Sunday, February 5, 2012


Pakatan Rakyat melalui "buku Jingga' menawarkan beberapa pakej buat rakyat Sabah dan sarawak jika Pakatan pembangkang itu berjaya menawan Putrajaya.Beberapa tawaran itu seperti dalam buku jingga adalah antara inti pati perjuangan beberapa politikus Sabah yang inginkan 'kedaulatan' Sabah terpelihara sedpertimana ketika bersetuju untuk menyertai gagasan Pembentukan Malaysia.



Menghormati kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi Persekutuan Malaysia dan perjanjian-perjanjian yang telah dibuat, Pakatan Rakyat komited untuk:

 Mengembalikan autonomi kepada Sabah dan Sarawak sejajar dan dalam kerangka Perjanjian Persekutuan dan Perlembagaan negara.

 Menaikkan royalti dari hasil petroleum dan hidrokarbon dari Sabah dan Sarawak kepada 20% berbanding kadar 5% yang diamalkan masa kini.

 Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

 Memberi tumpuan khusus membawa pembangunan infrastruktur di Sabah dan Sarawak agar setara dengan tahap prasarana yang ada di negeri-negeri lain di dalam Persekutuan.

 Meningkatkan integrasi nasional di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung melalui perkongsian kuasa yang adil dan menepati semangat Persekutuan.

42 ulasan :

Ajin b. Gagah said...

Salam sahabat seperjuangan, Kelapa Mawar semuga ceri-ceria selalu,

Memahami perjuangan Anwar melalui PKR di Sabah, saya rasa apa yang dirangkakan sebagai manefesto dalam Buku Jingga itu ada lah serius.

Dalam masa yang sama keseriusan itu di mantapkan lagi dengan kehadiran lain-lain pemimpin komponen Pakatan Rakyat yang sering melawat Sabah; bukan hanya menabur janji tetapi melihat dan menilai sendiri sejauhmana kah penderitaan rakyat Sabah dalam kes mempertahankan hak-hak yang seakan-akan semakin hari semakin pupus.

Dalam isu yang sama, selain dari (mungkin) mahukan kuasa, parti-parti ' Sabah based' saperti SAPP, STAR dan lain2 juga menceritakan hal yang sama...Hak-hak rakyat di rampas dan ditindas ( Itu kata mereka). Justeru masing2 mahu jadi 'champion' rakyat.

Sejauhmana kah kebenaran isu-isu yang dikatakan, hanya kita sebagai rakyat jelata disini juga yang menentu dan mengadili nya?
Seadanya, kemuncak spekulasi dan stipulasi ini pasti nya akan tercatit dalam sejarah selepas PRU13.

Pada saya, kekuatan PR (melalui janji dalam buku jingga) dan agenda lain-lain parti pembangkang di Sabah bukan lah perkiraan utama.
Tetapi penentuan ada lah terletak pada kemampuan pentadbiran dan perancangan serta strategi percaturan politik BN (selama ini) khasnya dalam;

1)Mengotakan janji-janji yang ditaburkan dalam PRU12 dan sebelum itu (Sabah baru)

2)Usaha dan perancangan yang jelas untuk tujuan membantu rakyat negeri ini dari segi;
i) Kemiskinan ( pemberian BR1M tidak layak dikategorikan sebagai pembasmi kwmiskinan)
ii) Pengaangguran di kalangan belia
iii) memertabatkan hak-hak tanah adat

3)Sama ada pentadbiran kerajaan ( khas nya Sabah) telus, adil dan jelas dalam pengagihan peluang kepada kaki-tangan agensi kerajaan, peniaga2 dan ahli2 koprat

4)Pemimpin yang siap sedia bersama rakyat (selalu turun padang)

5)Dan lain-lain

Sekira nya BN merasakan telah melakukan yang terbaik untuk rakyat, tiada yang perlu diragukan dalam berhadapan dengan PRU13 ini nanti.

