Saturday, March 31, 2012



Sejak deklarasi Semporna antara parti USNO (belum didaftarkan) dengan parti STAR yang diketuai oleh Dr Jeffry Kitingan di tandatangani pada 29.Jan.2012 yang lepas, Aura USNO mula menjalar kembali di bumi Semporna yang dikenali oleh penduduknya sebagai Tongtalun itu. Sebelum kemasukan UMNO di Sabah, Daerah Semporna adalah antara daerah yang menjadi kubu kuat USNO dalam sejarah politik Sabah, kedua selepas daerah Kota Belud. Calon USNO  di Semporna pernah tewas kepada calon Parti BERJAYA. Tun Sakaran calon USNO pernah dikalahkan oleh Abdillah Abd. Hamid calon dari BERJAYA.

Deklarasi SEMPORNA yang menghimpunkan kerjasama dua suku terbesar di Sabah iaitu KadazanDusun dengan Bajausuluk, telah bersepakat akan menurunkan calon pada PRU 13 akan datang di parlimen Semporna termasuk di 3 DUN di daereah tersebut iaitu DUN BUGAYA, DUN SENALLANG dan DUN SULABAYAN.

Walaubagaimanapun ramai pemerhati politik Sabah menjangkakan USNO ketiadaan calon yang boleh menumbangkan calon-calon UMNO di Semporna. Sebagai rekod, DUN BUGAYA di wakili oleh Datuk Ramlie Marhaban, DUN SENALLANG diwakili oleh Datuk Nasir Tun Sakaran ,manakala DUN SULABAYAN oleh Datuk Haji Harman.

Setakat dalam majlis menandatangani deklarasi Semporna tempoh hari hanya Pramli mantan Ketua  Anak negeri dan Sdr Abdullah Sani yang dijangka akan turun kegelanggang PRU 13. Manakala pemimpin lain dalam USNO dilihat kurang menyengat. Jika inilah calon USNO maka, ia tidak akan dapat 'menundukkan' penyandang sedia ada dari kalangan UMNO itu. Datuk Shafie Apdal akan terus diramal memenangi kawasan Parlimen Semporna sekalipun ada ura-ura calon anak tempatan Dr Zamree Abdul Habi mewakili PKR akan turun menentang Datuk Shafie Apdal.

Jika Datulk Ramlie Marhaban dikekalkan di DUN BUGAYA dan akan ditentang oleh Sdr Abdullah Sani, ia akan juga memberi sedikit kelebihan kepada Datuk Ramlie untuk mengekalkan 'penguasaan' di Dun Berkenaan. Prmali ada kemungkinan dicaturkan di DUN Senallang atau Dun Sulabayan. Inipun tidak akan menjamin USNO kembali bertahkta di bumi Semporna, sekalipun Datu Badaruddin tun Mustapha diimport ke daerah itu.

Petikan dari Blog Pemerhati Politik Semporna:

Sumber dan maklumat yang terdekat telah diterima dari pihak USNO yang masih menunggu kelulusan pendaftaran bakal menurunkan calonnya dibeberapa kawasan di Pantai Timur Sabah khasnya P.189 Semporna walaupun parti itu belum dapat kelulusannya dari Pendaftar Pertubuhan.


Presiden Penajanya bakal mengetuai pasukan USNO bagi menghadapi persaingan pada pilihanraya akan datang untuk merebut kerusi dibeberapa kawasan yang mereka telah kenal pasti yang bakal ditandingi.
Datu Badaruddin Tun Datu Mustapha anak kepada bapa kemerdekaan Sabah dan Pengasas Parti USNO sebelum ini telah mengadakan satu memorandum persafahaman dengan barisan pimpinan dari Parti STAR Datuk Dr.Jeffry Kitingan di Semporna pada perhimpunan dan rapat umum USNO 29hb.Jan.2012 lalu yang dikenali sebagai persafahaman Deklarasi Semporna.

Persafahaman ini adalah persetujuan 2 kumpulan bumiputera terbesar di Negeri Sabah iaitu etnik BajauSuluk danKadazanDusun bersama etnik lain di Negeri Sabah bagi menghadapi Pilihanraya ke13 yang bakal diadakan bila bila masa.
Difahamkan Presiden penajanya telah memaklumkan bahawa walaupun partinya belum mendapat kelulusan tetapi hasrat mereka untuk bertanding tidak menghadapi halangan besar atau melanggar undang-undang Negara ini dengan menggunakan semangat perjuangan USNO itu sendiri,mereka akan menggunakan Logo, Bendera, Baju dan Topi USNO dalam pilihanraya itu bagi membangkitkan semangat juang pejuang pejuang USNO nanti serta membuktikan bahawa parti ini masih mendapat tempat dihati rakyat Sabah mengikut sumber yang diterima.

USNO telah mengenal pasti beberapa kawasan yang bakal ditandingi diantaranya Palimen P.189 Semporna dan 3 Dewan Undangan Negeri dikawasan itu N.52 Bugaya, N.53 Senallang dan N.54 Sulabayan, kepastian ini nampaknya adalah hampir mutlak 100% , walaubagaimanapun keputusan bersama dengan rakan kongsi USNO iaitu UBA (United Borneo Alliance) adalah keputusan muktamad.
Dilaporkan beberapa kawasan juga bakal mereka tandingi pada PRU13 ini , tetapi masih dalam penelitian terperinci disamping mengadakan pakatan serta kerjasama dengan rakan mereka dari UBA (United Borneo Allience) bersama STAR.
USNO tidak menghadapi masalah bagi pembahagian Koata kerusi yang bakal ditandingi kerana parti itu menempuhkan kepada kerusi kerusi yang bakal ditandingi oleh UMNO sementara kawasan kawasan Dun majoriti KadazanDusun serta China akan diserahkan kepada rakan kongsi mereka untuk memutuskannya bertanding.

Dikawasan kawasan Bandar seperti Kudat (Dun Tanjung Kapur),Sandakan(Dun Tanjung Papat dan Dun Keramunting),Tawau (Dun Sri Tanjung) dan Lahad Datu pihak USNO akan membantu rakan mereka memenangkan calon calon UBA dimana terdapatnya 30%-50% pengundi bumiputera Islam dikawasan berkenaan dan mempertimbangkan meletakkan calon mereka di satu atau dua kerusi yang mempunyai potensi besar, terutama Tanjung Kapur dan Lahad Datu Bandar.
Bagi maksud palimen semporna Parti USNO sekali lagi akan mengadakan rapat umumnya dikawasan itu dalam masa terdekat ini bagi memperkukuhkan sokongan mesyarakat dikawasan itu disamping rancangan mereka untuk mengadakan rapat Umum USNO di Palimen Lahad Datu, Palimen Tawau dan Palimen Kalabakan sebelum Pembubaran diumumkan.

Difahamkan Presiden Penaja akan turun bertanding bagi mengetuai persaingan itu, untuk bagi mendapatkan kerusi ulung USNO selepas parti itu dibubarkan oleh Ros pada 2004 atas sebab sebab teknikal.
USNO tidak pernah dibubarkan oleh ahlinya atau presidennya seperti mana dakwaan pihak tertentu tetapi pembubaran USNO adalah atas arahan dan kehendak pendaftar pertubuhan sebab itu para pejuang USNO dan rakyat Sabah hendakkan pembentukan semula parti keramat ini dapat dipulihkan untuk anak anak Sabah.


Difahamkan juga Barisan UBA telah membincangkan kerusi kerusi yang bakal ditandingi pada mesyuarat kali ke 2 mereka pada 2hb. Mac 2012 yang lalu, walaupun keputusan muktamad belum diputuskan oleh semua pihak tetapi pada dasarnya semua pihak akan memastikan tidak berlaku pertindihan kawasan dan akan berkerjasama untuk menyokong calon calon yang bakal mereka tetapkan kelak disemua 60 Dun Di Negeri ini dan 25 Palimen di Sabah.


Pada dasarnya kearah kerjasama dengan Pakatan Rakyat PR juga ada dibincangkan dalam mesyuarat UBA yang lalu dan semua pihak berhasrat untuk memastikan bahawa Pertandingan satu lawan satu akan dirancang di semua kawasan di Sabah.


Satu sindrom baru dalam politik Sabah menjelang PRU 13 ini ialah rakyat mula sudah 'berani'menyatakan kemahuan dan kehendak mereka dalam pemilihan calon atau wakil rakyat mereka. Sebelum ini di Kimanis, rakyat telah cuba menunjukkan keprotesan mereka dengan mengadakan beberapa demontrasi secara aman menolak kepimpinan Datuk Anifah Aman di kawasan parlimen mereka.

