Tuesday, February 14, 2012


Pewaris Pulau Sipadan


Kes tuntutan pewaris keatas pulau Semporna di Sabah tidak pernah menemui penghujungnya walaupun pulau tempat menyelam paling cantik di dunia itu menjadi terkenal di kalangan pelancong domenstik dan antarabangsa.Terkini pewaris bersama keputusan mahkamah Tinggi Kota Kinabalu serta mahkamah Syariah Tawau yang memberikan hak kepada mereka membuta gesaan kepada kerajaan untuk 'berkompromi' menerima keputusan mahkamah itu sebagai bukti pewarisan mereka secara turun-temurun ke atas pulau pelancongan itu.

Apa yang menjadi tanda tanya ialah peranan wakil-wakil rakyat di Semporna terutama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk seri Shafie Apdal dan Wakil Rakyat Senallang Datuk Nasir Tun Sakaran,anak kepada mantan TYT Sabah Tun Sakaran Dandai dalam menyelsaikan kemelut ini. Keluhan pewaris pulau sipadan ini dimuatkan dalam portal Sabahkini.net beberapa hari lepas:



Saudara Pengarang,

SEBAGAI Ketua Pewaris Pulau Sipadan, saya Hj Ab Raup bin Mahajud, dengan sokongan ahli keluarga memberi NOTIS 14 HARI kepada Kerajaan supaya mematuhi Perintah Mahkamah dan menghormati Undang-Undang Adat di Negeri Sabah atau dikenakan prosiding menghina mahkamah.

Pada 23 Disember 2011, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Dato' Abdul Rahman bin Sebli telah membuat keputusan menolak rayuan Kerajaan Negeri Sabah dengan kos dalam Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Dalam hujah penghakimannya, Hakim tidak bersetuju dengan hujah daripada Kerajaan Negeri yang mengatakan Pewaris tidak berhak menerima pampasan telur penyu di Pulau Sipadan kerana aktiviti mengumpul dan menjual telur penyu adalah salah di sisi undang-undang.

Hakim perbicaraan, Datuk Albert Linton telah membuat suatu keputusan yang jelas bahawa Pewaris Pulau Sipadan mempunyai hak adat menurut Undang-Undang Adat untuk mengumpul dan menjual telur penyu di Pulau Sipadan.

Hak Adat itu tidak boleh dipertikaikan berdasarkan kepada bukti dan fakta sejarah yang jelas dan ia adalah sumber kehidupan Pewaris Pulau Sipadan untuk kesinambungan hidup mereka. Maka sebab itu, Pewaris berhak untuk menerima pampasan kerugian telur penyu di Pulau Sipadan.

Selain itu, Hakim YA Dato' Abdul Rahman bin Sebli juga turut menyatakan rayuan yang boleh dipertimbangkan hanyalah mengenai pengiraan taksiran kerugian untuk Pewaris Pulau Sipadan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tuan Zulkifli bin Ablah.

Hakim Dato' Abdul Rahman bin Sebli juga bersetuju dengan hujah Peguam Plaintiff dalam membuat sesuatu rayuan yang seharusnya mengikut prosedur undang-undang.

Akhir kata, saya Hj Ab Raup bin Mahajud Ketua Pewaris Pulau Sipadan Rumpun Keturunan Maharaja Mahamud bin Singkalang berserta dengan ahli keluarga waris yang lain sekali lagi meminta kepada Kerajaan supaya mematuhi Perintah Mahkamah dan menghormati Undang-Undang Adat yang wujud di Negeri Sabah.

Salam Penuh Hormat,

HJ AB RAUP BIN MAHAJUD












20 ulasan :

Mohd Ishak said...

Semoga pemimpin Semporna akan memberikan perhatian terhadap tuntutan Pulau Sipadan oleh Pewaris ini.

Mohd Ishak said...

Mungkin perkara ini wajar dibawa kepada Mahkamah untuk dirunding bersama dengan pakar.

mike said...

penyelesaian harus diambil..

jsiput said...

the government better not take this matter lightly.

TuhauBam said...

rasanya dalam hal tu, para waris dan wakil2 rakyat harus bersemuka dan berbincang mengenai hal tu. win2 situation perlu untuk mencapai keputusan yang memuaskan hati.

Anonymous said...

Setuju dengan TuhauBam. Bawa isu ini ke meja rundingan dan elakkan daripada menimbulkan pelbagai spekulasi di dalam media.

Anonymous said...

mahkamah dah beri keputusan, jadi kena patuhi keputusan mahkamah.

Anonymous said...

hak2 pewaris Pulau jgn dicemari. berikan hak mereka.

Paquin said...

Kalau sudah jadi hak pewaris, maka bagilah sama mereka. Jangan rampas hak dorang.

Paquin said...

Sebaiknya penyelesaian di meja rundingan perlu dibuat bagi mengelakkan hal ini tersebar luas sekaligus memberi rakyat prespektif -ve pula.

Paquin said...

Semoga perintah makamah dipatuhi:)

Anonymous said...

wakil2 rakyat di kawasan berkenaan harus mengambil tahu dan cuba untuk sama2 menyelesaikan perkara ini. jika tidak perkara ini pasti akan berlanjutan dan keadaan akan menjadi bertambah buruk. semoga hak2 pewaris dapat dikembalikan jika memang benar terbukti mereka mempunyai hak tersebut.

Anonymous said...

menjaga hak dan kepentingan rakyat merupakan tanggungjawab pemimpin. harap mereka dapat menunaikan amanah yang telah diberikan kepada mereka.

samm said...

isu ini harus diberikan perhatian yang sewajarnya.

samm said...

carilah penyelesaian dengan segera agar isu ini tidak jadi berpanjangan.

samm said...

harap isu ini akan diselesaikan dengan sebaiknya.

Unknown said...

Jika pemungutan telur penyu tidak dikawal maka kepupusan akan berlaku terhadap haiwan tersebut.

Unknown said...

Semoga perbincangan dibuat secara win-win situation.

nickko said...

jadi maknanya pewaris wajib dibenarkan memungkut telur2 penyu yang hampir pupus itu?? jika bukan kerana kerajaan negeri, pulau itu sudah lama tidak menerima kehadiran penyu.. bila penyu semakin banyak, mula la dia bangkitkan tuntutan.. sepatutnya dia bangkitkan tuntutan ini ketika penyu kian berkurangan di kawasan itu sekitar 10 tahun lepas..

Unknown said...

Lawan..jgn tinggalkan perjuangan keturunan kamu