allah subahanahu wataala yang telah ditetapkan olehNYA...SIAPAKAH KITA HAMBANYA YG MAMPU MENGHALANG KETENTUAN ILLAHI?

Akhir sekali, sama-samalah kita amalkan konsep "BERLAPANG DADA" agar matlamat kita semua untuk membangunkan masy kita di KB khusunya menjadi kenyataan.

Sumber : Wall Fcb Bahi Mulia.

Ahli parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan menyangkal persepsi sesetengah profesional Melayu yang mahukan diadakan debat antara Nawar dan Najib berkaitan dengan keupayaan dalam menentukan dasar negara termasuk ketangkasan mengurus tadbir ekonomi dengan berkata bahawa Perdebatan bukanlah ukuran sebenar untuk memilih Perdana menteri. Kenyataan Datuk Rahman Dahlan ini dilihat bercanggah dengan tindakannya yang mahu berdebat dengan Lim Kit Siang berkenaan dengan isu pembinaan Empangan Tambatuan di Kota Belud. Debat yang pada asalnya dipersetujui itu, akhirnya terpaksa ditunda ke tarikh yang belum ditentukan ekoran Datuk Rahman yang dikatakan terlalu sibuk dengan urusan hariannya.

Kenyataan Datuk Rahman ini juga menjawab tanggapan pengamal fcb dan Blog di Sabah yang sebelum ini mengikuti perkembangan politik tanah air melalui media alternatif itu, terutama apabila YDP PERKASA SABAH, sdr Musli Oli secara jelas dan berani mencabar Datuk Rahman Dahlan mendebatkan isu-isu mengenai kepentingan Sabah apabila Mp Kota Belud itu dalam beberapa coretan dalam wall fcb rasminya mempertikaikan beberapa kenyataan sdr Musli Oli sejurus selepas penulis politik nasional itu menyertai PKR.

Kenyataan Datuk Rahman Dahlan seperti yang dilaporkan:



SHAH ALAM, 25 JAN : Perdebatan bukanlah cara yang paling ideal untuk mendapatkan informasi apatah lagi dalam dunia serba canggih hari ini, ia hanya boleh didapati di hujung jari kata Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan. 

Malah hakikatnya, melalui pembacaan misalnya ia memberikan ruang kepada seseorang individu itu untuk mendalami dan meneliti segala dasar yang dibawakan oleh pihak kerajaan mahupun apa yang bakal dilaksanakan oleh pembangkang sekiranya diberi ruang mentadbir negara. 

Bahkan apa yang lebih penting menurut Rahman, perdebatan bukanlah jalan pintas untuk mengukur sejauh mana kemampuan seseorang untuk menjadi Perdana Menteri sepertimana yang difikirkan pembangkang. 

" Adakah tanpa debat tersebut, rakyat tidak mampu menilai dasar yang dibawa oleh Perdana Menteri dan juga Anwar Ibrahim? Golongan profesional muda yang mempunyai akses kepada internet boleh membaca surat khabar, majalah, isu ekonomi dan sebagainya dalam pelbagai bahasa, sudah tentu dapat menerima pelbagai maklumat tentang dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional di bawah Perdana Menteri dan juga yang bakal diketengahkan oleh Pakatan Rakyat. 

" Kita lihat contoh di Parlimen, kalau mereka tak dapat apa yang mereka hendak, mereka buat demonstrasi. Dalam Parlimen mereka mengangkat sepanduk, keluar daripada Dewan, selepas itu memekik seperti orang yang tidak ada tamadun. Pada saya, saya masih belum melihat mereka mempunyai kemampuan untuk membuat perdebatan secara ilmiah. Tetapi lebih penting daripada itu, untuk memilih seorang Perdana Menteri bukanlah dengan kepetahan berbahas. Saya tahu Datuk Seri Anwar ingin menunjukkan kepada rakyat Malaysia beliau mempunyai kepetahan untuk berbahas," katanya. 

" Pada saya itu satu percubaan yang tidak bertanggungjawab. Kita tidak boleh memilih seorang Perdana Menteri berasaskan dia pandai berdebat. Kalau mahu jadi juara 
dalam sekolah, boleh lah. Untuk menjadi Perdana Menteri mesti mempunyai kemampuan untuk membawa dasar,"tambahnya memberitahu AntaraPos.com hari ini. 

Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah berkata, sikap dan cara pembangkang yang sering mengaitkan sesuatu perkara dengan hal personaliti juga dibimbangi tidak akan membawa perbincangan ilmiah itu ke mana-mana. 



