Wednesday, February 29, 2012




Pembinaan Jambatan BUM-BUM SEMPORNA yang ditangguhkan beberapa kali, kini mendapat nafas baru bila menteri Kerjaraya Datuk seri Saziman Mansor dalam satu kenyataan yang dipetik dari BERNAMA mengumumkan kerajaan telah meluluskan RM25 juta untuk melaksanakan kerja-kerja awal pembinaan Jambatan tersebut sepanjang 1.4 kilometer.Kerja-kerja awal itu menurut Saziman meliputi kelulusan melantik kontraktor dalam mereka cipta bentuk dan struktur Jambatan itu. Namun demikian kata Saziman lagi, proses itu mengambil masa setahun dan kos sebenar pembinaan Jambatan berkenaan adalah RM 420 Juta.

Bagi penduduk Semporna khasnya, penduduk Bum-Bum isu pembinaan Jambatan yang menghubungkan Tanah besar Semporna dan pulau bum-bum itu adalah 'janji recycle' BN yang diulang tayang setiap kali hampirnya pilihanraya. Dalam rekod masyarakat pembinaan Jambatan ini telah mula dicetuskan ketika TUn Sakaran Dandai menjadi TYT Sabah lagi iaitu antara tahun 1995-2002 lagi. Dan upacaran pecah tanah juga pernah dilakukan. Kemudian dalam Pembentangan Bajet 2009, ketia era PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi, sebanyak Rm 3 billion diperuntukkan kepada Sabah termasuk pembinaan Jambatan ini, namun ditangguhkan atas alasan krisis ekonomi yang menghempet Malaysia dan negara-negara serantau. Yang peliknya projek-projek mega di semenanjung Malaysia diberikan keutamaan termasuk Projek Iskandar Malaysia. Projek Bum-Bum dianggap tidak mendesak dan tidak berkeperluan bagi Kerajaan BN pada waktu itu, walaupun beberapa insiden bot karam berlaku di kepulauan Bum-Bum yang meragut nyawa.Malah menteri di Jabatan ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran yang juga ADUN SENALLANG menyifatkan pembinaan Jambatan ini sebagai satu keperluan penduduk.


"Harapan daripada masyarakat Semporna, khususnya penduduk Pulau Bum-Bum, ingin melihat sebuah jambatan dapat dibina. Mereka yang tinggal di Pulau Bum-Bum bilangannya bukan kecil. Penduduknya melebihi 20,000 orang," katanya kepada pemberita ketika melawat lokasi tragedi feri karam di Sungai Manis, Lihak-Lihak, pada November tahun lepas.

Manakala Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Shafie Apdal telah beberapa kali 'menajanjikan' pembinaan Jambatan Bum-Bum ini kepada penduduk pulau berkenaan .Memetik sidang media yang pernah diadakan oleh Datuk Shafie pada perasmian Program Lonjakan prestasi 3P anjuran Yayasan Pelajaran Mara pada Disember 2010,Datuk Shafie sebagai berkata bahawa Kerajaan sedang berusaha melantik Juruperunding dalam projek ini. Apa yang menghampakan masyarakat Semporna ialah isu itu telah berlalu setahun lebih namun janji Datuk Shafie itu tidak kesampaian.

" Janji kerajaan BN akan ditunaikan,jadi jangan ada kebimbangan.Saya tahu banyak (bermacam-macam) cerita tersebar dan ada yang mengutus surat.Tapi yakinlah kerajaan akan melantik juruperunding," katanya.

kini apabila PRU13 diambang pintu 'janji' itu kembali lagi dengan harapan rakyat Semporna akan terpedaya. Jika sebelum ini Datuk Shafie menyatakan pada tahun 2010 kerajaan sedang melantik Juruperunding, maka Saziman pula mengkhabarkan kerajaan sedang melantik kontraktor dan ia memakan masa setahun. Ini bermakna rakyat semporna terpaksa menunggu 3 tahun untuk mendapatkan 'janji' BN menjadi kenyataan. Itupun kata Saziman hanya RM 25 juta diluluskan , sedangkan kos sebenar 430 juta. Apakah ini bukan satu muslihat politik?

Selepas ini penduduk pulau Bum-Bum akan menyaksikan acara pecah tanah untuk pembinaan jambatan itu. Dan dengan alasan yang pelbagai 'janji' itu sekali lagi dimansuhkan untuk dibawa pada PRU 14. Rakyat Semporna harus berani membuat keputusan!


TAWAU 28 Feb. - Kerajaan meluluskan peruntukan RM25 juta untuk melaksanakan kerja-kerja awal pembinaan Jambatan Pulau Bum Bum sepanjang 1.4 kilometer, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Beliau berkata, kelulusan melaksana kerja awal itu diterima kementeriannya dua minggu lepas yang turut meliputi kelulusan melantik kontraktor untuk mereka jambatan yang akan menghubungkan Semporna dan Pulau Bum Bum.

"Kos pembinaan jambatan ini kelak dianggarkan sebanyak RM430,” katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi projek menaik taraf Jalan Kalabakan-Sapulut, di sini hari ini.

Shaziman berkata, kerja awal terbabit mungkin mengambil masa setahun kerana selain melibatkan pembinaan di atas air, projek turut meliputi pembinaan jalan raya ke jambatan.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan Pusat tidak pernah meminggirkan mana-mana negeri termasuk Sabah dalam menyediakan infrastruktur seperti jalan raya untuk keperluan rakyat dan negara kerana menyedari pembangunan negara dan ekonomi negara kita akan terus bergerak,” katanya.

Tuesday, February 28, 2012


Datuk Salleh Tun Said bersama Datuk Musbah

Jika benar bahawa UMNO KB telahpun 'merestui' Datuk Musbah dicalonkan kembali di DUN N6 TEMPASUK, maka bererti Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Datuk Salleh Tun Said telahpun 'merancang' dari awal strategi politiknya dengan menolak calon selain dari Datuk Musbah.Dan kalau 'perestuan' UMNO KB ini diterima oleh pucuk pimpinan negeri, bermakna sekali lagi pemimpin pertengahan suku Iranun terpaksa 'merelakan' keadaan itu. Dalam 5 tahun mendatang, Iranun akan ketiadaan pemimpin politik di peringkat negeri dan daerah Kota Belud.

Ramai pemerhati politik meramalkan, taktik Datuk Salleh ialah mungkin 'menyingkirkan' secara halus kepimpinan Tan Sri Pandikar, kerana setakat ini maklumat yang diperolehi, pendirian UMNO KB mengenai siapa calon di kawasan Parlimen P169 Kota Belud,masih 'samar'. Tidak ada pendirian mutlak sama ada meletakkan Datuk Salleh atau Tan Sri Pandikar. Begitu juga di DUN USUKAN, UMNO KB masih 'menggantung' senarai calon yang difikirkan sesuai. Namun mengapa DUN TEMPASUK pula sengaja diwar-warkan bahawa UMNO KB memang mencadangkan Datuk Musbah kembali?


Datuk Japlin (ADUN USUKAN), Datuk Musbah (ADUN TEMPASUK), Datuk Salleh (KETUA UMNO KB) dan Datuk Rahman Dahlan (MP KOTA BELUD)


Bagi saya alasan yang paling muktamad ialah UMNO KB tidak menginginkan kawasan TEMPASUK untuk ditandingi  oleh ketua Bahagiannya yakni Datuk Salleh . Hanya dua kawasan iaitu sama ada di Parlimen atau di DUN USUKAN.Justeru kedua kawasan pilihanraya ini sengaja 'disembunyikan'status calonnya.



Awang Laiman calon PKR pada PRU 2008 di Tempasuk.calon baru dalam politik tetapi hampir menewaskan datuk Musbah.


Mungkin juga strategi lain untuk 'membunuh' karier politik pembantu menteri pertanian dan Industri makanan . Ini kerana kawasan TEMPASUK sudah mula memasuki label kawasan 'hitam' bagi BN dan UMNO. Bersandarkan rekod PRU12, Datuk Musbah memperolehi 6,541manakala calon PKR yang tidak punya rekod dan pencapaian maksima dalam Politik Ustaz Awang Laiman Ikin boleh memperolehi undi 4,109 dengan menjadikan majoriti kemenangan Datuk Musbah hanya 2,432 . Rekod PRU 2008 itu menunjukkan Datuk Musbah kalah di semua peti undi kawasan suku Iranun kecuali di Kota Peladok yang hanya menang dengan kelebihan  beberapa undi sahaja.

Peralihan parti Awang Laiman dari PKR ke PAS, mungkin 'menyukarkan' sedikit peluang tokoh politik Iranun yang baru menyinar itu di kawasan TEMPASUK.Kerana bagi saya faktor agama itu masih menjadi prasyarat pengundi di kawasan bercampur antara suku Iranun, Bajau dan dusun ini. PAS dilihat dengan imej Islamnya berbanding dengan imej PKR sebelum ini.

Namun itu mungkin menjadi faktor kecil bagi menawan hati pengundi berdaftar di Kawasan Tempasuk sekitar 14, 291 orang itu. Bergantung kepada kesepakatan Pembangkang, sama ada meletakkan calon PAS yakni Awang Liman kini selaku ketua setiausaha penerangan PAS Sabah di Tempasuk atau tidak.

Dengan tidak mencalonkan kembali wakil dari suku Iranun terutama Tan Sri Pandikar, saya yakin masyarakat Iranun akan masih gagal dipujuk oleh Datuk Musbah di Tempasuk. Walaupun senario politik di kawasan ini memungkinkan sokongan dari suku Bajau dan Dusun boleh menjamin kemenangan,tetapi 'harapan' itu meleset jika taktik "menghambur" tidak boleh digunakan lagi. Datuk Musbah bagi saya masih berada dikedudukan 'panas'.



