Saturday, January 21, 2012

Bukan sahaja parti dan orang peseorangan yang menyokong UMNO/BN yang  PENASARAN dengan perkembangan politik di daerah di mana UMNO Sabah mula bertapak ini ,parti dan penyokong pembankang juga mula dilanda demam angau,lebih-lebih lagi dalam soal pengangihan kerusi pilihanraya. Banyak sudah kedengaran bomoh-bomoh pilihanraya serta ahli nujum mula meramalkan, bulan Mac ini pasti PRU 13 akan berlangsung. kes Liwat II Anwar Ibrahim yang dirayu oleh peguam negara tidak ada kena-mengena dengan orang Kota Belud menjadi penasaran kali ini. Sebut apa sajalah perkembangan terkini politik tanah air, ia tidak akan lari dari bibir orang Kota Belud. Inilah indahnya daerah ini, saban waktu ,baik di kedai kopi dan warung kampung, atau di Restoran Pencarian bersama, Restoran Mayang Sari sehingga ke KFC pun pun cerita benda yang sama.



Penglipura lara ini dalam cerita wayang kulitnya akan mula mencongkak calon perti pembangkang di kota Belud. Antara yang paling menon jol namanya ialah Musli Oli yang dikatakan melobi untuk bertanding di DUN Usukan. Sementara itu , Shukor Abd. Mumin, mantan ketua pemuda UMNO KB yang kini berada di gelanggang pembangkang juga diwar-warkan akan bertanding di Parlimen Kota Belud. Manakala di DUN TEMPASUK, Awang Laiman akan sekali lagi diturunkan untuk menentang Datuk Musbah Jamli.


30 ulasan :

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

Jika Ag Laiman masih dicalonkan di DUN Tempasuk. Berita baik kpd penyokong PKR dan Pas disitu.

Ada kebarangkalian Ag laiman berpeluang untuk menawan DUN Tempasuk.

Percaturan yg bijak jika Sdr Musli melobi jadi calon untuk DUN Usukan.
Sdr Musli yg ada kaitan darah Iranun, tentu mempunyai harapan menjadi wakil rakyat DUN Usukan.

Hj Mohd Shukur mantan KPemuda UMNO tidak boleh disangkalagi,pengaruh Sdr Mohd Shukur masih kentalagi dalam hati penyokong hingga kini.
Persaingan hebat jika Sdr Mohd Shukur bercadang bertanding di Parlimen KBelud.Kemenangan mungkin akan berpihak kpd Sdr Mohd Syukur jika calon masih di import dari luar KBelud. Jika DT Salleh yang dicalonkan, org bilang siapa cepat dia dapat. Siapa bergerak senang dia menang. Siapa berlangkah salah dia tetap kalah.

Kris Jr said...

tidak perlulah guna bomoh2. Buang masa, tenaga dan duit. Lebih baik bersiap sedia untuk menghadapi PRU13 yang bila2 masa akan diumumkan.

Hinamori said...

apa mahu bising pasal Musli Oli lagi. Dia sudah jadi penolong ketua penerangan PKR negeri. Biarlah dia jddi Katak

DorianG said...

This is even better than the gossi column. So many 'cerita kedai kopi'...

But honestly: to what benefits dies these so called speculations? To fill in the time?

DorianG said...

I think we just let this matter takes its course.

Anonymous said...

orang Kota Belud mmg gila politik, mana2 saja cerita politik.

Anonymous said...

ada kedengaran Musli OLi takkan ikut bertanding.

Hinamori said...

sekarang semua sibuk pasal PRU13.sebab banyak cerita boleh dikutup.

mike said...

namun yang menentukan menang atau kalah ialah pengundi..

mike said...

BN harus memilih calon mereka untuk kb dengan berhati-hati kerana isu2 yang membebankan rakyat seperti isu empangan masih lagi hangat.

mike said...

apa2 pun kita tunggu dan lihat..

Anonymous said...

Kehangatan PRU13 semakin dirasakan. Tapi belum ada tanda2 pengumuman rasmi PRU13. Baik semua parti bersiap sedia dengan jentera p/raya masing2.

Bujang Senang said...

Bermacam-macam khabar angin mula kedengaran buat masa sekarang ini mengenai calon yang akan diletakan tidak kira pembangkang mahu pun Kerajaan BN.

Bujang Senang said...

Semakin dekat PRU13 ini semakin hangat pelbagai isu mula dimainkan oleh pelbagai pihak. Maka berikan yang terbaik untuk rakyat bagi memastikan terus mendapat sokongan dari mereka.

Anonymous said...

orang Kota Belud memang kuat berpolitik sebab banyak ahli2 politik di sana. saya pasti penduduk KB juga semakin matang dalam menghadapi semua perkara yang berbaur politik. jika keadaan dan pemimpin2 di KB sekarang tidak begitu baik, pilihan terletak di tangan penduduk KB untuk membuat perubahan PRU nanti.

Anonymous said...

apapun, kita tunggu dan lihat situasi sebenar lepas PRU-13.

azman said...

pelbagai khabar angin yang didengar sekarang ini. apa pun, politik memang sukar diramalkan.

azman said...

setiap parti yng bertanding asti mahu meletakkan calon terbaik mereka nanti. apa pun, hasilnya terpulang pada pilihan rakyat.

azman said...

rakyat sentiasa menilai dan memerhati...rakyat akan memilih siapa yang mereka rasakan terbaik.

Anonymous said...

semua pun mula aktif sekarang kerana pru semakin hampir.

Anonymous said...

rakyat KB pasti mampu untuk membuat pilihan yang matang.

Anonymous said...

Rakyat KB tahu siapakah calon yang sesuai untuk mereka.

Anonymous said...

Semua parti memainkan tektik dan strategi masing-masing. Pasti satu saingan hangat di Sabah.

Anonymous said...

Janjimanis tidak berfungsi lagi di KB, rakyat di sini makin matang dan pandai.

Anonymous said...

Banyak desas desus pasal melompat parti dll. Semoga PRU dijalankan dengan bersih dan transparent.

Anonymous said...

Isu empangan harus diselesaikan. WR harus memahami masalah dan keperluan penduduk.

kamilla said...

Macam2 khabar angin keluar mau dekat PRU ini.tidak tau boleh di percayai atau tidak.

kamilla said...

Namun ini semua terletak di tangan rakyat untuk memilih.

kamilla said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

peluang mungkin ada jika pembangkang dapat mengelakkan perpecahan undi..