Di Beaufort pula, UMNO Bahagian itu bertindak untuk tidak mencalonkan ADUN KLIAS Datuk Azizah Mohd Dun pada PRU 13 akan datang. Insiden ini seperti yang dilaporkan oleh blog dan fcb mendakwa ada kaitan dengan tindakan ADUN KLIAS itu menentang ketua UMNO Bahagian Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin dua tahun lepas sekalipun menang ketua Wanita UMNO dengan kelebihan 40 undi.

Apa mesej yang cuba ditunjukkan oleh UMNO Bahagian Beaufort apabila Setiausaha Bahagian Beaufort mengumumkan UMNO Bahagian Beaufort tidak mahu mencadangkan Azizah Mohd Dun sebagai calon Dun Klias Beaufort? 


Musa dan Azizah bertemu- Kenapa pula Nurnikman 
pemimpin buangan ini turut sama? 

Nampaknya polemik politik Bahagian Beaufort berterusan lagi sejak Azizah Mohd Dun menentang Lajim Ukin sebagai Ketua UMNO Bahagian Beaufort semasa pemilihan 2 tahun lalu. Azizah yang dikatakan sebagai tunggangan Musa Aman bertarung merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian telah tewas dan hampir tewas sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian dengan jumlah 40 undi.


Semua orang tahu Azizah memang tidak sebulu dengan Lajim Ukin. Lantaran itu majoriti AJK Bahagian UMNO Beaufort sangat tidak menyenangi Ketua Wanita UMNO ini yang ghairah mahu menumbangkan Lajim Ukin yang dianggap Janang Gayuh oleh kaum Bisaya di Sabah.


Permusuhan Musa Aman dan Lajim Ukin di Sabah bukanlah sesuatu yang baru dan asing. Sejak Lajim Ukin digugurkan sebagai Timbalan ketua Menteri oleh Musa Aman, dan usaha menjatuhkan Lajim dengan pelbagai cara termasuk terbaru mengarahkan semua Pegawai Daerah di Parlimen Beaufort tidak menjemput Timbalan Menteri itu merasmikan majlis kerajaan (seperti penyerahan BR1M DLL) dan peruntukan PPN Sabah di Beaufort dibekukan. Kerja siapakah ini?


Kenapa Azizah mempersoalkan peruntukan PPN Sabah yang dikatakan tidak wujud dipohon oleh Lajim Ukin ini? Apakah niat sebenarnya sehingga arahan pembekuan oleh Musa Aman? (Sila semak dengan Matusin Pengarah PPN Sabah mengenai arahan ini). 


Arahan ini dikatakan telah diselesaikan apabila YAB PM mengarahkan projek pembangunan seperti masjid dan kemudahan infrastruktur di teruskan. Apakah Musa dan Azizah menganggap Lajim Ukin ini bodoh?


Mereka bukan seperti Jumat Idris yang mengampu. Dapat 
projek KKLW berjuta tapi menjilat Musa Aman. 

Oleh itu kemelut yang berpanjangan ini tentu ada sebabnya. Justeru pengumuman oleh SU Bahagian UMNO Beaufort itu bukanlah sesuatu yang menghairankan dan menjanggalkan tetapi sudah dijangka. 


Apakah UMNO Bahagian Beaufort takut dengan Musa Aman?


Apakah agaknya reaksi SB, BTN, Kemas dan JASA di Beaufort? 4 agensi dibawah ketiak Musa ini tentu tidak akan berpihak kepada Lajim Ukin dan kumpulannya. Baca saja komen di Facebook sewenangnya mereka menganyang Lajim, SU Bahagian dan UMNO Beaufort kerana mendedahkan di media massa secara terbuka.


Apa pilihan? Kalau sudah semua sumber Musa Aman kuasai? Hanya yang bermuka-muka dan tidak ikhlas dengan UMNO sahaja akan takut dengan Musa Aman.

Tidak sudah-sudah dengan kenyataannya memperli PAS, Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan ditempelak oleh mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz sebagai 'tidak tahu agama dan jangan cakap sembarangan". Kenyataan Tok Guru Nik Aziz itu adalah ekoran daripada kenyataan Rahman Dahlan dalam Wacana Sinar Harian ke-12, Rasuah Politik Antara Persepsi atau realiti., yang mendakwa bahawa rasuah politik paling tinggi adalah janji PAS yang menjanjikan syurga kepada pengundi.

Sebelum ini dalam Debat Bicara Rakyat: Politik Baru, MP Kota Belud itu telahpun mengeluarkan kenyataan tersebut. Sebagai rekod, kenyataan Datuk Rahman itu dipostkan oleh kelapamawar dalam wall FCB dan turut mendapat pelbagai reaksi termasuk ada yang mempertikaikan kenyataan Datuk Rahman itu sebagai tidak tahu hujung pangkalnya.Termasuk seorang blogger Kota Belud , Sayaready yang mendakwa Rahman Dahlan sebagai KOLOT berikutan kenyataannya itu.




KOTA BHARU - Pas tetap dengan pendiriannya meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan soal syurga apabila seseorang itu melahirkan sokongan kepada parti itu semasa pilihan raya, kata Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Berang dengan dakwaan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Nik Aziz berkata, pemimpin Barisan Nasional (BN) perlu mempelajari agama terdahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Tiap-tiap orang yang bercakap soal Islam dia akan sebut soal syurga dan neraka, dia (Datuk Abd Rahman) kena ingat, bercakap ini ada soal pahala dan dosa, jangan cakap sembarangan,” kata beliau ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di Dataran Ilmu pagi ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Abd Rahman ketika Wacana Sinar Harian ke-12 kelmarin, yang mendakwa Pas melakukan rasuah politik paling tinggi dengan menjanjikan syurga kepada pengundi.

Abdul Rahman berkata, pembangkang menuduh BN rasuah, namun mereka sendiri terlupa turut melakukan perkara sama pada setiap pilihan raya.

Nik Aziz berkata, Nabi Muhammad SAW sebagai contoh pemimpin yang sentiasa mengingatkan umatnya mengenai hal dosa dan pahala yang membawa manusia itu ke syurga atau neraka.

Dalam pada itu, Nik Aziz melahirkan rasa gembira dengan tindakan Kerajaan Pusat yang membantu dalam membangunkan Pelabuhan Tok Bali di Pasir Puteh yang dilancarkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V semalam.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau meminta projek itu dibangunkan sejak pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, namun bekas Perdana Menteri itu memberikan pelbagai alasan tidak munasabah.

Melalui projek itu katanya, beliau mengharapkan Kelantan terkenal di peringkat antarabangsa dengan menjadi persinggahan kapal-kapal dagang dari negara-negara Timur.

“Insya-Allah selepas ini kita akan mendapat persinggahan kapal-kapal dari negara Arab dan negara jiran Asia seperti China dan Kemboja.

“Kita bukan sahaja nak eksport barang kita sahaja, tetapi kita nak eksport perangai sekali, jangan menipu, berbohong dan caj keting, insya-Allah, ia jadi buah mulut, kepada masyarakat antarabangsa,” katanya.


SOLIDARITI Mahasiswa Malaysia (SMM) mensasarkan 5,000 mahasiswa dan 'mangsa' hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan turun berhimpun menuntut pemansuhan pinjaman itu bulan depan.

Perhimpunan itu akan diadakan pada 14 April ini di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi SMM, Muhamad Safwan Anang (kanan) dalam sidang medianya di Kuala Lumpur pagi kelmarin.

"Ia sebagai satu simbolik kepada kerajaan, bahawa mereka tidak lagi dipercayai, untuk membawa agenda pendidikan percuma dan mansuhkan PTPTN," katanya.

Turut hadir dalam sidang media itu wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Muhammad Afiq Asyraf, penggerak 'Kelab Mangsa PTPTN' bawah Parti Sosialis Malaysia (PSM) Mandeep Singh dan Setiausaha Agung Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia Mohammad Hafizudin Abdul Mukti.

Sementara itu, Mohamad Hafizudin berkata perhimpunan itu juga bagi menuntut kerajaan memberikan pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, bermula tadika sehingga PhD.

Katanya saban tahun, semakin ramai graduan yang menganggur dan dibebani dengan hutang akibat pinjaman dan faedah yang ditetapkan oleh PTPTN.

"Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan hasil kutipan cukai dan hasil sumber ekonomi yang kain seperti petroleum, balak dan sebagainya.

"Melalui hasil cukai sahaja, rakyat berhak mendapat pendidikan percuma daripada peringkat tadika hinggalah PhD," katanya sambil menambah ia tidak mustahil dilakukan seperti diamalkan oleh beberapa negara.