Bangunan SUIS di Kg Merbau, yang uzur dan selalu dilanda banjir.Pernah Datuk Musbah 'berjanji' menyelesaikan masalah ini.tetapi hingga kini tidak ada tindakan dari YB itu.

Melihat dari perkembangan politik suku Iranun, banyak isu berlaku yang 'gagal' diselesaikan oleh Datuk Musbah. peluang yang diberikan kepada beliau dalam 5 tahun kebelakangan ini dilihat kurang dimanfaatkan secukupnya. Kelewatan SK Tamau misalnya bukan sahaja mendapat protes senyap di kalangan penduduk kampung sekitarnya tetapi juga di kalangan warga pendidik di sekolah terbabit yang juga berketurunan Bajau dan Iranun.. Apakah protes senyap ini boleh dilupakan oleh Datuk Musbah begitu sahaja selaku wakil rakyat di mana isu keterbengkalaian SK Tamau ini berada pada pengawasannya di DUN TEMPASUK? Kehadiran datuk Musbah bersama MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan di sekolah tersebut sehari sebelum rombongan Ir Datuk Nizar Jamaluddin di perkarangan rumah Awang Laiman dikatakan cuba 'menutup' bangkai gajah dengan sehelai kain pelikat.


Bangunan Sk Tamau yang gagal disiapkan oleh sudah mencecah 2 tahun. Peranan  Datuk Musbah ditagih?


Begitu juga isu Pegawai Kemajuan Rakyat (PKR) Kouta Iranun yang dilepaskan oleh sdr Baghdad Turogan yang hingga kini 'kosong' juga boleh dianggap sebagai tidak ada usaha berterusan datuk Musbah menggamit sokongan dari suku Iranun. Ini mungkin terlepas pandang tetapi impaknya sangat besar kepada gelombang sokongan kepada beliau.

Isu projek Jelapang padi juga dikatakan gagal menggamit sokongan masyarakat Iranun kerana hanya perkampungan Pintasan yang terlibat, sementara perkampungan lain seperti Kota peladok, Pantai Emas, Merbau dan kawasan lain di Nanamun masih tidak merasa tempias projek mega ini.

Projek Jelapang Padi di bawah Datuk Musbah

Sesungguhnya satu kelebihan Datuk Musbah iaitu kerap turun padang menghadiri acara perkahwinan dan upacara kematian di mana-mana di kawasan Tempasuk ini.Tidak ketinggalan dengan lagu "SEMUT MERAH" , Datuk Musbah mengalunkan lagu dangdut itu dengan cukup bertenaga.Namun begitu kelebihan ini sukar menjadi 'faktor' kepada kemenangan pada PRU 13 akan datang. Satu usaha drastik menarik kembali sokongan masyarakat Iranun di Tempasuk harus dilakukan secepat mungkin.Terpulang kepada Datuk Musbah memikirkannya!!!

Monday, February 27, 2012



Sebelum ini dalam satu kenyataan, Presiden PBS Tan Sri Pairin kitingan yang juga timbalan Ketua menteri Sabah, abang kepada Presiden STAR Dr Jeffry Kitingan menyifatkan tindakan Dr Jeffry selama ini dalam politik adalah kerana ingin sangat menjadi Ketua Menteri Sabah.Malah kata Pairin lagi, Dr Jeffry tidak pernah mengormatinya sebagai abang kandung dan menyifatkan Dr Jeffry sebagai 'keras kepala". Sementera itu dalam satu kenyataan menyebut bahawa Dr Jeffry Kitingan akan menentang Tan Sri Pairin di Parlimen keningau pada PRU 13 akan datang. Ekoran daripada itu Tan Sri Pairin Kitingan melabelkan Dr Jeffry sebagai 'keras hati'.

Kenyataan Tan Sri Pairin Kitingan itu, akhirnya direply dan di jawab oleh Dr Jeffry dalam satu majlis yang diadakan khusus untuk menjawab segala kenyataan Tan Sri Pairin itu. Malah Dr Jeffry menyatakan bahawa semua kenyataan abangnya itu adalah bohong dan tidak berasas.


Press Conference Dr Jeffrey G. Kitingan (27 Feb).


My brother tells only half
of the truths

I called this Press Conference in response to what my brother, Tan Sri Pairin, was quoted as having said in Keningau yesterday (26 Feb) and which appeared in the front page of the Daily Express today.

Firstly, I need to categorically state that what was said by my brother are all lies and half-truths. Secondly, when he refer to “them” he shows his desperation to cling to power and his fear of losing power.

Thirdly, I have said it before and I say it again that this elections has nothing to do with family matters.

He is my elder brother and I have nothing against him and I love him as any brother would do but I love the people and this country more.

He may be my elder brother but contesting against him does not mean showing disrespect as I am not fighting him but contesting against him as a representative of the Barisan Nasional, my political opponent. As we all know, the BN has done a lot of wrong and injustice to Sabah and its people.

I would like to advise my brother not to use family relationship as an excuse for political expediency to avoid a contest.

The people are suffering and the State has lost its integrity and independence and they want change but things will not change under the present UMNO/BN government.

Regrettably, my brother has become a traitor to the State and the people’s interests preferring instead to work and support UMNO, the colonizers, whom he knows very well as the party which had grabbed powers from previous governments undemocratically, promoted population manipulation via dubious MyKads given through the back-door to illegal immigrants and treated Sabah unfairly like a neo-colony of Malaya.

Let me tell you what really happened in 1994 when PBS won the elections by a razor-thin majority of 25 to 23.

At that time, the PBS elected representatives were gathered at Pairin’s official residence and Pairin was denied access to the Istana to be sworn in as the Chief Minister. I was offered to be sworn in as CM by the then Prime Minister Mahathir Mohamed but I refused and I urged Pairin to go and see the PM to negotiate a solution but he did not listen.

I was then contacted by Kuala Lumpur to receive a call from the PM and I brought a lawyer, Yunuf Maringking, to be a witness after obtaining permission to do so from Pairin. Mr. Yunuf Maringking is still alive today to vouch for what happened.

Mahathir called and said “I am going to make an announcement on TV very soon but I need your answer to my offer to be sworn in as CM” to which I replied “Sorry, I cannot accept because I am not the leader of the party. I do not want to become CM in this way. As my brother has won the elections fairly, let him be sworn in and accept him as the CM. Please open the gate for him to go in the Istana.”

To which Mahathir replied “OK, I understand but tell your brother to leave 1 or 2 Cabinet posts open to accommodate a solution.”

Unfortunately, when my brother, Pairin, was sworn in, he ignored this request and filled up all the Cabinet posts leading to the crisis of 1994.

Despite having been sworn in as CM with his Cabinet, the PBS government could not function and they remained as “locked in the official residence” for fear that some of their Assemblymen might cross-over.

Rather than sitting doing nothing, I again advised my brother to go the Kuala Lumpur and meet the PM and negotiate for a solution but he ignored my advice until the situation had become critical and untenable.

My brother finally agreed to send me and Bernard Dompok to meet the PM instead and to convey a list of his conditions. When I presented this to Mahathir, the PM said “Its too late. You can no longer put up any conditions to negotiate as 2 or 3 Assemblymen has already jumped.”

So Mahathir advised Pairin to resign as CM or be removed by a no-confidence motion in the State Assembly.

I then called Pairin to convey this advice to which Pairin responded “I am prepared to resign, if this will help resolve the situation”.

So when the press and media asked me at the said Hari Raya function, which my brother referred to in the press report, I simply repeated what Pairin had said.

Unfortunately, as you know the BN media and press loved to manipulate and sensationalize and broadcasted only a portion of the sentence which sounded more like an announcement that Pairin had resigned.

That is what happened in1994. That is the truth.
The people must be told and know the truth, the whole truth and nothing but the truth.
It is unfair for people to accuse me of something which I did not do.

Who is actually lying?

Regarding his alleged leave, I have nothing to do with his leave and I know nothing of it and I have said nothing in my speeches to any person or to the press or media. How can I say something which I am unaware of?

The truth is Pairin wants to re-contest and hold on to his Parliamentary seat and fear having to face his brother in the coming general elections.

Let the people be the judge whether they want Pairin to remain as MP, whether he has carried out his duties and work effectively and satisfactorily for the past few years.

He does not know where I am contesting but he assumes I will be contesting there against him. He is also assuming that he will be re-contesting in Keningau and that he is a “winnable candidate” as propounded by the current PM.

If you have carried out your duties and done your work effectively and championed the cause of Sabah and its people, you should be confident of being re-elected by the people.

There is no need to find excuses and promote lies to the people to discredit me, just to defend his position, unless he has failed his people and is not confident of being re-elected by his own people.

Beberapa isu mendatang di Sabah kebelakangan ini berkaitan dengan Tanah Adat menjadi bualan ramai,kerana rata-rata di seluruh pelusuk negeri Sabah ini, isu rampasan tanah adat berlaku. Ada yang berselindung di sebalik KOPERASI yang didalangi oleh pihak-pihak tertentu. Ada yang beralasan untuk membangunkan kawasan yang dimaksudkan. Kononnya jika kawasan itu dimajukan ia akan memberikan kesan besar serta peluang pekerjaan kepada rakyat di sekitarnya, walaupun rakyat tahu itu adalah satu pembohongan yang jelas. Ada juga yang dikatakan kawasan yang diusahakan itu telahpun mendapat geran dari Jabatan tanah Ukur Sabah meskipun rakyat di kawasan itu telah berpuluh tahun mengusahakan tanah berkaitan. Ada juga yang mendakwa pimpinan Musa Aman di sabah telah menyebabkan meletusnya pelbagai kes berkaitan Tanah adat dan ia tidak pernah diselesaikan. 

