Tuesday, March 20, 2012


Perdana Menteri Datuk seri Najib dipetik sebagai berkata bahawa beliau berusaha keras untuk memperolehi majoriti 2/3 pada PRU13 akan datang. Sambil merahsiakan tarikah pilihanraya walaupun mengakuinya mengetahui tarikh berkenaan, Najib juga dikatakan mempunyai jadual kerja yang begitu padat.Menganggap bahawa cabaran terbesar kepada Bn dan UMNO adalah mendapatkan kepercayaan rakyat ekoran daripada pengaruh media sosial yang melambak, Najib juga sebelum ini dikatakan oleh mantan menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin sebagai "jeneral tanpa askar"

Ini membayangkan seolah-olah Najib keseorangan menghadapi PRU13, setelah rakan kongsi terbesarnya seperti MIC.MCA dan GERAKAN dilihat masih bergelut dengan pelbagai masalah dalaman ekoran prestasi buruk Parti tersebut dalam PRU 12 yang lepas.


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak terus berahsia mengenai bila Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dengan meminta semua pihak termasuk media memahami bahawa beliau perlu menyimpan sesetengah maklumat.

Perdana Menteri berkata, melontarkan pertanyaan mengenai tarikh pilihan raya tidak ubah seperti meminta ketua pegawai eksekutif syarikat Coca Cola untuk mendedahkan ramuan minuman ringan terkenal yang menjadi rahsia sejak sekian lama.

“Saya pasti anda semua memahami kenapa saya tidak boleh memberitahu tarikh itu. Meskipun saya tahu, saya tidak boleh mendedahkan perkara itu,” katanya pada sesi soal jawab selepas melancarkan Kelab Koresponden Asing Malaysia di sini.

Menurut Najib, beliau sedar bahawa sesetengah agensi berita asing meramalkan pilihan raya umum Malaysia akan diadakan pada Jun.

Menjawab pertanyaan mengenai pentingnya Barisan Nasional memperoleh majoriti dua pertiga, Najib menegaskan negara memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil bagi mengelakkan Malaysia daripada ketidaktentuan politik.

Perdana Menteri mengakui dalam senario politik semasa, kemenangan majoriti dua pertiga kini memerlukan usaha yang lebih berbanding sebelum ini.

“Tetapi kami akan cuba sedaya upaya untuk mencapai matlamat itu. Saya sendiri kini berusaha keras dan jadual kerja saya begitu padat,” katanya, sambil menambah kata, ia adalah sesuatu yang perlu dihadapi.
“Kita kini berhadapan dengan situasi yang berbeza dengan kewujudan media sosial, rakyat juga semakin bijak selain maklumat yang mudah diperoleh,” katanya.

Menjawab satu pertanyaan, Najib berkata dasar kerajaan kini adalah lebih terangkum dan adil kerana kekayaan negara perlu diagihkan bukan sahaja dalam kalangan rakyat bumiputera tetapi juga kaum-kaum minoriti.

Mengenai lawatannya ke Myanmar pada 26 Mac, Perdana Menteri berkata, lawatan itu akan merapatkan hubungan antara Malaysia dan Myanmar terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

Bernama

8 ulasan :

Hinamori said...

perjuangan dalam BN adalah perjuangan parti dan bukan seorang individu, terutama dalam memastikan gabungan itu memenangi semua kerusi negeri dan parlimen, termasuk merampas semua kerusi yang tewas kepada calon-calon pembangkang

Anonymous said...

beberapa pilhanraya kecil yang diadakan sebelum ini menunjukkan BN byk kali menang, ini memperlihatkan bahawa BN makin kukuh. Najib pasti dpt membentuk jentera untuk memenangi PRU nnti.

Bujang Senang said...

Datuk Najib pasti mampu melakukan. Ini kerana kita dapat lihat sendiri peratus sokongan yang memihak kepada Datuk Najib.

Bujang Senang said...

Buktikan keapda rakyat yang mana Datuk Najib tidak keseorangan untuk berjuang untuk mereka.

Anonymous said...

Di Sabah, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman telah menekankan kepentingan untuk semua Umno dan Barisan Nasional (BN) ahli untuk memberikan sokongan kepada mana-mana calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan untuk Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan datang. Najib bukanlah seperti 'jeneral tanpa askar'.

Anonymous said...

Tun Daim dan sesiapa saja boleh berikan pendapat mereka. Tidak semestinya pendapat mereka itu betul atau salah. Yang penting, Najib perlu memimpin BN dengan bijak dalam menghadapi PRU13 ini.

evan medhousky said...

pihak yang berusaha itu jauh lebih baik dari pihak yang mempertikaikan usaha pihak lain..

evan medhousky said...

jika benar Najib keseorangan, sudah lama komponen2 BN meninggalkan umno bersendirian membawa perjuangan BN..