Sunday, January 22, 2012


"Kesetiaan kepada parti dan bukan kepada individu" mungkin itu antara teras ucapan Datuk Salleh Tun Said, ketua UMNO KB semasa perjumpaan dengan UMNO bahagian Kedamaian beberapa hari lepas. Ia membawa makna besar bagi perjuangan politik akar umbi. Kerana kenyataan itu seolah-olah menggesa ketua-ketua cawangan 'menerima' secara total sesiapa juga yang dicalonkan oleh parti pada PRU 13 yang mula sudah kedengaran tarikhnya.Bagi Datuk Salleh "sesiapa' juga yang menjadi pilihan parti, kesetiaan dengan memberi sokongan undi bukan kepada 'pilihan' itu tetapi kepada parti. Beliau mengingatkan hadirin yang hadir, bahawa sejarah lampau menyaksikan pemimpin datang dan pergi yang tinggal adalah parti dan parti itulah tempat itulah menumpahkan taat setia yang tidak bebelah bahagi.

Adalah tidak manis melontarkan kenyataan sebegitu kerana pada hemat kita Datuk Salleh langsung tidak punya perasaan akar umbi.Apakah rakyat di minta menumpahkan kesetiaan kepada parti yang mencalonkan dan memilih calon yang langsung tidak punya kredibiliti dan sensitiviti kepada naluri rakyat? Apakah parti akan terus utuh jika tidak punya pemimpin yang benar-benar berkelibar dan berkarisma?

Pemimpin seharusnya di sokong, di dukung, di sanjung dan di junjung atas karismanya. walaupun parti mana ia berada. Sama ada dalam parti pemerintah, parti pembangkang ataupun pada paltform Bebas. Pemimpin yang ada sensiviti moral dan naluri rakyatnya, akan lebih bertahan daripada parti yang hanya organisasi kaku yang bergantung kepada permainan pemimpinnya.

Janganlah kita terpedaya dengan janji dan idea songsang yang memanipulasikan hak kita mengundi. Pilihlah calon bukan kerana parti tetapi kerana karisma dan perjuangannya membela nasib rakyat!.

36 ulasan :

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

Pilihan Parti tdk lagi relevan dalam hati rakyat. Kekalahan 5 Negeri di Semenanjung ditangan pembangkang, atas elemen rakyat memilih atas dasar pilihan rakyat.

Pemaksaan pemimpin untuk mengundi calon di pilih oleh Parti tidak lagi dipatuhi. tidak lagi wujud paksaan. Kerana rakyat sekarang pandai memilih.Pandai menilik antara calon kaca atau calon intan.
Calon yg dipilih untuk berkhidmat kpd rakyat.Tentunya calon yg berbentuk intan.

Jika calon itu dipilih oleh Parti, maka maknanya calon tersebut tdk akan berkhidmat untuk rakyat.Kerana ianya di istilahkan sebagai calon kaca, sememangnya mudah pecah bila berhadapan dgn rakyat.Lantaran serpihan pecahan kaca tadi mudah melukai perasaan dan menghiris hati rakyat.

Tidak akan menjanji seribu kemenangan kpd DT Salleh, jika rakyat sekarang masih jauh di mata DT Salleh.

Jika Dt salleh diturunkan sebagai calon DUN usukan, maka beliau tetap berhadapan dgn sdr Musli Oli.

Calon Parlimen jika diturun, tetap bertentangan muka dgn Hj Mohd Shukur, mantan Ketua Pemuda UMNO.

Hj Mohd Shukur seorg Peguam.Kelayakan sebagai ahli Parlimen amat bersesuaian.

Rata rata rakyat KBelud tetap mengundi Hj Mohd Shukur. beliau yg berkarisma tentu senang menyelami hati rakyat. Setakat ini beliau kerap turun ke padang untuk berjumpa dgn rakyat.

Jika ditanya kpd rakyat bila kah DT Salleh pernah jumpa rakyat??
sehingga kini jawaban yg diberikan bahawa DT Salleh menghilang dalam pandangan rakyat.

Ahli nujum pak belalang mngatakan
DUN Tempasuk, DUN Usukan serta Parlimen KBelud akan dapat di tawan oleh pembangkang. DUN Kedamaian belum dapat dipastikan, kerana DUN tersebut masih lagi panaaas. Di ramal masih 50-50.