Ada yang berpendapat semua itu adalah tipu helah pihak tertentu yang mahukan keuntungan dengan cara pemilikkan hartanah melalui proses undang-undang yang pada fikiran mereka orang kampung dan rakyat di kawasan pedalaman masih mempunyai tahap pengetahuan undang-undang berkaitan dengan tanah adat yang masih rendah. Namun mereka tidak sedar bahawa rakyat mula celik mata tentang apa yang dilakukan oleh pemeras ugut dan pemeras keringat rakyat sabah ini. walaupun mereka berselindung di sebalik syarikat besar dan kaya raya sementalahan rakyat berjuang dengan titisan keringat panas terik mentari untuk mencari sesuap nasi guna membayar kos guaman membela hak mereka.Namun syarikat besar dan rakus ini jangan lupa,bahawa kezaliman dan penindasan itu tidak akan dibiarkan. Setiap abad akan lahir pejuang untuk membela golongan ini.

Laporan berikut adalah berkaitan :

KOTA KINABALU: The Kampung Sukau people were disappointed with the Federal Court on 21.02.2012 for refusing to invoke their inherent powers under rule 137 of the Federal Court Rules 1995 to set aside a court order obtained by Campo Sdn Bhd to evict them. 

They were represented by Ken Yong, a practising lawyer,outspoken on NCR and land rights and Borneonisation cases, he is also Sabah Progressive Party (SAPP) Supreme Councillor (picture - second from left)

Campo Sdn Bhd whose director is Nasir Yeo, a well known crony of Musa Aman claimed to have purchased the land where Kampung Sukau is located from a group of land applicants (picture - group from Kg Sukau at the KK High Court accompanied by SAPP members). 

The company then obtained a court order from the High Court to evict the Kampung Sukau people from the land where they have cultivated and lived for more than 20 years. 

However, the Kampung Sukau people discovered later that the land applications by the said group of land applicants had actually been rejected by the Lands and Survey Department. Some of the applicants from the said group had even passed away and their descendants claimed to inherit the 'land applications' as heirs. 

The sale and purchase agreements entered into between the original applicants or heirs and Campo Sdn Bhd stated that Campo Sdn Bhd bought their 'land applications' and not the title. 

It was also discovered that the so-called heirs did not even apply from the Syariah Court for letters of administration to claim their inheritance over the 'land applications'. 

With all the questionable facts happening in the case, the Kampung Sukau people who entered the land with the permission and knowledge of the assistant collector of the Kinabatangan land office after applying for the land from the State Government believed that the company managed to get hold of the title and claimed ownership because of the political abuse of Nasir Yeo and the Sabah State Government. 

The land has been charged to banks for millions of ringgit and some tycoons have now lodged a caveat over the Kampung Sukau land presumably in the process of transferring the said land from Campo Sdn Bhd to them.



Perhimpunan Hijau 2.0 yang diadakan di Kuantan berikutan bantahan terhadap projek berisiko tinggi LYNAS yang dikatakan menyebabkan pancaran radioaktif turut mendapat liputan media antarabangsa. Kelapamawar sempat memetik laporan BBC News :


Malaysian protest over rare earths refinery plan

People living near a planned refinery for rare earth elements in Malaysia have held a demonstration to try to halt its construction.

The protesters in the eastern city of Kuantan say there is a risk of dangerous radiation from the plant.

The refinery will process precious metals used in the production of mobile phones and flat-screen TVs.

Regulators insist that the plant will pose no health risk to people living in the area, in Pahang state.

However the BBC's Jennifer Pak in Pahang says few people believe the Malaysian government could handle a radioactive disaster.

The protest - dubbed Green Gathering 2.0 - began in a carnival atmosphere with people dressed in green and beating drums. More than 2,000 people took part.

Last month shares in Lynas surged after Malaysian authorities granted it a licence to operate the refinery.

Once it is completed, the plant is expected to be one of the biggest sources of rare earth elements outside China.

China is currently the biggest producer, with more than 95% share of the global market.

Global demand for rare earth metals has tripled over the past decade.

However, China has imposed a production cap and said it will cut exports of the materials, prompting accusations that it is trying to manipulate prices.

Sunday, February 26, 2012



Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan hal Ehwal Pengguna , Datuk Herbert Timbun Lagadan yang juga ADUN N 7  KADAMAIAN Kota Belud dibidas atasa kenyataannya mengenai isu NCR dan FMU ( Unit Pengurusan Hutan. Wakil Rakyat PBS itu dalam satu kenyataannya mendakwa kebanyakkan isu NCR yang berlaku di Sabah sekarang ini adalah disebabkan oleh polisi mantan Ketua Menteri sistem penggiliran di Sabah yang juga Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee.

Kenyataan itu mendapat perhatian dari Pemuda SAPP seperti berikut:




KOTA KINABALU: Pemuda SAPP berkata, adalah lebih baik bagi Naib Presiden PBS Datuk Herbert Timbon Lagadan meminta Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman memansuhkan program Unit Pengurusan Hutan (FMU), daripada membuat tuduhan secara membabi-buta.

Ketuanya, Edward Dagul berkata, jika Edward benar-benar percaya FMU itu menjejaskan hak anak negeri untuk memiliki tanah maka beliau seharusnya berani untuk menyatakannya kepada Ketua Menteri, dan bukannya menuduh Datuk Yong Teck Lee (Presiden SAPP) melakukan kesalahan.

"Herbert nampaknya telah lupa yang beliau menjadi sebahagian daripada pentadbiran sekarang yang bukan sahaja mengekalkan program FMU tetapi juga, melihat daripada apa yang telah dilaporkan dalam media, bersikap positif terhadap program tersebut,” katanya, dalam satu kenyataan.

Edward mengulas laporan muka depan akhbar ini yang menyebut Herbert sebagai berkata, banyak isu tanah di Sabah, termasuk Hak Adat Anak Negeri (NCR) yang dihadapi rakyat sekarang ini adalah kesan daripada pewujudan FMU semasa Yong menjadi Ketua Menteri.

Herbert juga berkata, persepsi orang ramai bahawa pewujudan FMU itu merupakan satu bentuk penyalahgunaan tanah mempunyai merit dan kebenaran, sambil menambah Yong tidak boleh menafikan begitu sahaja yang tiada tanah adat dan kampung yang terperangkap di dalam kawasan FMU itu.

Edward berkata, Musa, Ketua Menteri sekarang, juga pernah sebelum ini menekankan yang program FMU itu penting dan untuk rekod “(beliau) memuji kejayaan program FMU di satu majlis rasmi di Sandakan pada Mei tahun lalu."

"(Jadi), jika program itu begitu buruk, kenapa Musa tidak menghapuskan sahaja program tersebut,?" dakwa beliau.

“Nampaknya Herbert cuba mengalihkan pemikiran rakyat daripada fakta yang tidak ada seorangpun daripada PBS yarg mengulas kenyataan Peguam Negeri mengenai status Hak Adat Anak Negeri (NCR), yang telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan rakyat tentang pendirian Herbert terhadap perkara itu? Adakah beliau bersetuju dengan kenyataan Peguam Negeri mengenai kesahihan status NCR itu?"

Edward juga bertanya kepada Herbert sama ada beliau ada membaca dan memahami Perjanjian Pengurusan Lesen Hutan Mapan (SFLMA) di mana dalam klausa 23 dan 24 perlindungan hak dan keistimewaan anak negeri atau "komuniti hutan" jelas dinyatakan.

Program itu berhasil dan punca timbulnya masalah itu adalah 'kegagalan para pemegang lesen sekarang mematuhi terma di bawah SFLMA, katanya.


Sebelum ini penulis politik nasional Musli Oli dalam tulisannya di blog sekali ketuk, mempersoalkan hasrat dan niat Dr. Jeffry Kitingan dalam memperjuangkan politik. Sambil menyifatkan perjalanan politik Dr Jeffry itu sebagai "the Most colourful", adik kepada Presiden PBS itu didakwa oleh musli Oli sebagai bercita-cita mahu menjadi KETUA MENTERI SABAH dan kalau itu menjadi kenyataan beliau akan menjadi KETUA MENTERI Sabah yang ke-14, kata Musli Oli dalam tulisannya APA AGENDA DR JEFRY, 20 PERKARA,ROYALTI MINYAK ATAU KETUA MENTERI?. Boleh diikuti di sini : AGENDA DR JEFRY.

Nampak gayanya kebimbangan dan dakwaan Musli Oli itu berasas apabila abang kepada Dr Jeffry Kitingan iaitu Tan Sri Joseph Kitingan membongkar isu ini di Keningau. Dr Jeffry Kitingan bukan sahaja disifatkan sebagai keras kepala tetapi juga dikatakan bercita-cita menjadi Ketua Menteri Sabah.


KENINGAU :Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menyifatkan adiknya Datuk Dr Jeffrey Kitingan ‘keras kepala’ dan ‘keras hati’ kerana sanggup tidak mengendahkan nasihat abang kandungnya sendiri.

Katanya, beliau (Jeffrey) lebih percaya cakap orang lain yang tukang kipas dan tukang angkat kaki daripada abangnya sendiri.

