Friday, March 23, 2012



Penamatan kontrak sebagai guru sementara seramai 80 orang di Sabah, seharusnya tidak dilakukan ketika negara menghadapi krisis kepercayaan dari rakyat. Justeru itu Jabatan Pelajaran negeri Sabah diminta mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengenai perkara itu. Walaupun sebelum iniJPN dikatakan telah menghantar permohonan ke Putrajaya mengenai penyambungan kontrak guru-guru terbabit, namun alasan dan jalan penyelesaian masih 'tergantung' setakat ini.

Dalam satu kenyataan Kesatuan Guru Kerajaan Sabah (KGKS) merayu kepada kerajaan supaya menarik balik penamatan kontrak guru-guru terbabit.



Kesatuan Guru Kerajaan Sabah (KGKS), merayu kepada pihak kerajaan agar menyambung semula perkhidmatan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di Sabah yang ditamatkan kontrak awal bulan ini.

Presidennya, Hussin Basir, berkata memandangkan guru-guru terbabit pada waktu ini sudah mempunyai komitmen dan tanggungan dalam pelbagai aspek kerana mereka ini terdiri daripada mereka yang berkeluarga.

Katanya, guru-guru ini telah lama berkhidmat dan banyak berjasa kepada anak-anak bangsa dan negara sejak berkhidmat lebih 30 tahun yang lalu di sekolah-sekolah.

“Kebanyakan guru-guru terbabit telah berumur lebih dari 40 tahun dan berusia lanjut yang sewajarnya diberikan pertimbangan.

“Kita akan bertemu dengan pihak-pihak yang berkenaan bagi membincangkan masalah ini dan KGKS juga telah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak bagi membantu guru-guru mengatasi masalah ini.

“Sumbangan mereka ini perlu dihargai dan diberikan perhatian oleh pihak kerajaan kerana ramai anak-anak didik mereka hari ini telah berjaya hasil dari didikan mereka suatu ketika dahulu,” katanya ketika ditemui pemberita bagi mengulas lanjut keputusan Kementerian Pelajaran Malaysia menamatkan kontrak perkhidmatan lebih 80 GSTT di seluruh Sabah baru-baru ini.

Hussin berkata, guru-guru terbabit seharusnya diberikan peluang untuk meneruskan perkhidmatan mereka kerana nasib dan masa depan mereka bergantung kepada pendapatan yang mereka perolehi selama ini sebagai seorang guru.

“Walau bagaimanapun, kita percaya akan keprihatinan pihak kerajaan dalam menangani masalah yang dihadapi oleh rakyat seperti pembatalan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) pada 8 Mac lalu.

“Kita juga berterima kasih kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (JPNS) yang berusaha mengemukakan permohonan bagi penyambungan semula GSTT di Sabah kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia,” katanya.

Sementara itu, salah seorang guru GSTT yang telah berkhidmat lebih daripada 30 tahun, Mangkah Tulali, 53 tahun, berkata berasa kesal dengan surat pemberhentian yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sabah pada 7 Mac lalu.

Katanya, walaupun kelulusan pendidikan kami tidaklah setinggi mana seperti guru-guru hari ini yang mempunyai kelulusan diploma dan ijazah tetapi sumbangan yang kami berikan kepada anak-anak murid yang terdahulu telah membuahkan hasil sehingga ada diantara mereka yang sampai ke universiti dan mendapat pekerjaan yang baik.

“Sepanjang perkhidmatan kami walau jauh di pedalaman, komitmen dan usaha yang kami lakukan untuk mendidik anak-anak murid kami juga mendapat pengiktirafan dan penghargaan dari pelbagai pihak dengan mendapat Sijil Kecemerlangan dalam perkhidmatan.

“Namun, apabila mendapat surat pemberhentian tersebut, kami hilang mata pencarian utama yang selama ini menyara hidup kami dan keluarga,” jelasnya.

Beliau merayu dan berharap kepada pihak kerajaan supaya dapat mempertimbangkan dan menyambung semula perkhidmatan mereka kerana mempunyai banyak tanggungan seperti keluarga, kenderaan, pinjaman, perbelanjaan persekolahan anak-anak dan sebagainya.

