Thursday, February 16, 2012

Pemimpin muda Sabah dari parti UMNO yang begitu 'lantang' mengkritik dasar-dasar PR di Sabah, termasuk janji-janji yang termaktub di dalam Buku Jingga. Ahli Parlimen Kota Belud, YB Datuk Rahman Dahlan yang sebelum ini mempersoalkan isu Borneosasi yang cuba diperjuangkan oleh segelintir politikus Sabah, kerana menurut mantan setiausaha Pemuda UMNO Malaysia itu, Isu Borneosasi sebenarnya telah selesai apabila beberapa jawatan dalam jabatan kerajaan di sabah telahpun disi oleh orang Sabah yang berkelayakan.

Tidak cukup dengan itu, Rahman Dahlan dalam blognya mempertikaikan hasrat Anwar yang ingin menaikkan royalti minyak dari 5% kepada 20% apabila PR berjaya membentuk kerajaan selepas PRU13 kelak. MP Kota Belud itu berkata bahawa Anwar perlu secara jujur memberikan 'jaminan' bahawa peruntukkan ke atas Sabah tidak aka dikurangkan apabila royalti dinaikkan kepada 20%.

"Saya mengingatkan pembangkang bahawa Sabah menerima peruntukan terbesar Kerajaan Pusat menerusi Rancangan Malaysia dan Belanjawan tahunan secara konsisten. Sebagai contoh, Sabah menerima RM20.3 bilion sepanjang pelaksanaan RMKe-9 daripada peruntukan keseluruhan RM230 bilion, selain mendapat RM10.7 bilion daripada RM98.5 bilion menerusi Pelan Pusingan Pertama RMKe-10. Kedua-duanya adalah peratusan tinggi buat Sabah."

Kebimbangan saya ialah, walaupun Anwar mahu menaikkan royalti minyak, tiada jaminan peruntukan Sabah tidak akan dikurangkan, baik menerusi Belanjawan 2013 mahu pun RMKe-11 nanti.

Jika itu keadaannya, dana Sabah tidak akan berubah atau berkemungkinan menjadi lebih teruk jika Anwar mengurangkan peruntukan tahunan Kerajaan Pusat kepada Sabah! Sebab itulah saya meminta jaminan tetapi tiada seorang pun Ahli Parlimen pembangkang bangun untuk menjawab persoalan yang saya bangkitkan."


Kenyataan Penuh Rahman Dahlan:

Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor akan menaikkan royalti minyak Sabah daripada 5% kepada 20%.



Enggan mengalah, pemimpin pembangkang lain seperti Datuk Dr Jeffrey Kitingan pula menjanjikan 50%. Bagaimanapun, untuk menzahirkannya, Dr Jeffrey perlu bergantung kepada sokongan Anwar jika dan apabila beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sebagai Ahli Parlimen dari Sabah, saya tidak mempunyai alasan untuk menolak cadangan itu kerana Anwar mahu memberi lebih banyak dana buat Sabah. Tetapi benarkah begitu?

Malangnya, saya menyedari betapa tidak telusnya Datuk Seri Anwar dengan cadangan menambah royalti minyak untuk Sabah.

Ketika persidangan Dewan Rakyat tahun lalu, saya bertanya jika Anwar menambah royalti minyak Sabah kepada 20%, apakah beliau boleh menjamin untuk tidak mengurangkan peratusan peruntukan kepada Sabah menerusi Belanjawan 2013 atau Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) jika pembangkang menawan Putrajaya?

Saya mengingatkan pembangkang bahawa Sabah menerima peruntukan terbesar Kerajaan Pusat menerusi Rancangan Malaysia dan Belanjawan tahunan secara konsisten. Sebagai contoh, Sabah menerima RM20.3 bilion sepanjang pelaksanaan RMKe-9 daripada peruntukan keseluruhan RM230 bilion, selain mendapat RM10.7 bilion daripada RM98.5 bilion menerusi Pelan Pusingan Pertama RMKe-10. Kedua-duanya adalah peratusan tinggi buat Sabah.

Kebimbangan saya ialah, walaupun Anwar mahu menaikkan royalti minyak, tiada jaminan peruntukan Sabah tidak akan dikurangkan, baik menerusi Belanjawan 2013 mahu pun RMKe-11 nanti.