" Saya melihat perdebatan ini bukanlah cara untuk mendapatkan maklumat. Saya tidak berapa selesa dengan perdebatan cara pembangkang. Ianya tidak membina dalam segala hal. Lihat sahaja perdebatan mereka di dalam Parlimen. Mereka hanya melontarkan tohmahan dan fitnah yang mana dalam perdebatan 40 minit hingga satu jam itu tidak mampu dijalankan dengan baik dan mereka akan cuba mengaitkan dengan pelbagai isu dalam pelbagai perkara sehinggakan kadang kala isu utama tidak dapat diulas dengan baik,"ujar beliau. 

Rahman diminta mengulas pandangan Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian agar Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang mengadakan satu debat terbuka berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara.

Menurut Ibrahim, maklumat yang dikumpulkan institusi itu melibatkan profesional-profesional Melayu menunjukkan, mereka berminat untuk melihat satu debat membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan.


Politik adalah "magic" yang kadang-kadang keputusannya berlaku di luar sedar kita. Kerana 'Magic' itulah pembangkang tidak pernah merasa putus asa untuk merubah landskap politik Kota Belud. Kata apa sajahlah tentang pembangkang , mereka tetap dengan perjuangan kerana mereka percaya "magic' itu pasti datang.

Perkembangan senario politik di Kota Belud lewat sekarang ini menyaksikan pelbagai ragam berlaku. Arus perubahan makin deras. Mungkin sesetengah orang masih percaya bahawa 'kederasan' sungai Tempasuk dan sungai Kedamaian di Kota Belud tidak pernah menenggelamkan pekan ini  sepenuhnya walaupun banjir kerap berlaku. Ada yang masih percaya Kota Belud tetap akan dikuasai oleh BN tetapi mereka lupa bahawa politik adalah magic dan itu boleh berlaku bila-bila masa.

Dua perkara magiuc yang diharapkan oleh pembangkang pada PRU 13 akan datang. Pertama menumbangkan BN/UMNO dimana-mana DUN  di Kota Belud termasuk menguasai Parlimen.Kalau dizinkan pembangkang mahu menghalau terus BN dan UMNO di bumi kota belud ini. Biar mereka yang membela nasib penduduk kota belud ini.

Kedua pembangkang kalau tidak dapat menumbangkan BN dan sekutunya,mereka mahu menurunkan majoriti. Dan yang kedua ini dalam politik dikenali sebagai 'kemenangan' yang tertunda kerana bila berlaku penurunan majoriti yang mendadak kesanya kepada pembangkang boleh dirasai hingga ke PRU seterusnya. Dalam politik "motivasi' itu lebih bernilai dari yang pertama,kerana biasanya yang menang akan alpa kepada yang kalah.

BN dan UMNO sewajarnya mengekang dua perkara yang dimahukan oleh pembangkang itu sekiranya terus mahukan Kota Belud menjadi fixed deposit bagi mereka.tetapi berdasarkan PRU 12, perkara kedua ini telahpun berlaku. Dan adakah perkara pertama yang diharapkan oleh pembangkang itu akan menjadi kenyataan pada pru 13 ini?

Tuesday, January 24, 2012


Kek ekonomi Sabah

Tidak ramai yang mengetahui keadaan ekonomi negeri Sabah, kerana fakta yang disalurkan hanya melibatkan aspek kemampuan kewangan negeri. Sedang perihal hutang negeri kepada persekutuan tidak langsung di war-warkan. Rakyat Sabah hari ini sepatutnya punya kesedaran tinggi dalam pengurusan aset dan kewangan serta ekonomi negeri mereka. Justeru itu satu pendedahan telah dibuat oleh pakar-pakar ekonomi UBF yang menyatakan bahawa hutang negeri Sabah kepada kerajaan Persekutuan sebenarnya telah meningkat kepada RM 82.5 Billion ringgit. sekaligus membayangkan bahawa kemakmuran ekonomi Sabah sebenarnya sengaja diwar-warkan untuk kepentingan politik golongan tertentu.Lihat pendedahan ini yang disiarkan dalam Sabahkini.net




Saudara Pengarang,

MENURUT Pakar-Pakar Ekonomi UBF, jumlah hutang Sabah kepada Malaya atas nama Persekutuan sebanyak RM82.5 bilion. Maksudnya, sekiranya perbelanjaan RM4 bilion untuk Kementerian Kesihatan itu disalurkan ke Sabah atas nama Persekutuan (Malaya), maknanya hutang Sabah kepada Persekutuan (Malaya) bertambah kepada RM86.5 bilion.

Menurut pakar-pakar ekonomi UBF lagi, hasil Sabah setiap tahun sebanyak RM35 bilion. Tetapi, Malaya ambil 95% atas nama Persekutuan. Jadi, purata jumlah hasil Sabah yang Malaya ambil setiap tahun ialah RM33 bilion.

