Thursday, February 9, 2012


Merasmikan dialog Telupid yang diadakan di Beluran, Speaker Dewan undangan Negeri Sabah yang juga timbalan pengerusi perhubungan UMNO negeri Sabah, Datuk Salleh Tun Said dilaporkan sebagai berkata bahawa beliau berpuas hati dengan tindakan Timbalan YDP Dewan Rakyat Ronald Kiandee yang juga MP Beluran mengadakan dialog rakyat yang melibatkan pegawai-pegawai kerajaan sebagai usaha untuk menyelesaikan kemelut atau permasalahan rakyat. Datuk salleh juga dikatakan akan membuat perkara yang sama di kota Belud dalam waktu yang terdekat ini.

Selain daripada itu Datuk salleh juga mengingatkan agar kakitangan kerajaan tidak mengamalkan sikap "KIV" kepada rakyat.

BELURAN, 9 Feb: Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Salleh Tun Said mengingatkan para pegawai kerajaan jangan sekali-kali memberikan jawapan ‘KIV’ (Keep In View) bagi masalah yang dikemukakan oleh rakyat. 
“Masalah rakyat harus diberikan jawapan jelas supaya mereka faham pendekatan yang diambil kerajaan melalui jabatan dan agensi kerajaan untuk menyelesaikan masalah itu,” katanya.
“Jangan jadikan jawapan KIV yang bermaksud ‘untuk perhatian dan pertimbangan’ yang membawa maksud masalah itu tidak diberi perhatian atau diselesaikan selama-lamanya.
“Menyelesaikan masalah rakyat merupakan tanggungjawab semua melalui kerja berpasukan di antara pemimpin kerajaan dengan pegawai kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan Dialog Telupid di sini hari ini.
Dialog anjuran Pejabat Parlimen Beluran itu mengumpulkan 37 pegawai kerajaan bagi menjawab masalah rakyat yang dikemukakan 26 ketua zon mewakili kampung di daerah Beluran.
Salleh, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, berkata selari dengan pendekatan kerajaan melaksanakan turun padang di kalangan pemimpin, pegawai kerajaan juga digalakkan mengamalkan konsep itu. 
Katanya konsep itu adalah pendekatan terbaik dalam mendengar masalah rakyat dan ia dibuktikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui pendekatan tinjauan mesra untuk mendengar dan menyelesaikan masalah yang dikemukakan rakyat kepadanya.

33 ulasan :

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

Tidak rajin turun ke padang kawasan sendiri. Sejak jadi Ketua Bahagian dan dilantik Tim Pengerusi UMNO Sabah, belum turun ke padang jumpa rakyat KBelud.

Dipetik dari suara KELAPA MAWAR, semalam DSSK turun ke padang bukan kawasanya.

Ini namanya dalam perumpamaan melayu" Suka menyusukan anak kera di hutan, anak sendiri dibiarkan kelaparan", Kesihannn!!!.

Unknown said...

KM,

Saya ingin tanya kemana halatuju kaum USBO hendak dibawa SSK?

Dialog itu lebih sesuai kerana rumpun USBO adalah golongan yang papa kedana dan miskin merempat dalam negeri ini....

Unknown said...

saya harap jangan bangsa saya asyik dijual kerana untuk mendapat kedudukan dan jawatan dalam kerajaan....

skinnerezel said...

yes, there should be more dialogue between the government . They are elected to serve the people

Green Sabah said...

A dialogue to help discuss and resolve the struggles of the people is a good idea. Hopefully it will be implemented successfully.

Green Sabah said...

It is true that a leaders should always go down to the ground to meet the people and listen to their plights. Hopefully all leaders will fulfill their responsibilities to the people.

DorianG said...

Datuk Salleh Tun Said mengingatkan para pegawai kerajaan jangan sekali-kali memberikan jawapan ‘KIV’ (Keep In View) bagi masalah yang dikemukakan oleh rakyat.

- At least for now SSk is putting his words into action right now. Better now than never.

DorianG said...