Jika itu keadaannya, dana Sabah tidak akan berubah atau berkemungkinan menjadi lebih teruk jika Anwar mengurangkan peruntukan tahunan Kerajaan Pusat kepada Sabah! Sebab itulah saya meminta jaminan tetapi tiada seorang pun Ahli Parlimen pembangkang bangun untuk menjawab persoalan yang saya bangkitkan.

Untuk makluman, kenaikan royalti bagi Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan dianggar berjumlah melebihi RM10 bilion setahun (harus diingat Sarawak dan Terengganu menghasilkan lebih banyak minyak berbanding Sabah).

Anwar menyedari hakikat bahawa tambahan lebih RM10 bilion yang akan diberi kepada empat negeri pengeluar minyak ini bermakna RM10 bilion perlu diambil daripada peruntukan kerajaan pusat kepada negeri yang tidak menghasilkan minyak di Semenanjung.

Saya tidak fikir Anwar berani memberitahu rakyat negeri berkenaan: "Maaf, saya terpaksa mengurangkan peruntukan anda kerana perlu memberi lebih RM10 bilion kepada Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah!”. Sudah tentu, rakyat di negeri tersebut akan menolaknya. Saya jangkakan Anwar tidak boleh menerima kenyataan itu kerana beliau sangat memerlukan undi mereka untuk menawan Putrajaya.

Besar kemungkinan Sabah akan menikmati royalti minyak lebih besar tetapi di akhirnya, ia juga mungkin mendapat peruntukan lebih sedikit daripada Kerajaan Pusat di bawah pemerintahan Anwar sebagai Perdana Menteri. Perlu diingat bahawa Anwar sebagai Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak menentukan berapa dan siapa yang akan dapat lebih atau kurang peruntukan Kerajaan Pusat.

Setakat ini, beliau belum memberi jaminan ia tidak akan berlaku ke atas Sabah.

Anda dan saya tahu bahawa setiap ringgit yang diberi kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan mesti ada puncanya kerana duit tidak akan jatuh dari langit.

Untuk itu, beberapa negeri mesti mengorbankan bahagian mereka dalam Belanjawan Pusat. Malah, saya jangkakan sesetengah projek di Semenanjung terpaksa dibatalkan. Soalnya siapa dan apa yang perlu dikorbankan?

Atau ada juga kemungkinan Anwar akan mengurangkan perbelanjaan dalam aspek keselamatan, kesihatan, pendidikan, infrastuktur, kemudahan awal, sosial di seluruh negara berikutan perlu membelanjakan lebih untuk royalti minyak.

Anwar mesti menjawab semua persoalan rumit ini supaya difahami dan dapat meyakinkan rakyat.

Harus juga diingat, Anwar mahu mengekalkan subsidi, enggan menaikkan cukai, menentang peningkatan hutang kerajaan dan sekarang ini bercadang mahu menambah royalti. Jadi bagaimana beliau mahu melakukan semua ini dari segi keupayaan kewangan?

Lagipun, rakyat Sabah masih mengingati bagaimana Anwar tegas menolak permohonan demi permohonan Parti Bersatu Sabah (PBS) untuk menambah royalti minyak ketika menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Apakah kini beliau bersedia untuk meminta maaf atas "kesilapan" itu?

Pakatan Rakyat turut menegaskan "penjimatan" atau "kutipan" berjumlah berbilion ringgit hasil usaha pembasmian rasuah dan rundingan semula perjanjian berat sebelah akan digunakan bagi membiayai pertambahan royalti.

Sebagai Ahli Jawatankuasa Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), saya harap mereka berjaya. Sebarang usaha membasmi rasuah mesti disokong dan digalakkan. Saya juga yakin rakyat Sabah berkongsi pandangan itu.

Bagaimanapun, kebimbangan saya bukan berpusat terhadap usaha membasmi rasuah. Ia lebih kepada rasional di sebalik hasrat Anwar untuk menjadikan "penjimatan daripada pembasmian kemiskinan dan rundingan semula perjanjian berat sebelah" sebagai sebahagian daripada unjuran pendapatan kerajaan pimpinannya.