Semuga sukses

kelapa mawar said...

salam kembali sdr Solymone..
ma kasih kerana singgah sebentar menumpahkan tinta di blog Km ini..

Tanggapan sdr mengenai PKR di sabah rasanya kita kongsi bersama kerana saya juga yakin bahawa DSAI ikhlas mahu menyelesaikan 'beberapa masalah' di sabah yang tidak sempat beliau selesaikan sblm dipecat dr kerajaan dan dipenjarakan.

Bagi saya, hanya mengubah pucuk pimpinan negara sahajalah harapan bagi rakyat sabah utk mendapat apa yg lebih baik drpd yg diberikan oleh Bn dan UMNO selama ini..

kita di sabah telah beberapa kali menukar kerajaan. zaman PBS kita berada lebih 2 penggal di luar BN..tetapi suara kita tdk didengar..kehendak rakyat dn pimpinan Sabah ketika itu tdkpun mendapat layanan sewajarnya dr kjaan Pusat.

Kini bila rakyat sabah ada pilihan dgn janji buku jingga..adakah patut rakyat Sabah menolaknya? jawapnnya tentu tidak kerana yang diubah adalah pimpinan negara dan kerajaan tentu dasar atau polisi dn pdketana juga akan berubah. Antaranya ialah perubahan bagi Sabah dan ekonominya.

lebih banyak peluang pekerjaan,lebih makmur ekonominya, lebih telus petdbiran( hak tanah adat-dikembalikan) dn macam2 lagi..

selamat berjuang utk saudara..semoga sukses.

Kris Jr said...

Untuk menawan Putrjaya bukan perkara yang senang. Tapi sekiranya PR mampu menawan Putrjays mungkin ramai rakyat akan berjaya kemampuan PR. Tapi kerajaan juga pasti tidak akan membiarkan perkara tu terjadi.

Kris Jr said...

Rakyat adalah kunci segalanya

Anak Sabah said...

Memang sedap mendengar janjian daripada Pakatan Rakyat ini, tapi masih belum kita boleh tahu bagaimana mereka boleh melaksanakan semua janjian ini.

Anak Sabah said...

Diharapkan kerajaan BN yang ingin mendapatkan semua keyakinan rakyat Sabah akan berusaha melakukan yang terbaik untuk kita.

Unknown said...

mmg apa yang dijanjikan oleh pakatan kepada Sabah amat menarik. namun, jgn mudah terpedaya dgn janji2 manis Pakatan. berjanji mmg mudah, nak menunaikan bukanlah mudah.

Unknown said...

janji menarik tidak semstnya hasilnya jg menarik. berjnji mmg mudah tapi nak melaksanakanya bukanlah mudah.

Hinamori said...

It is the norm for opposition parties to make all kinds of promises because they know they are not the ruling party and all their promises remain false promises

DorianG said...

Each to their opinion...the decision is in the hand of the people

Anonymous said...

Tawaran yang diberikan oleh Pakatan untuk rakyat Sabah memang menarik dan jika benar ia menjadi realiti, alangkah bagusnya. tapi, perlu diingat menyatakan janji2 manis seperti itu mudah dan sesiapa pun boleh lakukan. jika Pakatan benar2 dapat menawan Putrajaya, adakah mungkin mereka akn memenuhi semua itu?

Anonymous said...

semua ni terletak pada rakyat Sabah sendiri. pasti sudah banyak pengalaman yang dilalui semasa pilihanraya2 sebelum ini yang boleh dijadikan panduan. semoga rakyat Sabah dapat mengundi dengan bijak pad PRU-13 nanti.

Anonymous said...

Rakyat Sabah kena fikir baik2 sebelum membuang undi nanti! Memang semua janji yang diberi manis2 belaka. Tapi terlebih manis pun boleh buat 'diabetis'.

Anonymous said...

BN kena bertungkus lumus kekalkan kerusi mereka pada PRU13 ini.

kamilla said...