“Beliau berhak berjuang dalam politik tetapi kita nampak perjuangannya tidak ikhlas untuk rakyat,” katanya.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Ahli Parlimen Keningau, berkata perjuangan adiknya itu tidak konsisten kerana tidak mempunyai wadah perjuangan yang sebenar. Perjuangannya hanya kepentingan peribadi.

“Beliau telah diberi peluang dilantik Senator dan Timbalan Menteri di peringkat Persekutuan tetapi dia keluar dan bertanding menentang Datuk Dr. Maximus Ongkili di kawasan Kota Marudu pada suatu ketika dahulu,” semasa berucap merasmikan penutupan Majlis Penerangan Penerangan Perdana Peringkat Zon 4 Keningau, Ranau, Tenom dan Pensiangan di dewan masyarakat di sini hari ini.

Pada waktu itu dia tidak dengar nasihat saya sebagai abangnya maka saya berkempen untuk Dr. Maximus dan dia (Dr. Jeffrey) tewas,” jelas Pairin.

“Sekarang pun dia (Dr. Jeffrey) mahu lawan saya pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) di Parlimen Keningau. Ini membuktikan bahawa dia benar-benar tidak menghormati saya kerana semata-mata memperjuangkan kepentingan peribadi,” kata Pairin.

Yang amat menyedihkan kata Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) itu, ialah Dr. Jeffrey memberitahu penyokong-penyokongnya bahawa saya mahu bercuti enam bulan untuk memberi peluang kepadanya.

“Ini adalah satu pembohongan yang dilakukan oleh Dr. Jeffrey terhadap abangnya sendiri.
Penyokong-penyokong Dr. Jeffrey melemparkan fitnah dalam laman sosial Facebook yang kononnya saya mengatakan bahawa beliau (Jeffrey) sudah jadi mendiang. Ini adalah fitnah yang besar,” tegas Pairin.

Justeru itu, kata Pairin, rakyat perlu berhati-hati dan jangan terpengaruh dengan kata-kata Dr. Jeffrey dan penyokong-penyokong kerana sanggup bercakap apa saja dan membangkitkan isu-isu yang sebenarnya boleh dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN).
Tambah Pairin, Dr. Jeffrey memang pandai bercakap seperti juga Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mahir mengemukakan hujah-hujah yang mencuit hati tetapi perjuangan mereka adalah semata-mata untuk mahu menjadi pemimpin nombor satu.

Katanya, Anwar bercita-cita ingin menjadi Perdana Menteri dan begitulah juga cita-cita Jeffrey yang mahu jadi Ketua Menteri,” kata Pairin.

“Selama lebih kurang 30 tahun, saya tidak menimbulkan semuanya, tetapi ini kali saya timbulkannya supaya rakyat tahu apa sebenarnya perjuangan Jeffrey,” kata Pairin.
Pada masa ini, katanya, Jeffrey melaung-laungkan pakatan Borneo yang menggunakan parti STAR sebagi topeng perjuangan.

“Jika mengikut Perlembagaan STAR, ia tidak boleh mengembangkan sayapnya di Sabah. Ini bererti parti yang ditubuhkan di Sarawak itu tidak sah dikembangkan di Sabah dan boleh dianggap haram,” jelas Pairin.

Lebih kurang 2,000 orang terdiri dari pemimpin-pemimpin parti komponen, pemimpin-pemimpin masyarakat dan ketua-ketua jabatan hadir pada majlis itu


Belumpun mana-mana pihak di kalangan parti pembangkang baik dari PR ataupun parti tempatan membuat pengumuman mengenai pembahagian kerusi pada PRU 13, Parti SAPP bertindak lebih awal dengan Presidennya Datuk Yong Teck Lee membuat kenyataan bahawa SAPP akan bertanding di 40 kawasan di Sabah pada PRU 13 akan datang. SAPP yang dilihat mula hilang taring dengan kekalahan Datuk Yong Teck Lee di PRK Batu Sapi sebaliknya tidak menunggu parti pembangkang lain untuk mengagihkan kerusi demi menumbangkan BN di Sabah.

Katanya, rakyat harus memberikan mandat kepada parti tempatan itu membentuk kerajaan baru.

"SAPP dalam tempoh dua tahun akan memastikan kaum bumiputera khasnya Kadazandusun dan Murut (KDM) di luar bandar yang memohon Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) akan diluluskan dan diberikan geran NT.



"Kerajaan Sabah tidak perlu meminta kerajaan pusat membantu kerana kami boleh mentadbir dan membaiki pendapatan ekonomi Sabah termasuk royalti minyak," katanya di majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Batu 1, di sini, Selasa lepas.

Turut hadir ialah Pengerusi CLC Bingkor merangkap Pengerusi Penganjur, Richard Lee Puan Hiam, Naib Presiden SAPP merangkap Pengerusi Zon Pedalaman dan CLC Liawan Datuk Frankie Chong Yu Chee, Naib Presiden SAPP merangkap Bendahari Agung SAPP Duli @ Dullie Bin Marie, Timbalan presiden SAPP merangkap Pengerusi CLC Inanam Datuk Eric Enchin Majimbun dan Pengerusi Jawatankuasa Manifesto Induk SAPP Datuk Hj Mohd Noor Mansoor dan juga pemimpin-pemimpin SAPP pedalaman.

Sementara iru, pada majlis berasingan di TENOM, Yong menolak tanggapan umum bahawa program Forest Management Unit (FMU) yang ditubuhkan sekitar 1998 sebagai satu penyalahgunaan tanah yang tidak memberi manfaat dan terpesong kepada tujuan asal FMU.

"Sebenarnya, semasa saya menjawat jawatan Ketua Menteri, kita mengkaji kesesuaian tanah simpanan kelas dua yang bekas dibalak supaya dipulihara dan diletakkan di bawah pengawasan FMU untuk memberi peluang kepada rakyat yang tidak bertanah menerokai kawasan ltu.

"Tujuan kita untuk membantu membina semula kekayaan mereka dan bukan mengaut kekayaan rakyat," katanya di majlis penerangan dasar reformasi tanah dan pelan perancangan ekonomi di perkarangan Hotel Perkasa, di sini, malam Selasa lepas.

Bekas Ketua Menteri itu turut mempertikaikan pemberian geran komuniti atau geran komunal kepada rakyat di mana ianya merugikan rakyat.

"Mereka diberi geran panjang... letakkan nama-nama pemiliknya tanpa mengira asal usul mereka dan selepas itu segala usaha penerokaan dan penanaman sudah ada syarikat gergasi yang dilantik kerajaan untuk mengusahakannya. Manakala rakyat... sekadar menjadi penonton," tegasnya.

Sementara itu, berhubung persiapan menghadapi PRU-I3 Yong berkata, rakyat perlu diperjelaskan hala tuju SAPP.

Beliau menggesa jentera pilihan raya di setiap bahagian dikemaskinikan dan mampu digerakkan pada bila-bila masa.

Katanya lagi, beliau yakin kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu ditumbangkan sekiranya jentera parti kukuh dan lebih bersedia menghadapi pilihan raya kelak, sambil menambah, tidak ada keperluan bergabung tenaga dengan parti-parti pembangkang luar Sabah untuk menumbangkan BN.

Pada majlis itu, beliau turut menerima kemasukan ahli baru seramai 80 orang yang diketuai oleh Dzulkifli Gunsika.


Bila membicarakan tentang survival politik Iranun di Kota Belud, kita tidak lari dari menyentuh dua tokoh yang paling banyak menyumbang kepada kelangsungan politik minoriti di pekan koboi itu.Tentunya tanpa ragu-ragu lagi tokoh yang kita maksudkan ialah Pinjaman  Hassin dan juga Tan Sri Pandikar Amin Mulia.Keduanya punya idealisme kepimpinan yang berbeda dan juga punya kredibiliti yang memukau. Apa yang nyata kedua tokoh ini mula 'hilang' dalam arus politik anak-anak muda Iranun yang mahukan, entah apa! selain dari "perubahan" kepimpinan dan juga perjuangan yang mengikut rentak mereka.

Pinjaman Hassin menubuhkan sebuah parti politik iaitu USAP apabila tidak mendapat 'layanan' sewajarnya dari USNO pada waktu itu. Malahan beliau menganggap bahawa USNO di Kota Belud yang ketika itu 'diamanahkan' kepada Annuar Hj. Arshad tidak sangat memberi kedudukan istimewa kepada beberapa pemimpin politik Iranun. beberapa siri pilihanraya yang disertai oleh USAP, gagal mendapat sebarang kerusi dan juga 'kuasa politik' untuk orang Iranun.USAP dibubarkan kemudiannya dan Pinjaman Hassin dikatakan menyertai PEKEMAS yang juga tidak bertahan lama.

Kemudian dalam  era pemerintahan parti BERJAYA, muncul satu lagi tokoh Iranun iaitu Pandikar Amin Mulia.Berkelulusan peguam di luar negara, Pandikar memulakan kerjaya politiknya dengan bertanding di Parlimen P.186 Kota Belud pada tahun 1981 atas tiket USNO tetapi tewas. Kemudiannya bertanding di DUN USUKAN dan menang.Pernah menjadi Presiden parti AKAR BERSATU salah satu parti serpihan PBS tetapi kemudiannya dibubarkan untuk memberi laluan dan sokongan padu kepada parti UMNO yang melebarkan sayapnya di Sabah pada tahun 1991.