Persoalan kita ialah, dengan lebihan hanya 5% hasil Sabah untuk Sabah; bila hutang Sabah kepada Persekutuan (Malaya) boleh habis bayar? Sekiranya semua hasil Sabah menjadi milik Sabah yang berjumlah RM35 bilion itu, berapa banyak agaknya pusat kesihatan yang boleh dibina? Berapa banyak agaknya sekolah yang boleh dibina? Berapa banyak agaknya universiti yang boleh dibina?

Justeru, apa erti kemerdekaan Sabah dari British jika 95% hasil Sabah dipunggah ke Malaya atas nama Persekutuan? Malahan, apa beza penjajahan British ke atas Sabah dengan pemunggahan 95% hasil Sabah ke Malaya atas nama Persekutuan?; atau hanya bertukar istilah penjajahan British ke atas Sabah kepada penjajahan Malaya dengan bahasa yang lembut Persekutuan?

Salam Hormat,

NASPAZI
Setelah sudah tidak tahan dengan pelbagai karenah politik ketua Pembangkang,Datuk Seri Awar Ibrahim di Sabah, dan setelah mula merasa gusar dengan kehadiran DSAI yang turun padang dengan kerap di negeri bawah bayu ini, akhirnya Datuk Musa Aman mengeluarkan kenyataan kepada pemberita bahawa rakyat jangan terpengaruh dengan janji-janji pembangkang kerana beliau menyifatkan tindakan Anwar ibrahim 'menawarkan' royalti minyak 20% kepada Sabah apabila PR memerintah adalah janji palsu dan tidak boleh ditunaikan.


"Ini kerja pembangkang, mereka menjanjikan apa saja bulan dan bintang kerana mereka tahu mereka tidak memerintah dan mereka bukan kerajaan.

"Semua janji ini adalah janji palsu. Saya percaya rakyat Sabah tahu janji ini adalah janji yang tidak boleh ditepati," katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di Dewan Sekolah Tinggi Kota Kinabalu, Selasa.


Sejak kebelakangan ini, semacam ada satu gelombang kesedaran dikalangan rakyat di negeri ini apabila pemimpin pembangkang di rai setiap kali datang. Ucapan Anwar ibrahim di Dewan Sekolah Tinggi Kota Kinabalu itu,menyaksikan lebih 5000 rakyat Sabah membanjiri perkarangan dewan tersebut mendengar amanat Tahun Baru Cina yang disampaikan oleh Ketua pembangkang itu sebelum pada tengaharinya mengadakan rapat umum di Tuaran.

Kehadiran pembangkang di sabah memberi pilihan kepada rakyat di negeri ini kerana daripada maklumbalas rakyat di peringkat akar umbi, terdapat ketidakpuasan hati rakyat dengan peimpinan negeri sekarang. Banyak kes-kes dan skandal pengambilan tanah milik rakyat yang melingkari seluruh pelususk bumi Sabah ini. Sebut sahajalah dari Pensiangan nya, ke keningau, Tenom, Kota Belud, Kota Marudu, Pitas, Kalabakan, Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu, telah berlaku apa yang disifatkan oleh Anwar Ibrahim sebagai "perompakan" hak rakyat.


Sekurang-kurangnya Pakatan Rakyat berani memberikan pilihan kepada rakyat Sabah seperti pemberian 20% royalti minyak, menyelesaikan masalah PATI, isu penjawatan anak Sabah dalam Jabatan kerajaan, isu pemberian otonomi kepada sabah seperti termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963 dan bila Anwar membuat kenyataan akan menghapuskan Pinjaman PTPTN sebaliknya menukarkan kepada biasiswa, yang membawa makna pinjaman sebelum ini akan tidak dibayar, maka ramai anak-anak muda dan ib ub apa yang terlibat berasa gembira dan yakin, Pakatan Rakyat akan mampu merealisasikannya apabila di berikan mandat memerintah Putrajaya nanti.

Walaupun negeri di bawah Musa Aman mendakwa aset negara diurus dengan baik dan kewangan negeri berada pada tahap memuaskan dengan belanjawan negeri melebihi 4 billion namun, di peringkat akar umbi, kemewahan ekonomi itu langsung tidak dirasai oleh rakyat yang berpendapatan rendah kerana harga barang terus melonjak dan kadar pengangguran terus meningkat. Usaha berterusan oleh kerajaan hanya berlaku di peringkat kelas atas ekonomi sahaja sedangkan rakyat bawahan masih tersepit dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Apakah yang berlaku kepada rakyat Sabah jika, pembangkang benar-benar menunaikan janji tersebut?ini tentunya akan memberikan pilihan baru buat rakyat setelah sekian lama rakyat dimomokkan dengan janji Pemimpin BN yang semuanya belum tentu tertunai.Bahkan senario politik di Sabah lewat kebelakangan ini memungkinkan Musa Aman sukar mempertahankan Sabah dari serangan Pakatan Rakyat pada PRU 13 akan datang.