Persoalannya ialah dapatkah Anwar membayangkan jumlah penjimatan tahunan hasil usaha anti-rasuah? Bolehkah beliau membuat anggaran perolehan sedemikian dengan tepat? Apakah wajar untuk menggunakan angka berkenaan bagi merangka Belanjawan Pusat?

Bolehkan Datuk Seri Anwar memaksa syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP) dan pemegang konsesi tol lebuhraya untuk merunding semula perjanjian sedia ada sebaik Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri? Atau mungkinkah beliau berdepan tentangan berpanjangan dan terus-menerus dari syarikat-syarikat berkenaan yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk diselesaikan?

Jika ya, apakah anggaran perolehan Belanjawan akan berkurangan, sekali gus menjejaskan rancangan perbelanjaan termasuk menambah peratusan royalti?

Sejujurnya, saya tidak pernah lihat mana-mana kerajaan di dunia ini menggunakan anggaran "penjimatan daripada rasuah" sebagai asas penyediaan Belanjawan. Pendekatan itu sangat tidak bertanggungjawab manakala Belanjawan pula akan menjadi huru-hara.

Sepatutnya sebarang "penjimatan" berkaitan usaha membasmi rasuah perlu dilihat sebagai perolehan "bonus", dan tidak sepatutnya dimasukkan dalam unjuran pendapatan belanjawan kerajaan. Justeru, sudah pasti wujud kebimbangan apabila Datuk Seri Anwar mengatakan akan membiayai pertambahan royalti daripada "penjimatan pembasmian rasuah".

Pada pendapat saya, Anwar mempunyai dua pilihan. Yang pertama, beliau akan mengurangkan peruntukan bagi negeri bukan pengeluar minyak (Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Wilayah Persekutuan).

Pilihan kedua, beliau memotong peruntukan sektor kritikal seperti pendidikan, infrastruktur luar bandar, kesihatan dan keselamatan di seluruh negara.

Apa pun pilihan Anwar, negeri bukan pengeluar minyak dan rakyat Malaysia secara amnya, perlu mdiberitahu oleh beliau mengenai keadaan sebenar. Saya kira, persidangan Dewan Rakyat bulan depan adalah medan terbaik untuk beliau membuat penjelasan kepada seluruh negara. Jika beliau gagal menyentuh perkara itu, saya sendiri akan melontarkan persoalan ini terus kepadanya.

Sesungguhnya, saya tidak mahu orang Sabah terjebak hanya kerana Anwar menjanjikan bulan dan bintang.

38 ulasan :

85 Territories said...

Dib Worry..
Kalau PR memerintah..
Kalau Peruntukan PR beri ke Sabah berkurang... UMNO Sabah amat kuat untuk menentang di Parlimen nanti.

Insyallah... banyak kursi UMNO/BN akan menangi di Sabah. Ini bermakna, pembangkang dari Sabah ramai nanti untuk menembak PR.

SUARA RAKYAT KUNAK said...

Kalau pun peruntukan besar diberi banyak kepada Negeri Sabah dari Persekutuan, mengapa Negeri Sabah masih lagi dikedudukan Negeri paling miskin di Malaysia, apakah peruntukan besar itu kebanyakan masuk ke A.C Pemimpin BN/UMNO Sabah. BN/UMNO hanya pandai berdolak dalek, banyak peruntukan hanya sekadar nama, masuk dipoket Pemimpin BN/UMNO>

DorianG said...

In his speech during the launching ceremony of Mini Aquaculture Estate Sejahtera Project (Mesej)in Kampung Nala, Tungku(60 from Lahad Datu hari ini), the PM stated that the government has reduced the level of poverty in Sabah from 30,000 to 7,000.

DorianG said...

Even though there are still a significant numbers of people that fall under the 'poverty' category, the PM expressed that the effort to reduced the number to zero is a continuous effort.

DorianG said...

The PM added that the fruits of the National Development Agenda is very clear and effective, which includes "Program Transformasi Negara" citing that the same result will be seen as of those in Kg Nala.

DorianG said...

Coming back to the matter at hand, I believe DARD wish to probe deeper into the PR with respect to the increase of the Oil Royalty have any effect with the annual federal allocation fund for Sabah

Anak Sabah said...