Untuk menawan putrajaya banyak yang perlu di buat..kerajaan tidak akan membiarkan perkara seperti ini berlaku.

kamilla said...

Harap kerajaan BN akan bersungguh2 untuk menjaga kepentingan rakyat agar rakyat tidak hilang kepercayaan terhadap BN.tapi bukan semata2 kerana PRU mau dekat sahaja baru mau ambik hati rakyat.

kamilla said...

Mengundi la dengan bijak.Jangan terpedaya dengan janji2 Pembangkang.

Unknown said...

Pasti ada makna dengan semua itu. Bukannya kerana rakyat tapi semua ini adalah keinginan seseorang itu yang mahu menjadi PM Malaysia.

Unknown said...

Selagi kerajaan BN memberikan yang terbaik kepada Sabah maka agak mustahil bagi PR untuk menawan Sabah.

Unknown said...

Semua ini cuma permainan kosong yang akan diberikan oleh pembangkang. Tidak kira dari PR, SAPP dan STAR mereka cuma memperjuangkan perkara yang sama kepada penduduk Sabah.

mike said...

buku jinga adalah janji2 politik PR jika PR menerajui putrajaya..tidak kisah sabah masih dalam BN atau tidak, adakah janji tersebut tetap ditunaikan seandainya PR menang?

mike said...

satu perkara yang PR kena ingat ialah di sabah sekarang sudah ada gerakan baru yang dipanggil UBA..adakah PR akan membentuk kerjasama dengan UBA?

mike said...

di negeri2 PR adakah PR yakin akan mendapat mandat yang sama atau lebih pada pru13 nanti? sebab dengar2 rakyat merungut sudah tu...

Anonymous said...

sejauhmana rakyat Sabah boleh meletakkan keyakinan mereka kepada Pakatan dalam menyelesaikan masalah2 di Sabah jika Anwar tidak pernah menunjukkan keperihatinan beliau terhadap negeri ini dengan membawa isu2 Sabah keperingkat nasional??

zam said...

semua parti pastinya akan memberikan janji-janji manis mereka untuk mendapatkan sokongan. terserah kepada rakyat untuk membuat pilihan.

zam said...

persaingan mungkin sengit kerana setiap parti pastinya berusaha gigih untuk menang.

zam said...

apa pun, biar rakyat yang memilih apa yang mereka rasakan terbaik.

Anonymous said...

I don't see why we reject the offer if really the offer is good for the brighter future. We need to give chance also.

Anonymous said...

Bn & PR masing-masing membuka offer, rakyat harus tenang dan nilaikan yang terbaik untuk mereka.

Anonymous said...

BN still strong in Sabah plus the existance of all these PATI.

Anonymous said...

Hope more that benefit the people. Most Sabahan suffering with low economy grow.

Anonymous said...

Teragu-ragu juga dengan begitu banyak janji-janji yang dibuat. Sejauh mana janji ini boleh menjadi kenyataan?

No name said...

Semoga PR betul menunaikan janji sekiranya PR mencapai kemenangan.

No name said...

Terserah kepada rakyat manakah yang mereka lebih berkeyakinan.

No name said...

BN masih kuat tetap tidak sekuat dahulu dimana jauh beza kemenangan undinya. Terbukti banyak diantaranya tidak puas hati dengan pemimpin BN.

No name said...

PR harus memikirkan strategi baru untuk bekerjasama dengan parti tempatan supaya rakyat di Sabah berkeyakinan.

No name said...

The people hope for same things. Better living life.

aku baini said...

Good leaders should be conscious and be aware of the situations/affairs of the people.

aku baini said...

Leaders should be serious in fighting for the interests of the people and merely saying without action

aku baini said...

However, the people of Sabah know what is best for the state.

aku baini said...

as for the leaders, they have to be more professionals in doing their designated jobs .

aku baini said...

hope our leaders will issue a reality check, as well as being careful not to offend the people.