Kris Jr said...

Strategik sekarang ialah winnable candidates. UmnoBN harus menurunkan calon pilihan rakyat sekiranya mahu menang.

Hinamori said...

Datuk Salleh Tun Said harus berhati-hati dengan kenyataan yang diucap, nanti menimbulkan kekeliruan kepada ahli2. Semua parti2 bercakap mengenai winnable candidates, termasuk Umno.

DorianG said...

This is a matter of fulfilling the aspiration of the people, no longer a question of loyalty to the party.

DorianG said...

hopefully who ever the candidate that is being filled will uphold the aspiration of the people

Anonymous said...

pemilihan calon kena dilakukan dgn teliti, pilih calon yang benar2 brkebolehan.

Anonymous said...

jgn silap memilih calon kerana kesannya amat besar kepada parti.

Hinamori said...

semua parti pasti meletakakn calon yang boleh menang.

Jason said...

i hope the chosen candidate will have all the positive traits for leaders. He needs to be a people person and someone who is sincere to help the people.

Jason said...

There shouldn't any act of bias when it comes to choosing a candidate.

Jason said...

get a winnable candidate! all the best.

Jason said...

get a winnable candidate! all the best.

mike said...

pilih calon dan bukannya parti..

mike said...

calon yang dipilih haruslah benar2 layak...bukannya kroni atau saudara mara..

mike said...

rakyat haruslah bijak menilai dan memilih..

Anonymous said...

Maju mundur sesebuah parti bergantung kepada kepada kebijaksanaan pemimpinya. Undi calon yang berwibawa dan berjiwa rakyat.

Bujang Senang said...

calonkan pemimpin yang benar-benar boleh membantu penduduk di kawasan tersebut.

Bujang Senang said...

BN Sabah perlu meneruskan usaha bagi menunaikan tanggungjawab kepada penduduk untuk memastikan terus menerima sokongan dan relevan untuk penduduk Sabah.

Anonymous said...

calon biarlah atas pilihan rakyat@disukai rakyat secara keseluruhannya. jika dipilih atas kehendak akar umbi memang tidak sesuai sebab bukan mereka yang dapat menilai dengan baik performance calon itu tapi sebaliknya rakyat.

Anonymous said...

semoga calon yang terbaik akan dipilih untuk PRU yang akan tiba. mereka inilah yang akan menentukan kemenangan nanti.

azman said...

pemilihan calon harus diteliti dengan sebaiknya. calon yang dipilih perlulah disukai dan berkebolehan.

azman said...

selain itu calon yang dipilih perlulah sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat.

azman said...

setiap rakyat ada pilihan sendiri..pilihlah yang dirasakan terbaik.

Anonymous said...

pastikan calon yang turunkan adalah yang terbaik untuk rakyat.

Anonymous said...

persaingan pasti sengit. jadi berusahalah untuk menjaga kepentingan rakyat dengan sebaiknya.

No name said...

Pastikan calon yang berbakat dan berkebolehan yang diberi peluang.

No name said...

Calon itu penting dan bukan asal usur parti yang mereka mewakili.

No name said...

Masing-masing menggunakan strategi untuk menambat hatoi rakyat. Pasti rakyat KB tahu siapakah calon yang sesuai.

No name said...

Pemilihan calon harus dibuat dengan lebih berhati-hati, WR yang berjaya menambat hati adalah yang betul ikhlas dan memahami keperluan rakyat KB.

No name said...

Another great challenge in KB. Lets see how the people judge and value.

Anonymous said...

Tiada pasti memang dalam PRU, semua berada di tangan rakyat.

Anonymous said...

calon yang dipilih harud berpotensi dan sanggup membuat yang terbaik untuk semua rakyat.

Anonymous said...

Harap muka baru diberi peluang.

Anonymous said...

Sabah will still belong to BN, only difference by number of seats.

Anonymous said...

Kalau tidak berkebolehan, akan disingkir di penggal akan datang juga.

Anonymous said...

jika itulah maksud kenyataan Salleh, bermakna beliau mempunyai pandangan yang berbeza dan bertentangan dengan bos beliau sendiri yang mahukan winnable candidate diketengahkan pada PRU akan datang..