 Namun isu  kelangsungan politik Iranun itu kembali 'tergugat' apabila TSP digugurkan pada PRU 12 yang lepas. Walaupun menduduki Jawatan YDP Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar banyak menerima kritikan daripada pelbagai lapisan masyarakat Iranun terutama golongan cerdik pandai dalam suku Iranun. Banyak yang dipertikaikan termasuk rasional kepada pembubaran AKAR dan juta isu pelapis kepimpinan Iranun.

Sejak PRU 2008, masyarakat Iranun mula melihat ke hadapan dalam soal kepimpinan politik mereka. Ada pandangan yang turut menyatakan bahawa keciciran suku itu dalam politik Sabah dan politik Kota Belud adalah atas faktor kerana tidak ada kesinambungan kepimpinan yang terdahulu dengan generasi baru dan berjiwa 'pendesak'. Selepas 30 tahun Iranun berkecimpung dalam dunia politik hanya dua tokoh besar yang saya sebutkan tadi yang mampu dilahirkan oleh suku Iranun ini. Sedangkan desakan dan asakkan untuk melahirkan kepimpinan baru dan besar mendominasi tuntutan politik Iranun di Sabah dan Kota Belud.

Soal siapa yang bersalah? seharusnya tidak timbul kerana perjuangan melahirkan kepimpinan baru bukanlah satu perkara mudah.Sahutan kepimpinan Iranun sewajarnya berbalas.Dan ruang perlu diberikan setuntas mungkin kepada belia yang berminat mengutarakan kepimpinan mereka.Kesediaan dan keikhlasan terus bersambung supaya kepimpinan dan dilema kepimpinan suku ini juga berjaya diselesaikan.

Mungkin cetusan rasa dari saudara Iranun kita ini boleh dijadikan pedoman dalam merangka survival politik Iranun menjelang PRU 13 nanti:

Kalau dikira suku kaum Iranun amat bertua kerana dapat melahirkan Tan Sri Pandikar Amin Mulia seorang politikus ternama dalam arena politik negara dengan kedudukannya sebagai Yang Di-Pertua Dewan Rakyat,
hierarki no. 3 dalam pemerintahan negara selepas Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Walau bagaimanapun, seorang pemimpin akan jadi tua, sakit dan pergi untuk selama-lamanya. Kerana itu, kepentingan untuk mengasuh dan mendidik pemimpin pelapis untuk meneruskan wadah perjuangan politik suku kaum bangsa Iranun amatlah diperlukan.

Apa yang terjadi di antara Tan Sri Pandikar Amin Mulia dengan golongan terpelajar suku bangsa ini tidak nampak keserasian dan adakalanya ada diantara kaum terpelajar ini ingin menentang beliau secara terbuka atau secara senyap.

Soalnya kenapa ini berlaku? Tan Sri Pandikar Amin Mulia mahukan golongan terpelajar ini supaya pergi merapatkan diri kepadanya. Kerana itu, ada juga beberapa orang yang telah mencuba namun akhirnya gagal kerana apa yang mereka katakan cuma yang diperolehi adalah penat lelah dan kalau juga mahu diteruskan nanti anak isteri kebulur kerana hanya jadi "body guard."

Banyak perkara yang harus dipelajari dari Tan Sri Pandikar Amin Mulia terutama bidang politik yang menjadi darah dagingnya amat berguna kepada kaum terpelajar suku kaum Iranun untuk melibatkan diri dalam persada politik negara.

Untuk tujuan itu, semestinya ada kompromi kedua belah pihak antara Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan kaum terpelajar demi kepentingan perjuangan politik suku kaum bangsa ini. Untuk tujuan itu, kenalah yang tua dan penuh pengelaman itu harus dihormati dan disanjung manakala yang muda harus diasuh supaya menjadi pelapis dan penerus perjuangan bangsa..(Marawan Yassin)

Saturday, February 25, 2012



Heboh!heboh! dan heboh seorang pendakwah bebas juga pemimpin kanan PKR ditangkap khalwat dengan isteri orang. Begitu yang dilaporkan oleh media,blog dan fcb. Dr Badrul Amin seorang bekas pensyarah UIA dan pernah bertanding atas tiket PKR di Sabak Bernam, tetapi tewas, kemudian dilantik sebagai ketua penerangan PKR selangor bertarf menteri dilaporkan ditangkap berkahlwat dengan Zati Iwani 28 tahun. Namun demikian dakwaan itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Dr Badrul Amin.

Kenyataan Dr Badrul Amin:

Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.

Dr. Badrulamin Bahron

Friday, February 24, 2012



Saranan CUEPACS supaya kerajaan memberikan kenaikan antara RM700 hingga RM2500 kepada kakitangan awam mengikut gred 1 hingga gred 54 dalam skim SSM sebelum dipindahkan ke skim SBPA terus mendapat sokongan dan dukungan dari pelbagai pihak. Kebanyakkan aktivis sosial dan ekonomi melihat saranan CUEPACS itu berpatutan dalam usaha merapatkan jurang pendapatan gaji dan upah antara pekerja di negara ini.

Hari ini Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar pula menyatakan pendirian dan sokongan ke atas tuntutan CUEPACS itu ,malah menyifatkan PR telahpun mengambil langkah serupa melalui perancangan dalam BUKU JINGGA. Kenyataan Rasmi Naib Presiden PKR itu seperti berikut :


Parti Keadilan Rakyat terbuka dengan tuntutan terbaru CUEPACS agar kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2500 untuk pekerja-pekerja di dalam perkhidmatan awam gred 1 hingga gred 54 menerusi skim yang sedia ada sebelum melaksanakan sebarang pembaharuan menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Di dalam Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat 2012 yang dibentangkan sebelum Bajet 2012 Kerajaan Persekutuan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi komitmen bahawa sekiranya Pakatan Rakyat memegang tampuk kerajaan pusat, gaji minima pada kadar RM1,100 akan dikuatkuasakan buat penjawat awam. Ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 300,000 penjawat awam yang masih menerima gaji di bawah kadar tersebut di bawah skim saraan sedia ada.

Pakatan Rakyat juga komited untuk menyelaraskan tangga gaji perkhidmatan awam secara lebih saksama berikutan pengenalan gaji minima tersebut, selain insentif khas RM500 sebulan bagi setiap guru sebagaimana dijanjikan di dalam Buku Jingga.

Ini berbeza dengan syor awal SBPA yang dibentangkan kerajaan di mana seorang penjawat tertinggi kerajaan di dalam kategori Premier akan menerima sehingga RM80,000 sebulan sedangkan kenaikan pemandu serendah RM1.70 sebulan.

Mengikut maklumat dari laporan 2006 United Nations (UN) Public Administration Network Public Service, Malaysia mempunyai nisbah jurang gaji antara yang tertinggi dan terendah yang paling tinggi berbanding negara-negara jiran, iaitu sekitar 19.5:1. Ini bermakna gaji penjawat tertinggi adalah 19.5 kali lebih tinggi dari gaji pegawai kerajaan yang terendah. Oleh itu, KEADILAN menyeru agar jurang nisbah gaji di antara yang tertinggi dan terendah dirapatkan, dan bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak untuk merealisasikan visi ini.

KEADILAN turut menyarankan agar semakan gaji dimandatkan supaya dibuat setiap 5 tahun, agar kenaikan yang selaras dengan inflasi akan dapat dilaksana dengan lebih mudah dan adil.

Justeru KEADILAN menggesa Perdana Menteri untuk mengkaji syor terbaru yang dibentangkan CUEPACS serta saranan Pakatan Rakyat sebelum ini demi membela nasib penjawat awam.

NURUL IZZAH ANWAR
NAIB PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT

Wednesday, February 22, 2012



Isu kemeruduman nilai Saham Amanah Sabah (SAS) selama 14 tahun sejak krisis kewangan Asia sehingga ke paras 32 sen dijangka akan menjadi isu parti pembangkang tempatan di Sabah menjelang PRU 13. Walaupun dikhabarkan kerajaan negeri telah menambah modal sehingga RM200 juta pada tahun 2007.

Parti Maju Sabah (SAPP) pada Sabtu berkata, Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN) diketuai Umno harus beri penjelasan kenapa Saham Amanah Sabah (SAS) kekal lembap pada 32 Sen seunit.

Exco pemudanya, Clement Lee berkata, setakat 17 Februari, tahun ini, harga setiap unit SAS tidak berubah selepas 14 tahun sejak krisis kewangan Asia antara 1997 dan 1998.

Katanya, kerajaan negeri bercakap mengenai rizab kewangannya sebanyak RM3 bilion.

“( Timbalan Ketua Menteri) Datuk Dr Yee Moh Chai tidak henti-henti menuduh seorang bekas Ketua Menteri sebagai penyebab kepada kejatuhan SAS dari 1997-1998.

“Tetapi kenapa Ketua Menteri sekarang tidak dapat menaikkan semula harga SAS itu kepada nilai asalnya selepas ekonomi pasaran pulih beberapa tahun lalu?" tanya beliau.

Semasa Krisis Kewangan Asia dari 1997-1998 (rujuk www.bursamalaysia.com), katanya, hampir semua harga unit amanah dan saham di Bursa Malaysia (sebelum ini Bursa Saham Kuala Lumpur atau BSKL) telah jatuh secara drastik dan tidak ada satupun yang terlepas dari kesan krisis tersebut.

Krisis itu, katanya, menyebabkan banyak kesulitan dan pengalaman yang mengerikan kepada 50,000 pelabur SAS di Sabah, membuatkan mereka mengalami kerugian atau malah muflis kerana sebahagian daripada mereka membuat pinjaman dengan bank dan yang lain daripada simpanan mereka.