Ketika Musli Oli mengumumkan hasratnya meninggalkan UMNO dan menyertai PKR semasa ceramah UMUM ketua pembangkang Datuk seri Anwar Ibrahim di Kota Belud, kelapa Mawar ada bersama ketika itu. Saya tahu dan saya dengar serta saya lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana dalam ucapan singkat Musli Oli mengandungi kehampaan yang mendalam kepada UMNO, kerana seperti yang beliau dakwa parti UMNO sebenarnya gagal membela bumiputera Sabah. Dengan nada yang 'rata' namun bergetar sekali sekala dalam suasana hujan lebat ketika itu, Musli Oli tidak punya matlamat besar dalam perjuangan politiknya untuk menjadi calon kerana pada penilaian saya Musli Oli lebih suka dilabel sebagai "pejuang' hak-hak Sabah. Dan dari pengamatan saya juga, perjuangan Musli Oli ini menyerupai perjuangan Dr Jeffry ,hanyasanya bedanya kerana Dr Jeffry punya nama besar dalam arena politik nasional sementara Musli Oli hanyalah penulis, pengkritik dan penganalisis politik tanah air.

Saya tidak pasti sama ada, kehadiran Musli Oli dalam PKR adalah atas nasihat dan dorongan dari kawan-kawannya yang terlebih dahulu berada dalam parti tersebut. Kerana selepas Musli Oli menyampaikan ucapanya dan menyatakan hasratnya meninggalkan UMNO, Datuk Kalakau Untol pula dalam ucapannya dengan terang berharap agar Musli Oli akan dipilih sebagai calon PKR sama ada di DUN USUKAN atau Parlimen KB.

Pada hari ini dalam laman FCB sdr Jabar Khan Nafi @ Yasser Arafat Musli OLi menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa kemasukan beliau dalam PKR adalah kerana ingin menjadi calon. Walaupun sebelum ini Musli Oli juga secara terus terang sebelum meninggalkan UMNO menyatakan akan bertanding di Parlimen, namun segala-galanya berubah apabila beliau menyertai PKR. Lihat kenyataan Musli Oli ini:

"....Calon Parlimen, Ketua Cabang PKR dan calon Usukan sdra Shariff Perais atau Mahzery atau Ali Baba...saya tidak pernah sedikitpun melobi atau minta jadi calon! Kalau ditawarpun saya akan menolak kerana bukan niat dan matlamat saya.."

Sebaliknya dalam beberapa hari lepas dalam wall FCB Musli OLi menggambarkan bahawa beliau akan memfailkan kes di mahkamah kepada kerajaan persekutuan berkaitan dengan 20 perkara . Walaupun isu ini sudah lama diperjuangkan, namun ramai yang percaya bahawa 20 perkara itu akan terus menjadi 'duri dalam daging' bagi rakyat sabah. Sama ada Musli Oli akan berjaya atau tidak hanya masa yang menentukan, iringi perjuangannya dengan harapan!.

Monday, January 23, 2012




Berita terbaru dari negeri di bawah bayu yang semakin hangat dengan kehadiran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mengadakan pertemuan dengan pemimpin Pakatan Rakyat diserikan lagi dengan kemasukan lebih 150 orang bekas ahli Umno-APCO di Tuaran, Sabah.

Borang kemasukan mereka diterima sendiri oleh Anwar di hadapan ribuan rakyat yang berpusu-pusu untuk mendengar ceramah dan sesi soal jawab di pekan itu yang turut dihadiri bekas calon PKR bagi Parlimen Batu Sapi, Ansari Abdullah. 

Terdahulu, Anwar yang juga Ketua Umum PKR menyatakan rasa syukur dan berterima kasih di atas penerimaan dan sambutan hangat yang diberikan masyarakat Sabah sekaligus membuktikan bahawa Umno-APCO kini sudah tidak boleh mengharapkan lagi Sabah menjadi deposit tetap Barisan Najis selain Sarawak. 

Ini kerana tegas Anwar ia adalah satu bentuk penghinaan kerana rata-rata rakyat Sabah yang dahagakan pembelaan dan pembangunan semacam dipinggirkan oleh Ketua Menteri Musa Aman dan Najib Altantuya yang menguasai kerajaan persekutuan. 

Semenjak Sabah merdeka dan menyertai Malaysia pada 1963, beliau tidak pernah melihat betapa rakyat Sabah semakin lama semakin miskin sedangkan pemimpin negeri sibuk memperkayakan keluarga dan kroni dengan pengurniaan konsesi balak dan rasuah yang semakin tidak terkawal. 

Anwar berjanji sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah Putrajaya, Sabah akan berkongsi nikmat kekayaan yang sepatutnya dimiliki serta tuntutan 20 Perkara yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 akan dilaksanakan, selain berusaha menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin yang kini mencecah lebih 500 ribu orang. 