Hafizudin mendakwa kerajaan terlalu boros berbelanja atas keperluan lain yang sia-sia termasuk dakwaan rasuah yang berleluasa sehingga menyebabkan negara rugi dan menanggung hutang berbillion ringgit

Friday, March 30, 2012


UMNO KB mengambil langkah berani apabila 'merestui' ketua Bahagiannya ialtu Datuk Salleh dicalonkan di DUN USUKAN, walaupun ramai yang mengetahui Datuk Japlin Akim masih berstatus 'wakil rakyat' di kawasan berkenaan.Mungkin seperti kata pepatah melayu "Sirih pulang ke gagang' begitulah ibaratnya senario politik di Usukan itu. Kerana apa? kerana sebelum itu, dua penggal sebelumnya, wakil rakyat yang menunjukkan prestasi memberangsangkan ialah Datuk Salleh sebelum kerusi "usukan' itu di'serah-rela' kepada Datuk Japlin mantan ketua pemuda UMNO KB dan UMNO Sabah.

Dalam rekod politik, Datuk Salleh kalau dicalonkan di Usukan, tidak akan menghadapi masalah besar 'mengekalkan' penguasaan di Usukan , sekalipun pada hemat saya, berlakunya situasi 'satu lawan satu'. Setakat calon anak tempatan Kota Belud, rasanya tidak cukup menandingi 'keampuhan' pengaruh Datuk Salleh di usukan.

Persoalan yang sangat penting dalam bab ini bukan keutuhan pengaruh Datuk Salleh tetapi apakah bentuk "jasa' dan "janji' baru yang akan Datuk Salleh perjuangkan sekembalinya di Usukan. Sebelum ini, dalam rekod, Datuk Salleh adalah wakil rakyat yang paling lama 'bersemayam' di bumi Usukan, namun ramai yang bersetuju dengan kelapamawar, bahawa selama itu juga Bumi Usukan tidak pernah 'bermandi' dengan limpahan pembangunan. Masalah Jalanraya, masalah pendidikan, masalah bekalan air bersih dan bekalan elektrik masih membelenggu masyarakat bajau dan Iranun di kawasan ini. Sistem pengairan dan perparitan sbagi penanaman padi, masih berada pada zaman nenek moyang mengharapkan air hujan. Begitu juga dengan sektor perikanan, masyarakat bajau dan Iranun di kawasan Usukan masih berada pada tahap 'cukup-cukup makan' .Yang menghairankan kita ialah kawasan Usukan adalah antara pesisir pantai yang dibangunkan untuk industri Gas dan petroleum.

Bagi saya, soal menang pada PRU 13, boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, baik dari parti pemerintah ataupun parti pembangkang. tetapi yang lebih besar dari meraikan kemenangan itu ialah apakah bentuk 'timbal balas' pemimpin yang dimenangkan oleh rakyat itu kepada bentuk peningkatan keperluan asas penduduk? kalau saban waktu bercerita tentang kejayaan mengukuhkan kekayaan dan kehebatan mengumpul harta benda, sehingga melupakan apa yang seharusnya dilakukan untuk rakyat, baik pada PRU 13 ini rakyat Usukan memikirkan bagaimana keperluan asas mereka dipenuhi dengan mengatur kembali landskap politik di kawasan mereka.

Jangan bila PRU 13 berlalu baru ada penyesalan. Waktu itu rakyat perlu menunggu 5 tahun lagi untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan.


Thursday, March 29, 2012



Kenyataan dan ramalan Daim Zainuddin bahawa BN hanya 'kuat' di tiga buah negeri iaitu, Melaka, Johor dan Pahang 'imngkin' boleh menjadi kenyataan berikutan kredibiliti Daim yang dikatakan 'dekat' dengan pemimpin politik tertentu, serta saudagar dan agen risikan.

Ramalan itu diulas oleh Profesor penuh kontrovesi Dr. Aziz Bari juga seorang yang sebelum ini dilaporkan sebagai 'pakar'parlembagaan negara. Ulasan beliau itu dikeluarkan melalui harakah daily.

TEMERLOH, 28 Mac: Ramalan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin bahawa BN hanya akan memperoleh tiga negeri pada pilihan raya umum akan datang perlu diberi perhatian serius kerana bukannya ramalan kosong.

Pakar undang-undang, Dr Abdul Aziz Bari (gambar)ketika berceramah di sini menegaskan, jika ramalan tersebut menjadi kenyataan seperti ramalan beliau pada PRU 2008, sudah tentu Pakatan Rakyat (PR) akan mara ke Putrajaya.

“Daim kata BN hanya selamat di tiga negeri saja iaitu Johor, Melaka dan Pahang apa yang dikatakannya bukan ramalan kosong tetapi fakta dan ada kredibiliti kerana beliau rapat dengan saudagar, agen risikan dan badan politik.

“Dulu sebelum 2008 Daim juga ramal lima negeri akan jatuh kepada pembangkang dan setelah keputusan PRU ternyata tepat.

“Malah badan penyelidik Merdeka Centre yang mendapati kajian imej (Datuk Seri ) Najib (Tun Razak) naik itu mengeluarkan kenyataan jika 45 peratus undi Melayu menyebelahi Putrajaya akan dikuasai PR,” ujarnya.

Abdul Aziz yang berceramah di perkarangan pejabat PKR di sini kelmarin mengulas kenyataan Daim juga bekas Bendahari Umno dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini meramalkan BN hanya akan memperoleh kemenangan di tiga negeri sahaja pada PRU-13 nanti.

Serentak dengan itu beliau menggesa jentera PR Pahang digerakkan segera kerana komposisi kaum di Pahang sama seperti Selangor dan jika pengundi diberi akses maklumat tidak mustahil boleh berubah.

Abdul Aziz berkata, orang-orang Melayu yang kurang maklumat terpengaruh dengan propaganda kalau PR menang Cina akan memerintah atau Malaysia akan jadi republik sedangkan itu tidak betul.

“Sebab itu Umno menang dan memerintah atas kebodohan rakyat. Ini terbukti tempat yang dimenangi mereka tempat-tempat yang kurang akses maklumat dan di situlah juga berlaku pelbagai masalah.

“Peranan jentera penerangan ialah memberitahu rakyat kali inilah kita kena ubah jika tidak entah bila lagi. Jika tidak Umno akan lebih ganas lagi, rasuah akan lebih berleluasa lagi.

“Umno takut untuk berdebat soal-soal dasar dan polisi tetapi mereka lebih mudah mengganggu ceramah PR dengan mengupah samseng-samseng. Beritahu rakyat cara politik seperti inilah yang kita kena hentikan,” tambahnya lagi.

Abdul Aziz mengingatkan, dalam PRU yang lalu kira-kira 1.8 juta orang Umno mengundi parti-parti Pakatan justeru beliau meminta jangan disisihkan penyokong-penyokong Umno bawahan.

“Kemenangan PR bermakna kemerdekaan rakyat kali kedua dan PR perlukan 112 kerusi untuk membentuk kerajaan di mana peluang itu ada.
“Tetapi orang Pahang tentulah tidak mahu sekadar menonton saja kemenangan negeri,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid yang berceramah sebelum itu mendedahkan kehidupan rakyat pada masa ini begitu terhimpit dengan melambungnya kos hidup yang sudah sedia tinggi.

“Harga barang naik 80 peratus sejak di bawah pemerintahan Najib dan apa jadi jika BN menang PRU kerana Najib sendiri menyebut lepas PRU cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sekitar empat peratus akan dilaksanakan.

“Itu kehidupan rakyat yang makin susah. Pada masa sama hutang negara sudah cecah hampir RM500 bilion yang boleh menyebabkan negara bankrap,” katanya.

Tambahnya dalam masa yang sama pemimpin negara berbelanja dengan boros antaranya kediaman Perdana Menteri sendiri yang menggunakan air sehingga RM40,000, elektrik RM189,000 sebulan dan baiki bilik air sehingga RM9.3 juta.

Serentak dengan itu beliau menyeru rakyat membina tekad untuk membuat perubahan dalam PRU akan datang demi survival rakyat sendiri pada masa depan.


"Hutang Kerajaan Persekutuan sehinggaDisember 2011 adalah sebanyak RM456.1 bilion atau 53.5 % nisbahKeluaraan Dalam Negera Kasar (KDNK). Daripada jumlah ter sebut, sebahagian besar hutang Kerajaan Persekutuan merupakan hutang dalam negeri yang berjumlah RM438.0 bilionatau 96.0 % daripada jumlah keseluruhan hutang, manakala baki RM18.1 bilionatau 4.0% merupakan hutang luar negeri."

Berikut adalah soalan lisan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr DZulkefly Ahmad kepada Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Soalan lisan saya kepada Menteri Kewangan bersabit jumlah hutang Kerajaan Persekutuan dan ‘contingent liabilities’ (tanggungan pinjaman dijamin) kerajaan Pusat, pada tarikh 26 hb Mac baru saya terima secara bertulis di parlimen sehari lalu.