"Jadi soalan saya kepada kerajaan BN Sabah yang diketuai Umno, kenapa semua harga unit amanah seperti Amanah Saham Selangor (Asas). Amanah Saham Johor (ASJ), Dana Johor, Amanah Saham Kedah, Amanah Saham Darul Iman (Asdi) dan saham-saham seumpamanya di dalam Bursa telah pulih kepada nilai asalnya selepas krisis kewangan Asia itu pada 1997 tetapi harga SAS kekal lembap?" soal beliau.

Dengan itu, katanya, SAPP komited untuk menyelesaikan masalah itu yang kerajaan pimpinan BN tidak mampu lakukan, walaupun selepas 14 tahun.

Lee berkata, SAPP akan mengeluarkan Kertas Putih untuk mencari punca kejatuhan SAS dan mendedahkan kebenarannya kepada orang ramai apabila ia membentuk kerajaan negeri akan datang.

"Kami juga akan membantu menaikkan SAS kepada nilai asalnya, atau malah lebih tinggi lagi, kepada nilai yang sepatutnya, " kata beliau.


Kalau rakyat diberikan bantuan BR1M bernilai RM500, maka tidak ada sebab Skim Baru Gaji Kakitangan awam atau SBPA tidak mendukung gagasan kerajaan itu yakni 'membantu' kakitangan awam menikmati gaji dan kehidupan yang lebih baik terutama dalam situasi negara menuju ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020. Justeru itu gesaan CEUPACS yang menuntut kenaikan gaji dalam SSM sebelum berpindah ke skim baru adalah sangat-sangat munasabah.


PUTRAJAYA:Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54. Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 
(RM2,500). 

"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di sini hari ini. 

Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan  selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan  gred. 

"Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun  lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar  tunggakan sebanyak RM500," katanya. 

Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap  Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.  "Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang sudah  lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji. 

"Ini tidak adil kerana bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa  berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji,  sia-sia sahajalah usaha mereka," katanya. 

Omar berkata tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang  di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam  SBPA. 

"Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai  rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs  lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan," katanya. 

Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan  jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan  gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan  disalurkan kepada gred bawahan. 

"Jika tidak boleh juga...apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu  ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru," katanya.-- BERNAMA
Isu pelbagai kepincangan Skim Gaji Baru kakitangan Awam yang diumumkan oleh Najib pada awal Januari lepas dijangka akan menjadi perhitungan besar kakitangan awam di negara ini pada PRU 13 akan datang.CEUPACS yang mewakili 1.3 juta kakitangan awam membuat beberapa perbincangan dengan JPA untuk menyelesaikan isu ini sekurang-kurangnya pada penghujung bulan MAC yakni tarikh akhir Parlimen diramalkan akan dibubarkan.


ISU ini amat sensitif. Ia lebih sensitif daripada isu ladang lembu dan lain-lain. Jika isu ini tidak selesai, jangan diharap pilihan raya boleh diadakan.

Ia membabitkan isu gaji kira-kira 1.3 juta kakitangan awam, yang kesemuanya, termasuk keluarga mereka layak mengundi. Ingat lagi kisah ‘penyapu’ di Selangor? Negeri itu jatuh antara sebabnya kerana penjawat-penjawat awam termasuk DO, ADO sehinggalah ke peringkat peon, begitu marah kerana dihina.

Jangan cari pasal dengan golongan ini. Mereka ialah kumpulan pelaksana dan tulang belakang kepada dasar-dasar kerajaan. Jika mereka marah mereka boleh bertukar warna menjadi Mr. Blue atau Mr. Green seperti dalam watak filem Incredible Hulk. Dan itu amat bahaya.

Dalam hal ini Perdana Menteri sememangnya cukup sedar. Satu tindakan cepat sedang diambilnya. Memang PM sendiri tahu jika isu ini tidak selesai maka Pilihan Raya Umum Ke-13 ini tidak boleh dilaksanakan. Maka itu, YAB PM telah mengarahkan sebuah jawatankuasa petugas khas (task force) semakan semula gaji duduk berbincang dengan Cuepacs mengenai hal ini, setelah Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman sendiri mengamuk.


Setakat ini sudah tiga kali task force ini berbincang. Hari ini sekali lagi rundingan akan dilangsungkan. Kali ini ia akan membabitkan cadangan lima perkara daripada Cuepacs sendiri. Omar akan mengetuai perbincangan itu bagi pihak kesatuan tersebut dengan wakil-wakil dari JPA, Pejabat Peguam Negara, Perbendaharaan dan agensi-agensi lain.

‘‘Kita mahu rundingan ini diselesaikan sebelum 30 Mac ini,” kata Omar kepada saya semalam.

Omar seperti biasa cukup bertenaga. Cakapnya juga cukup tegas. Dalam rundingan itu, beliau diberi tanggungjawab dan kepercayaan oleh kumpulan 54 (pengurusan dan profesional) ke bawah untuk membawa suara dan nasib mereka ke atas.

Kumpulan-kumpulan itu termasuklah: Jawatankuasa khas Gred 54 ke bawah PTD dan Pegawai Tadbir; Persatuan Pensyarah Universiti Profesor Madya Ke Bawah; Persatuan Jurutera Kebangsaan; Kumpulan Doktor-doktor Pakar Gred 54; Kumpulan Anggota Keselamatan Polis; Kumpulan Gred 54 Teknikal selain gabungan Cuepacs sendiri terdiri daripada Kumpulan Pelaksana 1 dan 2.


Struktur perkhidmatan di bawah SBPA terbahagi kepada empat:


* Kumpulan Premier (Strategic and key positions (Turus): KSN, KSU)


* Kumpulan Pengurusan Tertinggi (Jawatan Utama dan Gred Khas: JUSA C, B dan A)


* Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Pegawai Gred 41 hingga Gred 54)


* Kumpulan Pelaksana (Pegawai dengan kelayakan masuk PMR hingga Diploma)


Kumpulan pegawai yang mendapat kenaikan gaji paling banyak ialah kumpulan Premier dan JUSA. Difahamkan semua KSU diberikan opsyen bersara dan seterusnya berkhidmat secara kontrak. Persaraan pula dikira sehingga umur 60 tahun. Ini bermakna semua KSU akan mendapat pencen dan gaji selain daripada faedah persaraan lain seperti gratuiti. Pencen sahaja, mengikut jadual gaji SBPA untuk kumpulan ini akan menjangkau puluhan ribu ringgit. Apakah rasionalnya keputusan ini memandangkan kebanyakan KSU telah pun berada di akhir tempoh perkhidmatan? Gaji kumpulan Premier ini difahamkan sama besar atau lebih besar daripada CEO di GLC atau di perbadanan-perbadanan swasta.


Isu penting SBPA ialah ketidakadilan yang amat ketara dari segi kenaikan gaji. Contohnya kumpulan JUSA C sahaja mendapat kenaikan gaji melebihi RM5,000 dengan peratus kenaikan di antara 57 peratus dan 81 peratus! Sementara kumpulan pelaksana N22 hanya mendapat kenaikan gaji di antara RM100 dan RM200 (ada yang lebih rendah) dengan peratus kenaikan di antara 3.7 peratus dan 7.5 peratus sahaja.

Difahamkan di bawah skim baru ini, Premier 1 akan menerima gaji sebanyak RM60,000 sebulan tanpa elaun; Premier 2 RM40,000 tanpa elaun dan Premier 3 RM40,000 tanpa elaun dan Premier 4 RM35,000 tanpa elaun. Tunggakan pampasan adalah antara RM800,000 dan RM1 juta.

Secara logiknya peratus kenaikan di antara kumpulan tidak boleh terlalu berbeza kerana ia akan meningkatkan jurang perbezaan pendapatan serta mengundang rasa tidak puas hati penjawat awam yang 80 peratus terdiri daripada kumpulan pelaksana.

Ketidakpuasan hati kumpulan pelaksana ini, ditambah dengan keluarga masing-masing, mampu menumbangkan kerajaan.

Sebagai rumusan SBPA telah menidakkan semua usaha kerajaan untuk menonjolkan kerajaan sedia ada sebagai a caring government. SBPA dibuat secara tergesa-gesa, tidak telus dan merupakan the biggest blunder Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam sejarah Malaysia.

Pihak JPA tidak perlu lagi memberi taklimat di sana sini mengenai SBPA tetapi mengakui bahawa SBPA sebenarnya tidak adil, tidak telus dan JPA perlu mengambil langkah positif untuk memperbaikinya.

Adalah menjadi satu tindakan yang bodoh, sia-sia dan akan menjadi bahan ketawa umum dan dunia untuk masih lagi mempertahankan bahawa SBPA merupakan satu sistem saraan yang baik dan mampu membawa negara kepada negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Kerajaan juga perlu mengambil tindakan tegas kepada mereka yang bertanggungjawab (merangka dan meluluskan tangga gaji itu) bagi menunjukkan kerajaan bertegas serta prihatin kepada kesejahteraan semua kumpulan penjawat awam dan rakyat.

Dengan kepincangan SBPA yang tidak masuk akal dan tidak terfikir oleh kebanyakan penjawat awam ini patutkah Kumpulan Premier, di antaranya terlibat secara langsung dalam penggubalan SBPA, dibayar pencen beserta gaji yang sebegitu tinggi?

Sekiranya dikatakan bahawa SBPA disediakan oleh pihak konsultan, maka apakah peranan kumpulan JUSA dan Premier yang merupakan pemegang strategic dan key positions dalam perkhidmatan awam?