Turut hadir di majlis penyerahan tersebut, Pengerusi PKR negeri, Ahmad Thamrin Jaini, Christina Liew, Halik Zaman, pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat negeri dan Jeffrey Kitingan selaku presiden STAR yang baru ditubuhkan.

Sunday, January 22, 2012


"Kesetiaan kepada parti dan bukan kepada individu" mungkin itu antara teras ucapan Datuk Salleh Tun Said, ketua UMNO KB semasa perjumpaan dengan UMNO bahagian Kedamaian beberapa hari lepas. Ia membawa makna besar bagi perjuangan politik akar umbi. Kerana kenyataan itu seolah-olah menggesa ketua-ketua cawangan 'menerima' secara total sesiapa juga yang dicalonkan oleh parti pada PRU 13 yang mula sudah kedengaran tarikhnya.Bagi Datuk Salleh "sesiapa' juga yang menjadi pilihan parti, kesetiaan dengan memberi sokongan undi bukan kepada 'pilihan' itu tetapi kepada parti. Beliau mengingatkan hadirin yang hadir, bahawa sejarah lampau menyaksikan pemimpin datang dan pergi yang tinggal adalah parti dan parti itulah tempat itulah menumpahkan taat setia yang tidak bebelah bahagi.

Adalah tidak manis melontarkan kenyataan sebegitu kerana pada hemat kita Datuk Salleh langsung tidak punya perasaan akar umbi.Apakah rakyat di minta menumpahkan kesetiaan kepada parti yang mencalonkan dan memilih calon yang langsung tidak punya kredibiliti dan sensitiviti kepada naluri rakyat? Apakah parti akan terus utuh jika tidak punya pemimpin yang benar-benar berkelibar dan berkarisma?

Pemimpin seharusnya di sokong, di dukung, di sanjung dan di junjung atas karismanya. walaupun parti mana ia berada. Sama ada dalam parti pemerintah, parti pembangkang ataupun pada paltform Bebas. Pemimpin yang ada sensiviti moral dan naluri rakyatnya, akan lebih bertahan daripada parti yang hanya organisasi kaku yang bergantung kepada permainan pemimpinnya.

Janganlah kita terpedaya dengan janji dan idea songsang yang memanipulasikan hak kita mengundi. Pilihlah calon bukan kerana parti tetapi kerana karisma dan perjuangannya membela nasib rakyat!.

Dari sumber dalaman UMNO KB yang boleh dipercayai mengkhabarkan bahawa Pembantu menteri Pertanian dan industri makanan Sabah yang juga ADUN  N6 TEMPASUK, Datuk Musbah Hj Jamli adalah antara calon pilihan UMNO KB pada PRU 13 yang akan datang ini. Mesyuarat Bahagian UMNO dikatakan memutuskan supaya Datuk Musbah sekali lagi diberi kepercayaan menjadi calon UMNO/BN di kawasan tersebut. Berdasarkan rekod sebelum ini, Datuk Musbah berjaya menundukkan calon PKR, Ustz Laiman Hj Ikin dengan majoriti lebih 2000 pada PRU 12 yang lepas. Berdasarkan andaian tersebut bahawa Datuk Musbah adalah calon "winnable" di Dun berkenaan,maka sekali lagi UMNO KB mencalonkan beliau.

Walaupun senario politik semasa tidak lagi bergantung kepada 'pencalonan' Bahagian kepada 'pucuk pimpinan' negeri, namun usaha UMNO KB itu dilihat masih relevan dengan kehendak akar umbi yang masih mahukan Datuk Musbah menjadi wakil rakyat di kawasan Tempasuk. Dan berdasarkan perkembangan ini, maka menunjukkan bahawa peluang pemimpin agung Iranun yang sebelum ini disebut-sebut sebagai antara pemimpin UMNO yang mengidamkan kawasan tempasuk iaitu Tan Sri Pandikar Amin tidak akan kesampaian. Justeru itu sesuatu perlu dilakukan oleh Datuk Musbah sekiranya pencalonan Bahagian KB itu menjadi kenyataan untuk menarik kembali sokongan masyarakat Iranun di kawasan itu. Kerana berdasarkan rekod pada PRU 12 yang lepas, Datuk Musbah bukanlah pemimpin yang "winnable" kepada masyarakat Iranun.