Berikut adalah jawapan Kementerian berserta dengan ulasan saya berhubungan dengan cara Kerajaan Persekutuan mengurus kewangan dan khazanah kekayaan Negara.

Hutang Kerajaan Persekutuan sehinggaDisember 2011 adalahsebanyak RM456.1 bilion atau 53.5 % nisbahKeluaraan Dalam Negera Kasar (KDNK). Daripada jumlahter sebut, sebahagian besar hutang Kerajaan Persekutuan merupakan hutang dalam negeri yang berjumlah RM438.0 bilionatau 96.0 % daripada jumlah keseluruhan hutang, manakala baki RM18.1 bilionatau 4.0% merupakan hutangluarnegeri.

Juga disebutkan bahawa hutang luar negeri yang rendah adalah selaras dengan dasar kerajaan yang mengutamakan pinjaman dalam negeri yang mempunyai kecairan tinggi, kos pinjaman serta dapat meminumkan risiko pertukaran matawang asing (forex risk).

Kerajaan dari semasa kesemasa memberikan jaminan kepada badan-badan berkanun dan syarikat kerajaan untuk meminjam bagi membiayai projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat. Jaminan diberikan di bawah Akta Jaminan Pinjaman 1959.

Sehingga 31 Disember 2011, jumlah ‘contingent liability’ Kerajaan Persekutuan iaitu baki pinjaman yang dijamin oleh Kerajaan adalah sebanyak RM116.76 bilion terdiri dari RM109.14 bilion (93.5%) dan pinjaman luar RM7.62 bilion (6.5%). Dikatakan bahawa pinjaman melibatkan 2 badan berkanun dan 26 syarikat berkaitan Kerajaan.

Pertama-tamanya hutang kerajaan Pusat telah melonjak dari RM146 bilionpada 2002, RM242 bilion pada tahun 2006 dan kini RM 456.1 bilion pada hujung 2011.Dalam 5 tahun sahaja, hutang Kerajaan Pusat telah melonjak hampir 100%.

Paling merunsingkan pelbagai pihak analysts, adalah perbelanjaan di luar peruntukan Belanjawaan atau ‘off-balance sheet spending’.

Tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan Pusat telah menerbit pelbagai Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan on simpanan), sekuriti Kerajaan.Pinjaman inilah yang dimaksudkan dengan pinjaman yang tidak termasuk dalam hutang RM456.1 bilion tetapi tetap sebagai hutang kerajaan Pusat. Inilah hutang yang telah meningkat ke paras RM116.76 bilion dari paras RM84.3 bilion dalam tahun 2009 –meningkat lebih 15%.

Seandainya gagal dibayar oleh badan-badan berkanun dan GLCs yang dijamin kerajaan Pusat, maka kesemua ini akan menjadi hutang kerajaan Pusat. Dengan kata lain hutang kerajaan Pusat akan mencecah 65% KDNK. Dengan kata lain, Kerajaan Pusat telah melanggari Akta Pinjaman(Local) 1959 dan Akta Pembiayaan Kerajaan (1983).

Contoh terbaik yang menjadikan pertikaian Laporan Ketua Audit Negara ialah jaminan pinjaman yang diberikan kerajaan Pusat kepada badan berkanun PTPTN yang meminjam RM17.0 bilion dan Syarikat Prasarana Negara Berhad sebanyak RM9.1 bilion. Senarai termasuk jaminan kepada MAS, 1-MDB, Sime-Darby dll.

Dengan berlatarbelakangkan beban hutang yang tertera di atas termasuk ‘contingent liabilities’, persoalan besarnya ialah apakah layak dan wajar PM Najib antara lainnya:

(i) Melepaskan tokoh korporat Tan Sri Tajuddin Ramli membayar hutang sebanyak RM589 juta kepada Danaharta setelah Mahkamah Tinggi, KL pada tahun 2009, memerintah beliau membayarnya?

(ii) Membebankan Kerajaan Pusat dengan lebihan perbelanjaan RM3.4 bilion ketika membuat satu keputusan ‘flip-flop’ ketika kembali kepada Skim Baru SSM (kos RM6 bilion), setelah SBPA (kos RM2.6 bilion) termeterai dan dilaksanakan hampir 3 bulan dan telah membabitkan pembayaran kepada 580,000 pesara dan yang lainnya?

(iii) Melepaskan Maju Holdings Sdn Bhd dengan geran RM976.7 juta yang diberikan dahulu yang setelah menjual konsesi Lebuhraya Kuala-Lumpur-Putrajaya kepada EP Manufacturing Berhad dalam urusniaga yang dilaporkan bernilai RM1.7 juta sementara geran RM976.7 tidak dituntut kembali oleh pihak Kementerian Kewangan?

Apakah ini caranya PM Najib selaku Menteri Kewangan mahu meyakinkan rakyat dan pembayar cukai (tax-payers) bahawa beliau layak diberi mandat untuk mengurus kewangan negara dan khazanah kekayaan Negara.

Jelasnya beliau secara konsisten mengutamakan Kroni-kroni dan Membebankan Rakyat! Malang buat rakyat!

Dr Dzulkefly Ahmad,

Ahli Parlimen Kuala Selangor

Kenyataan Tun Mahathir supaya golongan cendikiawan dan golongan profesional diberikan tempat dalam UMNO mendapat reaksi daripada Blogger Mohd. Sayuti Omar. Penulis dan penganalisis politik tanah air itu dalam blognya Merah Tinta menukilkan:

Sekonyang-konyang Mahathir Mohamad mulai sedar kesilapan demi kesilapan yang beliau lakukan sebelum ini.



Kesedaran itu beriringi dengan perjalanan usianya yang sedang menuju ke takah bongkok tujuh. Walaupun beliau tidak akan mengaku pernah melakukan kesilapan tetapi hakikatnya beliau tidak dapat lari dari itu.

Hari ini beliau meminta Umno membuka peluang untuk para profesional memimpin parti berkenaan. Katanya cawangan hendaklah memberi laluan kepada cendekiwan untuk menyertai parti itu dan seterusnya menjadi pemimpin.

Kenapa baru hari ini Mahathir merasai pentingnya golongan profesional perlu diterima untuk menjadi pemimpin parti itu. Apakah kerana hari ini parti itu sudah miskin pemimpin. Atau cendekiwan dan golongan profesional telah makin menjauhi Umno?

Dua perkara yang menyebabkan ini berlaku dan Mahathir kena akui tanpa prajudis. Nasib yang menimpa Umno hari ini ialah kerana diri beliau. Kerana perbuatan brutal beliau sendiri.

Bukankah yang menghalang para profesional menguasai Umno beliau sendiri. Yang mengajar Umno mencantas pemimpin bistari beliau sendiri. Yang mengkhianati bakal-bakal pemimpin beliau sendiri.

Siapa yang membunuh masa depan Musa Hitam dalam Umno? Siapa yang membunuh masa depan Tengku Razaleigh Hamzah dalam Umno. Dan siapakah yang mengkhianati Awnar dan membuangnya dari Umno? Bukankah Mahathir?

Tidakkah mereka ini adalah tokoh profesional dan cendekiwan? Bukan itu saja sebahagian dari pemimpin Umno telah dimusnahkan oleh Mahathir kerana mereka tidak sedia menjadi Pandir kepadanya?

Betapa Umno kehilangan barisan kepimpinan yang terlatih gara-gara Mahathir bertindak kejam membunuh ketiga-tiga mereka itu. Membunuh Musa Hitam menjadi pegawai kerajaan yang kagum dengan Musa menjadi konfius. Membunuh Tengku Razaleigh menyebabkan rangkaian ekonomi dibina TEngku Razaleigh terputus.

Membuang Anwar menyebabkan barisan kepimpinan muda yang profesional, komited dan berwawasan dan Islamik mufarakah dari Umno?

Jadi kalau Umno kasih dengan pemimpin cerdik, berprinsip, bermaruah...salahnya salah siapa? Jawabnya Mahathir lah. Mahathri pula tidak sesekali membuang pemimpin yang huduh, jelek, moral buruk kerana mereka itu akan menjadi pandir dan upih politiknya. Mahathir sengaja mengekalkan mereka yang korup, ada skandal untuk dijadikan umpan dan aset bagi menjadi pengawal dan penjujung termasuk penjilat buntutnya.

Makanya Mahathri jangan kesal kalau Umno hari ini tiada pemimpin bertaraf tokoh seperti ketiga orang itu. Mahathir jangan kesal kalau golongan profesional tidak berminat dengan Umno. Seruan Mahathir itu sudah terlewat. Beliau cuba memanggil orang-orang cerdik dan berkualiti menyertai Umno setelah bakanya dibunuh sendiri olehnya.

