Thursday, January 19, 2012

Pendedahan mantan menteri pelancongan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil bahawa memang wujud politik rasuah dan wang dalam kerajaan BN untuk memancing undi beberapa hari lepas membenarkan sangkaan sesetengah penganalisis politik bahawa sistem pilihanraya di negara ini sememangnya tidak telus dan tidak adil. Desakan BERSIH 2.0 untuk mereformasikan sistem pilihanraya juga adalah benar dan sewajarnya dilakukan sejak dulu lagi. Namun kerana kepentingan dan kelangsungan kuasa politik parti tertentu, perkara ini sengaja dibiarkan berlalu.Mujurlah adalah kesedaran dikalangan NGO di negara ini dan juga keaktifan pihak pembangkang yang mahukan SPR lebih adil dan telus.

Kadir Sheikh Fadzil dalam satu kenyataannya dipetik sebagai berkata,bahawa kerajaan BN memang menggunakan wang antara RM200 hingga RM 2000 untuk diberikan semasa pilihanraya yang bertujuan untuk sogokan mendapatkan undi. Malahan dengan berani,Kadir mendakwa beliau turut terlibat dan menerima peruntukan kewangan yang besar untukdiagihkan kepada rakyat,walaupun mendakwa secara peribadi tidak terlibat melakukan perbuatan keji itu. Sambil menyatakan bahawa beliau berbuat demikian adalah bertujuan menegur kerajaan supaya tidak lagi melakukan perkara itu, kenyataan mantan menteri pelancongan itu dipersendakan oleh para pemimpin UMNO dan BN serta para blogger pro-kerajaan. Kadir dicap sebagai besi buruk yang tersisih dalam parti kerajaan,sebab itulahberbuat demikian. Hasrat dan niat Kadir Sheikh Fadzil itu dipersendakan dan tidak dilihat sebagai kenyataan berani untuk merubah sistem sedia ada yang zalim dan tidak telus.

Ahli Parlimen Seremban, dari parti DAP, John Fernandez pula mendesak supaya satu bentuk siasatan oleh SPRM dapat dibuat keatas Kadir ekoran kenyataannya yang memperlihatkan pemimpin UMNO itu turut terlibat dalam politik wang dan menyalahgunakan sistem kebabasan demokrasi perlembagaan di negara ini.John turut mendesak supaya siasatan juga dijalankan kepada pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang lain.

Jika desakan ahli parlimen Seremban ini dijadikan asas dan kemudiannya satu bentuk siasatan dijalankan, maka rakyat akan menyaksikan bukan sahaja Kadir Sheikh Fadzil di heret ke Mahkamah, bahkan hampir 99% pemimpin UMNO/BN juga akan turut dibawa sama. Rakyat yang menerima sogokan berupa wang pada setiap PRU akan menjadi saksi kepada kebenaran itu. Itulah budaya politik di negara kita,lambat laun akan ramai lagi pemimpin UMNO/BN yang akan membongkar kesalahan dan keaiban amalan parti itu kepada Umum kerana pemimpin ini sudah lama menahan diri melakukan perbuatan terkutuk itu, walaupunhati kata tidak tapi perbuatan tetap mengiyakannya demi kelangsungan dan arahan pihak tertentu. Hidup dalam dosa politik sebegini tidak akan mententeramkan naluri politikseseorang pemimpin yang benar-benar ingin berbakti kepada rakyat. Dan sedikit masa lagi akan lebih ramai yang membuka 'pekung ' di dada, kerana itulah ketentuan ilahi yang bathil akan terbongkar dan sirna, yang hak dan kebenaran akan timbul dan terbukti.

kita tunggu siapa pulapemimpin UMNO dan BN yang akan membuat pendedahan selepas ini?

13 ulasan :

Kris Jr said...

Semasa menjadi menteri tiada suara2 pasal hal2 begini pun. Kenapa sekarang ni????

Hinamori said...

adakah si Kadir tua ni bersih 100%?

DorianG said...

These so called allegation made by Kadir must be validated.

DorianG said...

If it is proven true, he himself must be subjugated to the same investigation.

Anonymous said...

bila dah hilang jawatan baru nak bising2 dan burukkan kerajaan. dulu masa jadi Menteri tak diam2 ja.

Anonymous said...

si kadir ni mmg patut kena siasat kerana menfitnah.

Anonymous said...

Kalau berani, nyatakan nama beserta bukti.

Anonymous said...

Tipikal betul. Sudah tidak berjawatan baru nak bersuara. Sebelum ini buat apa? Kira keuntungan?

Bujang Senang said...

Dekat PRU ini bermacam-macam isu mula timbul dan dimainkan oleh pihak pembangkang.

Bujang Senang said...

Biarkan saja Kadir buat apa yang dia mahu. Kalau setakat cakap namun tidak ada bukti rasanya tidak ada guna juga.

Anonymous said...

Rasuah memang berlaku di mana2 dan bila2 masa saja. rasuah ini juga boleh merosakkan nama sesebuah parti jika salah seorang daripadanya adalah pemimpin yang korup. jadi, jangan salahkan parti atau seret nama parti bersama bila sudah lakukan rasuah. salahkan pada individu yang sudah melakukan rasuah dan sebaiknya kenakan tindakan undang2 terus.

Anonymous said...

benarkah tanpa rasuah, sukar untuk mendapat kuasa dan kedudukan??

Anonymous said...

masa dia masih ada kepentingan dalam kerajaan, dia sembunyikan perkara ini dan sanggup bersekongkol dengan pihak yang salah.. adakah kesedaran itu hanya perlu wujud setelah tidak ada apa2 kepentingan yang perlu dilindungi??