Saturday, March 24, 2012


Hari ini najib dalam ucapannya di Seremban negeri Sembilan dipetik sebagai berkata bahawa dalam dua minggu mendatang ini, beliau akan mengumumkan lebih banyak lagi bantuan kepada rakyat. Sambil menyifatkan bahawa Kerajaan BN begitu prihatin dengan denyut nadi rakyat, Perdana menteri juga di majlis di Port Dickson telah mengumumkan peruntukan sebanyak 20 Juta termasuk beberapa projek naik taraf jalanraya dan projek membina kolam renang bernilai RM 5 juta.

Najib juga dalam ucapannya menempelak pembangkang yang hanya tahu membuat janji dan tidak mampu untuk menunaikannya. Najib mengingatkan rakyat di Negeri Sembilan supaya sentiasa bersama dengan kerajaan BN untuk meneruskan agenda pembangunan dan bantuan bertersuan kepada rakyat. 

Laporan media arus perdana melaporkan kehadiran rakyat dalam majlis berkenaan mencecah 20 ribu orang, sekaligus kehadiran rakyat dalam setiap majlis yang disertai bersama oleh Najib yang ramai membuktikan bahawa populariti Najib semakin melonjak dan idea transformasinya semakin diterima rakyat.

Sebelum ini ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam beberapa siri ceramahnya turut mempersendakan Najib dan BN kerana menghamburkan wang ringgit berupa bantuan kepada rakyat termasuk agenda peruntukan pembangunan untuk menarik sokongan undi pada PRU 13 ini.

Keadaan politik BN semakin keruh apabila mantan menteri kewangan Tun Daim Zainuddin beberapa hari lepas mengingatkan kerajaan BN di bawah Najib untuk menyelesaikan beberapa kemelut dalaman parti UMNO termasuk di Sabah dan Terengganu jika mahukan kemenangan di dua buah negeri itu. Daim juga melabelkan Najib sebagai Jeneral tanpa Askar.

6 ulasan :

Anonymous said...

Najib perlu teruskan lagi memberi bantuan kepada rakyat.

TuhauBam said...

Saya percaya rakyat tahu menilai semua tu.

Anonymous said...

Jika rakyat tahu menilai, nescaya pemimpin juga harus bijak membuat keputusan sebelum bertindak. Jangan sampai menjerat diri sendiri.

Hamdan Hadillah said...

Baguslah kalau Datuk Najib akan mengumumkan lebih banyak perkara yang baik kepada rakyat.

Anonymous said...

Bantuan kepada rakyat sepatutnya bukan diberi menjelang PRU saja kerana tindakan ini pasti akan dipersoalkan oleh pihak pembangkang kerana ia seolah2 'gula2' PRU.

evan medhousky said...

salahkah Najib membantu rakyat? salahkah Najib mengumumkan peruntukkan pembangunan untuk rakyat?? bagaimana pula dengan janji2 Anwar dalam buku Jingga?? bukankah tujuannya juga untuk menarik undi??