Seruan itu juga sudah terlewat. Disaat Umno sudah penghujung baru Mahathir bingas dan tersedar untuk membawa pemimpin parti itu.

Hari ini untuk pengetahuan Mahathir orang layak untuk jadi pemimpin Umno adalah orang-orang seperti Inchek Ibrahim Ali, Ezam Mohamad Nor, Hassan Akidah, Zul 9/10 dan sekalian orang sejenis dan sewaktu dengannya termasuk dua tiga ekor Keling dan seekor Cina. Hanya mereka ini sesuai dan layak berada dalam Umno.

Saya yakin kesedaran Mahathir dan ingin kepada golongan profesional itu tidak akan memecah liru mereka. Malahan mereka menganggap seruan Mahathir itu sebagai orang yang bercakap dalam mengigau setelah tidur saat hujan gerimis.


Perdebatan yang disiarkan secara langsung dari   Auditorium Kompleks Karangkraf, Shah Alam,petang tadi di hadiri oleh beberapa orang ahli Panel. Antaranya   Rafizi Ramli ( ketua strategi PKR), Datuk Shukri Abdullah (SPRM), Dr Chandra Muzaffar (NGO) dan Datuk Rahman Dahlan Ahli Jawatankuasa Parlimen dalam menangani rasuah ,juga ahli parlimen Kota Belud.

Boleh ikuti perdebatan itu melalui :http://www.mobtv.my/




Kawasan perkampungan ‘Kerajaan Langit’ yang diasaskan oleh Ayah Pin atau nama sebenarnya Arifin Mohamad di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu dilihat kembali aktif.

Malah, penduduk setempat mendakwa, penduduk di ‘perkampungan langit’ itu semakin bertambah tiga kali ganda daripada 50 buah sepuluh tahun lalu kepada 150 buah kini, lapor Berita Harian.

“Walaupun Ayah Pin pulang ke perkampungan itu dua minggu sekali atau sebulan sekali, kita syak ajaran sesat kerajaan langit masih hidup kerana kepulangan ketuanya diberi sambutan bukan saja daripada pengikutnya yang menginap di perkampungan itu, malah dari luar negeri ini.

“Beberapa belia yang ditugaskan mengawal dan mengawasi orang tidak dikenali daripada memasuki perkampungan itu mengakui Ayah Pin pulang serta mengadakan perjumpaan dengan semua pengikutnya,” beberapa penduduk kampung yang enggan dikenali dipetik sebagai berkata.

Kampung itu juga kini dikawal rapi sekumpulan belia, dipercayai anak kepada pengikut setia kumpulan ajaran sesat yang menetap di perkampungan berkenaan.

Sementara itu, Ayah Pin turut dilaporkan hilang ‘kesaktian’ selepas diserang angin ahmar sebulan dan lumpuh sebelah badan, sehingga percakapannya tidak difahami ekoran mulutnya sedikit herot.

Bagi mengubati penyakit itu, difahamkan Ayah Pin berulang alik dari tempat tinggalnya di Batu 13 ke Bachok untuk berurut dengan lelaki bernama Wan Abdullah Wan Musa atau Pok Him, 49, lapor Berita Harian lagi.

Harian itu difahamkan, sebelum diserang angin ahmar, Ayah Pin sempat berkahwin dengan seorang isteri muda berusia 18 tahun bagi menggantikan isteri pertamanya yang meninggal dunia.

Sementara itu, akhbar itu juga melaporkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan ajaran sesat itu tidak menular kepada pengikut baru terutama golongan muda yang semakin ramai mendiami di kampung tersebut.

Pesuruhjaya JHEAT Mohd Rozali Salleh dilaporkan berkata, bahagian penguatkuasa jabatan berkenaan sudah diarah melakukan pemantauan berterusan serta mengambil tindakan jika mendapati ajaran sesat itu dihidupkan.

Bagaimanapun, katanya, hasil pemantauan dilakukan ajaran itu sudah dihentikan, tetapi pengikut tegar masih menetap di perkampungan

Wednesday, March 28, 2012


Dua isu paling dominan yang melingkari status penduduk asal di sabah. Pertama isu Tanah Adat atau NCR dan kedua Isu Sijil Anak negeri. Kedua-dua isu ini berkait dengan isu undang-undang. Dan daripada maklumat media, kedua-dua bidang ini juga dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu sehingga memberi kesan kepada 'status' penduduk asal di Sabah. Tanah Adat atau NCR yang mengejutkan ramai pihak apabila beberapa minggu lepas satu kenyataan dari orang yang mempunyai autoriti undang-undang memperjelaskan bahawa NCR telahpun lama dibatalkan.

Pemilikkan Sijil Anak negeri ini bukan sahaja akan memberi kelebihan untuk turut memiliki keistimewaan penduduk asal tetapi juga sijil ini boleh dimanipulasikan.  Lihat kenyataan Media ini :

KOTA KINABALU: Lem- baga Pegawai yang dilantik oleh Yang Dipertua Negeri telah mengemukakan pera- kuan kepada Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu bagi melaksanakan keputusan membatalkan Sijil Anak Negeri Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Tanjong, Jimmy Wong.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Hajiji Haji Noor, berkata ahli lembaga yang dilantik itu telah membuat penyiasatan, penelitian dan perakuan untuk membatalkan Sijil Anak Negeri itu berdasarkan sebab-sebab berikut:

“Maklumat keturunan yang dituntut oleh Jimmy sebagai Sino Kadazan adalah bercanggah dengan salasilah keturunan Jimmy sebenar. Di mana tidak setitik pun darah keturunan Kadazan mengalir dalam tubuh Jimmy kerana kedua ibu bapanya adalah keturunan Cina, sebagaimana dicatatkan dalam sijil lahirnya.
“Atas sebab itu Lemba- ga Pegawai mendapati Jimmy tidak memenuhi Seksyen 2 (1) Ordinan Tafsiran Anak Negeri (Bab 64).

“Keputusan Lembaga Pegawai ini telah pun dikemuka- kan kepada Mahkamah Anak Negeri Daerah Kota Kinabalu untuk melaksanakan keputusan membatalkan Sijil Anak Negeri Jimmy,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan dewan undangan negeri di Dewan Undangan Negeri, di sini, kelmarin.
Bagaimanapun Hajiji ber- kata, pengwujudan Mahkamah Anak Negeri Daerah Kota Kinabalu baru sahaja diwartakan pada Disember 2011, maka keputusan lembaga pegawai itu hanya akan dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

Tuesday, March 27, 2012


Perlantikan Khairy Jamaluddin yang juga ketua pemuda UMNO dan BN sebagai pengerusi PUNB berkuatkuasa 1 April ini dilihat sebagai satu lagi percaturan saat akhir sebelum menjelangnya PRU13. Sebelum ini Khairy Jamaluddin atau lebih mesra dipanggil "KJ" bukan sahaja tidak diberikan jawatan dalam kabinet Najib tetapi juga difahamkan telah menyatakan kesediaannya untuk tidak mempertahankan kerusi Rembau pada PRU 13 akan datang. Perlantikan KJ itu dilaporkan oleh media:

Kuala Lumpur : Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) pada selesa mengumumkan perlantikan Khairy Jamaluddin sebagai pengerusi baru berkuat kuasa 1 April ini.

Perlantikan itu dibuat oleh Yayasan pelaburan Bumiputera dalam mesyuarat lembaga pemegang Amanah yang dipengerusikan oleh Perdana menteri Datuk Seri Najib pada 8 mac tahun ini.

Seorang yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Falsafah, politik dan ekonomi dari universiti of oxford 1997 dan memperolehi sarjana perundangan dan teori politik dari university college of London 1998.Menantu kepada mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Khabar angin melaporkan bahawa gara-gara pembatalan SBPA telah mencetuskan penurunan populariti Najib. Rakyat ramai yang tidak berpuas hati kerana mengganggap bahawa Najib seharusnya diberikan taklimat lengkap sebelum 'menerima' dan mengumumkan skim baru gaji perkhidmatan awam SBPA. Namun itu dilihat tidak berlaku kerana apabila CEUPACS  membuat bantahan,dan beberapa tuntutan, akhirnya Najib terpaksa membuat keputusan pahit dengan membatalkan skim berkenaan apabila banyak kelemahan dapat dikenalpasti.

Berikutan itu, Jawatan Ketua Setiausaha dikhabarkan akan beralih tangan. Apakah benar selepas isu SBPA reda perkhidmatan KSN akan ditamatkan? Isu SBPA telah jelas mencemarkan imej Najib.Khabarnya Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan akan menjadi KSN dan Tan Sri Abu Bakar Abdullah yang sekarang Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam akan menjawat jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan MOF. Siapa pula akan jadi KPPA?