Tambahan lagi sejak kebelakangan ini isu kelewatan pembinaan SK Tamau dalam "mukim' masyarakat Iranun yang terbiar dan berada dalam kawasan kepimpinan Datuk Musbah yakni di Tempasuk menjadi isu besar dikalangan pemimpin sedia ada masyarakat Iranun. Justeru itu pada hemat kelapa mawar jika Datuk Musbah menginginkan sokongan padu dari masyarakat Iranun, harus segera beliau mengembalikan kredibilitinya terutama bersangkut intgeriti kepimpinannya yang melibatkan isu ini. Jika tidak sekiranya pembangkang 'meletakkan' calon yang tepat dengan mengambilkira sentimen masyarakat Iranun dan yang lainnya, ada kemungkinan besar Datuk Musbah boleh ditundukkan. Tambahan lagi sentimen masyarakat kadazandusun di kawasan Tempasuk ini sangat panas ekoran kawasan perkampungan mereka yang tidak terlibat dalam projek jelapang padi dan masih menghadapi masalah keperluan asas yang tidak sempurna.

Sementara itu dalam satu khabar yang juga boleh dipercayai, kononnya pada PRU 13 akan datang di daerah Kota Belud, satu NGO yang ditaja oleh pemimpin tertentu akan 'tutun padang' mengumpul segala maklumat berkenaan dengan pengamalan politik wang semasa proses pilihanraya. NGO yang dikatakan berpusat di KL itu mempunyai ahli sukarela  di peringkat negeri Sabah dan daerah Kota Belud.

Jika apa yang dikhabarkan ini satu kenyataan politik yang benar, ada kebarangkaliannya situasi PRU 13 akan lebih ceria dan berwarna warni.

Saturday, January 21, 2012

Bukan sahaja parti dan orang peseorangan yang menyokong UMNO/BN yang  PENASARAN dengan perkembangan politik di daerah di mana UMNO Sabah mula bertapak ini ,parti dan penyokong pembankang juga mula dilanda demam angau,lebih-lebih lagi dalam soal pengangihan kerusi pilihanraya. Banyak sudah kedengaran bomoh-bomoh pilihanraya serta ahli nujum mula meramalkan, bulan Mac ini pasti PRU 13 akan berlangsung. kes Liwat II Anwar Ibrahim yang dirayu oleh peguam negara tidak ada kena-mengena dengan orang Kota Belud menjadi penasaran kali ini. Sebut apa sajalah perkembangan terkini politik tanah air, ia tidak akan lari dari bibir orang Kota Belud. Inilah indahnya daerah ini, saban waktu ,baik di kedai kopi dan warung kampung, atau di Restoran Pencarian bersama, Restoran Mayang Sari sehingga ke KFC pun pun cerita benda yang sama.



Penglipura lara ini dalam cerita wayang kulitnya akan mula mencongkak calon perti pembangkang di kota Belud. Antara yang paling menon jol namanya ialah Musli Oli yang dikatakan melobi untuk bertanding di DUN Usukan. Sementara itu , Shukor Abd. Mumin, mantan ketua pemuda UMNO KB yang kini berada di gelanggang pembangkang juga diwar-warkan akan bertanding di Parlimen Kota Belud. Manakala di DUN TEMPASUK, Awang Laiman akan sekali lagi diturunkan untuk menentang Datuk Musbah Jamli.


Friday, January 20, 2012

Saya sudah menjangkakan Peguam Negara akan membuat rayuan terhadap keputusan Mohamed Zabidin Mohd Diah, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat II.


Apa yang berlaku dalam kes membabitkan bekas penasihat politik dan pakar strategi Najib Razak, Abdul Razak Baginda yang dibebaskan oleh mahkamah kerana tidak terlibat dengan pembunuhan Altantuya Sharribbu, saya tidak fikir ia akan menimpa atau keadaan sama berlaku ke atas Anwar. Begitu mustahil dirasakan kalau ia ada persamaan dari segi sikap dan pendirian pihak pendakwa raya.

Dalam kes Razak Baginda peguam negara tidak mengemukakan notis rayuan keputusan mahkamah yang membebas dan melepaskan Razak dari terbabit dengan tuduhan membunuh Altantuya. Rasanya tidak perlu ditafsirkan kenapa berlaku dan wujud perbezaan itu. Hak mengemukakan notis rayuan dalam apa-apa kes jenayah terserah kepada pihak Peguam Negara dan proses merayu itu adalah dibenarkan dalam sistem perundangan negara.





Pejabat Peguam Negara hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat. Ia difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi (Jenayah) Kuala Lumpur pada jam 4.30 petang tadi sekaligus mengakhiri teka-teki mengenai kesudahan sebenar kes liwat paling 'panas' dalam sejarah politik dan kehakiman di negara ini.

Buat waktu terdekat ini  tidak ada kenyataan rasmi dari Datuk seri Anwar Ibrahim mengenai tindakan peguam negara memfailkan rayuan itu tetapi dalam blog rasmi Saiful Bukhari menyatakan rasa terima kasihnya kepada Peguam negara.


Saya bersyukur kehadirat Allah SWT dan menerima baik keputusan Yang Berbahagia Tan Sri Peguam Negara didalam memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan pada petang tadi terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 yang lepas.

