Saturday, January 28, 2012



Baru sebentar tadi dalam wall fcb Datuk Halik Zaman menyatakan bahawa daripada maklumat rahsia berkenaan dengan Mesyuarat MT UMNO semalam telah membuat ketetapan menggugurkan beberapa pemimpin veteran UMNO Sabah daripada senarai calon pada PRU 13 akan datang. Sambil mengingatkan pengunjung fcb beliau bahawa Sabah bukan lagi fixed deposit BN dalam ruangan perbahasan kemudiannya itu, Datuk Halik Zaman juga turut menyatakan bahawa perpecahan UMNO Sabah semakin hari semakin parah.

Berdasarkan maklumat dalaman yang diterima oleh Halik Zaman beberapa nama besar dalam politik Sabah 'akan' digugurkan antaranya ialah Datuk Ghafur Salleh MP Kalabakan yang sebelum ini turut diwar-warkan akan membuat kejutan dalam percaturan politiknya menjelang PRU 13.Nama lain yang turut disebut oleh Datuk Halik Zaman ialah Datyuk Bung Mokhtar Radion ,MP Kinabatangan yang juga sebelum ini pada mission 16 September oleh PKR disebut adalah antara MP Sabah yang akan meninggalkan UMNO dan menyertai PKR. Namun sehingga kini MP Sabah yang lantang di Parlimen itu ,masih menafikan khabar angin berkenaan. Namun populariti Bung Mokhtar dikatakan tercalar apabila mahkamah menjatuhkan hukuman denda atau penjara ekoran tindakannya mengahwini artis Zeete dengan tidak memperolehi kebenaran mahkamah untuk berpoligami.

Selain itu Datuk Hajiji yang dikaitkan sebelum ini sebagai orang Datuk Shafie Apdal juga dikatakan digugurkan. termasuk MP Parlimen Tenom Datuk Raimey Unggi.

33 ulasan :

Anak Sabah said...

Calon yang tidak lagi releven perlulah digantikan oleh calon yang lebih sesuai dan berkelayakan. Mereka yang tidak mampu berkhidmat kepada rakyat perlulah disingkirkan supaya rakyat boleh mendapat pemimpin baru yang boleh memperjuangkan hak mereka.

Anak Sabah said...

Sudah tiba masanya untuk memberikan peluang kepada orang muda untuk mengambil tempat dalam politik, ini tidak bermakna veteran akan disingkirkan daripada parti, mereka yang lebih berpengalaman bolehlah memberikan nasihat dan bantuan kepada orang muda.

Anonymous said...

ini hanyalah khabar angin dan kita belum tau lagi siapa calon pada PRU13 nnti, kita hanya perlu tunggu pada hari penamaan calon nnti.

Anonymous said...

pemilihan calon kena dilakukan dgn teliti, pilih calon yang benar2 berpotensi besar untuk menang.

Hinamori said...

Belum ada pengumuman rasmi mengenai perkara ni. Jadi, tidak perlu buat sebarang spekulasi. Tunggu saja pengumuman.

Kris Jr said...

semua pemimpin harus bersiap sedia menghadapi PRU13.

Paquin said...

Kalau memang patut diganti, terima ja lah kenyataan dan pastikan pengganti itu nanti hebat juga.

Paquin said...

Siapapun yang bertanding nanti pastikan sudah bersiap sedia dan bertandinglah secara adil.

Paquin said...

Menang kalah tu lain ceritalah... Yang penting calon yang menang itu haruslah calon yang terbaik.

Paquin said...

Bagaimanapun tak perlulah kita terlalu percaya dengan sebarang info yang belum tahu sejauh mana kebenarannya.

Paquin said...

PRU13 pasti akan berlangsung tak lama lagi so kita tunggu hari penamaan calon dan pasti kita akan tahu betul ka tak apa yang dikatakan dalam artikel ni.

Hamdan Hadillah said...

Datuk Hajiji digugurkan??Inilah dia permainan PR sama seperti khabar angin dimainkan untuk Datuk Lajim.

Hamdan Hadillah said...

Datuk Hajiji rasanya masih relevan untuk penduduk Sulaman. Beliau masih yang terbaik tidak seperti apa yang dinyatakan dalam artikel ini.

Bujang Senang said...

Ini cuma rekaan yang dibuat oleh pembangkang sendiri. Tidak ada pun kata-kata dari PM mengatakan mereka ini digugurkan. Sedangkan mereka telah memberikan yang terbaik untuk penduduk Sabah.

Anonymous said...

Jika mereka digugurkan sekalipun, pasti calon yang dipilih untuk menggantikan mereka lebih baik daripada mereka. Politik pun ada pasang surutnya.

mike said...

belum tentu lagi...lebih baik kita tunggu pengumuman rasmi dari pucuk pimpinan UMNO sendiri..

mike said...

yang pasti UMNO hanya akan mencalonkan winnable candidate untuk menghadapi pru13..jadi kalau ada yang digugurkan itu, bermakna mereka bukan calon ideal bagi UMNO..

kamilla said...

Calon yang tidak tahu buat kerja harus digugurkan. Banyak yang lebih berkelayakan.

kamilla said...

Mungkin betul juga, sudah tiba masanya untuk muka baru bertanding. Bagi peluang kepada orang baru yang berkelayakan.

kamilla said...

Tapi ini semua hanya khabar angin sahaja, kita tunggu saja keputusannya nanti.

nickko said...

hebat Halik Zaman.. sampaikan maklumat rasiah pun dia boleh tahu.. begini la agaknya pemimpin2 PKR.. sebelum ini ada pemimpin mereka yang mengatakan kononnya pilihanraya akan dilakukan dalam bulan November ''berdasarkan maklumat orang dalam''.. sampai masanya tidak ada apa2pun yang berlaku..

nickko said...

kalau betul la apa yang halik zaman cakap.. akur saja la.. saya tidak kisah siapapun calon yang bakal diketengahkan.. saya lagi suka jika semuanya ditukar dengan muka2 baru..

zam said...

pelbagai spekulasi akan timbul bila mau dekat pru ni.

zam said...

apa khabar angin seperti ini tidak perlulah dipercayai kerana sumber berita ini pun tidak diketahui.

zam said...

lebih baik tunggu saja sehingga tiba masanya baru kita tahu siapa yang dicalonkan dan siapa tidak.

zam said...

sebaiknya semua pihak fokus terhadap tanggungjawab kepada rakyat..itu lebih penting.

No name said...

Calon yang berbakat harus diberi keutamaan untuk bertanding. Semog acalon muda diberi peluang juga.

No name said...

calon yang menang harus bertanggung jawab untuk memberi yang terbaik kepada rakyat.

No name said...

Adakah betul Hajiji digugurkan? Sudah mengesahkan?

No name said...

Pembahagian kerusi harus diuruskan dengan bijak juga.

No name said...

Pembahagian kerusi harus diuruskan dengan bijak juga.

No name said...

Masing-masing membuat isu dan menimbulkan topik yang merosakkan imej antara satu sama lain.

Anonymous said...

Hai.. Sobat semua yg lg demen main judi togel, nih ada solusi yg tepat and akurat..
Krna sy udah buktikan, kalau sobat mau tau info lebih lanjut Call aja Mbah Suro atau Eyang Suro di nmr 082354640471 di jamin deh brankas bandot pasti jebooll... Thanks sobaattt