Apakah isu SBPA Tan Sri Abu Bakar telah menjadi kambing hitam yang telah memungkinnya tidak akan menjadi KSN? kerana Abu Bakar adalah KSU paling lama berkhidmat di Kementerian Pertahanan. Kenaikannya sebagai KPPA telah mencerminkan bahawa Abu Bakar bakal menjadi KSN.


Walaubagaimanapun peluang masih terbuka kepada orang lain menjadi KSN. Seperti misalnya Tan Sri Fuad Datuk Bandar Dewan Bandaraya KL.

Tindakan ADUN SENALLANG SEMPORNA, Datuk Nasir Sakaran yang mempertahankan tindakannya membenarkan Jabatan Pendaftaran Negara mendaftarkan kelahiran lewat kanak-kanak sejumlah 40,000 orang di DUN berkenaan mendapat reaksi pelbagai pihak. Di saat RCI masih belum berketentuan, sewajarnya tindakan berkaitan dengan isu kewarganegaraan ini harus dipandang berat oleh semua pemimpin politik termasuk Datuk Nasir.Antara yang begitu terasa ialah menteri Luar Datuk Anifah Aman seperti yang  dialporkan media:



MENTERI Luar, Datuk Anifah Aman meminta supaya gerakan untuk memberi sijil lahir lewat dan mykad kepada 40,000 kanak-kanak di Senallang, Semporna dihentikan sehingga kesahihan kanak-kanak terbabit diperiksa dan ditentusahkan.

Beliau berkata, langkah itu penting bagi menghalang rakyat Sabah menjadi pelarian di negara sendiri dan melindungi kedaulatan negara.

"Sebagai rakyat Sabah, saya sangat kecewa membaca laporan akhbar tempatan berhubung 40,000 kanak-kanak di Senallang yang tidak mempunyai dokumen Malaysia," katanya.

Menurutnya, jumlah yang besar itu datangnya dari satu kawasan sahaja dan siapa tahu mungkin di kawasan lain juga mengemukakan 20,000 atau 30,000 orang menghadapi masalah yang serupa.

"Kenapa masalah ini timbul sekarang?".

"Sebagai Menteri Luar, perkara seperti ini tidak harus diambil mudah dan dilihat sebagai remeh. Ini perkara serius dan membabitkan kedaulatan negara dan Sabah," katanya sebagai mengulas laporan akhbar tempatan mengenai isu tersebut.

Beliau menegaskan, "itulah sebabnya kenapa saya meminta sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan di Sabah untuk menjalankan siasatan terperinci ke atas 40,000 orang ini untuk menentusahkan sama ada mereka layak diberikan dokumen Malaysia."

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran mempertahankan gerakan yang sedang berjalan itu untuk memberikan 40,000 sijil lahir lewat di Senallang, yang diwakilinya kerana menghadapi kritikan pelbagai pihak di Sabah.

Menurut Adun Senallang itu, gerakan itu dilakukan dengan kelulusan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Tun Hussein kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di bawah kementeriannya.

Anifah berkata, isu serius ini bukan sahaja masalah di Senallang atau Semporna dan bukan juga membabitkan Sabah sahaja tetapi ia adalah masalah negara.

"Sebagai Menteri Luar, saya melihat masalah ini sangat serius kerana ia mungkin menjejaskan kedaulatan negara," tegasnya.

Monday, March 26, 2012


Datuk Nasir Tun Sakaran, ADUN Senallang melahirkan kekecewaan apabila dalam setiap majlis yang dihadirinya dalam kawasan DUN SENALLANG terdapat rakyat yang membuat protes dengan menaikkan bendera Parti pembangkang terutama bendera PKR. Rasa tidak puas hati rakyat itu berikutan, sikap Datuk Nasir sendiri yang dikatakan sekali-sekala turun padang hanya apabila ada majlis yang diadakan.Kawasan Pengkalangan yang terletak berhampiran dengan kampung Pokas yang dilawati baru-baru ini oleh Nasir kerana merasmikan pembukaan balairaya baru berkata bahawa 'menaikkan bendara pembangkang tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya menunjukkan seolah-olah kerajaan dan parti yang memerintah.Semacam ada kekhuatiran Nasir di saat menjelang PRU 13 ini.

Sebelum ini dikhabarkan ketika mengadakan lawatan di Kg Tampi-Tampi, insiden menaikkan bendara pembangkang juga turut berlaku ketika Nasir berucap.Begitu juga ketika menemui rakyat di Masjid Nur Salam, Kg Menteritip,Pegagau, tahun lepas,Datuk Nasir  yang datang menemui masyarakat kampung adalah semata-mata 'memujuk' untuk menyertai skim pajakan SLDB .    Dari Blog  Sdr Arshad Hussin menukilkan berikut:

Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Dato Sri Nasir Tun Sakaran, menyarankan rakyat negeri ini sentiasa mengamalkan sikap bertoleransi kaum dan bermuafakat menyelesaikan masalah dalam kampong dengan semangat perpaduan sesama kaum demi keamanan,kemakmuran dan kesejahteraan hidup bermasyarakat. Katanya,sikap yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan perpaduan kaum dalam masyarakat majmuk boleh membawa kerugian kepada diri sendiri dan masyarakat kampong. 

Nasir berkata, sikap sesetengah penduduk yang kekadang suka merajuk dengan menaikkan bendera pembangkang apabila mendepani masalah dalaman dalam pentadbiran kampong bukanlah tindakan yang bijak malah menggambarkan pemikiran yang cetek dan kurang matang. “ Apapun masalah dalam kampung hendaklah diselesaikan dengan cara bermuafakat dan bukannya sikit-sikit merajuk dan mengibarkan bendera pembangkang seolah-olah menyalahkan parti dan kerajaan yang telah banyak berjasa kepada rakyat,” kata Nasir.

 Beliau menegaskan,apa pun permasalahan dalam kampong hendaklah diselesaikan secara bermuafakat dan bukannya membawa perasaan menunjukkan keegoan yang akhirnya merugikan diri sendiri dan keluarga. Nasir menjelaskan,kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan menyandarkan harapan kepada segenapan lapisan masyarakat bersatupadu memberi sokongan mantap kepada pemimpin-pemimpin peringkat kampong bagi menjana transformasi pembangunan sesebuah kampong. Beliau berkata demikian sempena menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan perasmian balairaya Kampung Pakalangan dekat sini.


 Hadirsama sempena majlis itu Pegawai Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K.Baba; Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Dun Senallang,Haji Tahir Amir; Ketua Kampung Pakalangan,Johari Lumtunani;Pengerusi JKKK,Muhammad Abd Ghafar;AJK Pergerakan Pemuda UMNO Semporna,Abd.Malik Tahir dan kakitangan UPKR Dun Senallang. Dato Sri Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang,mengingatkan penduduk kampung sentiasa bermuhasabah diri dengan mengenang sejarah pahit manis kehidupan semasa berada dalam kerajaan pembangkang. Menurut beliau,walaupun situasi itu telah lama berlalu namun ianya hendaklah dijadikan sempadan supaya tidak berulang kerana kehidupan dalam kerajaan Barisan Nasional hari ini telah banyak membawa perubahan pembangunan serta kesejahteraan kepada rakyat negeri ini. 

Katanya,tuduhan sesetengah pihak yang menafikan pembangunan di daerah itu menunjukkan mereka tidak mensyukuri nikmat pembangunan dan tidak berterima kasih kepada pejuang bangsa serta pemimpin-pemimpin kerajaan BN yang tulus ikhlas membela nasib rakyat marhaen. “ Setiap warga hendaklah sentiasa mengingat sejarah untuk dijadikan sempadan dan pemangkin kea rah perjuangan serta menjana pembangunan berterusan,” kata Nasir. Nasir berkata,keadaan pembangunan daerah itu kini berbanding beberapa dekad lalu sudah lama berubah dengan pelbagai pembangunan yang disalurkan kerajaan termasuklah pengwujudan Pangkalan Tentera TLDM yang telah menjana keselamatan kepada sempadan perairan Negara yang telah memungkinkan golongan nelayan merasa selesa dan aman mencari nafkah di laut tanpa gangguan lanun. Selain itu kerajaan juga telah membangunkan pelbagai prasarana pendidikan,kesihatan dan perhubungan jalanraya yang telah memberikan manfaat kepada penduduk daerah itu. Sehubungan itu Dato Sri Nasir,mengingatkan semua ketua-ketua kampung dan pengerusi JKKK lebih menghargai sumbangan kerajaan yang telah menaikkan elaun mereka dengan memberikan perkhidmatan yang lebih tulus membantu masyarakat kampung

Sunday, March 25, 2012



Sebelum ini, ramai pemerhati politik lebih suka dan selesa menyebut "gandingan Musa-Salleh" sebagai gandingan mantap dalam landskap politik Sabah. Lebih-lebih lagi apabila Salleh ketika itu berjaya memulihkan hubungan politik dengan Musa  Aman  selepas PRU 2008. Tambahan lagi bila berlaku 'ketegangan' antara Musa dengan Shafie berkaitan dengan pengagihan peruntukan melibatkan Jabatan Pembangunan Persekutuan di Sabah, maka yang paling sesuai digandingkan dengan Musa pada waktu itu adalah timbalan Pengerusi perhubungan UMNO, Datuk Salleh yang kemudiannya merangkap Penasihat Sains kepada Musa Aman bertaraf menteri.