Saya dan keluarga saya juga ingin menyatakan disini bahawa dengan pemfailan Notis Rayuan tersebut, hak untuk aduan saya sebagaimana laporan polis yang saya buat pada tahun 2008 didengar dan melalui proses keadilan sehingga ke peringkat Mahkamah yang tertinggi menurut undang-undang adalah terlaksana.

Saya dan keluarga juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung memberi sokongan kepada saya agar hak saya sebagai warganegara untuk melalui proses keadilan ke peringkat Mahkamah Rayuan terlaksana.

Saya akan terus berdoa, istiqamah, sabar

Kepada Allah saya berserah.

SAIFUL BUKHARI AZLAN

20hb Januari 2012.


Namun peguam Datuk seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan menyifatkan tindakan peguam negara itu sebagai satu penganiyaan politik kepada anak guamnya :




KUALA LUMPUR 20 Jan: Peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair berkata, tindakan peguam negara memfailkan notis rayuan terhadap keputusan kes fitnah II, membuktikan penganiayaan politik terhadap ketua pembangkang itu.

Beliau mengulas keputusan Pejabat Peguam Negara hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar dari pertuduhan liwat, 9 Januari lalu.

Dalam satu kenyataan segera lewat petang tadi, Sankara berkata beliau belum secara rasmi dimaklumkan perkara itu oleh pihak pendakwa.

“Bagaimanapun jika benar, maka itu adalah paling disesali dan kejam kerana hakim perbicaraan telah menyatakan dengan ringkas, dalam keputusannya yang bukti penting (perbicaraan) sudah “diusik “.

“Maka asas kes pendakwaan sudah termusnah, menyebabkan sebarang rayuan, tidak kira berapa kali, adalah satu tindakan terakhir dan sia-sia.

“Nampaknya ia adalah satu kes penganiayaan politik terhadap Anwar dan bukan tujuan pendakwaan,” tegas beliau.

Pada 9 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman berkata beliau mendapati tidak ada bukti yang menyokong keterangan Saiful.

Keputusan itu disambut baik badan-badan perundangan di Malaysia dan luar negara, serta dialukan oleh pemimpin dan masyarakat antarabangsa.

Thursday, January 19, 2012



Beberapa hari lepas dunia digemparkan dengan berita yang tersiar dalam Borneo post, bahawa kedengaran satu bunyi aneh dari langit yang menakutkan penduduk setempat.Bunyi kuat yang kedengaran menjelang subuh itu masih menjadi 'misteri' kerana tidak ada siapa yang tahu dan 'berani' membuat kenyataan dari mana dan bagaimana bunyi itu terjadi. walaupun ada yang mengaitkannya dengan beberapa bunyi sebelum ini yang berlaku di Aaborg,Denmark dan Sweden namun bunyi yang berlaku di Kg.Meranek, Kota samarahan itu nyata lebih kuat dan 'menyeramkan'. Ada juga pendapat yang mengaitkan bunyi itu dengan program penyelidikan yang berkaitan dengan pembinaan senjata oleh Amerika Syarikat.Tidak kurang ada juga yang mengaitkannya dengan aspek adat dan kepercayaan. Apa pun terpulang kepada penilaian anda .


Laporan mengenai perkara itu:




KUCHING: Authorities on science do not consider the strange sounds in the sky over Kota Samarahan near hear as a laughing matter.

They neither denied it as paranormal nor a hoax. Though explanation over the ‘phenomenon’ is still pending, some people have turned the matter into points for jokes, especially on Facebook.

Deputy Minister of Science Technology and Innovation Datuk Fadillah Yusuf yesterday said he had already assembled a team headed by one Dr Mustafa Subari of Malaysian Space Agency to study the claims.

He said he had also asked the Meteorology Department but they too could not provide any explanation.

“According to its director, they were unable to find an explanation. It is not connected to the very recent earthquake in Sumatra,” he said when contacted yesterday.

Fadillah, who is also Petra Jaya MP, said he had spoken to one of the witnesses whom his team would meet soon.

The strange sounds that teacher Mohd Ferdauz Jemain heard in the morning of Jan 11 has been posted in the blog under ‘Strange Sounds in the Sky’ which is dedicated to unexplained, strange, bizarre, weird and/or eerie sounds or rumble in the sky from all over the globe.

According to the blog, the Malaysian case reported by thesundaypost last Sunday was the latest following the few
last ones in Denmark and Sweden.

According to Mohd Ferdauz, he and several others heard the strange sounds in the sky over Kota Samarahan not only in the morning of Jan 11 but also in the wee hours of Jan 12. Another witness Harith Amin, a staff of a university here, also took the phenomenon on video.

Then early Wednesday morning, a few residents of Taman Stakan Jaya in Kota Samarahan also claimed of hearing the same sounds again.