Bagi seorang guru GSTT Damus Langub, 49 tahun, berkata kami berharap pihak kerajaan iaitu dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia dapat menyambung semula perkhidmatan kami.

“Kami berhadapan dengan masalah kewangan terutamanya hutang yang terpaksa ditanggung selepas ditamatkan perkhidmatan dan gaji kami diberhentikan.

“Anak-anak kami yang masih lagi bersekolah dan menuntut di institut pengajian tinggi juga perlu kami tanggung perbelanjaan mereka,” katanya.

Justeru, beliau berharap pihak kerajaan dapat menyambung semula perkhidmatan mereka secepat mungkin agar segala jasa dan sumbangan yang diberikan selama ini mendapat perhatian yang sewajarnya dan dihargai oleh pihak kerajaan.

-New Sabah Times-

20 ulasan :

Anonymous said...

penamatan kontrak tersebut harus diperjelaskan, guru2 tersebut telah lama berkhidmat. pengalaman mereka pasti byk. harap nasib mereka dpt dibela.

TuhauBam said...

Keadaan akan bertambah sukar, guru2 yang lama berkhidmat patut diserap ke jawatan guru tetap.

Anonymous said...

Better get a win-win situation. They too have contributed a lot.

Hamdan Hadillah said...

Mungkin penjelasan itu dapat menjawap persoalan yang timbul mengenai 80 orang guru sementara dihentikan ini. Mungkin ada sebab yang boleh dijadikan alasan kukuh mengenai perkara ini.

Anonymous said...

Pengalaman guru2 sementara ni lebih banyak dan sangat bermakna walaupun pelajaran tidak setinggi graduan universiti. Kerajaan perlu pertimbangkan tindakan penamatan kontrak ini.

evan medhousky said...

dari perkataan 'sandaran' itu sahaja sudah menunjukkan jawatan ini tidak tetap.. mereka patut menyedarinya lebih awal supaya boleh bertindak lebih awal.. namun memandangkan ada antara mereka yang telah berusia lebih dari 30 tahun dan mempunyai tanggungan, adalah tidak patut pihak kementerian menamatkan perkhidmatan mereka serta merta..

evan medhousky said...

mungkin lebih baik jika selepas ini kerajaan memansuhkan sahaja pengambilan guru sandaran tidak terlatih ini..

drako drakonius said...

Deputy Chief Minister, Datuk Yahya Hussin said the government is always working to improve the educational system to produce a generation of people with knowledge and a first-class mentality.

drako drakonius said...

In fact, he said that he himself would always be open to listen and help parents, teachers and the community where education is concerned.

drako drakonius said...

This is important to ensure that the nation’s aspiration can be transformed into reality based on the concept of 1Malaysia

drako drakonius said...

Apart from that, the district of Penampang will be the first in Sabah to establish the Terminal Sejahtera.

drako drakonius said...

Federal Territory and Urban Well-being Minister Dato Raja Nong Chik Dato Raja Zainal Abidin said in his speech during the launch of the Urban Well-being Visitation Programme held at Buhavan Square near here yesterday that the programme is aimed at helping children of urban poor families gain quality education.

drako drakonius said...

Penampang has been chosen to be the first town in Sabah to implement the Terminal Sejahtera Programme.

drako drakonius said...

This terminal is developed to enhance the academic achievement of children from low-income families in the urban areas. It has a computer lab to provide online learning and a tutorial room to help prepare students for examinations.

drako drakonius said...

Penampang is the first town in Sabah to benefit from this programme. Beside that, There are six other terminals around Kuala Lumpur and another 10 in towns across the country.

drako drakonius said...

Penampang is the 16th town to have the programme in the country. It costs RM7,700 to develop the terminal which includes providing two years of management training for the centre.

drako drakonius said...

The programme will start some time this year at the Tun Fuad community hall near Donggongon.

drako drakonius said...

Teaching staff will be provided to guide students who are sitting for the UPSR, PMR, SPM and STPM examinations this year.

drako drakonius said...

For the urban poor in Penampang, he said last year almost RM1 million was given to the Penampang District Council and the fund was utilised to provide rental aid to nine household heads, to build two houses and develop the Terminal Sejahtera.

drako drakonius said...

The Terminal Sejahtera in Penampang is presently at the final phase of its development.It is expected to be completed by the end of this month or next month.