Tuesday, March 27, 2012



Khabar angin melaporkan bahawa gara-gara pembatalan SBPA telah mencetuskan penurunan populariti Najib. Rakyat ramai yang tidak berpuas hati kerana mengganggap bahawa Najib seharusnya diberikan taklimat lengkap sebelum 'menerima' dan mengumumkan skim baru gaji perkhidmatan awam SBPA. Namun itu dilihat tidak berlaku kerana apabila CEUPACS  membuat bantahan,dan beberapa tuntutan, akhirnya Najib terpaksa membuat keputusan pahit dengan membatalkan skim berkenaan apabila banyak kelemahan dapat dikenalpasti.

Berikutan itu, Jawatan Ketua Setiausaha dikhabarkan akan beralih tangan. Apakah benar selepas isu SBPA reda perkhidmatan KSN akan ditamatkan? Isu SBPA telah jelas mencemarkan imej Najib.Khabarnya Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan akan menjadi KSN dan Tan Sri Abu Bakar Abdullah yang sekarang Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam akan menjawat jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan MOF. Siapa pula akan jadi KPPA?

Apakah isu SBPA Tan Sri Abu Bakar telah menjadi kambing hitam yang telah memungkinnya tidak akan menjadi KSN? kerana Abu Bakar adalah KSU paling lama berkhidmat di Kementerian Pertahanan. Kenaikannya sebagai KPPA telah mencerminkan bahawa Abu Bakar bakal menjadi KSN.


Walaubagaimanapun peluang masih terbuka kepada orang lain menjadi KSN. Seperti misalnya Tan Sri Fuad Datuk Bandar Dewan Bandaraya KL.

8 ulasan :

Anonymous said...

ini hnya khabar angin, kita tgklah saja nnti perkembangannya.

TuhauBam said...

Mungkin untuk sesuatu yang baru.

Anonymous said...

Bukankah pemansuhan SBPA itu lebih baik? Penjawat awam perlukan polisi yang lebih adil.

lulu guiness said...

SBPA secara keseluruhan merupakan skim yg mmpu mengubah perkhidmatan awam Msia. Malangnya hanya kerana "self interest" sesetengah pihak, lgsg tidak memberi peluang untuk skim itu ditambahbaik, maka ia dikuburkan begitu sahaja. Kerugian besar bg perkhidmatan awam apabila KPPA yg dijadikan mangsa, transformasi yg dibuat oleh beliau dalam tempoh khidmatnya yg singkat adalah jauh lebih baik drpd apa yg dibuat oleh KSN meskipun kontraknya dismbg setiap tahun. Tidak tahu siapa yang buta skrg ini...

Unknown said...

yang penting sekarang SSM baru telah dilaksanakan. Penjawat awam sememangnya bergembira dengan SSM baru tersebut.

Unknown said...

Percaya atau tidak itu sememangnya yang berlaku. SSM memberikan wajah baru kepada Penjawat awam.

Hamdan Hadillah said...

Walaupun SBPA tidak menjadi tapi kerajaan juga telah memikirkan cara kedua iaitu mengunakan SSM dan menaikkan gaji melalui 13% dalam SSM setiap tahu. Ini bermakna kenaikan yang tinggi akan diperolehi oleh mereka yang bekerja dalam jawatan awam.

evan medhousky said...

kalau sudah dibatalkan, tidak payah la dijadikan isu.. dari cadangan, sehingga pelaksanaan, sehingga la pembatalan, isu ini tetap dimain2kan.. bukankah pembatalan ini menunjukkan Najib mendengar permintaan rakyat sekaligus membuktikan amalan demokrasi di negara ini??