Before the cases in Samarahan, the blog posted the last incident captured in video by a witness in Aaborg Denmark on Jan 10 and the second last one captured by another in Sweden on Nov 1 2011. Strange sounds in the sky have been heard at various places in the world since March 2011.

Re-titled by the blog as ‘Creepy sky dragon sound in Malaysia,’ The Borneo Post article reported that the strange sounds made many residents in Kampung Meranek perturbed and puzzled on Jan 11. The blog said later on the same day that an earthquake with a magnitude of 7.3 on the Richter scale hit Sumatera in Indonesia.

Whether the strange sounds over Kota Samarahan the Indonesian earthquake have any relationship, only scientists can verify.

Apart from the Indonesian earthquake, another theory thrown to explain the phenomenon was the by-product of the High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP) undertaken by the United States to study the change in weather pattern and; processing machines hard at work.

The theory that the sound was caused by factory has been dismissed by both Harith and Ferdauz after they checked the place.

Many also believed that the weird sound is the echo of the distant cracking sounds generated by natural activities at the core of the earth. Many others also believed that the earth is now old and therefore it moans.
Pendedahan mantan menteri pelancongan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil bahawa memang wujud politik rasuah dan wang dalam kerajaan BN untuk memancing undi beberapa hari lepas membenarkan sangkaan sesetengah penganalisis politik bahawa sistem pilihanraya di negara ini sememangnya tidak telus dan tidak adil. Desakan BERSIH 2.0 untuk mereformasikan sistem pilihanraya juga adalah benar dan sewajarnya dilakukan sejak dulu lagi. Namun kerana kepentingan dan kelangsungan kuasa politik parti tertentu, perkara ini sengaja dibiarkan berlalu.Mujurlah adalah kesedaran dikalangan NGO di negara ini dan juga keaktifan pihak pembangkang yang mahukan SPR lebih adil dan telus.

Kadir Sheikh Fadzil dalam satu kenyataannya dipetik sebagai berkata,bahawa kerajaan BN memang menggunakan wang antara RM200 hingga RM 2000 untuk diberikan semasa pilihanraya yang bertujuan untuk sogokan mendapatkan undi. Malahan dengan berani,Kadir mendakwa beliau turut terlibat dan menerima peruntukan kewangan yang besar untukdiagihkan kepada rakyat,walaupun mendakwa secara peribadi tidak terlibat melakukan perbuatan keji itu. Sambil menyatakan bahawa beliau berbuat demikian adalah bertujuan menegur kerajaan supaya tidak lagi melakukan perkara itu, kenyataan mantan menteri pelancongan itu dipersendakan oleh para pemimpin UMNO dan BN serta para blogger pro-kerajaan. Kadir dicap sebagai besi buruk yang tersisih dalam parti kerajaan,sebab itulahberbuat demikian. Hasrat dan niat Kadir Sheikh Fadzil itu dipersendakan dan tidak dilihat sebagai kenyataan berani untuk merubah sistem sedia ada yang zalim dan tidak telus.

Ahli Parlimen Seremban, dari parti DAP, John Fernandez pula mendesak supaya satu bentuk siasatan oleh SPRM dapat dibuat keatas Kadir ekoran kenyataannya yang memperlihatkan pemimpin UMNO itu turut terlibat dalam politik wang dan menyalahgunakan sistem kebabasan demokrasi perlembagaan di negara ini.John turut mendesak supaya siasatan juga dijalankan kepada pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang lain.

Jika desakan ahli parlimen Seremban ini dijadikan asas dan kemudiannya satu bentuk siasatan dijalankan, maka rakyat akan menyaksikan bukan sahaja Kadir Sheikh Fadzil di heret ke Mahkamah, bahkan hampir 99% pemimpin UMNO/BN juga akan turut dibawa sama. Rakyat yang menerima sogokan berupa wang pada setiap PRU akan menjadi saksi kepada kebenaran itu. Itulah budaya politik di negara kita,lambat laun akan ramai lagi pemimpin UMNO/BN yang akan membongkar kesalahan dan keaiban amalan parti itu kepada Umum kerana pemimpin ini sudah lama menahan diri melakukan perbuatan terkutuk itu, walaupunhati kata tidak tapi perbuatan tetap mengiyakannya demi kelangsungan dan arahan pihak tertentu. Hidup dalam dosa politik sebegini tidak akan mententeramkan naluri politikseseorang pemimpin yang benar-benar ingin berbakti kepada rakyat. Dan sedikit masa lagi akan lebih ramai yang membuka 'pekung ' di dada, kerana itulah ketentuan ilahi yang bathil akan terbongkar dan sirna, yang hak dan kebenaran akan timbul dan terbukti.

kita tunggu siapa pulapemimpin UMNO dan BN yang akan membuat pendedahan selepas ini?