Yang mendapat imbuhan maha-besar itu hanyalah kira-kira 4,000 kakitangan berbanding 1.3 juta lain yang sedang marah. Dan difahamkan peruntukan untuk membayar kos kepada 4,000 itu merupakan 2/3 daripada keseluruhan peruntukan untuk kesemua kakitangan kerajaan.

Kita berharap rundingan itu akan mencapai satu kata-putus yang menang-menang. Jika tidak, menurut Omar: ‘‘Ia akan menjadi satu isu yang amat kritikal. Dalam road show kami, kakitangan telah memberi kata dua…''

Kita berharap kata dua itu tidak seperti kata-kata Dr. David Banner sebelum dia bertukar warna menjadi Incredible Hulk: ‘‘...don‘t make me angry. You wouldn‘t like me when I’m angry. (Jangan buat saya marah. Saya tidak akan sukakan saya jika saya marah.)








Pendahuluan..

Lim Guan Eng: 

Pertama sekali saya ingin mengucap terima kasih kepada penganjur kerana melangsungkan debat televisyen ini. Debat televisyen mencipta satu bab yang baru dalam politik demokrasi Malaysia kerana ia merupakan satu sifat penting dalam kemajuan demokrasi. 


Saya berharap mulai hari ini, debat televisyen akan menjadi satu fenomena umum yang lumrah dalam sistem demokrasi Malaysia seperti di Eropah dan Amerika Syarikat. 

Oleh itu saya berpendapat bahawa, apa yang warga Malaysia benar-benar ingin saksikan, adalah debat antara Perdana Menteri Najib dengan Anwar, untuk melihat siapa yang sebenarnya lebih layak menjadi Perdana Menteri. Siapa tidak berani berdebat, jangan harap nak jadi Perdana Menteri! 

Chua ada menimbulkan dakwaan bahawa DAP diperalatkan oleh PAS, tetapi jikalau tuan-tuan dan puan-puan perhatikan, di kalangan orang Melayu, UMNO mengatakan bahawa PAS diperalatkan oleh DAP. Oleh itu, hujah yang bercanggah sesama sendiri ini saya percaya merupakan taktik kotor BN. 


Saya ingin tekankan di sini, parti komponen dalam Pakatan Rakyat, biarpun PAS, PKR atau DAP, kami tidak memperalatkan sesama sendiri, kami hanya bersiap sedia untuk ‘diperalatkan’ oleh rakyat! Pada masa yang sama, kami bukan anti-Melayu, ataupun anti-bukan Melayu, kami cuma anti-kerajaan yang bergelumang dengan rasuah! 


Tema hari ini ‘Adakah Sistem Dua Parti akan menjadi Sistem Dua Kaum’, sebenarnya saya berasa pelik. Kerana, sekarang sudah wujud Sistem Dua Kaum, kami nak menjadikannya Sistem Dua Parti. 


Sistem Dua Kaum ini sememangnya ideologi BN selama ini, sejak kemerdekaan sehingga kini, BN telah membezakan rakyat sebagai Melayu dan Bukan Melayu, ini adalah taktik pecah dan perintah. 


Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pernah berkata, saya utamakan Melayu dahulu, barulah rakyat Malaysia. Adakah ini Satu Malaysia? Ataupun ini Tipu Malaysia? Inilah Sistem Dua Kaum! 

Sebaliknya, Sistem Dua Parti itu berasaskan ideologi, idealisma dan prinsip, tanpa membezakan kaum kerana kita semua adalah rakyat Malaysia. 

Dalam BN, UMNO hanya menjaga orang Melayu, MCA hanya menjaga orang Cina, MIC hanya menjaga orang India, Gerakan itu… tak tahulah dia menjaga siapa.. Itulah BN yang ‘kamu jaga kaum kamu, saya jaga kaum saya’, ini adalah sistem Dua Kaum! 

Sebaliknya, di dalam Sistem Dua Parti, kita semua sanak saudara perjuangan, kita menjaga kebaikan antara satu sama lain; setiap warga Malaysia adalah seperti ahli sekeluarga! 

UMNO selalu melaung-laungkan ‘Ketuanan Melayu’. Adakah MCA tidak terlihat, tidak terdengar dan tidak terasa, sebab itulah tidak berani untuk menghalangnya? Justeru itu, kita masih mendengar bahawa orang Cina adalah pendatang, tidak berhak menuntut hak yang saksama di Malaysia. 

PR berlainan dengan BN. Apa yang kita mahu bukan ‘Ketuanan Melayu’, apa yang kita mahu ialah ‘Ketuanan Rakyat’! Anwar bukan sahaja bercakap tentang ‘Ketuanan Rakyat’ di depan orang bukan melayu, tetapi dengan orang Melayu juga beliau cakap yang sama. Saya tidak pasti sama ada pemimpin UMNO berani berhenti melaungkan ‘Ketuanan Melayu’ tetapi menyokong ‘Ketuanan Rakyat’. 

Apabila rakyat ataupun pemimpin PR membongkar penyalahgunaan kuasa atau rasuah dan menyoalkan integriti Polis atau Suruhanjaya Pencegah Rasuah, kami dituduh mencabar institusi Melayu – ini adalah sistem Dua Kaum! 


Rasuah itu tidak mengenali perbezaan warna kulit. Allayarhan Ahmad Sarbaini, pegawai kastam yang terkorban, bukankan beliau seorang manusia? 

Pakatan Rakyat mahu hapuskan rasuah, 
BN mahukan rasuah! PR akan memastikan pemimpin yang jujur dan kerajaan yang bersih, termasuk mengisytiharkan aset, tender terbuka, ini barulah sistem dua parti! Yang paling penting sekali, menangkap pegawai yang benar-benar rasuah, bukan memfitnah Teoh Beng Hock yang tidak bersalah. 

Pihak lawan saya selalu berkata: ‘Kaum lain menjadi kerajaan, Kaum Cina menjadi pembangkang’. Ini salah sama sekali. Sebenarnya, ‘BN MCA menjadi pembangkang, PR DAP menjadi kerajaan’ barulah yang resahkan MCA. 


Bukan sahaja orang Cina yang menyokong PR untuk berubah, orang Melayu pun sama, jika kami tidak dapat sokongan 40% orang Melayu, tsunami politik tidak mungkin akan berlaku. 


Saya percaya, saya pun tidak akan berpeluang berdiri di sini sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Chua pun mungkin tidak berpeluang menjadi Presiden MCA. 

Dalam sistem yang demokratik, sistem Dua Parti perlu peralihan parti pemerintah secara alternatif. Biar BN tumbang jadi pembangkang, biar PR bangkit jadi kerajaan! Jikalau PR tidak memerintah dengan baik, rakyat berhak bertukar lagi selepas lima tahun. 


Ini barulah sistem Dua Parti, peralihan parti pemerintah secara alternatif, barulah rakyat akan ada kehidupan yang baik. 

Soalan daripada moderator:
Moderator: Masyarakat Cina sudah mulai mengalu-alukan sistem dua parti sejak 1980. Jikalau kita menggunakan keputusan 2008 sebagai satu rujukan, undi yang diberi kepada BN dan PR adalah lebih kurang separuh masing-masing. 


Ini menunjukkan separuh rakyat berpuas hati dengan pemerintahan BN, separuh rakyat mempunyai harapan kepada PR. Adakah ini bermaksud sekarang kedua-dua pihak telah mencapai tahap perjuangan dua parti? Macam manakah parti anda memenangi undi yang separuh lagi?

Jawapan daripada LGE: 
Kalau PR berpeluang menjadi kerajaan, dasar kami adalah untuk memberi manfaat kepada rakyat. Sekarang semua harga barang naik, duit tak cukup menampung hidup rakyat, kami hendak meringankan beban rakyat. 


Kalau jadi kerajaan, kami akan memansuhkan toll Utara-Selatan dan Jambatan Pulau Pinang. Kami juga akan meningkatkan royalti minyak daripada 5% kepada 20% bagi Sabah dan Sarawak. 


Lagi, warga emas. Saya tahu, sejak Pulau Pinang memberi warga emas RM100 setiap tahun, BN ciplak, bukan sahaja BN yang ciplak, MCA pun meniru. Jadi, selain daripada berterima kasih kepada Chua, mereka (ahli MCA) harus berterima kasih kepada kerajaan Pulau Pinang jugalah. 


Jika kami boleh mengambil kuasa di peringkat pusat, kami ingin maklumkan warga emas seramai 2.1 juta di seluruh negara bahawa kami janji akan memberi RM1,000 setiap tahun. 


Ini adalah kebaikan peralihan kerajaan secara alternatif. Kebaikannya adalah bahawa parti dinilai berdasarkan dasar atau polisi mereka, kami hendak jadi 'negeri polisi' dan bukan negeri polis. Sekian. 

Jawapan bagi sesi soal jawab:

LGE: Tadi itu Exco Perak Mah Hang Soon kan? Saya rasa kita semua tahu waktu PR menjadi kerajaan di Perak, PR lah yang mulakan inisiatif memberi tanah kepada sekolah, dan juga memberi pajakan tanah kekal kepada penduduk kampung baru dan penduduk miskin. 


Tetapi sejak BN menjadi kerajaan, ini sudah dimansuhkan. Sebab itu, saya berasa anda tidak layak untuk mempersoalkan sesiapa.

Tentang soalan bahawa kerajaan Pulau Pinang memberi janji kosong, saya nak menekankan bahawa kami sudah menunaikan semua janji pilihan raya. 