SSK has followed the initiative taken by the Beluran MP to conduct similar dialogue.

DorianG said...

This would be a good time for the people to engage with them regarding matters that ahas effected them.

DorianG said...

Perhaps when the time has come, some of the commentators here can express their inquiries to SSK directly and gage his response from there rather than just posting it here.

DorianG said...

Hopefully The DIALOG RAKYAT will take place within the near future

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

Menyuruh mengingatkan Pegawai kerajaan supaya tiada KIV.

Kenapa tidak mengingatkan diri sendiri dulu sebelum tegur org lain.

Semudah itu melafazkan kata kata jgn banyak KIV. Tidak semudah itu mengingatkan diri sendiri terlalu banyak KIV, kerana takut turun ke grass root jumpa rakyat.

Pengutbah yang bijak, selalu mengingatkan dirinya sebelum melafazkan nasihat mimbar untuk mengingatkan para jemaah.

Sebagai pemimpin berkalibar, perlu uruskan dulu rakyat sendiri.
Sebagai pemimpin suka cakap besar,
kadang ada masanya terlepas pandang. Akhirnya dalam pru ke-13 bakal menempah tikit kecundang.

Paquin said...

Saya rasa kan, KB lah kawasan yang paling popular setakat ni oo.. hahaha

Paquin said...

Politik ni kan memang bikin hairan. saya sendiri pun curiga apa sudah jadi dengan para pemimpin sekarang yang telampau mahu cari populariti..

Paquin said...

S/ada Salleh ni ada agenda atau sebaliknya, biarlah penduduk di KB buat penilaian sendiri.

Paquin said...

Bagi saya, asalkan untuk kebaikan rakyat tak kiralah siapapun pemimpin itu saya pasti akan bagi sokongan penuh:)

Paquin said...

Apapun, terpulanglah pada rakyat untuk membuat penilaian seterusnya membuat pilihan tepat.

Anonymous said...

dialog perlu diadakan agar pemimpin tau akan masalah yang dihadapi rakyat dan jalan penyelesaian boleh diambil.

Anonymous said...

dialog bukan hanya perlu dibuat di Telupid atau KB, tapi jg dikawasan2 lain.

TuhauBam said...

Dialog rakyat harus dimanfaatkan. Penduduk KB harus tidak mensia-siakan peluang.

TuhauBam said...

Apa2 pun penentuan seorang pemimpin akan ditentukan oleh rakyat setempat. Sokongan rakyat setempat yang akan membuatkan seorang pemimpin handal.

Hinamori said...

dialog rakyat sngat bagus. jangan lepaskan peluang. lepas dialog harus ada tindakan. baru rakyat suka.

Hinamori said...

Undilah dengan bijaksana.

Nemia said...

Really? I thought he is going to publish a blog or something?

onong said...

Pastinya ramai yang akan menjadi pengikutnya.

Nemia said...

Good luck Salleh.

Anonymous said...

Kadang-kadang mengarah orang lain untuk buat sesuatu lagi senang daripada melakukannya sendiri. Renung-renungkan.

Anonymous said...

Cakap biar serupa bikin orang bilang..apa-apa pun, nampaknya macam ramai juga yang mahu debat ini diadakan. SSK, sahut sajalah.

Hamdan Hadillah said...

SSK pasti akan cuba untuk mendekati penduduk Kota Belud itu menyelesaikan pelbagai perkara yang dimainkan oleh Pembangkang sekarang ini.

nickko said...

buat dulu baru war2kan di media.. atau kalau sudah confirm dan tarikh sudah ditetapkan, baru war2kan dimedia..

samm said...

jika dialog ini membantu untuk mendengar permasalahan rakyat dan mencari penyelesaian, ia sesuatu yang baik.

samm said...

kalau dialog rakyat ini berkesan untuk membantu rakyat, kawasan lain juga wajar mengadakannya.

samm said...

setiap pemimpin harus sentiasa berusaha untuk mendekati rakyat dan menyelesaikan permasalahan rakyat.