Saya rasa Datuk Anwar perlulah memberikan penjelasan beliau terhadap persoalan Datuk Rahman Dahlan.

Anak Sabah said...

Saya rasa royalti minyak dan peruntukan kerajaan sama-sama penting dan rakyat Sabah berhak mendapatkan kedua-duanya.

DorianG said...

until there a definite respond from PR on this matter, it is advisable to think things thoroughly before any decision can be taken by the people.

DorianG said...

It is a definite fact that the oil royalty issue is a sensitive matter for Sabahans, but lets not jump into the bandwagon until all facts are taken into account

jsiput said...

for the opposition to make promises is easy but to actually fulfil it is the hardest part. Is it even possible to increase the oil royalty from 5% to 20% or even...50%?????

jsiput said...

DARD is right to probe deeper into the PR regarding its plan to have the oil royalty increase to 20%.

jsiput said...

Anwar has no choice but to provide explanation.

mike said...

DSAI mungkin perlu memberi respon kepada perkara ini..

mike said...

kini terpulang kepada rakyat sabah untuk membuat pilihan.

Paquin said...

Telus atau tak, semuanya akan kita ketahui suatu masa nanti.

Paquin said...

Bagi saya pemimpin sekarang ni hanya tahu membidas kenyataan pihak lan... Entah apa hasil yang akan diperolehi hasil pembidasan itu???

Paquin said...

Si Abdul Rahman ni pula cuba jadi hero.. Tapi bagus jugalah, at least si Anwar terbuka juga hati utk bagi penjelasan kan kalau ramai yang tertanya-tanya.

Paquin said...

Soal royalti pula, siapalah yang tak harap ia dapat dinaikan. Jadi usaha demi usaha harus dilakukan supaya isu royalti dapat ditanggani dengan baik.

Paquin said...

Appaun, pandai-pandailah rakyat membuat penilaian terhadap perkara ini.

kamilla said...

rakyat sabah memang mengharapkan agar royalt minyak dapat di naikkan. sepatutnya semua pemimpin bersatu hati.

kamilla said...

Anwar juga perlu memberi penjelasan agar semuanya jelas.

kamilla said...

Masing2 cuba untuk mendapat nama, terpulang kepada rakyat untuk menilai.

Anonymous said...

Anwar perlu perjelaskan apa yang dipersoalkan oleh Rahman Dahlan.

Anonymous said...

Sabah tetap perlukan peruntukan dari persekutuan walau apapun terjadi.

running man said...

Kalau janji politik saja, usahlah percaya atau mengharap sangat jadi kenyataan.

Unknown said...

Boleh percayakah apa yang Anwar katakan? Royalti 20%.. Jangan cakap tidak serupa bikin.

Unknown said...

Anwar tidak berapa best lagi bagus STAR yang mahukan royalti 50% dan pada masa yang sama tidak mahukan peruntukan dari kerajaan. Cuba STAR fikir pada jangka masa yang lama.

Anonymous said...

sudahkah Anwar jawab soalan2 DARD?? jangan asyik tunggu pihak lain yang jawab..

Anonymous said...

kalau Anwar dapat beri jaminan pun, rasanya bila pembangkang ni dapat menawan Putrajaya? sedangkan dalam parti sendiri kelihatan tidak sehaluan dan mengalami keretakan.

Anonymous said...

hispembangkang jangan hanya menabur janji untuk mengaburi mata rakyat terutama dekat2 PRU ni. buat janji ikut keupayaan, silap2 bila jadi kerajaan tiada pun yang dapat ditunaikan kepada rakyat.

Anonymous said...

royalti minyak dan peruntukan kerajaan persekutuan adalah berasingan. kalau royalti minyak naik sepatutnya ia tidak mempengaruhi apa2 ke atas peruntukan yang diberikan dari kerajaan persekutuan.

TuhauBam said...

Tawaran menawar pihak pembangkang hanya untuk keuntungan dan agenda tersendiri.

Hinamori said...

Usaha dalam borneosasikan Sabah harus berterusan.

Nemia said...

He is super rich but I don't think he'll use that for the people.

onong said...

Jaminan apa yang harus Anwar berikan?

Ezef said...

Anwar has nothing to offer for Sabah.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.