Setelahj beberapa lama landskap politik Sabah diadu domba oleh pihak-pihak ketiga yang berkepentingan mahu melihat Shafie Apdal menjadi ketua menteri, maka sudah nampak bibit-bibit keredaan apabila Najib dikatakan melihat gandingan Musa-Shafie lebih sesuai dalam mewarnai landskap politik Sabah menjelang PRU 13.

Justeru menyedari itu, Shafie Apdal yang sebelum ini hanya 'bertahan' dan 'berdiam' mengenai spekulasi hubungannya dengan Musa Aman, akhirnya mula bersuara dan meminta supaya rakyat Sabah berdiri teguh di belakang kepimpinan Musa Aman pada PRU 13.

Dalam satu majlis pengagihan bantuan kepada bekas  warga KEMAS di ibu negeri semalam, Shafie dalam satu kenyataannya bahawa beliau secara konsisten menyokong kepimpinan Musa Aman di Sabah dan meminta rakyat memberikan sokongan kepada kepimpinan sedia ada ini.

Pemerhati politik Sabah menyifatkan kenyataan Shafie ini sebagai "paling selamat" dalam abad hubungannya dengan MUSA. Kepakaran Musa menundukkan 'musuh' politiknya sebagai sangat efektif dan berjaya. Kini dalam menjelang PRU13 ini, gandingan MUSA-SHAFIE dilihat lebih relevan dan konsisten membawa BN dan UMNO sekali lagi menerajui kerajaan Sabah.

Tapi yang mengejutkan kelapamawar ialah apabila satu kajian yang dilakukan oleh seorang pensyarah UMS mendapat yang sebaliknya.

Saturday, March 24, 2012



Bukan sedikit rakyat Sabah yang cintakan "UMNO" yang dianggap sebagai pengganti USNO, sekalipun ada pihak tertentu yang cuba menghidupkn kembali parti keramat USNO di saat-saat akhir menjelang PRU 13 ini, namun rakyat Sabah lebih 'selesa' dengan UMNO yang telahpun menghimpunkan ramai pemimpin USNO terdahulu.

Masalah utama di Sabah sekarang bukannya 'parti' tetapi pemimpin parti .Sejak UMNO di bawah pimpinan MUSA AMAN, pelbagai skandal melibatkan rakyat berlaku.Kes rampasan TANAH ADAT di Sabah sudah mencapai tahap kronik dalam sejarahnya. Di semua daerah di Sabah, kes ini berlaku. Kebangkitan rakyat dalam satu demontrasi secara aman di Perkarangan Pejabat Ketua Menteri beberapa minggu lepas, menunjukkan rakyat sudah tidak tahan dengan pendekatan Musa Aman  dalam menangai kes rampasan tanah adat di Sabah. Mana ada rakyat yang bangkit mengadakan demontrasi aman   dalam sejarah politik Sabah menuntut hak-hak mereka melainkan pada era MUSA AMAN. Itupun khabarnya media-media utama di Sabah dihubungi supaya tidak mengeluarkan berita berkenaan. Hanya laman sosial yang memaparkan perstiwa berkenaan.

Penguasaan Kroni MUSA AMAN dalam kek ekonomi Sabah bukan lagi rahsia bahkan telah diketahui umum. Projek-projek mega, sejak dulu seperti pemberian konsensi pembalakan, pembinaan jalan raya,pembaikpulihan lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan lain-lain lagi dikaitkan dengan prinsip kronisme dan nepotisme   MusaAman. Ketika dalam PKR, Datuk Jeffry Kitingan pernah membuat laporan salah laku dan penyalahgunaan kuasa MusaAman di Sabah, tetapi kes ini tidak pernah disiasat.

Kronisme politik juga berlaku di Sabah, selain daripada Musa Aman, Datuk Anifah Aman juga mula ditolak oleh penduduk Kimanis. Beberapa demontrasi aman dilakukan menolak kepimpinan dan pencalonan Anifah Aman di kawasan berkenaan. Isu ini juga tidak pernah dilaporkan oleh media kecuali medan sosial berupa blog dan Fcb. Rakyat Sabah sudah mula menolak pemimpin parti yang tidak telus tetapi bukan menolak parti.

Suatu ketika dulu heboh, tentang status Datuk Lajim Ukin dalam UMNO. Ada yang meramalkan beliau akan meninggalkan parti itu berikutan namanya tidak tersenarai dalam pencalonan pada PRU 13. Kononnya kawasan Parllimen Beaufort akan ditandingi oleh anak MUSA AMAN. Jika benar, MusaAman sedang mempersiapkan kronisme politiknya di Sabah.

Najib kena sensitif dalam hal ini. Jika dua hari lepas Najib mengingatkan rakyat bahawa beliau sanggup kehilangan kawan karib dalam politik dengan tidak menyenarikan mereka yang tidak disukai oleh rakyat pada PRU 13, maka janji itu harus dikota. Di Sabah rakyat akan memilih UMNO kalau bukan Musa Aman menjadi ketuanya, paling tidak perubahan kempimpinan UMNO harus dilakukan pasca PRU 13, itupun jika rakyat memberikan mandat kembali.

Keributan dalam mesyuarat Umno Kb beberapa hari lepas dalam  soal pemilihan senarai calon seperti yang didedahkan oleh kelapamawar menerima pelbagai reaksi.Ada yang mempersoalkan ketelusan maklumat itu, malah ada yang menunding jari kepada pihak-pihak tertentu walaupun apa yang didedahkan itu satu kebenaran. tetapi kerana mereka lupa bahawa zaman langit terbuka kini, tidak lagi memungkinkan akan ada 'rahsia' umum yang sepatutnya diketahui di simpan dalam peti besi yang dikunci rapat.

Zaman ledakan maklumat dihujung jari membolehkan kesemua pihak tanpa bias dan pilih kasih mengakses maklumat saban waktu walau di mana. Yang menjadi kemusykilan kelapamawar ialah ada pihak yang mengugut bahkan cuba "menyerang" ketelusan maklumat yang kelapamawar perolehi.

Saya meminta pihak-pihak ini berhujah secara rasional dan matang. Apakah kepincangan yang berlaku itu jika ada seharusnya disembunyikan? Apakah organisasi yang dimiliki oleh semua rakyat itu harus dibiarkan dengan seribu macam keributan di dalamnya.?

Seorang pemimpin yang telus mulus dan "harmoni" pemikirannya ialah bila dia dapat mengendalikan perbedaan pendapat dari akar umbi secara rasional dan menerima kritikan secara membina luar kotak fikirnya.

Namun paradigma kita masaih belum bersedia untuk itu. Kita saling melabelkan idea dan pandangan yang kontra dengan label "Hang Jebat' walaupun sikap dan perwatakan pahlawan Melayu itu masih bertahkta dalam diri kita. Hang Tuah kita sanjung walaupun kita mengiktiraf keperwiraan Hang Jebat.

Berapa lama dalam dasawarsa politik daerah Kota Belud yang telah melahirkan bukan satu,dua,tiga dan lebih dari itu pemimpin ulung yang dibiarkan 'cetusan' minda mereka tanpa kritikan dan pandangan lain dari kotak sedia ada? Ketakutan dan kealpaan masyarakat kita berkongsi idea kontra itu menjadikan masyarakat kita 'jauh' dari apa yang kita inginkan. Mari bersama mengorak satu  wacana baru ,memulihkan situasi "longgar" kepada 'norma' yang lebih sempurna.




Irama Gambus yang menghiburkan




Seketika anak-anak ini menari dengan perasaan riang gembira yang tidak terkira.Mereka tidak pening kepala dengan politik negara.



Hari ini najib dalam ucapannya di Seremban negeri Sembilan dipetik sebagai berkata bahawa dalam dua minggu mendatang ini, beliau akan mengumumkan lebih banyak lagi bantuan kepada rakyat. Sambil menyifatkan bahawa Kerajaan BN begitu prihatin dengan denyut nadi rakyat, Perdana menteri juga di majlis di Port Dickson telah mengumumkan peruntukan sebanyak 20 Juta termasuk beberapa projek naik taraf jalanraya dan projek membina kolam renang bernilai RM 5 juta.