Tentang kenapa tol Sungai Nyior tidak dimansuhkan, para hadirin harus ingat bahawa itu di bawah bidang kuasa kerajaan pusat.Kami belum mengambil kuasa kerajaan pusat, jadi sabarlah… Bila kami mengambil kuasa kerajaan pusat, sudah tentu kami akan memansuhkannya, termasuk Lebuhraya Utara-Selatan dan Jambatan Pulau Pinang. 


Tetapi, walaupun belum dimansuh, kami sudah membina satu jalan untuk memintas tol Sungai Nyior itu, jadi samalah, tidak perlu membayar tol tak munasabah ini.

Kejayaan Pulau Pinang, saya percaya ia boleh dibuktikan. Selepas Mac 2008, semua orang boleh lihat, sentuh dan rasa perubahan yang berlaku. Di Semenanjung Malaysia, papan tanda dwibahasa dengan Bahasa Cina yang pertama didirikan. 


Papan tanda berbahasa Tamil yang pertama di Malaysia juga terletak di Pulau Pinang. Pulau Pinang pertama kali mendirikan papan tanda berbahasa Arab, juga kerana kejayaan kerajaan PR. 


Kejayaan Pulau Pinang dalam membanteras rasuah pun yang paling terserlah, sehingga kami dapat pujian Transparency International. 


Kalau ada orang yang bersalah, kami tidak akan melepaskannya sebegitu sahaja, tetapi Pulau Pinang yang mempunyai rasuah sifar adalah satu hakikat yang diakui oleh organisasi dunia. Kami tidak makan duit itu memang tidak makan duit. Terima kasih. 

Soal jawab sesama lain:

CSL: Kita dengar polisi yang populis, beri RM100, mansuh ini mansuh itu, adakan anda boleh memberitahu atas persada ini apakah model pembangunan masyarakat dan ekonomi Pakatan Rakyat supaya Malaysia boleh keluar daripada situasi berpendapatan rendah dan mencapai pendapatan tinggi, termasuk menunaikan janji-janji dalam Buku Jingga?

LGE: Saya rasa ini perbezaan antara saya dengan Presiden Chua. Beliau tidak risau kepada isu rasuah, saya pula risau sangat tentang isu rasuah. Kita perlu ada satu kerangka untuk mengurus hal ehwal negara. 


Apakah rancangan untuk membawa pembangunan ekonomi? Saya ingin mengambil model Pulau Pinang sebagai contoh. Ini semua adalah hasil daripada amalan sistem pemerintahan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang mempraktikkan sistem 'wang gandakan wang'. 


Sistem ini menekankan 4 aspek utama iaitu yang pertama, wang kumpulkan wang melalui inisiatif kerjasama antara pihak awam dan swasta dalam menjalankan projek pembangunan. 


Kedua ialah wang untungkan wang. 
Melalui amalan sistem tender terbuka, Kerajaan Negeri berjaya mengurangkan kos pembiayaan. 


Ketiga ialah wang hasilkan wang menerusi pendekatan kreatif dan inovatif. Dan yang terakhir ialah wang jimatkan wang. Sekiranya kita tidak makan wang, sudah tentu wang akan sentiasa ada. 

Oleh itu, dalam 4 tahun berturut-turut ini, Kerajaan Pulau Pinang mendapat keuntungan tiap-tiap tahun dan mampu beri balik duit kepada rakyat melalui Program Warga Emas RM100 setiap tahun, pewaris kepada warga emas yang meninggal dunia akan menerima RM1000 sekali sahaja, malah lahir bayi pun dapat RM200 di bawah Program Anak Emas. 


Semasa Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang, satu sen pun tidak beri, tetapi dengan prinsip ‘wang gandakan wang’ ini, kami memberi manfaat kepada rakyat Pulau Pinang, dan ini sebenarnya dividen anti-rasuah! 


Di samping itu, di Malaysia, saya percaya jika kita boleh membanteras rasuah, dan bukan makin banteras makin rasuah, kita boleh menjimatkan banyak wang dan memberi balik kepada rakyat jelata. 


Inilah janji kami, Pulau Pinang adalah bukti yang terbaik! Jikalau kita berani membanteras rasuah, kita tentu akan perolehi wang. Terima kasih. 


Jawapan bagi sesi soal jawab & penutup, LGE: 
Pertama sekali saya ingin membalas sesetengah tuduhan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak memberi tanah kepada sekolah Cina, saya rasa ini bukan sahaja hendak menipu diri sendiri tetapi juga hendak menipu orang lain.


Ini kerana kami mempunyai bukti, sekolah pun boleh mengesahkan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat telah memberi tanah. 


Jangan lupa, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sekarang memberi peruntukan yang diinstitusikan kepada semua aliran sekolah, selain daripada sekolah Cina, ada lagi sekolah Tamil, sekolah agama rakyat dan sekolah swasta cina. Dulu tidak ada langsung, kini tiap-tiap tahun dapat peruntukan. 

Di sini, saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia, beranilah untuk berubah, kita tidak harus serah diri kepada nasib. Kita berhak menikmati peluang yang saksama. Kita tidak harus melutut untuk minta, kita harus bangkit dengan berani dan bermaruah untuk berubah! 


Kita tidak mahu ditipu lagi, berubah sekarang juga! Tengok, presiden MCA juga sudah berubah, pertama kali berdebat dengan Roket. Tetapi berdebat itu tidak penting, yang penting itu, beranikah MCA cakap ‘Tak Nak’ kepada UMNO? 

Kenapa harus cakap ‘Tak Nak’ kepada UMNO? Kerana UMNO menggunakan sentimen perkauman dan agama, termasuk menyokong PERKASA untuk menghasut dan memecah-belahkan rakyat! 


Kedua, UMNO menyalahgunakan undang-undang yang menyalahi hak asasi manusia. UMNO rasuah, isu Kak Shahrizat dengan Lembu itu hanya ‘tip of the iceberg’. Yang lagi serius itu, dalam 10 tahun yang lalu, sejumlah RM1 trillion wang haram (rasuah) telah dibawa keluar dari negara ini secara curi-curi. Yang ini (RM1 trillion) macam mana kira? 

Seperti apa yang diakui oleh mantan presiden MCA Ong Tee Keat tentang MCA bekerjasama dengan UMNO, dulu MCA sekurang-kurangnya boleh makan semeja baki hidangan UMNO. Sekarang paling baik pun dapat cebis dan sisa roti sahaja. 

Ramai Melayu tidak dapat menikmati pembangunan negara, tidak ada RM250 juta untuk menternak lembu, kerana terlalu banyak “buah-buah yang baik dimakan oleh kroni BN”, rakyat hanya boleh tertunggu-tunggu, makan sisa buah! 

Masalah yang dihadapi masyarakat Cina, saya percaya para hadirin pun tahu, berlonggok-longgok, kita semua tahu apa masalahnya. Selain daripada masalah sijil sekolah swasta (UEC) tidak diakui, sekolah Cina tidak mendapat peruntukan yang mencukupi, guru-guru yang tidak arif berbahasa Cina dihantar ke sekolah Cina, ada juga masalah guru sandaran yang belum diselesaikan. 


Oleh itu kesemua isu peluang yang tak saksama dalam ekonomi dan pekerjaan ini, saya percaya bukan sahaja orang Cina tetapi kaum lain juga menghadapinya. Oleh sebab itu kita harus mengambil peluang ini untuk berusaha dengan kaum lain untuk membawa perubahan. 

Apa yang kita menitikberat sekarang adalah masa hadapan anak-anak kita. Masa depan generasi saya sudah dirompak BN selama 50 tahun ini, jangan biar masa depan anak-anak kita dirompak juga. Oleh itu, kita sedang menunggu peluang untuk berubah. 

Pagi ini sebelum saya datang, saya beritahu anak perempuan saya, kalau ada peluang, saya hendak menjadi suara generasi muda kamu. Saya harap kita ada polisi yang terbuka untuk membolehkan kamu tinggal di sini, jangan berhijrah keluar lagi. Kita hendak menitikberatkan bakat. Ingat, hanya dengan menitikberat, menghargai dan memilih bakat, barulah masa depan Malaysia akan cerah dan makmur. 

Kita lihat Korea Selatan, pada tahun 1970, pendapatan purata mereka hanya USD260 seorang, pada tahun 1970 Malaysia lebih baik, ada USD380. Tetapi sekarang Korea Selatan sudah melangkaui Malaysia, sekarang Malaysia mempunyai pendapatan purata USD7760, manakala Korea Selatan sudah mengecapi USD20,000! 

Kenapa Korea Selatan boleh menjadi negara berpendapatan tinggi, tetapi Malaysia masih terkandas? Faktor terutama ialah Korea Selatan adalah negara demokrasi, ada sistem Dua Parti, ada peralihan parti pemerintah secara alternatif. 


Oleh itu, sekiranya kita mahu berubah, kita mahu Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi, kita perlu ada keberanian untuk bangkit dan berubah, ada keberanian untuk merealisasikan sistem dua parti. 


Jalan ini sememangnya tidak mudah, tetapi saya mahu mengingati semua, kerjasama kami dengan PAS, PKR adalah satu manifesto deklarasi yang bertulis, Ini sudah diumumkan kepada semua, PAS ada ideologi PAS, DAP ada ideologi DAP, tetapi jangan lupa, PAS tidak pernah membunuh walau seorang pun orang Cina. 


Ini realiti, biarlah kita bertabah hati, bertekad untuk berubah, walaupun susah, tetapi demi generasi muda, kita harus sempurnakan jalan perubahan ini! Sekian.