Najib juga dalam ucapannya menempelak pembangkang yang hanya tahu membuat janji dan tidak mampu untuk menunaikannya. Najib mengingatkan rakyat di Negeri Sembilan supaya sentiasa bersama dengan kerajaan BN untuk meneruskan agenda pembangunan dan bantuan bertersuan kepada rakyat. 

Laporan media arus perdana melaporkan kehadiran rakyat dalam majlis berkenaan mencecah 20 ribu orang, sekaligus kehadiran rakyat dalam setiap majlis yang disertai bersama oleh Najib yang ramai membuktikan bahawa populariti Najib semakin melonjak dan idea transformasinya semakin diterima rakyat.

Sebelum ini ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam beberapa siri ceramahnya turut mempersendakan Najib dan BN kerana menghamburkan wang ringgit berupa bantuan kepada rakyat termasuk agenda peruntukan pembangunan untuk menarik sokongan undi pada PRU 13 ini.

Keadaan politik BN semakin keruh apabila mantan menteri kewangan Tun Daim Zainuddin beberapa hari lepas mengingatkan kerajaan BN di bawah Najib untuk menyelesaikan beberapa kemelut dalaman parti UMNO termasuk di Sabah dan Terengganu jika mahukan kemenangan di dua buah negeri itu. Daim juga melabelkan Najib sebagai Jeneral tanpa Askar.

Friday, March 23, 2012



Penamatan kontrak sebagai guru sementara seramai 80 orang di Sabah, seharusnya tidak dilakukan ketika negara menghadapi krisis kepercayaan dari rakyat. Justeru itu Jabatan Pelajaran negeri Sabah diminta mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengenai perkara itu. Walaupun sebelum iniJPN dikatakan telah menghantar permohonan ke Putrajaya mengenai penyambungan kontrak guru-guru terbabit, namun alasan dan jalan penyelesaian masih 'tergantung' setakat ini.

Dalam satu kenyataan Kesatuan Guru Kerajaan Sabah (KGKS) merayu kepada kerajaan supaya menarik balik penamatan kontrak guru-guru terbabit.



Kesatuan Guru Kerajaan Sabah (KGKS), merayu kepada pihak kerajaan agar menyambung semula perkhidmatan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di Sabah yang ditamatkan kontrak awal bulan ini.

Presidennya, Hussin Basir, berkata memandangkan guru-guru terbabit pada waktu ini sudah mempunyai komitmen dan tanggungan dalam pelbagai aspek kerana mereka ini terdiri daripada mereka yang berkeluarga.

Katanya, guru-guru ini telah lama berkhidmat dan banyak berjasa kepada anak-anak bangsa dan negara sejak berkhidmat lebih 30 tahun yang lalu di sekolah-sekolah.

“Kebanyakan guru-guru terbabit telah berumur lebih dari 40 tahun dan berusia lanjut yang sewajarnya diberikan pertimbangan.

“Kita akan bertemu dengan pihak-pihak yang berkenaan bagi membincangkan masalah ini dan KGKS juga telah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak bagi membantu guru-guru mengatasi masalah ini.

“Sumbangan mereka ini perlu dihargai dan diberikan perhatian oleh pihak kerajaan kerana ramai anak-anak didik mereka hari ini telah berjaya hasil dari didikan mereka suatu ketika dahulu,” katanya ketika ditemui pemberita bagi mengulas lanjut keputusan Kementerian Pelajaran Malaysia menamatkan kontrak perkhidmatan lebih 80 GSTT di seluruh Sabah baru-baru ini.

Hussin berkata, guru-guru terbabit seharusnya diberikan peluang untuk meneruskan perkhidmatan mereka kerana nasib dan masa depan mereka bergantung kepada pendapatan yang mereka perolehi selama ini sebagai seorang guru.

“Walau bagaimanapun, kita percaya akan keprihatinan pihak kerajaan dalam menangani masalah yang dihadapi oleh rakyat seperti pembatalan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) pada 8 Mac lalu.

“Kita juga berterima kasih kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (JPNS) yang berusaha mengemukakan permohonan bagi penyambungan semula GSTT di Sabah kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia,” katanya.

Sementara itu, salah seorang guru GSTT yang telah berkhidmat lebih daripada 30 tahun, Mangkah Tulali, 53 tahun, berkata berasa kesal dengan surat pemberhentian yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sabah pada 7 Mac lalu.

Katanya, walaupun kelulusan pendidikan kami tidaklah setinggi mana seperti guru-guru hari ini yang mempunyai kelulusan diploma dan ijazah tetapi sumbangan yang kami berikan kepada anak-anak murid yang terdahulu telah membuahkan hasil sehingga ada diantara mereka yang sampai ke universiti dan mendapat pekerjaan yang baik.

“Sepanjang perkhidmatan kami walau jauh di pedalaman, komitmen dan usaha yang kami lakukan untuk mendidik anak-anak murid kami juga mendapat pengiktirafan dan penghargaan dari pelbagai pihak dengan mendapat Sijil Kecemerlangan dalam perkhidmatan.

“Namun, apabila mendapat surat pemberhentian tersebut, kami hilang mata pencarian utama yang selama ini menyara hidup kami dan keluarga,” jelasnya.

Beliau merayu dan berharap kepada pihak kerajaan supaya dapat mempertimbangkan dan menyambung semula perkhidmatan mereka kerana mempunyai banyak tanggungan seperti keluarga, kenderaan, pinjaman, perbelanjaan persekolahan anak-anak dan sebagainya.

Bagi seorang guru GSTT Damus Langub, 49 tahun, berkata kami berharap pihak kerajaan iaitu dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia dapat menyambung semula perkhidmatan kami.

“Kami berhadapan dengan masalah kewangan terutamanya hutang yang terpaksa ditanggung selepas ditamatkan perkhidmatan dan gaji kami diberhentikan.

“Anak-anak kami yang masih lagi bersekolah dan menuntut di institut pengajian tinggi juga perlu kami tanggung perbelanjaan mereka,” katanya.

Justeru, beliau berharap pihak kerajaan dapat menyambung semula perkhidmatan mereka secepat mungkin agar segala jasa dan sumbangan yang diberikan selama ini mendapat perhatian yang sewajarnya dan dihargai oleh pihak kerajaan.

-New Sabah Times-

Thursday, March 22, 2012


Jawatan terakhir Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam parti sebelum menjadi YDP Dewan Rakyat ialah Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu.Sebelum itu pada PRU 2008, TSP digugurkan sebagai calon di N6 Tempasuk.Datuk Musbah menjadi pilihan pucuk pimpinan Negeri. Walaupun Datuk Musbah menang tetapi kesemua peti undi dari perkampungan Iranun, Datuk Musbah mengalami kekalahan. Puncanya kerana suku Iranun melakukan protes  walaupun TSP juga turut turun berkempen untuk kemenangan Datuk Musbah.

Menjelang PRU 13, isu calon di Kota Belud rancak diceritakan. Ada beberapa versi penceritaan itu termasuk, kononnya Datuk Salleh dan TSP akan bertanding di Kota Belud, sama ada SSK di Usukan Dan TSP di Parlimen.

Mesyuarat UMNO bahagian Kota Beludminggu lepas langsung tidak menyentuh populariti politik TSP. Senarai calon yang disepakatkan juga jelas mengekalkan YB-YB penyandang pada PRU 2008. Di Usukan, Datuk Japlin menjadi pilihan pertama. Di Tempasuk, Datuk Musbah Jamli juga dicadangkan dikekalkan. Parlimen Kota Belud, penyandangnya Datuk Rahman Dahlan turut dikekalkan.

Ini bermakna jika cadangan itu diperkenankan, maka landskap kepimpinan politik Kota Belud tidak akan mengalami perubahan yang besar. Ironinya, segala perancangan YB-YB ini akan dapat diteruskan. Walaupun ada persoalannya perlukah YB-YB ini dilanjutkan sehingga 2 penggal berdasarkan prestasi mereka?

Nyata daripada keputusan mesyuarat UMNO KB itu, TSP tidak akan bertanding di Kota Belud. Dan kalau seperti ramalan banyak pihak bahawasanya selepas berakhir jawatan YDP dewan Rakyat, TSP dikatakan menduduki jawatan TYT Sabah.

Isu ketidak penyenaraian nama TSP dalam pilihan calon pada PRU 13 sangat lojik untuk dikaji bahkan dibahaskan. Dalam waktu terdekat kelapamawar akan mendapatkan pandangan daripada beberapa pihak yang terlibat secara langsung dalam politik Kota Belud.